Bismillahir Rahmanir Rahiim
Akidah kepada Rasulullah ini hendaklah diperluaskan lagi. Tidak cukup dengan hanya yang asas.
1. Di antaranya,'' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.''
Walaupun sifat ini tidak wajib dipelajari dan tidak menjadi asas akidah tetapi eloklah kita tahu supaya kita terasa kebesaran dan kehebatan Rasulullah SAW agar kita dapat menghayatinya.
Untuk menjadi orang bertaqwa, kita harus mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar2 cinta.
''Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.'' Jarang orang memperkatakan sifat maksum ini sebab ia bukanlah akidah yang asas.
Rasulullah itu sejak dari kecilnya telah terpelihara. Dosa kecil pun baginda tidak buat. Bukankah luar biasa! Bila kita melihat peribadinya, kita menjadi sangat menyayanginya dan ingin
2. Kita harus menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah ummi.
Untuk mendapatkan ilmu, Rasulullah tidak perlu membaca dan menulis seperti kita.
Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu namanya menghina. Jika kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat juga bunyinya dibandingkan dengan jika kita kata baginda tidakmembaca dan menulis.
Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis [ummi], akan berilmukah kita? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda sarat dan penuh dengan ilmu. Sungguh luar biasa!
Jadi terasalah kehebatan dan kebesaran Rasulullah itu. Keyakinan Ini penting untuk mencapai sifat taqwa. Jadi katakanlah '' Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis''.
3. '' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan.'' Mesti yakinkan itu. Bila dikatakan contoh, kita akan nampak baginda itu di hadapan dan di belakang kita. Roh kita akan menjadi yakin akan kebesarannya lantas mudah kita mencapai sifat taqwa.
4. ''Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah.''
Rasulullah SAW itu adalah wasilah tetapi kita sebagai umatnya jarang mengambil peduli dan tidak endah. Padahal perihal wasilah baginda itu adalah satu perkara yang besar. Apakah buktinya ?.
=>Setiap hari kita membacanya di dalam doa selepas azan. Walaupun hukumnya sunat, maksudnya adalah besar.
Apakah maksud wasilah? Wasilah ada dua => yang lahir dan yang batin. Wasilah lahir adalah ilmunya. Jikalau bukan baginda sebagai wasilah, kita tidak mendapat ilmu yang diwahyukan kepadanya sebagai utusan Allah.
Katalah kita tidak mahu belajar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui Al Quran dan Hadis => maka boleh rosaklah wasilah lahir kita.
Wasilah lahir Rasulullah ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan sebagainya, walaupun Rasulullah sudah tiada lagi. Dengan izin Allah, baginda diyakini orang walaupun sudah lebih 1400 tahun baginda meninggalkan kita.
Ada lagi satu wasilah yang telah dilupakan orang iaitu wasilah roh muqodassah. Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, baginda boleh membantu umatnya.
Sama ada dalam menolong agamaNya, untuk mendapat kekuatan lahir dan batin, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah beratus tahun tidak dipedulikan orang. Sebab itu umat Islam dihina dan terhina. Bahkan bagi golongan fahaman wahabi, wasilah itu dianggap syirik.
Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, mereka boleh berjumpa Rasulullah dalam keadaan jaga =>bukan dalam mimpi. Jika di dalam mimpi, itu perkara biasa. Mereka boleh berbual2 dalam keadaan jaga. Bukankah hebatnya Rasulullah!
Kita boleh berdoa dengan menyeru namanya, meminta bantuannya.
Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana.
Bukankah betapa besarnya Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz zaman => Orang yang mempunyai /menguasai semua zaman.
Sebab itu perlu wasilah baginda , kerana baginda itu Tuhan yang menjadikan.
Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,''Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.''
Artinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada.
''Ya Allah, saya minta di atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah.'' Turunlah rahmat.
Kerana Rasulullah, Allah berikan apa yang diminta. Inilah ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak perkara-perkara seni sudah terhapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah! Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah menjadi kasar.
Bukankah Nabi Adam AS setelah beliau melakukan dosa memakan buah khuldi, beliau berwasilah dengan nama Muhammad agar dosanya diampunkan oleh Allah SWT? Dengan cara inilah akhirnya dosa beliau telah diampunkan oleh Allah SWT.
Akhirnya orang bertanya,''Wahai Khalid, sewaktu berperang, serban kamu jatuh pun, kamu ambil?''
=>''Sebab ada janggut Rasulullah di dalam serban....Dengan berkat janggut kepunyaan Rasulullah itulah saya diizinkan Allah menang.''
Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul,mengambil berkat, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah terlalu dilupakan.
Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah boleh membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik datangnya dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan sesuatu yang benar.
Kuliah: Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber : Rufaqa Eropah
Akidah kepada Rasulullah ini hendaklah diperluaskan lagi. Tidak cukup dengan hanya yang asas.
1. Di antaranya,'' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.''
Maksud maksum adalah baginda tidak berbuat salah dan tidak berbuat dosa, sekalipun dosa kecil.
Walaupun sifat ini tidak wajib dipelajari dan tidak menjadi asas akidah tetapi eloklah kita tahu supaya kita terasa kebesaran dan kehebatan Rasulullah SAW agar kita dapat menghayatinya.
Untuk menjadi orang bertaqwa, kita harus mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar2 cinta.
''Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.'' Jarang orang memperkatakan sifat maksum ini sebab ia bukanlah akidah yang asas.
Rasulullah itu sejak dari kecilnya telah terpelihara. Dosa kecil pun baginda tidak buat. Bukankah luar biasa! Bila kita melihat peribadinya, kita menjadi sangat menyayanginya dan ingin
mengikut jejak langkah seseorang yang sangat disayangi Tuhan.
2. Kita harus menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah ummi.
Apakah maksud ummi? Maksud Ummi ialah, baginda tidak membaca dan menulis. Jangan berkata Rasulullah itutidak pandai membaca dan menulis...jangan berkata begitu.
Untuk mendapatkan ilmu, Rasulullah tidak perlu membaca dan menulis seperti kita.
Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu namanya menghina. Jika kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat juga bunyinya dibandingkan dengan jika kita kata baginda tidakmembaca dan menulis.
Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis [ummi], akan berilmukah kita? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda sarat dan penuh dengan ilmu. Sungguh luar biasa!
Jadi terasalah kehebatan dan kebesaran Rasulullah itu. Keyakinan Ini penting untuk mencapai sifat taqwa. Jadi katakanlah '' Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis''.
3. '' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan.'' Mesti yakinkan itu. Bila dikatakan contoh, kita akan nampak baginda itu di hadapan dan di belakang kita. Roh kita akan menjadi yakin akan kebesarannya lantas mudah kita mencapai sifat taqwa.
4. ''Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah.''
Rasulullah SAW itu adalah wasilah tetapi kita sebagai umatnya jarang mengambil peduli dan tidak endah. Padahal perihal wasilah baginda itu adalah satu perkara yang besar. Apakah buktinya ?.
=>Setiap hari kita membacanya di dalam doa selepas azan. Walaupun hukumnya sunat, maksudnya adalah besar.
Apakah maksud wasilah? Wasilah ada dua => yang lahir dan yang batin. Wasilah lahir adalah ilmunya. Jikalau bukan baginda sebagai wasilah, kita tidak mendapat ilmu yang diwahyukan kepadanya sebagai utusan Allah.
Katalah kita tidak mahu belajar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui Al Quran dan Hadis => maka boleh rosaklah wasilah lahir kita.
Wasilah lahir Rasulullah ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan sebagainya, walaupun Rasulullah sudah tiada lagi. Dengan izin Allah, baginda diyakini orang walaupun sudah lebih 1400 tahun baginda meninggalkan kita.
Ada lagi satu wasilah yang telah dilupakan orang iaitu wasilah roh muqodassah. Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, baginda boleh membantu umatnya.
Sama ada dalam menolong agamaNya, untuk mendapat kekuatan lahir dan batin, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah beratus tahun tidak dipedulikan orang. Sebab itu umat Islam dihina dan terhina. Bahkan bagi golongan fahaman wahabi, wasilah itu dianggap syirik.
Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, mereka boleh berjumpa Rasulullah dalam keadaan jaga =>bukan dalam mimpi. Jika di dalam mimpi, itu perkara biasa. Mereka boleh berbual2 dalam keadaan jaga. Bukankah hebatnya Rasulullah!
Kita boleh berdoa dengan menyeru namanya, meminta bantuannya.
''Wahai Rasulullah, tenangkan hati saya. Berilah saya ilmu dan lain-lain. Bantulah saya menjadi orang bertaqwa.''
Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana.
Jadi bila kita mengucap dua kalimah syahadah, menurut kita yang berfahaman Ahli sunnah wal jamaah, maka kita bersaksilah bahawa baginda adalah wasilah.
5. Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan kerananya, dunia dan akhirat tidak diciptakan.
5. Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan kerananya, dunia dan akhirat tidak diciptakan.
Bukankah betapa besarnya Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz zaman => Orang yang mempunyai /menguasai semua zaman.
Sebab itu perlu wasilah baginda , kerana baginda itu Tuhan yang menjadikan.
Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,''Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.''
Artinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada.
''Ya Allah, saya minta di atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah.'' Turunlah rahmat.
Kerana Rasulullah, Allah berikan apa yang diminta. Inilah ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak perkara-perkara seni sudah terhapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah! Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah menjadi kasar.
Bukankah Nabi Adam AS setelah beliau melakukan dosa memakan buah khuldi, beliau berwasilah dengan nama Muhammad agar dosanya diampunkan oleh Allah SWT? Dengan cara inilah akhirnya dosa beliau telah diampunkan oleh Allah SWT.
Itulah dia akidah tambahan untuk menjadi orang bertaqwa. Jika yang asas sahaja, tidak cukup.
Sebab itu jika kita membaca riwayat, sahabat-sahabat di zaman Rasulullah, janggut Rasulullah pun dipandang besar. Sayidina Khalid membawa janggut Rasulullah ke medan perang. Bila serbannya jatuh sewaktu berperang, dia cepat-cepat mengambilnya kerana ada janggut Rasulullah di dalamnya.
Akhirnya orang bertanya,''Wahai Khalid, sewaktu berperang, serban kamu jatuh pun, kamu ambil?''
=>''Sebab ada janggut Rasulullah di dalam serban....Dengan berkat janggut kepunyaan Rasulullah itulah saya diizinkan Allah menang.''
Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul,mengambil berkat, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah terlalu dilupakan.
Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah boleh membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik datangnya dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan sesuatu yang benar.
---------------------------------------------------
Sumber : Rufaqa Eropah