قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦) تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٢٧)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan
waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke
dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu
yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)
Surah Ali Imran ayat 26 dan 27 diketahui sebagai ayat yang
dapat memulihkan rasa putus asa ketika menghadapi masalah ekonomi. Dengan
sering membaca ayat ini berulang-ulang mengikut kemampuan, dipercayai dapat
menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Tapi harus melakukannya
dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah.
Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz bin Jabal r.a. bagi melunaskan
hutang-hutang yang ditanggungnya. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh
al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu
kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas
mengajarnya membaca ayat ini.
Amalkan membaca kedua-dua ayat ini sebelum tidur.
Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam
Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan