MENGENAL DIRI  MANUSIA
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah  Taala yang mempunyai 3 elemen penting iaitu Jasad/ Fizikal, Akal/Minda dan  Hati/Jiwa/Ruh. ALLah  Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha Sempurna. Ertinya ALLah Taala  itu Ujud hakikinya tersendiri. Maka Dia mencipta manusia sesuai dengan kaedah  supaya manusia dapat  mengenaliNya sesuai dengan Kemuliaan ZatNya. Oleh itu  terciptalah manusia dengan jasad, akal, hati, dan alam maya.  
Manusia  terdiri daripada zahir dan batin. Maksudnya Jasad adalah tempat tilik mengenal  sifat ALLah Taala dan Akal berkaitan dengan alam maya iaitu alam tempat tilik  akal untuk mengenal Kekuasaan ALLah Taala.  Sementara hati pula tempat merasakan  hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara bersistematik bagi Muslim untuk mengenal  ALLah Taala.  
Jika  Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya? Jika Tuhan hanya difikir,  tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan bathin adalah umpama isi dan  kuku, saling berkaitan dan memerlukan. 
JASAD/FIZIKAL
Jasad atau Fizikal manusia mempunyai lima (5) pancaindera  zahir yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berkomunikasi dengan pesekitaran  dalam alam maya
1.      Telinga untuk mendengar
2.       Mata untuk melihat
3.      Hidung untuk mencium bau
4.      Lidah untuk merasa
5.      Kulit untuk sentuhan
AKAL/MINDA  
Otak manusia terdiri dari dua (2) belahan iaitu Otak Kiri (Minda Sedar) dan Otak Kanan (Minda Bawah Sedar) yang mempunyai potensi kekuatan yang berlainan. Otak kiri berkaitan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan berbicara, kemampuan mengolah tata bahasa, baca tulis, daya ingat (nama, waktu dan peristiwa), logik, angka, analisis, dan lain-lain. Sementara otak kanan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, khayalan, warna, pengenalan diri dan orang lain, sosialisasi, pengembangan kepribadian.
Para ahli metafizik banyak yang mengatakan otak kiri sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), sementara otak kanan memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient) seseorang.
 OTAK KIRI  :                                                                                                                    
BAHASA
NOMBOR
LOGIK
ANALISIS
IMEJ
WARNA
RITMA
KHAYALAN
BAHASA
NOMBOR
LOGIK
ANALISIS
OTAK  KANAN
IMEJ
WARNA
RITMA
KHAYALAN
 Penyelidikan  yang dijalankan saintis  menunjukkan bahawa Otak  kiri  dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Untuk memahami  fungsi otak kita huraikan sebagai berikut:
Potensi Otak Kiri (Minda  Sedar)
 Fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal  yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek  bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti,  analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak  kiri digelar ‘otak sains’.  
Otak kiri – ANALITIK — Bahasa  verbal, Matematika, Logika, Angka2, Urutan2, Penilaian, Analisis,  Linier
Potensi Otak Kanan (Minda Bawah  Sedar)
Otak  kanan berfungsi dalam  hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan  fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan  apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan  sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar ‘otak  seni’.
Otak kanan — KREATIF —  Bentuk, Intuisi, Lagu &musik, Warna warni, Simbol, Gambar, Imajinasi,  Menghayal
Dominan Otak  Kiri  |  Dominan Otak  Kanan  | 
Menggunakan  logika  |  Menggunakan  perasaan  | 
Berorientasi  detail  |  Berorientasi  secara keseluruhan  | 
Melihat  fakta  |  Melihat  imajinasi  | 
Kata-kata dan  bahasa  |  Simbol dan  gambaran  | 
Hari ini dan masa  lalu  |  Hari ini dan masa  depan  | 
Matematika dan  ilmu pengetahuan  |  Filosofi dan  religi  | 
Mengetahui  |  Memahami  | 
Mengetahui  |  Mempercayai  | 
Mengakui  |  Mengapresiasi  | 
Mempersepsi  urutan/pola  |  Mempersepsi  secara spasial/ruang  | 
Mengetahi nama  objek  |  Mengetahui  kegunaan objek  | 
Berdasar pada  realita  |  Berdasar pada  fantasi  | 
Menyusun  strategi  |  Berdasar pada apa  yang terjadi  | 
Praktis  |  Terburu-buru/tidak  sabar  | 
Bermain  aman  |  Mengambil  resiko  | 
Manusia mampu  mempertingkatkan Potensi Akal/Minda ini sepenuhnya dengan cara menseimbangkan  kekuatan otak kiri dan otak kanan. Manusia dapat memberikan  saranan positif  melalui otak kiri (minda sedar) ke dalam otak kanan (minda bawah sedar) agar  dapat mengaktifkan kekuatan batin yang dikenali sebagai ‘INDERA KEENAM’
 Allah swt berfirman; Allah menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah.)
 (surah al-Baqarah ayat 269) 
HATI/JIWA/RUH
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah: “Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan (zikir) Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28)
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan  Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi  bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum)  insan itu sendiri.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)  
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
MINDA BAWAH  SEDAR  
Manusia memiliki  kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan banyak kejayaan besar dalam kehidupan  ini.  Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikirannya. Tetapi  kita jarang membuktikan kekuatan pikiran tersebut,sebab kita sering terjebak  dalam zon nyaman, selesa atau kebiasaan tertentu.Sehingga selamanya tidak dapat  mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang berarti. Oleh  karena itu milikilah matlamat hidup dan hala tuju yang lebih tinggi untuk  merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab matlamat atau sasaran baru  yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan.  Apalagi jika diyakini matlamat atau cita-cita tersebut bakal tercapai, Maka diri  kita akan lebih siap sedia menghadapi halangan dan risiko  yang  ada.
Setelah  tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dilakukan secara berulang-ulang,  maka tanpa disedari kita sudah banyak melakukan hal-hal penting sehingga  kita  telah sampai di zona baru, dimana kita berhasil mencapai matlamat yang  diinginkan. Itulah sebab mengapa dikatakan bahwa manusia mempunyai potensi yang  sangat besar dalam fikiran bawah sedar. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat  dibangkitkan melalui dua (2)  cara, iaitu: saranan, dan gambaran yang dilakukan  serentak dengan tindakan  yang penuh semangat dan keyakinan yang  padu.
SARANAN  
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’
Saranan  seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya melibatkan emosi dalam diri,  dilakukan penuh konsentrasi terhadap objek dan perkara yang positif, serta  berulang-ulang. Selanjutnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mendorong  gerak-geri tubuh kita. Kekuatan yang ditimbulkan oleh fikiran bawah sedar itu  sangat dahsyat apabila digunakan untuk melakukan sesuatu perbuatan samada buruk  atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara otomatis akan muncul  dari fikiran bawah sedar.
Saranan akan mengetuk kesedaran jiwa apabila dilakukan berulang-ulang kali secara rutin, suatu ketika kata-kata saranan tersebut akan menembus masuk ke dalam fikiran bawah sedar. Lalu fikiran bawah sedar itupun mengalirkan gelombang tenaga semangat yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita. Mungkin kegiatan saranan ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam diri sendiri. Biasakan mendengar getaran fikiran positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan latihan yang berpotensi untuk menumbuhkan keyakinan (optimisme) dan daya kreatif dalam hidup.
Ada enam (6) syarat dan petunjuk dalam melakukan Saranan Diri
1.       Berfikiran Positif; Melakukan saranan (Niat, Zikir, Doa)  dalam perkara yang baik dan  hal-hal yang positif  saja.
2.      Bersemangat Tinggi : lakukan dengan penuh keyakinan dan  bertenaga akan dapat memberikan kekuatan untuk berbuat sesuatu yang luar  biasa.
3.      Kepastian : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat  dipastikan ketepatan dan keperluannya  karena fikiran bawah sedar hanya dapat  menyusun berdasarkan kategori.
4.       Suasana Sekarang: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan  keinginan di masa lalu atau akan datang.
5.       Bekerperibadian  : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri  terlebih
dahulu.
dahulu.
GAMBARAN  
Bila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara mengambarkankan impian terlebih dahulu, maka terciptalah banyak sekali karya-karya besar dan rekaan baru di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “ Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”
Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan gelombang fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan jasad. Sehingga tubuh pun bertindakbalas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan.
Mengambarkanikan impian akan memungkinkan seluruh impian itu tercapai oleh fikiran bawah sedar. Allah SWT menganugerahkan potensi yang sama besar kepada semua manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian.dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa langkah dalam mengambarkan impian, iaitu:
- Mendefinisikan  impian  artinya memberikan gambaran yang jelas akan impian yang hendak dicapai.  Kemudian, gambarkanlah semua impian itu dengan sepenuh penumpuan dan keyakinan  seolah-olah Anda sudah meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini terkesan  sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan mencoba berbuat sesuatu  untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih  cita-cita.
 - Menentukan waktu  untuk matlamat itu dicapai dan impian itu terwujud sesuai dengan keinginan yang  telah ditentukan, sebab impian tanpa garis waktu hanya akan menjadi mimpi  disiang hari.. Impian dengan  waktu yang telah ditetapkan akan menggerakkan  kesadaran untuk tidak segan-segan melakukan perubahan. Maka mulailah dari  sekarang – Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang  menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak  dioptimalkan.
 - Melakukan  berulang-ulang kali artinya melatihkan diri kita untuk lebih sering lebih  bersedia dan sentiasa ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka  perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila  gelombang pesanan sudah diterima oleh fikiran bawah sedar maka dia akan  menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih  kreatif. Jika impian telah lebih diimajinasikan maka ternyata akan dapat  melipatgandakan kekuatan fikiran bawah sedar. Imajinasi yang diulang-ulang ini  akan secara tidak langsung merangsang ilusi kenyataan yang luar biasa tentang  potensi kita sebagai umat  manusia. Sehingga diri kita akan berusaha keras  mencapai impian yang telah digambarkan itu.  Begitulah seterusnya kekuatan  fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi  dalam diri kita pada suatu waktu.
 
TINDAKAN
Bertindak Cepat!  Lakukan Segera! Merupakan kunci kejayaan dalam tindakan dan perbuatan manusia.  Tindakan yang cepat dan segera menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Lakukan  sekarang...!!!
Bermulanya teknik  ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada  minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah  anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan  ketuanya.
Apa sahaja  setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah  sedar. Tiga saluran  yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan  hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat  janakuasa adalah HATI.
Apa sahaja  visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda  semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar .  Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya  benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu  sebaliknya
Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan  bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7  kali.
Duduk bersila  dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.
Cantumkan ibu  jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas  peha (tapak tangan hadap atas)
Sebelum itu  setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5  sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan  normal.
Sekarang pejamkan  kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan  otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak  menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan  rehat.latar pandangan anda PUTIH.
Tarik nafas  panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat  relax.
Seterusnya  lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan  nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut.  Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik  nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah,  tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci  di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat  mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran  mentari,.
Apabila anda  menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan  tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar  dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan  sawai.
Selepas itu  bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor  semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan  penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda  hanya satu iaitu di tengah alis mata.
Hasilnya anda  akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin  mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar  lawan jam.
Anda sekarang  berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah  sedar.
Setelah anda  berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda  inginkan
Sebagai latihan  awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda  melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau,  pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang  kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di  situ kawasan akan subur.
Lihat visual  permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput  dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan  desiran angin sepoi-sepoi bahasa.
Rasailah perasaan  yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi  sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian  alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur  yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran  Allah.
Ingat!Jangan  terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil  petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai  kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.
KAEDAH MENGGUNAKAN MINDA BAWAH  SEDAR
Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan  bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira  atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang  mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan  minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa  berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang  positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini  akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika  kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang  negatif jua. 
Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana  ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam  kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana  ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat  dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi  minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan  seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu  disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih  kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di  tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok  walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar  lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya  tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang  lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya,  tetap lurus. 
Di sini kita  dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan  badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah  kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang  kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah  sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai  matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain  negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita  teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan  carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara  orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.  
Menguasai Diri Sendiri Dan Fikiran Orang lain Dengan  Teknik -  Minda Bawah Sedar
Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak  yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun  sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar  anda sendiri.
"Teknik mengawal minda  bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak  kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang  baik,'' 
Bagi memanfaatkan minda  ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu  berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan  sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila  seseorang itu mengamalkan sikap ini.
Minda bawah sedar  banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam  fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia  boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka  perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.... contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan  hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.
Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau  isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah  sedar.
Kaedah ini juga boleh  digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya,  keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
 Insyaallah sesiapa  sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia mesti dilakukan  dengan"Caranya yang betul,  serta mengikut syarat-syarat tertentu,  seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran,  sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan  kepercayaan.
Adalah lebih baik jika  ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang  paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan dan ebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana  diri kita ketika itu masih bersih.
Ibu bapa yang  menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan  lasak boleh mengikut kaedah ini.
"Ia boleh dimulakan  dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan  meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.
"Bayangkan si anak  betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan.  "Kemudian buat saranan dengan mengatakan perlahan-lahan bahawa kita amat  memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda  inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti  dia betul-betul berada di hadapan,
" kawal minda bawah  sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik,  bahasa dan nada yang lembut dan jelas. Jangan  sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa  berinteraksi,'' 
Teknik ini paling cepat  kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang  positif. "Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh  ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada  yang lebih positif, Sesiapa sahaja boleh  mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung  dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang  ada pada diri setiap orang.
"Kita sebenarnya adalah  apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana  apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang  buruk terjadi, kerana apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang  itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.
Kejayaan mudah dicapai  berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan  perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa  yang agak lama,
Maka dengan menguasai  minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin  jadi atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda  kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang  menerima apa saja input secara berterusan. 
 kaedah yang digunakan  untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu  melalui pemerhatian dan kedua,penulisan. 
Penulisan adalah kaedah  terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis  hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi  pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan  perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.
Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris  menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.  kerana melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri  dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan  anda menjadi realiti.
Setiap individu  dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu  memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik  menggunakannya. Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan  kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang  lain,



Dapat amalkan apa yang di ketahui adalah nikmat yang sangat besar dan perlu disyukuri
BalasPadamTerima kasih kongsi salah satu cabang ilmu metafizik....
BalasPadamIstilah mindah bawah sedar sy terbaca dalam buku "Thing And Grow Rich" dan sy tidak faham apa yg diampaikan. Terima kasih untuk blog ini bagi penjelasan.
BalasPadamSaya terbaca konsep 'mindah bawah sedar' ini dalam buku "Thing and Grow Rich" dan saya tidak faham langsung. Terima kasih untuk blog ini atas penjelasan yang terperinci.
BalasPadamSubconcious energy
BalasPadamSubconcious energy
BalasPadam