Sabtu, 19 Mei 2012

Surah Ali Imran ayat 26&27, doa untuk murah rezeki & selesaikan hutang




قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦) تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِ‌ۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّ‌ۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٢٧) 

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)

Surah Ali Imran ayat 26 dan 27 diketahui sebagai ayat yang dapat memulihkan rasa putus asa ketika menghadapi masalah ekonomi. Dengan sering membaca ayat ini berulang-ulang mengikut kemampuan, dipercayai dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Tapi harus melakukannya dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah.

Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini.

Amalkan membaca kedua-dua ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan