Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail( Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,
” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:
“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)
AMALAN
Dari ayahandaku.Bahawasanya ketika beliau mengambil Ijazah Selempang Merah dari KIYAI SALLEH @ Panglima Salleh,Muar. Beliau telah diijazahkan juga sekali amalan zikir Khatamun Nubuwwah ini.Kemudian selepas berjumpa guru-Nya yg lain,yg Hafiz lg Alim. Guru tersebut telah menambah BISMILLAHIL AZIZIL QAHHAR untuk dibacakan sebelum memulai zikir ini. Amalan zikir ini jika diamalkan ia,seseorang itu boleh menjadi kebal dengan izin Allah. Dan boleh juga digunakan untuk merawat diri sendiri dari segala penyakit dengan menukarkan zikir ini kepada JURUS KHATAMUN NUBUWWAH...
Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah
Menurut Mafhum Hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tirmidzi ra. katanya:
“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;
1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.“
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Annas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya.“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan