Wafak adalah suatu cabang ilmu  hikmah. Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Alloh ada dua macam  :
1. Pertama : 'Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau  Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
2. Kedua : 'Mahmul' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau  Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di  suatu tempat atau dibawa.
Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis 'Basmalah' pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).
Istilah Rajah berasal dari kata  Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti  Rajah menurut istilah yaitu Wafak berupa ayat Alquran atau Asma Alloh yang  ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya  ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat  kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syetan, jin dan manusia  yang zalim.
APA ITU WAFAK?
Wafak ialah tulisan yang menggunakan  huruf abjad,sama ada hufur abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal  dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu  atau dengan menggunakan rajah-rajah.
Menggunakan wafaq didalam ikhtiar  menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan  syarat yang utama di dalam keberhasilan. Walaubagaimana pun kita tidak boleh  menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq, selain kembali serta meyakini bahawa  keberhasilan penggunaan wafaq itu, adalah kerana keizinan Allah jua. Secara  umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui  syarat,peraturan serta penguncinya.
WAKTU YANG SESUAI MENULIS  WAFAK
HARI/ WAKTU
Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00
SYARAT MENULIS WAFAK
1) Berwuduk.
2) Menghadap qiblat.
3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh  bercakap.
5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air  mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam    yang yakin  sucinya.
6) Menulis sekali jalan
7) Setiap titik huruf mestilah jelas
8) Memilih waktu yang sesuai.
Tumpang tanya tuan kalau x ikut syarat tu x h ke
BalasPadamSyarat-syarat tersebut adalah adab-adab dalam menulis wafak. Sekiranya tidak diikut syarat-syarat tersebut, wafak tersebut tetap sah. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa walaubagaimanapun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq, selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu, adalah kerana keizinan Allah jua.
BalasPadam