Sabtu, 4 Julai 2020

Buruj Orion, 3 Bintang Penunjuk Arah Kiblat dan Sirius

Perhatikan ayat Quran berikut:

Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (An-Nahl 16:16)

Tahukah anda, buruj Orion merupakan 3 bintang di langit yang akan anda melihatnya setiap hari di waktu malam walaupun di mana anda berada di planet bumi ini, buruj orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah bangunan Kaabah.




Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat.

Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.

Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, pembukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari.

Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah

Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit.

Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.

Menurut hisab, istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:

Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.


Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.

Petunjuk Bintang Sirius

Sekiranya dilihat ke arah yang bertentangan, buruj Orion adalah petunjuk bintang Sirius, iaitu bintang yang paling terang di angkasa pada sebelah malam, dengan magnitud ketara (apparent magnitude) -1.47. Bintang ini terletak di buruj Canis Major dan merupakan sistem bintang berkembar dengan bintang utama Sirius A dan bintang kedua Sirius B bintang kerdil putih (white dwarf).



Warna Sirius ialah putih kebiruan. Sirius kerapkali disebutkan sebagai bintang tahun baru. Ini adalah kerana Sirius akan mencapai titik tertinggi di langit pada malam tahun baru. Ini membuatkan Sirius menjadi bintang paling terang pada tengah malam saat pergantian tahun baru.

Sirius adalah satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al-Quran dalam surah An-Najm. Perhatikan dua ayat dalam surah An-Najm seperti berikut:
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah Tuhan (Pencipta) Bintang Syi'ra (Sirius) (An-Najm 53:49)Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)

Bintang berkembar Sirius A&B beredar dengan lintasan berbentuk bulat telur mengelilingi satu sama lain. Masa peredaran Sirius A dan B mengelilingi titik pusat graviti mereka yang sama adalah 49.9 tahun. Ini bermakna bintang berkembar yang membentuk bintang Sirius ini saling mendekat dengan setiap 49.9 tahun sekali . Peristiwa alam tentang bintang ini diisyaratkan dalam ayat ke-49 dan ke-9 dari Surat An Najm.

Fakta ilmiah ini, yang tak seorang pun dapat memahami di masa pewahyuan Al Qur'an, sekali lagi membuktikan bahawa Al Qur'an adalah firman Allah Yang Mahakuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan