Rabu, 29 Julai 2020

Maksud Tersirat Dalam Lirik Lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud" M Nasir

Lagu ini merupakan sebuah lagu yang menceritakan "Rukun Agama". Jika dirujuk di dalam Kitab Hadis Arbain Imam Nawawi, pada hadis kedua, kita akan mengetahui apa itu "Rukun Agama". Rukun agama adalah Iman (Akidah), Islam (Fiqah) dan Ihsan (Tasawwuf). Lagu ini menggarapkan kesemua hal ini dalam satu jalan cerita yang zahirnya kelihatan tidak berkesinambungan antara satu sama lain.

Lirik Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

tiga puluh

Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai lai lai lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

tiga puluh

Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kisah sebenarnya
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai.......

73 PINTU, 73 JALAN, YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN. (Marhum hadis, umat Islam berpecah kepada 73 aliran Mazhab Akidah. Yang benar hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

Rasulullah SAW bersabda  "Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." (lihat Sunan Abu Daud no 4429). "

RIBU-RIBU MARGASATUA MENCARI RAJA SI MURAQ. YANG SAMPAI HANYA 30. 30. 

Rangkap ini diambil daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar yang mengisahkan tentang Margasatua menempuh 7 Gunung Tasawwuf iaitu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Muthmainnah, Radhiyyah, Mardhiyyah dan Kamil. Kitab itu berisi pengalaman kerohanian yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui ungkapan sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpullah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung dipimpin oleh Hud-hud.

Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah.

Lembah pertama adalah lembah keinginan (Ammarrah). Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan (Lawwammah) di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat (Mulhamah), di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”

Di lembah kepuasan (Mutmainnah), semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.

Di lembah kesatuan (Radhiyyah), yang banyak menjadi satu.

Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam (Mardhiyyah), lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?”

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana (Kamil), di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.

Si Muraq, ataupun sirmuragh, adalah perkataan Parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.

Tujuh lembah itu adalah simbolik kepada tujuh tingkatan nafsu yang perlu dilepasi manusia sehingga rohnya benar-benar mengenal Allah SWT. Namun kemuncak kepada makrifat itu ialah tidak mengenal. Kerana Zat Allah SWT yang dicari tiada rupa, tiada bentuk, tiada bersudut dan bersegi, tiada tertakluk dalam ruang, tempat dan masa serta tiada tertakluk diluarnya pula. Yakinlah diri bahawa akal tidak dapat mencapai Zat Allah SWT. Akhirnya dia mengenal Allah SWT melalui dirinya sendiri.

Ketahuilah, langkah untuk mengenal Allah SWT ialah mengenal diri terlebih dahulu. Diri kita tidak lain adalah ayat-ayat Allah untuk menunjukkan Dirinya. Pada diri kita DIA menunjukkan sifatNya, asmaNya dan perbuatanNya.

"Dan pada dirimu,mengapakah kamu tidak melihat (tanda dan bukti kebesaranNya) (az-Zariyat:21)

UUH... SANG ALGOJO... UUH... NANTI DULU (Ya Izrael, sebelum mati aku ingin mencari ilmu Fardhu Ain bagi melengkapkan Rukun Agama) 

Wahai Allah yang memberi tugas kepada malaikat maut Izrail, tangguhkan kematian kami supaya dapat diketahui adakah benar jalan yang kami lalui ini adalah jalan yang diredhaimu iaitu 1 dari 73 jalan dan mereka yang telah melepasi lembah kehidupan yang 7 sepertimana yang dilepasi 30 mergastua dalam rangkap yang terdahulu.

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG ATAU LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG YANG MANA SATU ENGKAU PILIH. (Pilihan sama ada nak Terbang" mencari ilmu bagi mendapat pandangan yang luas atau "Terperap malas mengaji hingga terus hidup jahil)

DALAM KALUT ADA PERATURAN PERATURAN CIPTA KEKALUTAN. DIMANA PULA KAU BERDIRI DISINI (Manusia jahil dahulu hidup tak tersusun, maka diwahyukan Hukum-Hakam Syariat Fiqah bagi mengurus kehidupan manusia. Namun kini kita hidup di zaman orang mencipta pergaduhan melalui putar belit ilmu Fiqah hingga isu-isu Khilaf Furuiyyah yang telah diselesaikan ratusan tahun dulu diperdebat semula - dek kerana munculnya golongan La Mazhabiyyah Tolak Mazhab atau Talfiq Mazhab Campur Aduk Mazhab)

BERIKANKU KESEMPATAN AKHIR INI, UNTUK MENYATAKAN KALIMAH SEBENAR BERIKANKU KESEMPATAN INI. LAI LAI LAI LAI LAI LAI LAI... (Panjangkanlah umurku dan berilah peluang untuk mengkaji dan mempelajari adakah selama ini adakah aku sudah mengikuti ajaran yang sebenarnya atau hanya mengikut para munafiqin dan fasiqin yang tidak berpegang kepada peraturan dalam kehidupan)

TANYA SAMA ITU HUD-HUD (Hud-Hud memimpin Margasatua bertemu "Raja Si Muraq". Kenapa Hud-Hud? Kerana Hud-Hud lah yang mampu mengesan kekufuran Ratu Saba'@Balqis hingga menyebabkan akhirnya Nabi Sulaiman Talkinkan Syahadah. Sesungguhnya kemampuan Hud-Hud mengenal Haq dan Batil ini adalah kerana ia sebenarnya Arifbillah (orang yang jujur dan ikhlas dalam mentauhidkan Allah SWT). Maka bertanyalah kepada Arifbillah tentang Makrifah.

LANG MENSILANG, KUI MENSIKUI (Ini merupakan perkataan Cina yang bermaksud "Orang pun bukan, Hantu pun bukan". "Hud-Hud" yang Arifbillah ini menjelaskan bahawa sifat Tuhan itu bukan berjisim seperti manusia dan bukan hanya khayalan seperti hantu. Maka ternafilah iktikad Mujasimmah yang me-Tasybih-kan Tuhan dan iktikad Muktazilah yang Me-Ta'thil-kan Tuhan)


Isnin, 27 Julai 2020

Ayat Pengasih

Berikut adalah ayat-ayat pengasih yang diambil dari Al-Quran. Boleh dibaca dan diniatkan agar kasih seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya semakin bertambah.


Surah Ali Imran Ayat 31:
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Imran 3:31)


Surah Yusuf Ayat 4:
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤)

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". (Yusof 12:4)


Surah Yasin Ayat 36:
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦)

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yasin 36:36)


Surah TaHa Ayat 39:
أَنِ ٱقۡذِفِيهِ فِى ٱلتَّابُوتِ فَٱقۡذِفِيهِ فِى ٱلۡيَمِّ فَلۡيُلۡقِهِ ٱلۡيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأۡخُذۡهُ عَدُوٌّ۬ لِّى وَعَدُوٌّ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّةً۬ مِّنِّى وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِىٓ (٣٩)

Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. (TaHa 20:39)


Surah Ash-Shura Ayat 19:
ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ (١٩)

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Ash-Shura 42:19)


Surah Al-Hujraat Ayat 13:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujraat 49:13)

Ahad, 26 Julai 2020

KETURUNAN BANI ISRAEL YANG HILANG ADALAH BANGSA MELAYU ?


Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka akan mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap kebenaran. [Al-Baqarah : 10]

Bangsa Melayu Berasal dari Keturunan Bani Israel yang Hilang?

Dari apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim AS, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum bani Israel yang hilang.

Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

01. Reuben

02. Simeon

03. Levi

04. Judah

05. Issachar

06. Zebulun

07. Dan

08. Naphtali

09. Gad

10. Asher

11. Joseph

12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali.

Keputusan beliau perolehi adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan bani Israel mereka. MALA ADALAH ‘THE LOST TRIBE’ YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI ‘THE TRIBE OF DAN’. Jadi, kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf AS) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf AS).

Nabi Yusuf AS ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salasilah “Melayu”? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf AS? Kenapa? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?. Apakah itu “3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

MELAYU – JAWI

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

 ‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!

 KETURAH, IBU MELAYU

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak AS telah merayu Nabi Ibrahim AS untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim AS bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.

Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim AS. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob AS. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim AS di kalangan bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM AS). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.

Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim AS (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’- menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.

Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim AS. Jadi, jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim AS dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis.

INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi beserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun Kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

KAMBUJA, ARYAN, MALA, MANESSAH, SUKU SAKYA DAN BUDDHA.

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah (anak Nabi Yaakob AS yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof AS).

Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan bangsa Mala ini dari bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof AS, ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumi-hanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.

Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof AS yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (keturunan Nabi Yusof AS@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan bani Israel bukan Yahudi. Kerana bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan Nabi Yaakob AS, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim AS itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi.

Mana tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim AS. Seperkara lagi, bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof AS malahan di China pun ada keturunan Israel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu puak Cina Kaifeng.

Jadi ‘Lost Tribe’ Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunan, Mekong dan Indochina hingga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad SAW yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Peta Laluan Sutera

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak Nabi Yaakob AS, jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam bangsa Mala (rujuk website beliau, link: mormonslocation). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki ‘lost tribe’ disebelah South East Asia region.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti.


Lagi rahsia-rahsia nombor dalam Islam: 7, 2, 9

Jumlah para nabi, rasul dan sahabat

Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadis nabi iaitu ada seramai 124,000 orang.  Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita dan ada yang tidak pernah diceritakan.

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah keseluruhan sahabat nabi SAW ialah 124,000 orang. Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad SAW ialah seramai 313 orang.

Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13, maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah) dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai mata hati."  [Surah Aali Imran 3:13]

Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang. [1]

Sebahagian ulama Salaf berkata; "Iman itu mengandungi 313 akhlak, sesuai dengan jumlah bilangan para Rasul yang diutus...... "  [3]

Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai 25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran iaitu 25 kali.

Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya 7.  Sebagaimana kita ketahui, nombor 7 juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.

Rasulullah SAW berkahwin dengan Khadijah r.a ketika berumur 25 tahun, dan hidup bersama Khadijah r.a selama 25 tahun juga.

Rahsia nombor 7

Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja, tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.

- 7 lapis langit, 7 lapis bumi.

"Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh."  [Surah An-Naba' : Ayat 12]

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.  supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."  [Surah At-Thalaq : Ayat 12]

- 7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi dengan hari-hari tersebut iaitu;

1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu

2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad

3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin

4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa

5) Nabi Ya'akob a.s dengan hari Rabu

6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis

7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat

- Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung." [Surah Al-Hijr : 87]

Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam Al-Quran.

Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya' 4 = 17).

- Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; " Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "  [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

- Kalimah Tauhid yang agung ada 7 kalimah (perkataan)

لا اله الا الله محمد رسول الله

Laa ilaaha illa Allah  Muhammadur Rasul Allah

Tiada Tuhan selain Allah , Muhammad Utusan Allah

Tentang kalimah Tauhid ini boleh dilanjutkan lagi bacaan pada tajuk  Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

- Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.

Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah

- Larian Sa'ie sebanyak 7 pusingan.

- Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan 7 biji batu.


- Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.

1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.

3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.

4) Datang bunyi seperti loceng.

5) Datang bunyi seperti lebah.

6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.

7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Seperti dalam Peristiwa Isra' Mi'raj, ketika nabi Mi'raj ke langit.

- Anak Nabi Muhammad SAW ialah 7 orang, iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

- Nabi SAW galakkan makan Kurma 'Ajwah sehari 7 biji.

"Siapa yang sarapan dengan 7 biji kurma 'Ajwah (boleh didapati di Madinah), maka pada hari itu dia boleh terhindar dari kesan racun dan sihir."  [HR Bukhari dan Muslim]

- Ada 7 tahap penciptaan manusia. Ibnu Abbas r.a berkata; "Anak Adam diciptakan melalui tujuh tahapan." Lalu dia membacakan ayat;

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik." [Surah al-Mukminun : ayat 12-14]

- Allah ciptakan ada 7 lubang di kepala kita iaitu 2 lubang mata, 2 lubang telinga, 2 lubang hidung dan 1 lubang mulut.  Sains juga telah menyatakan bahawa manusia normal dewasa mempunyai 206 tulang.

Surah yang ke 7 iaitu Surah al-A'raaf , mempunyai 206 ayat.

Di dalam Surah al-A'raaf juga ada diceritakan tentang penciptaan manusia.  "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."  [Surah al-A'raaf : Ayat 11]

Nombor 2

- Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.

- Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia nyata dan dunia ghaib.

- Rasulullah SAW dilahirkan pada hari KEDUA iaitu hari Isnin (12 Rabi'ul Awwal), dilantik sebagai Rasul pada hari Isnin (21 Ramadhan), sampai di Madinah sewaktu Hijrah pada Isnin 12 Rabi'ul Awwal, dan wafat pada hari Isnin juga (12 Rabi'ul Awwal).

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Daud, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai'ah. dari Khalid ibnu Abu Imran, dari Hanasy As-San'ani, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah pada hari Isnin, dan tiba di Madinah pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin, dan Hajar Aswad diletakkan pada hari Isnin. Demikianlah lafaz riwayat Imam Ahmad. [2]

- Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat.  Boleh lanjutkan lagi pada tajuk Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

Nombor 9

Rasulullah SAW wafat pada usia 63 tahun.

Abu Bakar r.a meninggal dunia  = 63 tahun.

Umar r.a meninggal dunia = 63 tahun

Utsman r.a meninggal dunia = 81 tahun

Ali r.a meninggal dunia = 63 tahun

6 + 3 = 9

8 + 1 = 9

Nombor 9 ialah nombor yang mempunyai nilai terbesar dalam kitaran nombor. Nombor 1 ialah nombor permulaan dan nombor 9 ialah nombor akhir. Sinonim dengan Allah Yang Awal dan juga Yang Akhir. Juga Allah Yang Esa dan Allah Maha Besar.

Ikuti penjelasan lanjut tentang Nombor 19 pada tajuk  Keajaiban nombor 19 dalam Al-Quran

Nombor 9 mempunyai beberapa keistimewaan dalam kaedah Matematik. Antaranya;

- Nombor yang didarabkan dengan 9, apabila dicampurkan antara nombor-nombor jawapannya akan menghasilkan nombor 9 juga, melainkan nombor yang sama seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Dan nombor itu pula lebih kecil dari 51, contoh;

3 X 9 = 27. Maka 2 + 7 = 9

5 X 9 = 45. Maka 4 + 5 = 9

7 X 9 = 63. Maka 6 + 3 = 9

12 X 9 = 108. Maka 1 + 0 + 8 = 9

16 X 9 = 144. Maka 1 + 4 + 4 = 9

23 X 9 = 207. Maka 2 + 0 + 7 = 9

- Untuk melihat beberapa kaedah lagi yang bersangkut-paut dengan nombor 9, boleh ke tajuk Rahsia nombor 9

Rahsia nombor di sebalik solat - pada ruku' dan sujud

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.

Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.

Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.  Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:

“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  [3]

Pernomboran di sebalik bangunan yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS.

Sila tonton video di bawah dan baca juga di tajuk Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman AS.

  
Penutup

Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Allahu akbar .......

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,”  [Hadits Riwayat Abu Nu'aim]

Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.
  
Wallahu a'lam .......
  
Rujukan

1 - Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir
2 - Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah Al-Maidah, ayat 3.
3 - Qut al-Qulub - Syeikh Abu Thalib al-Makki
4 - islamictazkirah.com

Isnin, 20 Julai 2020

Hubbul Watan Minal Iman

WALAUPUN tidak termasuk dalam mana-mana perintah syariat atau ibadat, namun menurut mutiara kata-kata hikmah Arab menyifatkan ‘ Hubbul watan minal iman ’ yang bermaksud cintakan negara adalah sebahagian daripada Iman.
Hal ini kerana, kewujudan sesebuah negara adalah anugerah daripada ALLAH SWT kepada sesuatu bangsa dan umat untuk menjalani kehidupan dengan tenteram serta sejahtera.
Justeru, cintakan negara adalah obor keamanan yang dapat menjamin kelangsungan sesuatu tamadun dengan usaha untuk membangunkan kehidupan secara inovatif berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Sebaliknya, kaum yang cenderung melakukan kerosakan, dalam erti kata lain melanggar perintah, hukum dan larangan ALLAH, hanya akan membawa mudarat kepada diri serta negaranya sebagaimana di-alami kaum terdahulu yang dibinasakan oleh ALLAH seperti kaum Aad dan Tsamud serta kaum Nabi Lut.
Ia sebagaimana Firman ALLAH bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka : Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab : Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (al-Baqarah: 11-12).
PERLU KONSISTEN
Kecintaan pada negara perlu dibuktikan dengan tindakan yang konsisten. Bagi seseorang yang mencintai negaranya akan selalu menjaga persekitaran di mana sahaja berada sama ada darat, laut atau udara daripada sebarang keburukan.
Pada dasarnya mencintai tanah air sudah menjadi fitrah semula jadi manusia. Setiap manusia memiliki kecintaan kepada tanah airnya sehingga merasakan aman menetap di dalamnya, merindui ketika berada jauh, mempertahan ketika diserang dan berasa marah ketika negaranya dicela.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah menzahirkan kecintaan kepada kota Mekah yang merupakan tempat kelahiran Baginda.
Hal ini dapat dilihat dalam Hadith daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya: “Alangkah baiknya engkau sebagai sebuah negeri, dan engkau merupakan negeri yang paling aku cintai. Seandainya kaumku tidak mengusirku dari engkau, nescaya aku tidak tinggal di negeri selainmu,” - Riwayat Ibnu Hibban.
Selain itu, Madinah juga merupakan tanah air Rasulullah. Di situlah Baginda menetap serta mengembangkan dakwah Islam setelah berhijrah dari Mekah. Di Madinah, Rasulullah SAW berjaya membentuk komuniti Madinah dengan adanya Piagam Madinah.
Diriwayatkan juga bahawa apabila Rasulullah pulang ke Madinah dari sesuatu perjalanan, Baginda akan mempercepat perjalanannya. Hal ini kerana kecintaan dan kerinduan Baginda terhadap tanah airnya.
Berdasarkan tindakan Nabi Muhammad ini, jelas menunjukkan bahawa mencintai negara itu merupakan sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia dan sangat dianjurkan dalam Islam.
NEGARA ADALAH AMANAH
Negara merupakan anugerah daripada ALLAH dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keamanan yang dikecapi dan keselesaan dinikmati, semuanya adalah pemberian ALLAH atas sifat kasih sayang-Nya.
Nikmat ini perlu sentiasa disyukuri dan dipelihara dengan sebaiknya. Lantaran itu, memupuk rasa cinta ini perlu berlaku secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja.
Kepada generasi muda, lebih-lebih lagi dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini, nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan ketaatan kepada raja dan negara, perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa serta tanah air.
Dalam konteks ini, ibu bapa, pemimpin masyarakat, media massa, institusi pendidikan dan seumpamanya dituntut memainkan peranan dalam memupuk semangat murni itu.
Sehubungan itu, seluruh umat Islam perlu bersama-sama menyuburkan perasaan cinta, semangat perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kerana ALLAH demi menjaga kedaulatan agama serta negara.
Pada masa sama, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir keganasan, kezaliman mahupun 
penindasan.
Bertepatan dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi, setiap individu perlu menzahirkan kecintaan kepada negara dengan bertanggungjawab memelihara dan menjaga persekitaran atau tempat masing-masing daripada sebarang kerosakan serta ancaman.
Kecintaan kepada negara perlu menjadi asas dalam diri setiap rakyat.
Setiap rakyat bertanggungjawab mempertahan negara daripada sebarang anasir jahat yang cuba meruntuhkan kestabilan negara.
Rasulullah SAW sendiri menzahirkan kecintaan kepada kota Mekah yang merupakan tempat kelahiran Baginda.
Kecintaan kepada negara syariat Islam akan lebih mudah terlaksana dalam keadaan negara aman, damai.
Negara merupakan anugerah daripada ALLAH dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Ahad, 19 Julai 2020

Ilmu Syariat Tarikat Hakikat Makrifat


Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara ilmu itu.

Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS. Nabi Musa AS, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khidir AS pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. 

Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa AS, Nabi Khidir AS telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa AS. Kerana tidak sabar, Nabi Musa AS menegur perbuatan Nabi Khidir AS. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khidir AS berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang soleh. Di bawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khidir AS merosakkan sedikit kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.

Dalam hal ini Nabi Musa AS betul dengan ilmunya dan Nabi Khidir AS betul dengan ilmunya.

Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Ana Al-Haq’. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah” dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu "Zauk” atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT.

Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Laduni dan Kasyaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengetahuan orang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru.

Kasyaf pula bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara yang ghaib pada mata kasar. Pandangan kasyaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata ruhani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan “nur” untuk melihat. Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhanan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun sumbernya Allah SWT, tetapi melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir dan membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, maka cara penyampaiannya juga menggunakan peralatan zahir, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunakan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari. Hasil dari peningkatan ini, “dirinya” yang di dalam diri zahir, atau rohnya, menjadi bertambah kuat dan sehat. Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kasyaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat yang dipelajari. Tetapi sekarang ini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata).

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau Allah SWT memberi terus melalui Laduni. IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga HAQQUL YAKIN. Iaitu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi.

Setelah mengetahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mendapat HAQIQAT. Ia itu mengtahui kejadian makhluk Allah disegi zahirnya dan ghaibnya (batinnya). Setelah mendapat HAQIQAT, seterusnya murid tadi dengan kurniaNYA, mungkin akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu diriNYA.

Jadi sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat.

Guru murshid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya peringkat Haqiqat kalaupun tidak mendapat Makrifat.

Jadi kesimpulanya, kalau kita bukan ahlinya, tak payahlah jadi macam orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya.

Berkenaan dengan bagaimana nak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau bathil (syaitan). Ini perkara senang. Guru yang murshid akan dapat membantu muridnya. Guru murshid melihat dengan mata bashir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai berupa, tetapi mata bashir lebih tajam. Syaitan itu boleh dibunuh.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salasilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah.

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan iaitu Iblislah gurunya.

Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan amal Tariqat. Seseorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh betulkan sebelum mengadap Ilahi. Bahkan mereka ini mungkin dilantik menjadi Wali-Wali Allah SWT.

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah SWT redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.