Rabu, 18 April 2012

Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit-Penyakit Kronik

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat ada dari bentuk yang dimakan, atau diminum, atau disapu. Ada juga ubat dalam bentuk zikir-zikir. 




Dikongsikan disini zikir-zikir amalan untuk hindari dari penyakit-penyakit kronik:-
1. Kencing Manis - Baca zikir tersebut 41 kali setiap hari
2. Darah tinggi - Baca zikir 41 kali setiap hari
3. Sakit Jantung - Baca zikir 41 kali setiap hari dan 18 kali ketika hendak tidur
4. Resdung - Baca 72 kali selepas solat fardu


InsyaAllah, Allah s.w.t. akan sembuhkan penyakit-penyakit itu.
Berdasarkan kitab-kitab lama. Dikongsikan oleh Ustaz Haji Daud Bin Tahir dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 79 tahun pada tahun 2009.


Beliau ialah seorang bekas guru ugama dan kini aktif memberikan kuliah agama di sekitar kawasan berdekatan. Juga mengajar ilmu tajwid di Mussalla Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas tajwid diadakan setiap hari dari jam 3 petang - solat Asar. Semua dipersilakan.

Sabtu, 14 Januari 2012

Bacalah surah Al-Insyirah apabila ditimpa kesusahan


Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.

Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.

Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.


Terjemahan Surah Al-Insyirah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

FADILATNYA:-

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.

Rabu, 9 November 2011

Siapakah Wong Fei Hung Yang Ramai Tidak Ketahui ??


... Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Jeti Li sebagai Wong Fei Hung dalam filem Once Upon a Time in China

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Gambar sebenar Wong Fei Hung

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu iaitu kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan (Harimau) Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in. Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dgn segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China).

Rabu, 2 November 2011

Kisah Para Wali - Ibrahim bin Adham part 2

Sang putera yang menyaksikan semua itu merasa iri hati. Ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Kemudian, dia merenung sejenak. Beberapa ketika kemudian, dia memerintahkan seorang pengawal supaya memanggil orang tersebut datang kepadanya. "Tetapi tunggu sehingga dia bangun dahulu, baru suruh dia ke mari!" titah sang putera.

Setelah si miskin itu berada dihadapannya, sang putera berkata, "Kulihat kamu makan roti dengan lahapnya. Adakah kamu merasa lapar ketika itu?"
"Benar, Putera!" jawabnya.
"Kemudian, kamu meneguk air dari kantung kulitmu. Adakah kamu merasa haus ketika itu?"
"Benar."
"Kemudian, kulihat kamu tertidur dengan nyenyaknya. Adakah kamu puas dengan semua itu?"
"Ya, benar."

Mendengar jawapan demikian, sang putera termenung. Dia berfikir, barangkali begitulah hidup yang sebenarnya, katanya dalam hati. Setelah merasa puas, kemudian sang putera menghadiahkan beberapa dirham kepadanya. Dengan mengucapkan terima kasih, si miskinpun beredar pergi.

"Bila nafsu manusia dapat merasakan kepuasan hanya dengan seperti itu, lalu apa ertinya kemewahan dunia ini bagiku?" rintih hati sang putera.

Pada suatu malam, ketika penghuni istana sedang terlelap tidur, putera itu meninggalkan istananya dengan menyamar sebagai seorang papa. Dia meninggalkan istananya yang menurutnya tidak mampu memberikan kebahagian hidup dan ketenangan jiwa. Baginya, kehidupan yang fana ini jika semakin diteguk akan menjadikannya semakin haus. Akhirnya, sang putera "meninggalkan" semuanya. Sejak hari itu, Abu Ishak mencurahkan hatinya dengan ibadah. Dia berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah dan memohon keredhaan-Nya.

Kisah Para Wali - Ibrahim bin Adham part 1

Dalam sejarah Islam, kita dapat melihat satu contoh seorang tokoh sufi terkenal yang bernama Ibrahim bin Adham. Nama lengkapnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab. Beliau ialah seorang putera raja yang kaya raya lalu meninggalkan kerajaannya (sama dengan kisah Gautama Buddha) dan mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di negeri Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium.


Putera adalah seorang yang taat beribadah dan sangat penyantun terhadap sesama manusia, lebih-lebih lagi pada orang miskin di negaranya. Setiap Jumaat dikumpulkan para fakir miskin di depan istananya dan "ditaburkannya" wang dirham ke halaman istana. Dia juga gemar memberi hadiah bagi orang yang dianggap berjasa, serta memberi zakat dan sedekah pada hari-hari tertentu.


Selama ini putera sering mengeluh kerana hatinya selalu diselubungi kegelisahan. Dia sendiri tidak tahu mengapa selalu merasa gelisah. Padahal, segala sesuatu telah banyak dimilikinya. Tidur tidak nyenyak, makanpun tidak sedap. Dia hidup bagai dibelengu rasa cemas yang dia sendiri tidak tahu dari mana puncanya.


Sering kali beliau menangis di atas sejadahnya pada malam hari, ketika semua penghuni istana terlelap. Dalam doanya dia meratap, "Ya Allah, bebaskanlah hambamu ini dari seksaan batin. Adakah ini semua kerana kesalahanku? Bukankah aku telah tunduk dan tawaduk kepada-Mu, Ya Allah..?"


Oleh kerana semalaman jarang dapat tidur, pagi harinya putera sering merasa letih dan mengantuk. Dia sering tertidur di atas kerusi empuknya yang diperbuat dari baldu buatan Persia. Namun baru sahaja terlena sejenak, beliau terbangun kembali, seolah-olah ada orang yang membangunkannya. Beliau termenung kemudian bangkit dari tempat duduknya dan berjalan mundar-mandir di serambi istana.


Pada ketika itulah, sang putera melihat di bawah bayangan istananya seorang fakir miskin sedang duduk dengan selesanya di atas tanah. Kelihatan orang itu baru sahaja melakukan satu perjalanan yang jauh kerana tubuhnya bermandikan keringat. Kemudian, dia membuka bungkusan comotnya dan mengeluarkan sepotong roti kering yang kusam dengan debu. Si miskin melahap roti itu dengan nikmatnya dan meneguk sebotol air dari kantungnya. Setelah roti dan minumannya habis, dia melunjurkan tubuhnya dan beberapa ketika kemudian dia sudah tidur dengan nyenyaknya.


Bersambung..

Selasa, 1 November 2011

ANATOLIA-TURKI

Cantik tempat ni. Moga Allah takdirkan aku sampai ke sini pada satu hari nanti. Amin.




































































































Ahad, 23 Oktober 2011

Mengenali gelombang otak manusia

Salam,


Tahukah anda bahawa otak kita ini ada mengeluarkan gelombang yang berbeza? Gelombang-gelombang yang dikeluarkan ini diberi nama Beta, Alpha, Theta dan Delta. Mari kita mengenali gelombang-gelombang otak tersebut.




Gelombang Beta mempunyai amplitud yang paling rendah dan frekuensi yang paling tinggi iaitu 14-30 Hz. Apabila otak kita sedang aktif, ia akan mengeluarkan gelombang Beta. Seseorang yang sedang melakukan aktiviti seperti bercakap, mengajar, bekerja dan melakukan aktiviti fizikal akan mengeluarkan gelombang Beta.


Gelombang seterusnya ialah Alpha. Gelombang Alpha mempunyai amplitud melebihi gelombang Beta tetapi frekuensi yang lebih rendah iaitu 9-13 Hz. Mereka yang sedang berehat biasanya mengeluarkan gelombang Alpha. Gelombang ini juga terhasil melalui proses yang menyebabkan minda kita menjadi tenang seperti meditasi, solat dan berjalan di taman.


Berikutnya ialah gelombang Theta. Gelombang Theta mempunyai amplitud yang lebih tinggi dan frekuensi yang lebih perlahan berbanding Beta dan Alpha. Frekuensi gelombang Theta ialah 5-8 Hz. Theta biasanya dikaitkan dengan seseorang yang sedang berimaginasi, seperti seseorang itu berada di antara sedar dan separuh sedar. Contohnya apabila kita sedang memandu dan berimaginasi lalu apabila sedar sudah berada beberapa meter di depan. (Awas! Jangan berimaginasi semasa memandu untuk mengelakkan kemalangan!) Seseorang itu berada dalam gelombang Theta apabila mindanya menjadi sangat tenang dan aktiviti yang sedang dibuatnya menjadi automatik. Proses ini boleh berlaku ketika berjoging, mandi, memandu, menyikat rambut, berjalan dan lain-lain.


Yang terakhir ialah gelombang Delta. Gelombang ini paling besar amplitudnya dan paling rendah frekuensinya iaitu 1.5-4 Hz. Gelombang ini terhasil apabila kita sedang tidur. Sewaktu kita tidur, kita akan bermimpi pada kitaran 90 minit. Pada ketika ini, gelombang Delta akan bertukar menjadi Theta dan mimpi yang aktif akan berlaku. Sewaktu bermimpi yang aktif inilah berlakunya Rapid Eye Movement (REM).


Apabila kita terjaga dari tidur, gelombang otak kita akan bertukar dari Delta -> Theta -> Alpha -> Beta. Sebab itulah apabila kita mula-mula terjaga dari tidur kita akan merasa khayal / mamai sebab gelombang otak kita baru bertukar dari Delta kepada Theta.


Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memasuki gelombang Alpha kerana pada waktu itulah minda kita menjadi tenang. Ketika kita berada dalam gelombang Alpha, suasana terasa tenang dan stress akan hilang dan ketika inilah kita boleh menggunakan potensi keupayaan otak kita yang sebenar. Kita mampu untuk menumpukan fikiran terhadap sesuatu perkara. Gelombang Alpha membuka fikiran kita lalu menghasilkan kemampuan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 


Untuk seorang Muslim, sudah tersedia cara untuk menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi iaitu dengan berdoa, solat, membaca Quran dan berzikir. Amalan-amalan ini akan menjadikan kita tenang dan seterusnya membolehkan kita menggunakan fungsi otak dengan berkesan untuk menyelesaikan segala masalah dan meningkatkan kualiti kehidupan kita di dunia ini.