Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
1. Subhanallah (Tasbih)
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.
Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.
2. Alhamdulillah (Tahmid)
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya
3. Lailahaillah (Tasdiq/Tauhid)
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-olah dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
4. Allahu Akbar (Takbir)
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan.
Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)
Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.
5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim (Takdis)
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.
Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:
Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."
Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.
Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan La Ilaha Illallahu Wahdahu La Syarikalahu Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wahuwa 'Ala Kulli Syai-in Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
Kalimah 'Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar' juga dikenali sebagai Al-Baqiyat As-Salihat seperti disebut dalam Quran surah Al-Kahfi ayat ke-46. Di sana disebutkan suatu amalan yang ganjarannya lebih utama dibanding perhiasan dunia yang berupa anak dan harta. Maksud ayat : “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh (al-baqiyat as-salihat) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudry r.a., Telah bersabda Rasulullah saw : “Perbanyaklah oleh kalian dari bacaan “al baqiyat as-salihat”. Sahabat-sahabat lantas bertanya : Apakah “al baqiyat as-salihat” itu Ya Rasulullah saw ? Baginda bersabda : Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu Akbar wala haula wala quwwata illabillah."
Fadhilat menyebut Al-Baqiyat As-Salihat ini sangatlah banyak seperti berikut:
1. Menggugurkan dosa seperti menggugurkan daun-daun kering dari pokok
2. Subhanallah mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
3. Alhamdulillah mendapat 30 pahala dan dipadam 30 dosa
4. Lailahaillallah mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
5. Allahuakbar mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
6. Subhanallah dan Alhamdulillah akan mendapat pahala memenuhi ruang antara langit dan bumi
7. Merupakan tanaman syurga, orang yang mengucapkannya sekali akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga
Jumhur ulama menyarankan agar kita menyebut Al-Baqiyat As-Salihat ini seratus kali pada waktu pagi selepas Subuh dan pada waktu petang selepas Asar.
Sumber Al-Baqiyat As-Salihat: Ceramah Ustaz Jafri Abu Bakar
terima kasih, assalamualaikum
BalasPadamApa maksud di genapkan? Kene bace berapa kali? T. Kasih
BalasPadamgenapkan bermaksudnya jadikan 100. 33x subhanallah 33xAlhamdulillah dan 33x Allahuakbar dan genapkan dgn lailahailahuwahdahu..........
BalasPadamcantik :) terima kasih saudara ^_^
BalasPadamSaya kesini untuk mengetahui maksud Alhamdulillah dan disharekan kedalam blog, terima kasih :)
BalasPadamlailahaillallah yang no. 3 tu salah eja.mohon betul kan. btw nice post. :D
BalasPadamAlhamdulillah...thanks,sangat lah bermanfaat buat saya
BalasPadamalhamdulillah,subhanallah,...makasih saudara..sangat bermanfaat.
BalasPadamapa pula maksud laila hailalallah wahdahu la syarikalah walahulhamduyuhyi wayumitu wahuwa ala kullisyai in qadir?
BalasPadamInsyaallah :)
BalasPadamSyukran
BalasPadamlaila hailalallah wahdahu la syarikalah walahulhamduyuhyi wayumitu wahuwa ala kullisyai in qadir bermaksud
BalasPadamTiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya. Dia yang empunya pemerintahan dan yang empunya segala puji, dia yang menghidupkan dan mematikan dan dia berkuasa atas segala sesuatu.
Sungguh teliti. Senang difahamkan. Syukran.
BalasPadamterima kasih . mohon kOngsi
BalasPadamAssalammualikum..maafkan saya. Sya nak tanya post ni betul ke? Saya ragu2 nak share..mohon jawab
BalasPadammohon share
BalasPadammohon copy yg no.2 alhamdulillah
BalasPadamsubhanallah-alhamdulillah
BalasPadamAssalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian hadith
BalasPadamSemoga bermanfaat untuk yg membacanya. Subhanallah
BalasPadamSemoga Allah selalu membimbing ummatnya ke jalan yang lurus
BalasPadamSemoga Allah membimbing ummatnya ke jalan yg lurus. Amin
BalasPadamSemoga Allah membimbing ummatnya ke jalan yg lurus. Amin
BalasPadamBerSyukurlah kerana Allah kasih pada hamba yg BerSyukur..Tiap sesuatu kerna Allah tak perlulah disebabkan ada hadis Sahih "baca itu hasilnya INI"
BalasPadamBalik pada 2 perkara takkan SESAT selama2nya.. Itulah Erti seketul Daging dlm Tubuh kita..
Kerana ada byk Hadis - Pilihlah Rasullah (Allah Maha Bijaksana) menguji manusia (Hadis Sahabat ada Ganjaran ) Hadis Rasulullah *lebih baik saja
Trima kasih ats prkongsian ilmu .. moga allah merahmati hidupmu.
BalasPadamNice
BalasPadamAssalamualaikum....Terima kasih..perkongsian yg penuh makna
BalasPadamAlhamdulillah..assalamualaikum..terima kasih..perkongsian yang sangat bermakna..
BalasPadamAlhamdulillah..assalamualaikum..terima kasih perkongsian yg sangat bermakna..
BalasPadamterima kasih. terjawab sudah persoalan.
BalasPadamMohon copy part "Allahu Akbar" terima kasih
BalasPadamMturswun
BalasPadamIya mturswun
BalasPadamMturswun
BalasPadamMatursuwun
BalasPadamOk bagus sekali itu maturswun
BalasPadamtqsm
BalasPadamAssalamwalaikum, Terima kasih dan semoga Allah merahmati kamu...
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamBitaufiq wannajah
BalasPadamAlhamdulillah ..ilmu yg bermanfaat mohon izin share ..
BalasPadamThanks...bermanfaat
BalasPadamminta izin di copy ya :) terima kasih .
BalasPadamizin di copy ya , tnyou :)
BalasPadamAssalamualaikum Alhamdulillah terima kasih atas perkongsi saudara islamku
BalasPadamTerima kasih :)
BalasPadamSubhanallah
BalasPadamAlhamdulillah
Allahuakhbar
Alhamdulillah...trima kasih infonya😊
BalasPadamAlhamdulillah pencerahan yg mudah difahami
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamSungguh mententeramkan.alhamdulillah.
BalasPadamJazakkallah
Terima kasih.
BalasPadamAlhamdulillah. Jazakkallah.
BalasPadamSubhanallah Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah. Retina kasih ilmu yg diberikan. Jazakallah
BalasPadamterima kasih sharing bagus ni..
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam