TAFAKUR  
   
Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta yang paling bernilai. Nabi saw bersabda: “Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”
Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh. Nabi saw bersabda: “Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”. Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kerosakan. Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)
Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan khazanah para ulama.
Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).
Meditasi merupakan ‘Tafakur’ dan berzikir berserta olahan  pernafasan.. Nafas memiliki hubungan antara Insan dengan Tuhan sebagai satu alat  yang padanya 'Izin Allah' diletakkan, membawa 'Sifatullah' dari hati ke pusat  badan, fikiran dan roh. Nafas juga membawa unsur kehidupan (Prana) ke dalam  fizikal (cakra) untuk fungsi Jasmaniah yang menimbulkan keseimbangan dan harmoni  kepada tubuh badan manusia.... Firman Allah swt:  “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam  kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula  berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan  kesabaran.”(Al-Asr:1-3)
Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta yang paling bernilai. Nabi saw bersabda: “Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”
Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh. Nabi saw bersabda: “Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”. Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kerosakan. Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)
Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan khazanah para ulama.
Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).
GELOMBANG MINDA
Kalau minda sedar mempunyai hanya potensi 10%  kekuatan otak  tetapi minda bawah sedar mempunyai potensi 90% kekuatan akal  Minda bawah sedar  ini boleh diaktifkan sepenuhnya melalui olahan pernafasan secara ‘Meditasi’ agar  gelombang minda menjadi tenang. Ada empat jenis tahap gelombang minda akan  berlaku semasa melakukan meditasi (tafakur)
·          Gelombang  Beta
·         Gelombang  Alfa
·         Gelombang  Thetha
·         Gelombang Delta
OLAHAN NAFAS
·          Nafas  Salur
·         Nafas  Keras
·         Nafas Tahan
Firman Allah swt:
“Demi masa,  sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan  beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta  berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Al-Asr:1-3)
Maha Besar Allah yang  menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap  gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup  setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan  lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya  Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya  kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat  setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta  yang paling bernilai. 
Nabi saw bersabda:
“Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua,  sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup  sebelum datang ajal.”
Nabi saw bersabda:
“Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang  Islam”
Firman Allah: Adakah sama  orang yang berilmu dengan orang tidak  berilmu?(Az-Zumar:9)
Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh.Tanpa ilmu  manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului  amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah  ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap,  yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada  jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu  beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah  penuh kerosakan.
Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan  rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting'  tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula  dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan  kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan  khazanah para ulama.
Sesungguhnya dalam jasad  anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika  FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati  – (Hadith Riwayat Bukhari  Muslim).
  TENAGA  GHAIB
Tenaga  ghaib didefinasi kan sebagai suatu tenaga yang tak tampak mata...maksudnya mata  kasar tak dapat melihat tenaga ni.. sumber tenaga gaib semestinya daripada Allah  swt jua...namun...ia terdiri kepada jenis tenaga yang murni dan tak  murni....bertakluk dalam sifat Jalal dan Qohar Allah  s.w.t...
Tenaga ini terbahagi kepada 4 alam iaitu:
Tenaga ini terbahagi kepada 4 alam iaitu:
- alam Lahut.
 - alam jabarut.
 - alam malukut.
 - alam mulki.
 
Tenaga alam mulki merujuk kepada tenaga yang tersirat didalam tubuh manusia, seperti tenaga minda (psikik) dan tenaga dalam yang terhasil dari olah nafas dan latihan konsentrasi...IA DIKENALI JUGA SEBAGAI TENAGA NASMA..kajian dalam bidang aura, pukulan jarak jauh.
Tenaga alam malukut, merujuk kepada tenaga dari alamnya jin...tenaga ini tidak harmoni, biasanya diperolehi dari amalan ilmu kebatinan khadam pendamping, saka dll. Walaupun manusia terbabit mengamalkan zikir, wirid, namun bersahabat dengan jin adalah mengotorkan fitrahnya sendiri walaupun jin tersebut adalah jin islam sekalipun.segala fenomena luar biasa dengan pembabitan jin dikenali sebagai "Istidraj".tak dinafikan dengan amalan kebatinan ini,manusia itu akan dikurniakan pelbagai keajaipan seperti terbang,kebal,kekuatan cam badang...tapi rohani manusia akan terhambat didlam hubbun dunia dan mencintai nafsu semata-mata...
Tenaga alam jabarut, berasal dari alam malaikat...bagi seorang sufi...tenaga jenis ini juga akan melambatkan perjalanan rohani untuk memakrifat kpd Allah s.w.t.
Tenaga alam lahut, adalah tenaga termurni yang langsung  datang daripada Allah s.w.t tanpa membabitkan perantaraan makhluk lain...Ia  disebut sebagai tenaga Rohaniah...dimana kekuatan yang dikurniakan Tuhan ini  mampu menundukkan seluruh isi langit dan bumi...kerana layaknya manusia itu  sebagai khalifah...tenaga ini terhasil dari olah zikir darojat didalam tarekat  tasauf dengan bimbingan guru yang mursyid..hasilnya mata basyirah akan  terbuka...serta kemuncaknya manusia itu akan diberikan ilmu ladunni  batin..makrifatullah, mukasyafah, mahabbah dan musyahadah...atas kurnia dan kasih  sayang Allah s.w.t itu jua...wallahualam.
PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN TENAGA  BATIN
Ilmu Tenaga Dalam  adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti  latihan nafas dan kuasa minda. Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia  Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan  beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan  meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak  muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan  mereka.)
Disamping  itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang  lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa  sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik. Justeru jangan hairan melihat ramai  orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban  dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat  lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan  tentang agama Allah juga lemah.
Mereka  masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan  dunia, menipu dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam  gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah  al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani  tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata. Inilah yang disabdakan Nabi  saw: ”Bermula amal itu dengan  niat.”
Iaitu  mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan tenaga  rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan  ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada  hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan  kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah,  melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan)  adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan  dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang  yang berbuat baik.”  (Al-Ankaabut:69)
Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa  diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt,  inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi: “Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah  penjaganya.” 
LATIHAN TENAGA  ROHANI
“Tidak aku jadikan manusia  melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari  Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam  latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal  Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat  bahagian:
- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
 - Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
 - Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
 - Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.
 


Hebat kupasan kamu. :)
BalasPadamTinggi tauhid kamu saudara... Alhamdulillah..... Jika berpeluang boleh sy belajar dengan saudara tauhid ma'rifatullah lebih mendalam lagi...
BalasPadam