1. Makanan jasmani adalah untuk keperluan tubuh badan kita manakala makanan rohani adalah untuk keperluan roh kita.
2. Makanan jasmani itu bersifat fizikal manakala makanan rohani itu adalah segala amalan-amalan baik yang kita lakukan seperti bersolat, mendengar ceramah agama, berzikir, membaca Al-Quran, menolong orang dsb.
3. Makanan jasmani perlukan wang untuk dibeli manakala makanan rohani hanya perlukan sedikit tenaga untuk bersolat, mendengar ceramah agama, berzikir, membaca Al-Quran, menolong orang dsb.
4. Kita perlu berhati-hati dengan makanan jasmani sama ada halal / haram dan juga sumber untuk mendapatkannya sama ada halal / haram. Makanan rohani pula adalah segala perbuatan yang baik dan sudah tentu semuanya adalah halal.
5. Makanan jasmani itu seperti jasmani kita bersifat sementara. Nikmatnya juga hanya sementara iaitu nikmat rasa dan kenyang sahaja. Selepas diproses makanan jasmani oleh badan kita akhirnya ia akan keluar sebagai najis. Makanan rohani pula Insya Allah pahalanya akan berkekalan di akhirat kelak. Pahala yang dikumpul Insya Allah akan melayakkan seseorang itu ke syurga dan nikmat syurga itu Insya Allah akan berkekalan sampai bila-bila.
6. Makanan jasmani yang banyak dan tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, gout dsb. Makanan rohani yang banyak akan membuatkan seseorang itu semakin tenang dan semakin dekat dengan Allah SWT.
Oleh itu perbanyakkanlah makanan rohani dan kawallah makanan jasmani kita.