Percaya kepada Qada' dan Qadar / takdir ialah salah satu dari rukun iman. Iman seseorang itu tidak sempurna jika dia tidak percaya kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang memahami maksud Qada' dan Qadar tersebut?
Bukti bahawa takdir itu boleh berubah berdasarkan ayat berikut:
..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... (Al-Rad 13:11)
Bukti lain bahawa takdir itu boleh berubah adalah berdasarkan hadis berikut:
Ramai yang menganggap bahwa takdir sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Takdir bukanlah ditentukan sebegini :
Ali akan lahir - Zaman kanak-kanaknya agak susah - Dia akan belajar sampai tingkatan tiga – Pada usia 18 tahun dia akan mula berkerja – Dia akan berkerja sebagai tukang besi – Dia akan berkawin dengan Ani pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.
Tetapi , Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa Contohnya :
Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma lamanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar – ( Ada pilihan ) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Kia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -( Ada pilihan )– kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – ( Ada pilihan )- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika system makanannya tidak dijaga- ( Ada pilihan )- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri- ( Ada pilihan )- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – ( Ada pilihan )- kalau kesihatannya dijaga dia akan meniggal dunia pada usia 75 tahun dirumahnya –( Ada pilihan )- kalau kesihatannya tidak dijaga diaklan meninggal dunia dihospital pada usia 65 tahun.
Baca lagi : Adakah takdir sudah ditentukan sepenuhnya | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com
Percaya kepada Qada' dan Qadar bermaksud percaya bahawa segala perkara yang terjadi kepada kita telah ditetapkan sebelum terjadi oleh Allah SWT dalam Lauhul Mahfuz sebelum terjadi. Adakah ini bermakna kita langsung tiada daya dan usaha untuk mengubah takdir kita? Sebenarnya kita masih diberikan usaha dan ikhtiar berkenaan takdir ini. Bahkan Allah SWT telah menunjukkan jalan yang baik dan jalan yang buruk kepada kita dan kitalah yang memilih jalan mana yang ingin kita tempuh. Allah SWT dengan ilmuNya hanya sekadar mengizinkan sahaja kita memilih jalan tersebut dan inilah yang telah tertulis dalam kitab Lauhul Mahfuz sebelum terjadi.
Terdapat dua jenis takdir iaitu takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan Mubram / Qada' dan Qadar Qubra (QQQ) dan takdir yang boleh berubah dikenali dengan Mu'allaq / Qada' dan Qadar Shughra (QQS).
Contoh QQQ ialah ketetapan tarikh lahir kita, lahir dalam keluarga mana, jantina kita dsb.
Contoh QQS ialah sekiranya kita rajin belajar akan jadi pandai, sekiranya kita rajin bekerja akan mendapat rezeki lebih dsb.
Oleh kerana kita tidak tahu takdir kita termasuk dalam takdir yang tidak boleh diubah (QQQ) atau takdir yang boleh diubah (QQS), sebab itulah kita kena berusaha dan berdoa. Semoga dengan usaha dan doa kita itu, Allah SWT berkenan mengubah takdir kita yang kurang baik (sekiranya ada) kepada takdir yang lebih baik.
Terdapat dua jenis takdir iaitu takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan Mubram / Qada' dan Qadar Qubra (QQQ) dan takdir yang boleh berubah dikenali dengan Mu'allaq / Qada' dan Qadar Shughra (QQS).
Contoh QQQ ialah ketetapan tarikh lahir kita, lahir dalam keluarga mana, jantina kita dsb.
Contoh QQS ialah sekiranya kita rajin belajar akan jadi pandai, sekiranya kita rajin bekerja akan mendapat rezeki lebih dsb.
Oleh kerana kita tidak tahu takdir kita termasuk dalam takdir yang tidak boleh diubah (QQQ) atau takdir yang boleh diubah (QQS), sebab itulah kita kena berusaha dan berdoa. Semoga dengan usaha dan doa kita itu, Allah SWT berkenan mengubah takdir kita yang kurang baik (sekiranya ada) kepada takdir yang lebih baik.
Bukti bahawa takdir itu boleh berubah berdasarkan ayat berikut:
..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... (Al-Rad 13:11)
Bukti lain bahawa takdir itu boleh berubah adalah berdasarkan hadis berikut:
Rasulullah sallahu alaihi wa alihi wassalam bersabda: "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebaikan. Seringkali seseorang tidak mendapatkan rezeki kerana berbuat dosa." (HR. Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa takdir itu boleh diubah dengan berdoa dan umur itu boleh dipanjangkan dengan usaha kita iaitu dengan membuat amal kebaikan seperti bersedekah dan menghubungkan silaturrahim.
Saya bagi contoh:
Ramai yang menganggap bahwa takdir sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Takdir bukanlah ditentukan sebegini :
Ali akan lahir - Zaman kanak-kanaknya agak susah - Dia akan belajar sampai tingkatan tiga – Pada usia 18 tahun dia akan mula berkerja – Dia akan berkerja sebagai tukang besi – Dia akan berkawin dengan Ani pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.
Tetapi , Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa Contohnya :
Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma lamanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar – ( Ada pilihan ) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Kia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -( Ada pilihan )– kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – ( Ada pilihan )- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika system makanannya tidak dijaga- ( Ada pilihan )- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri- ( Ada pilihan )- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – ( Ada pilihan )- kalau kesihatannya dijaga dia akan meniggal dunia pada usia 75 tahun dirumahnya –( Ada pilihan )- kalau kesihatannya tidak dijaga diaklan meninggal dunia dihospital pada usia 65 tahun.
Baca lagi : Adakah takdir sudah ditentukan sepenuhnya | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com
Janganlah kita menyalahkan Allah SWT sekiranya kita melakukan maksiat. Maksiat itu sebenarnya datang dari keinginan kita sendiri. Allah sekadar mengizinkannya. Perkara ini telah diketahui Allah sejak azali lalu ditulis dalam Lauhul Mahfuz sebelum terjadi. Hal ini mudah sahaja bagi Allah. Ini bertepatan dalam firmanNya seperti berikut:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al-Hadid 57:22)
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An'am 6:160)
Oleh itu, sesiapa yang telah melakukan dosa lalu menganiaya dirinya sendiri, mohonlah ampun kepada Allah SWT kerana Dia maha pengampun seperti firmanNya:
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa 4:110)
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam Kitab(Loh Mahfuz)sebelum kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( Al Hadid 57:22)
BalasPadamDialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna (Al Furqan 25:2)
Bukankankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi?Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam kitab Loh mahfuz.sesungguhnya hal ini amatlah mudah bagi Allah Al Haj 22:70
Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. [Saba 34:03]
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah juga yang memilih (sesuatu perkara sedangkan) tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari apa yang Allah pilihkan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. [al-Qasas 28:68]
Dan tiadalah kamu berkemahuan(melakukan sesuatu perkara)melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana Al Insan 76:30
..Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya.Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (At Talaq 65:3)
Padahal Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu buat itu. [al-Shaffat 37:96]
Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah(At Taghabun 64:11
Tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (seumpama tetapnya kalung pada lehernya (Al Israa 17:13
Hendaklah engkau beriman kepada Allah,kepada malaikat Nya,kitab-kitab Nya,para utusan Nya,hari Akhir(kiamat) serta beriman kepada takdir dan buruknya takdir (Sahih Muslim jilid 1,5)
Seandainya salah seorang di antara mereka mempunyai emas segunung Uhud yang dia nafkahkan maka Allah tidak bakal menerimanya sebelum dia beriman kepada takdir (Sahih Muslim jilid 1,5)
Maka perlu engkau ketahui bahawa musibah yang menimpa kamu tak akan hilang daripadamu.Dan sesuatu yang mesti terlepas daripada mu tak akan dapat memberikanmu musibah.Dan jika engkau mati dengan keyakinan selain ini,pasti engkau akan masuk neraka ( Sunan Ibnu Majah Bk 1,65)
Nabi Musa AS berkata:Hai Adam,engkau adalah bapa kami tetapi engkau telah mempersia-siakan kami serta mengeluarkan kami daripada syurga kerana dosa-dosamu.Nabi Adam menjawab:Hai Musa,Allah telah memilih mu dengan kalam Nya dan menulis Taurat untuk mu dengan tangan Nya
maka apakah engkau menyalahi aku atas perkara yang telah ditakdirkan Allah kepadaku 40 tahun sebelum aku diciptakan? (Sunan Ibnu Majah Bk 1,68)
Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang'. (HR Muslim)
Dari Anas r.a meriwayatkan; 'Aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah SAW ketika umurku 8 tahun. Selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian (kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda akan bersabda: Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi!' (Masabi hus Sunnah)
Rasullallah SAW ditanya:Jika demikian(sudah ditentukan)tidaklah lebih baik kami pasrah sahaja?Rasullallah menjawab:Jangan begitu,beramallah dan jangan pasrah(Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1
Beramallah,berbuatlah,berdoalah,tapi jangan beranggapan semuanya terzahir daripada kekuatan diri..seluruh anggota kita Allah yang punya,mana kita ada daya upaya untuk menggerakkannya..kita menggunakannya kerana daya upaya dari Allah.Segala-galanya sudah siap di tulis di Loh Mahfuz...melainkan telah tertulis dalam Kitab(Loh Mahfuz)sebelum kami menciptakannya...
Jika takdir boleh ubah..jadi Allah itu jahil lah kerana tidak tahu pada masa akan datang..kamu berusaha sungguh2 dan dapat keputusan yg bagus..lepastu kerja hebat..jumpa dgn pasangan yg lain sbb berada di tempat yg lagi bagus..maksudnya Allah tak tahu sejak dari mula lah yg ko bila besar akan jadi rajin..akan jadi baik?yang sebetulnya ilmu Allah itu telah Allah tetapkan dan tahu sejak dari tiada mula..pada zahir segala perbuatan kita yang buat.pada hakikat perbuatan itu pun Allah yg gerakan.. Awak ini tak belajar tauhid..cakap ikut fikir-fikir je..Adalah berdosa besar dan boleh jadi kafir jika nisbahkan sifat JAHIL lagi BODOH kepada Allah..kerana segala ketetapan iaitu sifat iradat Allah telah ada sejak tiada mula...dan sifat ILMUN Allah telah ada sejak tiada mula...yakni segala perbuatan kamu itu ALLAH TELAH TETAPKAN, JADIKAN DAN TAHU SEJAK TIADA MULA...BELAJAR LAH DARI GURU-GURU YANG MENGAJAR KITAB TAUHID ASWJ YG MUKTABARR SEPERTI matan sanusi.kitab tuhfatul muhrid..atau paling kurang kita yang bodoh arab ini belajar lah risalah tauhid, aqidatun naajin yang telah ditulis ulama nusantara dalam bahasa jawi yang kasihankan kita yang malas dan xpandai arab ni..kalau tak pandai jangan memandai2..setelah aku tilik-tilik kau ni..qada dan qadar yg kau cakap ini bertentangan sama sekali dgn pegangan ulama ahli sunnah wal jamaah..belajarlah...
BalasPadamKetahuilah, bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Maturidiyyah beriktiqad bahawa:
BalasPadam"segala perkara telah ditentukan ALLAH dan tidak akan berubah lagi."
Untuk menyokong kenyataan di atas, dabawakan rujukan di dalam Kitab Mirqatu Su'udit Tasdiq fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillah 'Alat Tahqiq, bagi Al-Alim Al-Fadil Al-Wara' Al-Kamil Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Al-Jawiy, pada halaman 9, baris 1 dari atas.
Lebih kurang Melayunya ;
Sebagaimana telah mengeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) daripada Umar bahawa Jibrail berkata kepada Nabi saw:
"Khabarkan oleh mu kepada ku, tentang IMAN."
Lalu, bersabda Nabi saw:
"Bahawa hendaklah engkau BERIMAN atau PERCAYA dengan Zat Allah, dan Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rusul-Nya, dan hari Akhirat, dan hendaklah engkau BERIMAN atau PERCAYA dengan penentuan atau ketetapan BAIKNYA (Iaitu, IMAN) dan penentuan Buruknya (Iaitu, KUFUR)."
Iaitu, barangsiapa tiada percaya ia dengan satu sahaja daripada perkara-perkara ini. Maka, ia adalah kafir.
Telah memberi faedah oleh Asy-Syaikh Suhaimi.
Dan lagi, pada baris yang ke-7 pada muka surat yang sama.
Lebih kurang Melayunya ;
...Dan, makna Khairul Qadri Wa Syarrihi (Ketetapan Taqdir Baik dan Buruk dari Allah)
Bahawasanya IMAN, dan ketaatan, dan segala amal yang baik adalah daripada "Ketetapan Taqdir Baik."
Dan bahawasanya Kekafiran, dan Maksiat, dan menyalahi segala Perintah Allah, dan segala perbuatan yang jahat adalah daripada "Ketetapan Taqdir Buruk.
Dan tentang segala perkara jodoh, pertemuan, ajal dan maut, termasuk IMAN DAN KUFUR adalah telah ditetapkan dan tidak akan berubah adalah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah.
Perkara ini dengan terang dijelaskan di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyaiah A’la Matni Jauharati Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-Allamah Ibrahim Muhammad Al-Bayjuri, muka surat 60-61.
Lebih kurang Melayunya ;
Maka, bermula bahagia (As-Sa^adah) dan celaka (Asy-Syaqawah) itu sudah ditakdirkan sejak tiada mula lagi (azali), dan tidak akan berubah lagi ketetapan keduanya itu.
Dan, tidak akan bertukar lagi keduanya, kerana bahagia itu ialah mati di dalam Iman (dengan dipandang dari segi Ilmu Allah yang tiada titik permulaan dengan perkara itu).
Dan, bermula celaka itu ialah mati di dalam kekafiran. Maka, keadaan mati seseorang itulah yang menunjukkan di atas apa yang telah ditakdirkan di atasnya sejak tiada mula(azali).
Maka, jika seseorang itu dimatikan dirinya di dalam iman. Maka, ini menunjukkan bahawasanya ketetapannya sejak tiada mula (azali) adalah ia daripada orang-orang yang bahagia, sekalipun pada mulanya ia adalah kafir.
Dan, jika seseorang itu dimatikan dirinya di dalam kekafiran. Maka, ini menunjukkan bahawasanya ketetapannya sejak tiada mula (azali) adalah ia daripada orang-orang yang celaka, sekalipun pada mulanya ia adalah beriman.
Perkara ini adalah sebagaimana yang telah diterangkan oleh dalil hadis Sahih Bukhari dan Muslim, iaitu ;
(Lebih kurang Melayunya atau mafhumnya)
“Sesungguhnya seseorang kamu beramal ia dengan ahli neraka hingga tiada beza di antaranya dan di antara neraka cuma kadar satu hasta sahaja (1 ½ kaki = ½ ela), maka sentiasalah mendahului di atas dirinya oleh ketetapan Al-Kitab (Al-Lauhul Mahfuz), maka beramal ia dengan amalan ahli syurga, maka masuk ia akan syurga.
Dan sesungguhnya, bahawasanya seseorang daripada kamu beramal ia dengan amalan ahli syurga, tiada beza di antara dia dan syurga melainkan satu hasta sahaja (1 ½ kaki = ½ ela). Maka, sentiasalah mendahului di atasnya oleh ketetapan Al-Kitab (Al-Lauhul Mahfuz) maka beramal ia dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. ”
Inilah keterangan tentang Iktiqad dan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah. Berpeganglah dengan keterangan Ulama dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar) Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah.
Fahaman saya,
BalasPadamQada', adalah apa apa yg diputuskan Allah swt akan berlakunya, terjadinya dan wujudnya.
Qadr pula adalah hukum ketentuan Allah swt yg ditetapkanNya, termasuk hukum sebab akibat.
Kedua duanya adalah makhluk ciptaan Allah swt.
Persoalan, telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi, tiada bezanya bg Allah swt, kerana telah, sedang dan akan itu disandarkan kpd masa dan masa itu sendiri adalah juga makhluk Allah swt, dan Allah swt Maha Kuasa atas segala galanya.
Qada' dan Qadr adalah urusan Allah swt, kita hanya diperintah utk mengimaninya, meyakini Allah swt Maha Kuasa dan Maha Mengetahui segala galanya.
Yg pentingnya, harus kita ketahui, kita manusia dan jin yg dijatuhkan taklif atas kita, kita diberi pilihan (khiyar) dan kemampuan berusaha (ikhtiar) apa yg kita kehendaki, dan kita akan dipertanggungjawabkan atas pilihan dan usaha kita itu.
Sesetengah org mengatakan, mukjizat para Nabi dan karamah para wali menyalahi Qadr, mungkin itu benar pd ilmu kita, tp tidak pd Ilmu Allah swt.
Penciptaan alam dan apa yg berlaku dgn Qada' (Ketentuan dgn Kehendak-Iradah) Allah swt.
PadamPengaturan perjalanannya alam, bgmn ianya berlaku, Ketentuan hukum sebab akibat dgn Qadr (Kuasa-Qudrah) Allah swt.
Setelah membaca beberapa laman web/blog tentang qada dan qadar dapatlah saya rumuskan seperti berikut.
BalasPadamQada ialah hajat Allah swt mencipta sesuatu, qadar pula ialah ciri-cirinya (saiz, sifat, sukatan, kekuatan dan kelemahannya).
Misalnya Allah berhajat mencipta air. Air itu adalah qada, ciri-ciri air umpamanya ianya adalah cecair, cenderung mencari tempat yang lebih rendah, boleh tersejat menjadi wap, dan sebagainya (qadar). Begitulah sifat air sejak azali lagi dan tidak akan berubah kerana Allah sudah berfirman demikian.
Dari qada dan qadar itu maka terjadilah kesan dan akibatnya (ini dinamakan taqdir). Misalnya kejadian tanah runtuh adalah disebabkan berlaku kegelongsoran tanah dari bahagian atas lereng bukit. Ini terjadi jika berlaku aktiviti menggondolkan permukaan lereng itu. Kegelongsoran itu adalah kesan dan akibat qadar air itu tadi iaitu kecenderungan mencari tempat yang lebih rendah. Air yang meresap dalam tanah itu bergerak mencari tempat lebih rendah membawa bersama tanah yang longgar itu ke bawah.
Apakah usaha kita untuk mengubahnya. Pertama jangan digondolkan lereng bukit. Kedua, jika hendak melakukan sebarang perubahan maka harus diusahakan supaya air mengikut qadarnya, dan tanah tetap diam di tempatnya. Misalnya membuat tembok. Inilah usaha kita.
Saya rasa stakat ini yang dapat saya tuliskan di sini. Jika sudi sila ke http://qada-qadar.blogspot.my untuk penjelasan yang lebih lanjut walaupun belum lengkap.
mungkin boleh bagi lebih penjelasan
BalasPadamya betul tu.......jgn tersilap langkah.....hati2
BalasPadamByk ilmu saya dapat
BalasPadamsaya hanya perlukan penjelasan saya mempunyai sakit yg kronik disebabkan perbuatan saya sendiri dan saya x tahu sama ada saya ditakdir saya telah tertulis sebelom saya dilahirkan atau saya yg mencari takdir saya
BalasPadamPenyakit itu adalah sebahagian dari takdir yang telah tertulis dan merupakan ujian dari Allah SWT untuk hambanya. Walaubagaimanapun anda boleh berusaha dengan berubat, berdoa, bersedekah dan membuat kebaikan untuk menyembuhkan sakit kronik tersebut.
BalasPadam