Rabu, 31 Ogos 2011

Kuliah Syahadah (Bahagian 2)

Bismillahir Rahmanir Rahiim


Akidah kepada Rasulullah ini hendaklah  diperluaskan lagi. Tidak cukup dengan hanya yang asas.


1. Di antaranya,'' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.''
Maksud  maksum adalah baginda tidak berbuat salah dan tidak berbuat dosa, sekalipun dosa kecil.

Walaupun sifat ini tidak wajib dipelajari dan tidak menjadi asas akidah  tetapi eloklah kita tahu supaya kita terasa kebesaran dan kehebatan Rasulullah SAW agar kita dapat menghayatinya.

Untuk menjadi orang bertaqwa, kita harus mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar2 cinta.

''Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.'' Jarang orang memperkatakan sifat maksum ini sebab ia bukanlah akidah yang asas.

Rasulullah itu sejak dari kecilnya telah terpelihara. Dosa kecil pun baginda tidak buat. Bukankah luar biasa! Bila kita melihat peribadinya, kita menjadi sangat menyayanginya dan ingin
mengikut jejak langkah seseorang  yang sangat disayangi Tuhan.

 2. Kita harus menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah ummi.
Apakah maksud ummi? Maksud Ummi ialah, baginda tidak membaca dan menulisJangan berkata Rasulullah itutidak pandai membaca dan menulis...jangan berkata begitu.

Untuk mendapatkan ilmu, Rasulullah tidak perlu membaca dan menulis seperti kita.


Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu namanya menghina. Jika kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat juga bunyinya dibandingkan dengan jika kita kata baginda tidakmembaca dan menulis.

Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis [ummi], akan berilmukah kita? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda sarat dan penuh dengan ilmu. Sungguh luar biasa!


Jadi terasalah kehebatan dan kebesaran Rasulullah itu. Keyakinan Ini penting untuk mencapai sifat taqwa. Jadi  katakanlah '' Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis''. 


3. '' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan.'' Mesti yakinkan itu. Bila dikatakan contoh, kita akan nampak baginda itu di hadapan dan di belakang kita. Roh kita akan menjadi yakin akan kebesarannya lantas mudah kita mencapai sifat  taqwa.


4. ''Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah.''

Rasulullah SAW  itu adalah  wasilah tetapi kita sebagai umatnya  jarang mengambil peduli dan tidak endah. Padahal perihal  wasilah baginda itu adalah satu  perkara  yang besar. Apakah buktinya ?.

=>Setiap hari kita membacanya di dalam doa selepas azan. Walaupun hukumnya sunat, maksudnya adalah besar.

Apakah maksud wasilah?  Wasilah ada dua =>  yang lahir dan  yang batin. Wasilah lahir adalah ilmunya. Jikalau bukan baginda sebagai wasilah, kita tidak mendapat ilmu yang diwahyukan kepadanya sebagai utusan Allah.

Katalah kita tidak mahu belajar ilmu-ilmu  yang disampaikan oleh Rasulullah  SAW melalui Al Quran dan Hadis => maka boleh rosaklah wasilah lahir kita.


Wasilah lahir Rasulullah ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan sebagainya, walaupun Rasulullah sudah tiada lagi. Dengan izin Allah, baginda diyakini orang walaupun sudah lebih 1400 tahun baginda meninggalkan kita.

Ada lagi satu wasilah yang telah dilupakan  orang iaitu wasilah roh muqodassah. Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, baginda boleh membantu umatnya.


Sama ada dalam menolong agamaNya, untuk mendapat kekuatan lahir dan batin, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah beratus tahun tidak dipedulikan orang. Sebab itu umat Islam dihina dan terhina. Bahkan bagi golongan fahaman wahabi, wasilah itu dianggap syirik.

Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, mereka  boleh berjumpa Rasulullah dalam keadaan jaga =>bukan dalam mimpi. Jika di  dalam mimpi, itu perkara biasa. Mereka boleh berbual2 dalam keadaan jaga. Bukankah hebatnya Rasulullah!

Kita boleh berdoa dengan menyeru namanya, meminta bantuannya.


''Wahai Rasulullah, tenangkan hati saya. Berilah  saya ilmu dan lain-lain. Bantulah  saya menjadi orang bertaqwa.''

Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana.


Jadi bila kita mengucap dua kalimah syahadah, menurut kita yang berfahaman Ahli sunnah wal jamaah, maka kita bersaksilah bahawa baginda adalah wasilah.

5. Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan kerananya, dunia dan akhirat tidak diciptakan.

Bukankah betapa  besarnya Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz zaman => Orang yang mempunyai /menguasai semua zaman.


Sebab itu perlu wasilah baginda , kerana baginda itu Tuhan yang menjadikan.


Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,''Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.''


Artinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada.

''Ya Allah, saya minta di atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah.'' Turunlah rahmat.

Kerana Rasulullah, Allah berikan apa yang diminta. Inilah ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak perkara-perkara seni sudah terhapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah! Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah menjadi kasar.



Bukankah Nabi Adam AS setelah beliau melakukan dosa memakan buah khuldi, beliau berwasilah dengan nama Muhammad agar dosanya diampunkan oleh Allah SWT? Dengan cara inilah akhirnya dosa beliau telah diampunkan oleh Allah SWT.

Itulah dia akidah tambahan untuk menjadi orang bertaqwa. Jika yang asas sahaja, tidak cukup. 
Sebab itu jika kita membaca riwayat,  sahabat-sahabat di zaman Rasulullah, janggut Rasulullah pun dipandang besar. Sayidina Khalid membawa janggut Rasulullah ke medan perang. Bila serbannya jatuh sewaktu berperang, dia cepat-cepat mengambilnya kerana ada janggut Rasulullah di dalamnya.

Akhirnya orang bertanya,''Wahai Khalid, sewaktu berperang, serban kamu jatuh pun, kamu ambil?''

=>''Sebab ada janggut Rasulullah di dalam serban....Dengan berkat janggut kepunyaan Rasulullah itulah saya diizinkan Allah menang.''

Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul,mengambil berkat, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah terlalu dilupakan.

Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah boleh membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik datangnya dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan sesuatu yang benar.

--------------------------------------------------- 


Kuliah: Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber : Rufaqa Eropah

Kuliah Syahadah (Bahagian 1)


Bismillahi Rahmanir Rahim.


Anak-anakku yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah. Mari kita sambung kuliah tentang Kalimah Syahadah ini. Hari ini kita hendak perkatakan tentang syahadah Rasulullah. "Asyhadu allailahaillallah wa asyahaduanna muhammadurrasulullah" - Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dalam ajaran Islam, Rasulullah juga termasuk sebahagian akidah. Sebab itu di’set’kan dalam syahadah itu, nama Allah dengan Rasulullah. Tidak sah akidah jika menyebut salah satu sahaja. Jika kita bersyahadah dan menyebut Rasulullah tanpa Allah atau menyebut Allah tanpa Rasulullah, itu tidak dikira sah.

Kebesaran Tuhan itu tiada tandingannya. Tiada satu makhluk pun yang boleh menandingi-Nya. Tetapi atas nisbah makhluk, kehebatan Rasulullah itu besar. Allah SWT sendiri membesarkan baginda supaya hamba-hamba Allah juga membesarkan baginda. Hinggakan nama Allah  dan Rasulullah di’set’kan sekali dalam syahadah. Akhirnya kedua-keduanya menjadi akidah, menjadi pegangan dan keyakinan.


Apa maksudnya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah? Artinya kita wajib yakin bahawa baginda itu pesuruh Allah. Pesuruh yang Tuhan telah lantik kepada seluruh alam. Jin dan manusia diperintahkan mengikut apa yang diarahkan oleh Allah,  yakni mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Itu akidah asas.

Termasuk dalam ‘meyakini’ yang tersirat iaitu apa sahaja yang ada hubungan dengan Rasulullah atau yang wajib berlaku pada Rasulullah. Wajib kita yakin. Pegangan dan akidah kita adalah termasuk dalam pengakuan syahadah itu.


Kita sudah mengakui Allah itu Tuhan kita. Zat itu adalah zat Pencipta alam. Dengan sendiri, sifat-sifatNya yg berkait dengan Tuhan, kita wajib yakin dan percaya.

Artinya kalau kita yakin seseorang itu utusan Allah, maka kita bersaksi, percaya dan yakin kepada apa sahaja sifat-sifat yang wajib pada Rasul itu.
Ada 4 sifat wajib yang ada pada Rasul yang wajib diketahui, yakin dan percaya iaitu:
1.Dalam syahadah Rasulullah, yakinkan bahawa " Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq." Apa maksud Rasulullah itu siddiq? 


Siddiq berarti Benar, yakni kata-katanya benar, perbuatannya benar, sikapnya benar, menggambarkan segala yang Allah perintahkan kepadanya.
~Rasulullah itu, cakapnya tidak mendahului perbuatan.
~Tidak membohongi.
~Perbuatannya tidak membohongi perkataan.
~Perbuatan dan kata-katanya itu sama.

Itulah keyakinan kita. Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu siddiq. Kita membenarkan perkataan, perbuatan dan sikapnya. Apa yang berlaku pada Rasulullah itulah yang Tuhan kehendaki.

2.Begitu juga kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Apa maksud amanah?
Apa sahaja yang Allah pesankan untuk disampaikan, walau satu perkataan pun tidak tercicir. Bukan sahaja satu ayat, malah satu perkataan pun tidak tercicir. Satu lafaz pun tidak tertinggal. Bahkan satu huruf pun tidak tercecer. Artinya amanah sungguh Rasulullah itu. Allah swt telah menyampaikan Al Quran. Betapa banyak ayatnya dan perkataannya, namun satu huruf pun tidak tercicir. Begitu amat amanahnya Rasulullah dengan Tuhan.

Jadi, bila kita mengucap "asyhadu anna Muhammadurrasulullah", didalamnya itu, rupanya terkandung yang dimaksudkan bahawa Rasulullah itu bersifat amanah.


Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Sangat jujur menyampaikan hingga tidak ada yang tercicir dan tidak bertambah walau satu huruf.
Tidak menambah-nambah.


Maka kita bersaksi bahawa sifat amanah Rasulullah itu adalah satu keyakinan. Sesiapa yang tidak belajar tentang sifat ‘amanah’ dan ‘siddiq’ ini boleh berdosa. Akidah boleh menjadi cacat. Sebab itu wajib kita tahu, percaya dan yakin. Sebab ia termasuk sifat yang wajib bagi Rasul.

3. "Asyhadu anna Muhammadurrasulullah" itu juga kita maksudkan bahawa kita bersaksi bahawa Rasulullah itu tabligh atau menyampaikan. Bukan sahaja kita wajib yakin rasul itu Rasul. Kita juga wajib yakin bahawa dia sangat menyampaikan. Sedikit pun tidak syak. Menyampaikan  hinggakan satu huruf pun tidak tercicir. Menyampaikan kepada semua.

4.Bila kita mengucap dua kalimah syahadah itu, kalimah Rasulullah yang kita maksudkan lagi ilah "Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah cerdik/fathonah".


Cerdiknya Rasulullah itu pun menjadi akidah. Sesiapa beriktikad Rasulullah bodoh, rosaklah akidahnya. Katalah seseorang itu yakin pada Rasulullah, yakni yakin baginda yang membawa Al Quran untuk mengislamkan manusia dengan Al Quran, yakin baginda bersifat siddiq, amanah, dan tabligh tetapi yang satu ini dia tidak yakin. Maka rusaklah akidahnya.

Sifat cerdik itu adalah sebahagian dari satu pakej sifat2 Rasul yang 4. Itulah yang dikatakan Syahadat Rasulullah.

Syahadat Rasulullah menjadi akidah bersama-sama Syahadat Tauhid.

Cerdik Rasulullah bukan lagi cerdik istilah manusia.
Istilah genius itu adalah istilah yang tersendiri. Pada manusia umum, istilah cerdik itu biasa.


Tetapi hendak mencari yang ‘zakiyun’ itu juga payah. Genius pula istilah cerdik luar biasa pada orang awam [dipinjam dari bahasa Inggris].

Dalam istilah bahasa arab ‘genius’ disebut abqari iaitu ahli-ahli falsafah, ahli pemikir, atau ahli otak. Rasulullah tidak dikatakan abqari. Dia amat tersendiri. Sebab itu ada istilah baqanah. Istilah baqanah hanya boleh disandarkan pada Rasulullah. Kecerdikan Rasulullah itu tiada bandingan. Abqari pun kalah. Walaupun seribu ahli falsafah yang bertaraf abqari, mereka tidak boleh lawan satu fathonah. Sebab itu, ia dijadikan keyakinan akidah. Adalah menjadi akidah bahawa "Saya bersaksi Rasulullah itu adalah fathonah." 

Jika ada kita bertanya seseorang  tentang Rasulullah, dia menjawab "Eh!  tak pernah dengar pun tentang sifat  fathonah pada Rasulullah?". Rosak akidah dia!

Lebih lagi boleh rosak,kalau dia telah belajar tetapi dia tidak yakin. Lagi rosak kalau dia tidak belajar dan dia tidak tahu bahawa akidahnya sudah rosak!

Sebab itu wajib tahu dan wajib belajar! Serta wajib dijadikan keyakinan. Kalau sudah tahu tetapi menolak juga, lagilah berat. Sebab kalau sudah rosak akidah, walaupun akidah tentang syahadat Rasulullah sahaja, solat, zakat, puasa, haji menjadi batal.

Maka semasa kita mengucap dua kalimah syahadat itu, bukan sahaja kita wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasul tetapi 4 sifat yang wajib baginya pun kita kena yakin dan kita saksikan. 

Saya rasa, tentang keyakinan pada sifat yang 4, inipun ramai orang telah mengabaikannya. Sifat fathonah itu pun orang ambil tidak peduli. Ramai yang yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tetapi sifat-sifat baginda tidak pernah diambil tahu.

Seperti orang yakin bahawa Allah itu Tuhan tetapi tidak tahu sifat-sifat Tuhan seperti Maha berkuasa, berkehendak, mendengar dsb. 

Di dalam Islam ini, akidah yang asas sahaja tidak cukup. iaitu sekadar hendak membezakan antara Islam dan kafir. Menjadi orang baik itu sahaja tidak cukup. Allah minta kita bukan setakat menjadi muslim atau orang Islam. Tidak pernah dikatakan orang Islam begini-begini masuk syurga. Tidak ada. Syaratnya mestilah menjadi orang bertaqwa. Lagi selamat. Dengan Islam sahaja tidak tentu selamat. Mukmin sahaja pun tidak pasti selamat dari neraka. Mesti mukmin yang bertaqwa. Jadi, jika  hendak menjadi orang yang bertaqwa, ada satu pakej. Gabungan rukun iman, rukun Islam dan ihsan, ianya adalah  satu pakej. Kena ada ilmunya, difahami, dihayati lalu diapply dalam kehidupan, barulah boleh jadi orang bertaqwa.

Kerana ada rukun kepada rukun Iman, ada rukun kepada rukun Islam dan dalam rukun Ihsan, ada rukunnya. Kesemuanya itu satu pakej, barulah boleh menjadi orang bertaqwa. Sebab itu di dalam ajaran Islam ada 3, Iman, Islam dan Ihsan. Iman dan Islam sahaja tidak cukup. Mesti ada Ihsan. Kalau sampai peringkat Ihsan , baru boleh menjadi orang bertaqwa. Bila sudah menjadi orang  bertaqwa, baru ada jaminan selamat dunia akhirat. Di dunia ada jaminan tenang, bantuan dari Tuhan dan diakhirat selamat dari neraka serta terus akan pergi ke syurga.


Jadi jangan belajar Islam yang asas sahaja sedangkan kita tidak sedar kita sudah jatuh kafir. Sebab itu Tuhan bukan hendak kita setakat menjadi Islam atau mukmin tetapi muttaqin.
---------------------------------------------------------


Kuliah : Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber : Rufaqa Eropah

Ikan Sebelah Menjadi Bukti Pertemuan Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS



“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke Pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".

Maka tatkala mereka sampai ke Pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: "Bawalah kemari makanan kita; Sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini".

Muridnya menjawab: "Tahukah kamu tatkala kita mecari tempat berlindung di batu tadi, Maka Sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali".

Musa berkata: "Itulah (tempat) yang kita cari". lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.

“Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” (Qs. Al-Kahfi: 60-65)

Kisah tersebut merupakan salah satu contoh pembelajaran kepada kita, bahwa wasilah itu adalah penting bagi mereka yang mau memiliki jalan yang lurus atau jalan tol atau jalan pintas menuju Allah SWT.


Apa maksud wasilah? Wasilah di sini ada dua pengertian iaitu:


a.      Membuat kerja-kerja kebaikan, kebajikan dan amal-amal soleh yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Kita akan sampai dipelihara Tuhan nanti. Kita akan sampai kepada Tuhan. Ertinya Tuhan terima, Tuhan redha lalu Tuhan akan jamin keselamatan kita dunia dan Akhirat.


b.      Pengertian yang lebih utama dari pengertian di atas ialah kita perlu cari guru atau mursyid untuk memimpin kita kepada Tuhan. Wasilah di sini maksudnya guru atau mursyid yang memimpin dan mendidik. Jadi, cari wasilah dengan maksud yang kedua ialah cari guru yang memimpin kita kepada Tuhan supaya sifat taqwa itu dapat kita miliki atau dengan kata-kata lain, kita dapat perlindungan dari Tuhan. Kalau tidak ada guru atau mursyid yang membawa dan memimpin kita maka kita tidak akan sampai kepada Tuhan. 


Jika Nabi Musa AS tidak mempedulikan hal ikan tersebut, pasti beliau akan berjalan (ibadah) bertahun-tahun (untuk sampai ke satu peringkat yang lebih tinggi) jika hanya bergantung kepada kemampuan diri sendiri.



Sebagai makluman; ikan tersebut sudah dimasak, dan sudah di makan pada salah satu sisinya oleh Nabi Musa As bersama ‘murid’nya. Kemudian Allah SWT menghidupkan ikan tersebut dengan situasi yang demikian.

Bukti nyata keanehan ikan tersebut jika anda mengenal Ikan Sebelah yang situasinya sebelah memiliki daging sebelah lagi tidak. Keunikan lain dari ikan ini adalah posisi kedua mata nya yang berlainan dari biasa.

Dari kisah Nabi Musa As dengan Nabi Khidir As ini, selain hikmah wasilah yang dapat kita petik, hikmah lainnya adalah seorang Nabi-pun yang ingin mencapai derajat kesolehan yang lebih tinggi wajib mencari “Guru Pembimbing” meskipun ia adalah seorang guru yang memiliki murid (Nabi Musa As bersama muridnya).

Hikmah lainnya adalah dari ayat, “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.”

Pertanyaanya, kan Allah itu Kuasa, tapi mengapa mengajarkan Nabi Musa As melalui wasiilah Nabi Khidir As, mengapa tidak bicara langsung padahal Nabi Musa As telah diberi keistimewaan dapat berkata-kata langsung dengan Allah?
Dan dalam ayat tersebut dan ayat-ayat lainnya Allah selalu berkata “Kami”, yang membuktikan dengan jelas bahwa segala urusan di dunia maupun di akhirat memiliki sistem kepemimpinan yang disebut Birokrasi. Dan Allah menghargai para petugas-petugasnya yang di langit maupun di bumi, di dunia maupun di akhirat dengan berkata “Kami”.

Hikmah lainnya adalah perbezaan nyata dari sifat keilmuan antara Nabi Musa As dengan Nabi Khidir As, Nabi Musa As adalah ahli syariat, sedangkan Nabi Khidir As adalah ahli haqikat. Dan jelas ahli haqikat memiliki darjat yang lebih tinggi disisi Allah daripada ahli syariat.

Oleh sebab itu hal ibadah itu terbahagi kepada dua, iaitu ibadah yang bersifat Hasanah, dan ibadah yang bersifat Darjat. Ibadah tanpa berwasilah seorang Wali Mursyid disebut ibadah hasanah, sebaliknya yang berwasilah seorang Wali Mursyid disebut ibadah Darjat.

Bicara tentang birokrasi tentunya tidak terlepas bicara tentang bai’at atau ikatan perjanjian. Syarat sahnya suatu hubungan pasti ada bai’at-nya.

Tidak sah disebut murid jika tidak berbai’at dengan guru, pertanyaannya apakah disebut umat Nabi Muhammad SAW jika tidak berbai’at kepadanya? Bagaimana kita ingin berbai'at dengan baginda Rasulullah SAW sedangkan baginda sudah wafat?

Apakah perusahaan tersebut dapat dipimpin oleh Seorang pengurus yang ghaib? Apakah negara Indonesia/Malaysia dapat dipimpin oleh Presiden yang ghaib? Apakah umat Islam di dunia dapat dipimpin oleh seorang pemimpin yang sudah ghaib? Oleh sebab itu sesungguhnya di dunia ini Islam masih memiliki seorang pemimpin umat yang masih hidup, yakni sebagai petugas atau “utusan” yang di utus oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan kepemimpinan ini akan terus bergantian dan berlangsung hinggalah hari kiamat.

Perbedaan karakteristik kepemimpinan antara satu dengan yang lain, antara terdahulu dengan yang baru adalah wajar.

Hal inilah yang menyebabkan umat Islam memiliki cara atau ‘jalan’ atau line (jalur) yang berbeza-beza untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu kembali kepada Allah SWT. Maka wajar kadangkala ada berselisih pendapat.

Daun-daun pada ranting saling berpautan, apa guna saling berselisih padahal mereka berada pada pohon yang sama.
*********************
Hidup tidak pernah membatasi, tapi kita lah yang selalu membatasi hidup.
Ayat-ayat Allah tidak dibatasi oleh kitab-kitab suci atau pun Hadis, tetapi kita lah yang selalu membatasi ayat-ayat Allah.
Tak ada Ilmu mengenal Allah sebaik Ilmu Rasa, maka belajarlah Ilmu Rasa (Tasawuf)! 

Sumber asal: http://hudan-ibnul-iman.blogspot.com/2010/02/seekor-ikan-sebelah-pun-menjadi.html

Sabtu, 27 Ogos 2011

WAFAK


Wafak adalah suatu cabang ilmu hikmah. Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Alloh ada dua macam :
1. Pertama : 'Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
2. Kedua : 'Mahmul' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa.

Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis 'Basmalah' pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).
Istilah Rajah berasal dari kata Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti Rajah menurut istilah yaitu Wafak berupa ayat Alquran atau Asma Alloh yang ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syetan, jin dan manusia yang zalim.

APA ITU WAFAK?
Wafak ialah tulisan yang menggunakan huruf abjad,sama ada hufur abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu atau dengan menggunakan rajah-rajah.

Menggunakan wafaq didalam ikhtiar menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan syarat yang utama di dalam keberhasilan. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq, selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu, adalah kerana keizinan Allah jua. Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui syarat,peraturan serta penguncinya.

WAKTU YANG SESUAI MENULIS WAFAK

HARI/ WAKTU
Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00

SYARAT MENULIS WAFAK

1) Berwuduk.
2) Menghadap qiblat.
3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam    yang yakin sucinya.
6) Menulis sekali jalan
7) Setiap titik huruf mestilah jelas
8) Memilih waktu yang sesuai.

RAHSIA DIRI




INDERA KE ENAM

MAKRIFATULLAH BERMAKSUD MENGENAL ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGENALAN...

Sabda Rasullullah s.w.a mafhumnya:
"barang sipa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah (fina') akan dirinya itu".


sebagaimana hadith Rasullullah yang diatas, dapatlah kita memahami asal makrifatullah adalah dengan mengenal diri kita sendiri... "Mengenal Allah s.w.t bertakluk kepada mengenal diri"

 
Di dalam tarekat tasauf, terdapat pecahan diri yang dikaji,sama ada 7 diri, 5 diri, 4 diri atau 3 diri,  maka dipendekkan crita ilmu hitam atau ilmu putih akan mengkaji dalam ilmu pecahan diri ini... namun disini kita akan  mengupaskan 4 diri  iaitu:
  1. diri terdiri.
  2. diri terperi.
  3. diri sebenarnya diri.
  4. diri seakmalnya diri.  
diri terdiri merujuk kepada jasad manusia yang terbentuk dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin (udara)

diri terperi merujuk kepada nafsu@semangat yang dikenali sebagai ruh thomaiz

diri sebenarnya diri merujuk kepada ruh/nyawa kita yang digelar Nur Muhammad
manakala diri seakmalnya diri itu merujuk kepada sifat Allah s.w.t yang bernama Wujud Am..

perkaitannya diantara mengenal diri dengan mengenal Allah s.w.t itu terletak pada rahsia Ruh didalam diri manusia.Jadi dapatlah kita faham bahawa kita harus mengenali diri sebenarnya diri kite didalam usaha memakrifatullah...
 
diri sebenarnya diri kite ni, diciptakan oleh Allah di alam lahut, maka kita kena pulang balik kesana... hal ini tidak dapat dicapai jika diri kita masih lagi dibelenggu nafsu hubbun dunia (mcintai dunia), nafsu syaithon dan nafsu kebinatangan...hasil dari jasad yang gelap golita kata orang orang yang arif....

ruh kita (diri sebenarnya diri) diciptakan dari nur muhammad...maka untuk membersihkan nafsu diperlukan nur muhammad itu juga... hal ini dapat diperolehi dengan mengambil talqin dari guru tarekat yang myrsyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut... maka hasil pengolahannya akan terbukalah mata basyirah didalam hati kita, tu lah mata ruh asli yang bersih suci...

akhirnya manusia tersebut akan dianugerahkan dengan ilmu ladunni..dimana Allah s.a.w.t pada ketika itu akan menjadi Guru kepada dirinya.. Maka dengan itu terhasillah sebenarnya makrifah...diantara paduan ilmu zahir dan ilmu batin (ilmu ladunni)...







 MENUNTUT ILMU WAJIB

kita mulakan dengan satu sabda rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki Islam dan pompuan Islam". secara kasarnya ilmu dapat dibahgikan kepada dua (2)  kategori:

1.      lmu Fardu Ain.
2.      Ilmu fardu Kifayah.

Ilmu fardu Ain  adalah ilmu yg wajib dituntut oleh setiap inividu yang mengaku islam sebagai agamanya maka tidak belajar hukumnya berdosa. Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang dituntut agar dipelajari..Jika sesuatu tempat atau sesebuah kampung tidak ada orang yang mahir dalam cabang ilmu fardu kifayah ini maka satu kampung itu  akan menerima bahana dosa...tersebut.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut oleh kita (mukallaf) tebahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu;
  1. Ilmu Tauhid/ ilmu qalam/ ilmu ushulluddin. ilmu tauhid pengajian sifat 20 merangkumi tuntutan  enam rukun  iman. Ilmu tauhid minimum haruslah kita tahu sifat wajib,mustahil dah harus bagi Zat Allah s.w.t, ndan Rasul-Nya untuk mengesahkan keimanan kita

2.  Ilmu feqah - ilmu feqah pula merangkumi tuntutan lima rukun islam. ilmu feqah wajib dipelajari minimum mengetahui segala syarat, rukun, dan perkara yang boleh membatalkan ibadat... penting untuk mengesahkan amalan kita...perlu di ketahui ilmu feqah melibatkan hal-hal ibadat zahir yg membabitkan anggota tubuh

3.      Ilmu tasauf meliputi kajian hakikat ihsan. Ilmu tasauf ,wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang boleh membatalkan amal pahala ibadat kita...hal-hal tersebut berupa syirik khofi atau syirik khofiyal khoffi seperti riak...menunjuk...ujub dll yang lebih halus lagi ilmu tarekat tasauf membicarakan hakikat ihsan...bagi mencapai makrifatullah,musyahadah,mahbbah dan mukasyafah...

            Maka harus di ketahui...hukum beramal (beribadah), tanpa mengetahui ketiga-tiga ilmu fardu ain itu adalah sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak sesekali amal ibadahnya (manusia itu) diterima , walaupun dia mengerjakan haji ke makkah". hadith diatas menujukkan berapa penting menuntut ilmu fardu ain yang tiga itu...mesti belajar...jangan diabaikan..
Sementara lmu fardu kifayah adalah seperti ilmu faraid,muamalat,munakahat,ilmu perubatan,matematik,sains dll.  malah haram hukumnya mempelajari ilmu fardu kifayah sebelum mempelajari ilmu fardu ain tersebut.Meninggalkan yang fardu hukumnya adalah "Fasik"...jadi perkara ini haruslah dipandang serius... kerana orang yang fasik tidak sah menjadi saksi dan wali didalam sesuatu majlis pernikahan





LATIHAN TENAGA ROHANI
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsia nya.:(Hadith)
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat (4) bahagian:
1.      Mengenal secara Taqlid – Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
2.      Mengenal secara Ilmu Yakin - Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
3.      Mengenal secara Ainul Yakin - Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
4.      Mengenal secara Haqqul Yakin - Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.
Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”
(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
KAEDAH MENGINGATI SESUATU
Caranya;
1.      Duduk dalam keadaan tenang sambil melakukan nafas salur
2.      Niatkan perkara yang ingin diingatkan seperti “ aku ingin supaya apa yang aku baru pelajari ini ingat dalam fikiran ku sampai bila-bila”
3.      Gambarkan semula setiap perkara yang telah ditunjuk ajar oleh guru... apa perkataannya penting yang perlu diingati dalam pelajaran yang baru dipelajari.
4.      Kemudian tutupkan minda dengan membaca selawat di dalam hati sambil mengambarkan tulisan selawat tersebut.
5.      Fikiran bawah sedar akan menerima isyarat gelombang tersebut dan menyimpannya.
6.      Sekerinya anda terlupa dan perlu mengingat kembali perkara tersebut. maka anda hanya perlu membuka minda bawah sedar tersebut dengan selawat dan biarkan gelombang itu memberi isyarat kepada otak dan anda akan segera teringat perkara tersebut dengan tiba-tiba.

KAEDAH PETUNJUK DARI MIMPI
Caranya;
1.      Sebelum anda tidur sebaik-baiknya berwuduk dan melakukan solat hajat.
2.      Kemudian niat dalam hati; “ Ya Allah Ya Tuhanku, aku minta kepada mu agar Engkau berikan petunjuk kepada ku dalam perkara ini”
3.      Gambarkan apa perkara atau masalah yang ingin dihuraikan melalui mimpi secara jelas.
4.      Tidurlah sambil berzikir di dalam hati “Ya Khabir” sebanyak-banyaknya sehingga anda tertidur.
5.      Insya’Allah anda akan mendapat mimpi yang benar sebagai petunjuk dari Tuhan

KAEDAH BELADIRI

Caranya;
1.      Niatkan dalam hati apa yang anda inginkan sebagai saranan.
2.      Aturkan olahan nafas yang sesuai berserta dengan zikir dan doa mengikut keperluan.
3.      Gambarkan dalam fikiran dengan jelas bahawa perkara yang anda inginkan itu sudah pun menjadi kenyataan
4.      Lakukan segera apa yang anda inginkan dengan semangat dan keyakinan.
5.      Gelombang minda bawah sedar akan mengerakkan getaran kepada tubuh fizikal anda untuk melaksanakan perkara yang anda inginkan secara tindakan yang luarbiasa.



BAGAIMANA MENTAFSIR MIMPI

Mimpi terbahagi kepada dua jenis secara khususnya iaitu:
1) Mimpi yang mengandungi alamat (tekandung maksud tesirat)
2) Mimpi yang tiada alamat (mimpi yang sia-sia)

Mimpi yang ada alamat  dapat kita perolehi dengan melaksanakan kaedah yang benar mengikut prinsip ahli ilmu hikmah, iaitu dengan melakukan :
1) Sebelum tido mesti beruduk 
2) Membaca al-fatihah
3) Surah al-ikhlas
4) Surah falaq
5) Surah nas ( qul a’uudzu birabbinnas)
6) Kemudian menbaca doa:
Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah wallahuakbar walahaulawala quwwataillah billahilaliyil azim”
7) Di sambung dengan membaca selawat iaitu:
“ Allahumma solli ala saidina Muhammad Aala alihi wasohbihi wasallam”
8) Kemudian membaca doa ini:
“ Allahummagfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kamarabbayana soghiro,walijami il muslimina walmuslimat, walmukminatiwalmukminat,al ahya I minhum walamwat”
(dibaca doa ini 7 kali)
Maksudnya: Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku seaktu kecilku,dan ampunkan lah dosa-dosa seluruh umat islam lelaki dan perempuan samaada yang masih idup ataupun yang telah meninggal dunia”.
Manakala mimpi yang tiada alamat adalah mimpi:
1) Mimpi yang sebelumnya dimulai dengan angan-angan kosong .
2) Mimpi disiang hari
3) Mimpi di dalam keadaan berhadas besar
4) Mimpi yang diterima oleh manusia yang bersifat zalim.

mimpi Alamat dan ertinya
1) Bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w Memperolehi kemuliaan di dunia dan akhirat
2) Bertemu dengan nabi adam a.s atau nabi lainnya atau bermimpi melihat arasy.kursi ataupun bidadari
Bertambah kebajikan,kemuliaan atau cita-citanya tercapai
3) Melihat neraka Banyak dosa atau akan ditimpa fitnah
4) Melihat shirathal mustakim Yang di rancangnya akan berhasil
5) Melihat lauh mahfudz Akan menjadi ahli qira-ah,jika menghafal al-quran akan mudah
6) Bertemu dengan para sahabat nabi Akan menjadi ulama dan jika ia menuntut ilmu akan mudah tercapai dan kuasai
7) Melihat hari kiamat Terhindar dari mara bahaya
8) Naik keangkasa Memperolehi kegembiraan atau bertambah rezeki
9)  Melihat matahari atau bulan sujud hormat padanya Dapat pekerjaan,anak yang baik dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
10) Bermimpi melihat matahari atau bintang turun ke rumahnya Memperolehi kebagusan.(jika yang bermimpi itu adalah seorang wanita maka bermaksud ia akan dilamar orang huhuhu)
11) Tidak mempunyai anak Akan mendapat anak dan akan bahagi didunia dan diakhirat.
12) Melihat matahari kembar Akan terjadi musuh dalam selimut bak pepatah melayu lama….arapkan pagar,pagar plak makan padi 
13) Melihat bintang dirumahnya Mendapat anak,kekayaan dan di saynagi ramai orang
14) Mimpi badan diseluputi mega putih Mengumpulkan banyak harta
15) Mendengar petir Mendapat mara bahaya
16) Melihat hujan deras atau angin ribut Kedatangan musuh atau lawan
17) Melihat angin puyuh berputar Sembuh akan penyakitnya
18) Melihat ribut besar melanda Kedatangan bala,akibat perkataan sendiri,namun dapatv dihindari dengan sedekah serta doa
19) Melihat hujan batu Mendapat rezeki yang halal
20) mandi Bebas dengan mara bahaya,selamat dunia dan akhirat
21) minum air sungai Mendapat ilmu
22) berenang di dalm sungai Gagal perancangannya
23) meloncat di sungai besar Dekat ajalnya
24) terkena atau jatuh kedalam najis Alamat bertemu dengan orang yang nakal
25) bercakap dengan orang yang telah mati Sia-sia pekerjaannya
26) minum arak ataupun yang memabukkan Dapat harta yang syubahat,belum jelas haram halalnya
27) gigi atasa tanggal atau tercabut Isteri atau teman meninggal
28) melihat anak kecil Akan berkahwin
29)
 lelaki lebih banyak daripada wanita Alamat dinegeri terbabit akan menerima nasib betuah
30) Tangan keduanya terputus Akan mendapat kecelakaan
31) Kaki putus Akan bercerai
32) Mimpi digigit ular Akan dizalimi
33) Digigit haiwan Akan dikasihi
34) Mimpi melihat buaya Akan dikhianati musuh
35) Mimpi membuang air besar Mendapat kerugian
36) Melihat khinzir (babi) Akan melakukan dosa
37) Melihat gerhana matahari Ditimpa kecekelakaan
38) Mimpi keluar dari hutan Akan kehilangan sesuatu
39) Membunuh gajah Mendapat kemuliaan dari Allah s.w.t
40) Melihat gunung berapi Akan di sayangi orang atasan.