Nota dari Andika (penulis): Cerita ini hanyalah cerita rekaan semata-mata. Watak-watak yang diwujudkan dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata-mata dan tiada kaitan dengan watak yang masih hidup mahupun watak yang telah meninggal dunia.
Kisah terdahulu: Secara tidak sengaja, Kimex telah menemui sebilah keris dalam Sungai Klang lalu berlaku perkara-perkara yang menyeramkan di dorm Kimex. Setelah itu, ada jin bernama Raden yang mengaku bertanggungjawab terhadap perkara yang menyeramkan tersebut. Menurut Raden, dia adalah semangat kepada keris yang dijumpai Kimex dan keris tersebut ialah Keris Taming Sari. Jin tersebut mengajar Kimex hikmat menjelma dan ilmu silat. Dengan ilmu tersebut, Kimex telah berjaya menyelamatkan seorang gadis dari sekumpulan orang jahat.
Cerita Tuah bersambung pada pagi hari persekolahan.
Di Kawasan Perhimpunan Pagi
Tuan Haji Arof : Murid-murid sekalian. Semalam, ketua warden kita, Rambo telah cedera kerana tertikam sebilah keris. Ini yang saya nak tahu, samseng mana yang berani bawak keris ke sekolah ni?
<Pelajar SAS bercakap sesame sendiri menimbulkan suasana bising>
Tuan Haji Arof : Kenapa kamu bising?! Kamu ingat saya main-main?! Baiklah, saya bagi peluang sehingga akhir minggu ni agar tuan kepada keris tu untuk datang berjumpa saya dan meminta maaf. Kalau dia buat begitu, hukuman dia akan diringankan. Kalau dia tak memunculkan diri dan saya dapat tangkap dia kemudian, dia akan dikenakan dengan hukuman seberat-beratnya, faham!? Perhimpunan bersurai.
<Semua plajar berjalan ke kelas masing-masing>
Z’run : Kimex, Kimex. Aku ada berita tak baik pasal Slayer.
Kimex : Apa dier?
Z’run : Aku dah jumpa Tuan Haji Arof minggu lepas dan citer kat Tuan Haji Arof yang Slayer sengaja bagi budak-budak makan lauk ayam sikit walaupun ayam banyak lebih dan yang selebihnya dia bedal.
Kimex : Habis tu apa Tuan Haji Arof cakap?
Z’run : Tuan Haji Arof kata kalau nak tuduh Slayer mesti ada bukti.
Kimex : Habis macamana kita nak dapatkan bukti?
Z’run : Hehe! Kau tengok ni? Digital kamera tau. Dengan ini kita akan dapatkan buktinya malam ini.
Kimex : Tak payahlah macam tu sekali Z’run. Aku tak kisahpun pasal Slayer tuh.
Z’run : Mana boleh Kimex. Slayer tu dah melampau. Ada khabar angin mengatakan tiap-tiap hari ada ayam lebih separuh besen dan Slayer akan jual ayam lebih tu kat pasal malam.
Kimex : Ye ker? Ini sudah melampau. Slayer tu dah la tak bagi orang lain makan lebih, dia bedal lepas tu jual pulak lagi. Ok, kita siasat perkara ni malam ni jugak.
Z’run : Jumpa kat bilik aku kol 11 malam nanti ok.
Kimex : Ok.
Pukul 11 malam di bilik Z’run
<Kimex dan Zrun berpakaian serba hitam>
Z’run : Ok Kimex. Jom kita mulakan siasatan kita,
<Mereka bedua berjalan ke dewan makan SAS>
Zrun : Shhh! Kimex. Slow-slow. Kalau kita kena tangkap dengan Slayer, mati kita.
Kimex : Ok, kat mana kita nak tunggu malam ni?
Zrun : Kita tunggu dekat bawah bangsal buruk tu sampai kita dapat bukti yang kita cari.
Kimex : Ok
<Kimex dan Zrunpun pergi ke sebuah bangsal buruk tidak jauh dari dewan makan tersebut dan menunggu dengan sabar. Setelah berjam-jam menunggu, tiba-tiba sebuah van muncul>
Zrun : Eh, itu van dari sekolah anak-anak yatim Tengku Badriah. Apa van tu buat dekat sini?
<Van tersebut berhenti dekat dewan makan lalu Slayer keluar dengan sebesen lauk ayam>
Zrun : Haa, kan betul khabar angin tu. Rupa-rupanya Slayer jual lauk ayam lebih tu dekat Sekolah anak-anak yatim Tengku Badriah. Cis, sepatutnya Slayer bersedekah ajelah lauk ayam lebih tu dekat anak-anak yatim tu.
Kimex : Zrun, ambil gambar cepat.
Zrun : Haaa, ok, ok.
<Zrun mengambil gambar apa yang berlaku>
Kimex : Zrun, kau perasan tak, duit yang diberi oleh orang dari sekolah anak-anak yatim tu kepada Slayer?
Zrun : Ngaper Kimex?
Kimex : Duit tu banyak sangat. Aku anggarkan kalau tak beratus-ratus, beribu-ribu. Takkanlah harga ayam setengah besen tu ribu-ribu?
Zrun : Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.
Kimex : Kita tunggu semua orang belah dulu baru kita keluar perlahan-lahan.
<Kimex dan Zrun menunggu selepas semua orang tiada, kemudian keluar perlahan-lahan>
Zrun : Kimex, aku rasa seram sejuk la. Entah-entah Slayer ada lagi kat sini tak?
Kimex : Tadi kita nampak dia dah pergikan.
<Tiba-tiba terdapat satu lembaga memegang pisau memasak menghampiri mereka dari belakang>
<Raden muncul>
Raden : Bos, bahaya bos. Slayer ada dekat belakang bos.
<Kimex pandang belakang lalu nampak Slayer>
Kimex : Zrun, lari Zrun. Slayer ada kat belakang kita pegang pisau memasak.
<Zrun pandang belakang, terkejut dan lari dengan kuat>
Slayer : Hahaha! Budak, dewan makan ni aku dah kunci. Berani korang mengintip aktiviti aku yer. Siap korang.
<Kimex dan Tuah lari ke sebelah sana dewan makan lalu menyorok bawak meja>
Kimex : (Dalam hati) Alamak! Zrun ada dekat sini, aku tak boleh menjelma. Macamana ni?
Raden : Bos, gunakan ilmu memanggil keris Taming Sari tu untuk mempertahankan diri.
Kimex : Ok.
<Kimex menghulurkan tangannya sampil memejamkan matanya>
<Sementara itu di bilik Tuan Haji Arof, kelihatan Tuan Haji Arof tengah buat kerja sambil mengomel>
<Tiba-tiba almari di dalam bilik Arof bergegar>
Arof : Eh, apasal ni?
<Tiba-tiba almari tersebut terbuka dan keris Taming Sari tersebut melayang di udara. Tuan Haji Arof terkejut lantas terjatuh dari kerusinya. Berdebup!>
<Sementara itu, di dewan makan, keris Taming Sari melayang ke tangan Kimex>
Kimex : Hehe! Raden, aku dah mahir dengan hikmat memanggil keris Taming Sari ni.
Zrun : Kimex, kau cakap dengan saper? Eh, mana kau dapat keris ni?
Kimex : Zrun, nanti aku cerita pasal keris ni. Mula-mula sekali, kita kena kalahkan Slayer dulu kalau nak keluar dari dewan makan ni.
<Tiba-tiba bunyi tapak kaki Slayer makin dekat>
Kimex : Zrun, biar aku lawan Slayer, kau tunggu kat sini.
<Kimex keluar dari tempat persembunyiannya>
Kimex : Hoi Slayer! Kitaorang dah tahu yang kau ni sebenarnya pengedar dadah kat SAS ni (dalam hati: sebenarnya aku agak aje).
Slayer : Hahaha. Kau dah tahu yer. Tapi sayangnya, kau tak akan beritahu siapa-siapa sebab kau akan mati pada hari ni.
<Slayer menerkan Kimex dengan pisau memasak, Kimex mengelak lalu mengenakan satu tendangan pada Slayer>
Slayer : Hahaha. Tendangan apa ni. Tak sakitpun.
Kimex : Alamak, disebabkan aku tak menjelma, kekuatan aku hanyalah kekuatan budak berumur 16 tahun dan bukannya kekuatan Hang Tuah.
<Slayer terus menyerang Kimex dengan pisau memasaknya. Kimex hanya mampu bertahan>
<Tiba-tiba keris di tangan Kimex telepas melayang apabila menahan tetakan pisau memasak Slayer>
Slayer : Haha! Kau dah takde senjata lagi. Mana kau mahu lari sekarang?
<Kimex berundur perlahan-lahan>
<Slayer mengayunkan pisaunya lalu terkena kaki Kimex>
Kimex : Aduh!
Slayer : Haha. Hari ini kau akan mati.
<Slayer mahu melakukan pukulan terakhir ke atas Kimex>
<Dalam saat yang genting itu, tiba-tiba>
Slayer : Aduh! Sakitnya bontot aku.
<Rupa-rupanya Zrun telah mengambil keris Taming Sari lalu menikam bontot Slayer. Slayer terjatuh>
Kimex : Terima kasih Zrun, tindakan kau tepat pada masanya.
Zrun : Kimex, macamana kau? Eh, kaki kau cedera la.
<Slayer yang terjatuh tu tiba-tiba bangun>
Kimex : Zrun, lari cepat. Jangan pedulikan aku.
Zrun : Tidak Kimex. Aku takkan meningalkan sahabat baik aku seorang diri.
Slayer : Cis budak. Berani kau cederakan aku yer. Sekarang siapa lagi yang dapat selamatkan kau?
<Tiba-tiba terdengar satu suara>
Polis : Letakkan senjata anda. Ini polis.
<Slayer terkejut lalu berpaling. Di belakangnya Cikgu Siti sedang mengacukan pistol kepadanya>
Slayer : Oh Cikgu Siti. Kenapa cikgu ada pistol?
Cikgu Siti : Aku sebenarnya Inspektor Siti. Sudah lama aku menyesaki ada kegiatan pengedaran dadah di sini tapi tiada bukti. Rupa-rupanya kau dalangnya.
Kimex : Cikgu, dadah tersebut diletakkan bersama lauk ayam yang lebih untuk memudahkan penyeludupan keluar dari sekolah ni.
Cikgu Siti : Sudahlah Slayer. Letakkan senjata tersebut. Kamu sudah ditangkap.
<Dengan tiba-tiba Slayer menyerang Cikgu Siti>
<Cikgu Siti mengelak serangan Slayer lalu menyerang tangan Slayer yang memegang senjata lalu senjata Slayer terlepas. Lalu Cikgu Siti menumbuk dan menendang Slayer sehingga Slayer terjatuh dan tidak bangun-bangun lagi. Cikgu Siti lalu mengenakan gari di tangan Slayer. Cikgu Siti lalu memanggil anak buahnya dengan walkie-talkie lalu pergi kepada Kimex dan Zrun>
Cikgu Siti : Kamu berdua tak apa-apa?
Kimex : Kami ok cikgu. Terima kasih kerana selamatkan kami.
Cikgu Siti : Terima kasih kepada kamu juga. Kerana kamulah Slayer dapat diberkas.
Zrun : Cikgu, tak sangka cikgu pandai berlawan.
Cikgu Siti : Mestilah, cikgu ni sebenarnya seorang Inspektor polis. Inspektor mestilah pandai berlawan.
Kimex : (pura-pura terkejut) Apa, cikgu seorang inspector polis? Ermm cikgu, Slayer sudah diberkas. Adakah cikgu akan terus mengajar di sini?
Cikgu Siti: Iya, kerana kerja mengajar ini hanya separuh hari. Cikgu masih boleh buat kerja polis di sebelah petang dan malam. Lagipun cikgu adalah dari bahagian unit polis yang menyamar sebagai orang biasa untuk memudahkan menangkap penjenayah.
Kimex : Cikgu, saya akan belajar rajin-rajin agar dapat A1 dalam pelajaran Sains.
Cikgu Siti : Baguslah kalau begitu. Tentang cikgu ni seorang polis, ini rahsia kita tahu. Jangan beritahu siapa-siapa.
Kimex dan Zrun : Baiklah Cikgu.
Cikgu Siti : Zrun, kamu bawa Kimex ke klinik untuk merawat luka Kimex. Saya akan uruskan Slayer.
<Kimex terhencot-hencot berjalan sambil dibantu Zrun. Cikgu Siti memantau anak buahnya yang membawa Slayer ke sebuah kereta polis.>
<Kimex dan Zrun keluar dari dewan makan. Kelihatan di tangan Kimex memegang keris Taming Sari. Sebagai tuan kepada keris Taming Sari yang baru, apakah lagi pengembaraan dan bahaya yang akan dilalui oleh Kimex pada masa akan datang dan bagaimanakah kehebatan hikmat keris Taming Sari yang masih belum dipelajari oleh Kimex iaitu hikmat meringankan badan dan hikmat kebal? Segala persoalan ini akan terjawab pada keluaran akan datang.>
TAMAT BUKU 1
SAS lingua
Ikan Jaket : ikan berjaket tebal yang hanya ditemui di dewan makan SAS
Kantoi : Tangkap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan