Dengan kasih sayang Tuhan, selepas kewafatan Rasulullah SAW didatangkan setiap  seratus tahun seorang mujaddid. Kedatangan seorang mujaddid yang membawa satu  kaedah, cara teknik dan metod baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk  memperbaiki yang rosak di waktu itu. Metod itu hanya menyangkut perkara yang  telah rosak saja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan  metod yang baru. 
Ini bererti, semakin kehujung semakin banyak yang rosak dan  perlu dibaiki, makin banyaklah yang hilang, banyak yang rosak, banyak yang biasa  wujud sudah tidak wujud lagi. Ertinya mujadid yang datang makin ke hujung, makin  berat tanggung jawabnya. Sebab makin ke hujung makin banyak perkara dalam agama  Islam yang sudah rosak. 
Kalau begitu, tugas mujaddid pertama tidaklah  seberat mujadid kedua. Tugas mujadid kedua tidak seberat mujaddid ketiga. Juga  tugas mujadid ketiga tidak seberat mujaddid keempat. Tugas yang keempat tidak  seberat yang kelima dan begitulah seterusnya. 
Sebagai contoh, mujaddid  pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya  berkaitan dengan masalah negara  saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak,  masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang  rosak ialah soal pemerintahan negara. 
Begitu juga kedatangan mujaddid kedua,  Imam Syafie. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi,  atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan  Imam Syafie, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa  itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafie pun  membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah.  Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafie datang  untuk menyelesaikan masalah ijtihad. 
Di waktu kedatangan mujaddid ketiga,  Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam  sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam  Islam. Jadi mujaddid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah,  tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu  dalam ilmu tauhid dan usuluddin. 
Begitulah pula datang mujaddid seterusnya,  Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al  Quran.
Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah   terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula  seolah-olah tersendiri. Mujaddid seterusnya yaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan  ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat  Islam mesti terangkum tauhid, fikh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut  tidak dapat dipisahkan satu sama lain.
Kalau begitu, makin ke hujung makin  besarlah masalah umat Islam. Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem  pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah  rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam  lagi  yang sudah rosak.
Ertinya seluruh aspek kehidupan itu sudah tidak  dikaitkan dengan Allah. Sebab itu kedatangan mujaddid di kurun ini tentulah  keadaannya lebih sulit lagi dan sangat ditentang. Apabila hendak membetulkan  semua perkara tadi, semua golongan yang terlibat dalam kerosakan itu yang  mungkin belum faham akan menjadi penentang perjuangan dan kedatangan mujadid  ini. Bila semua sudah rosak, ertinya semua golongan yang terlibat akan  menentang  kedatangan mujaddid kurun ini.
Tetapi dengan ilmu ilham yang  diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya  Allah ia akan sanggup membaiki kerosakan yang ada.
Bersambung ke 3. CIRI MUJADDID DAN JEMAAHNYA
Sila baca buku mujaddid dah lama dipasaran
BalasPadam