Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan

Khamis, 9 Julai 2020

Ubat Alami Penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Perhatikan tiga hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
Di akhir zaman ini, kita telah ditanam di fikiran kita bahawa penyakit kencing manis dan darah tinggi itu tidak akan sembuh. Kenyataan ini adalah hasil kajian doktor-doktor perubatan di negara barat. Sekarang anda fikir, anda nak percaya kepada kenyataan doktor barat yang kafir atau anda nak percaya kepada kenyataan Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah SWT?
Petunjuk Ubat Kencing Manis dan Darah Tinggi
Sudah menjadi sunnatullah bahawa Allah SWT menjadikan sesuatu itu ada petunjuknya. Contohnya petunjuk bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Rasulullah ialah pada Khatamun Nubuwah (cop kenabian) yang berada di belakang badannya antara dua bahu. Berkenaan penyakit kencing manis dan darah tinggi ini, petunjuk kepada ubat penyakit ini ialah pada perkataan "manis" itu.
Perhatikan ayat Quran berikut:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl 16:68-69)
Allah SWT jelas menyatakan bahawa madu itu adalah ubat di dalam Al-Quran. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang menjadikan makan madu ini sebagai makanan harian?
Perhatikan hadis berikut:
Dalam hadis Abu Hurairah ra, diriwayatkan beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, "Al-Habbatus Sauda itu penawar bagi segala penyakit kecuali maut."
Jelas Habbatus Sauda itu adalah penawar segala penyakit. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang menjadikan makan habbatus sauda ini sebagai makanan harian?
Sebenarnya ilmu kedoktoran dari Barat itu juga ilmu yang benar kerana ianya adalah berdasarkan kajian doktor Barat ke atas tubuh manusia. Al Quran dan hadis itu juga benar kerana ianya adalah wahyu dari Allah SWT. Amalkanlah kedua-dua ilmu kedoktoran dan ilmu dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dan carilah jalan berubat menggunakan kedua-dua ilmu tersebut. Maksudnya amalkanlah kedua-dua ubat perubatan modern dan ubatan alami dan beransur-ansurlah untuk melebihkan perubatan alami itu sehingga anda sembuh.
Cara pemakanan sunnah untuk berubat dari penyakit kencing manis dan darah tinggi:
1. Makan madu tiga sudu sehari - pagi, petang dan malam
Saya cadangkan madu Thibbun Nabawi Ustaz Ahmad Dusuki kerana madu ini telah diruqyah oleh hafiz-hafiz sekolah pondok beliau.
2. Makan habbatus sauda tiga kali sehari - pagi, petang dan malam
Habbatus sauda juga boleh dibeli di Thibbun Nabawi. Saya biasa amalkan botol 3in1: Habbatus Sauda, madu dan minyak zaitun.
3. Amalkan makan buah tin dan minyak zaitun
Allah SWT telah bersumpah dengan buah tin dan buah zaitun dalam surah At-tin. Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu itu, sesuatu itu adalah istimewa/mempunyai khasiat yang tinggi.
4. Amalkan makan kurma Ajwa
Kurma adalah makanan sunnah Rasulullah SAW dan kurma yang terbaik ialah kurma Ajwa. Amalkan makan kurma Ajwa setiap hari dalam bilangan ganjil 3,5,7 atau 9.
Ibadat Yang Boleh Menyembuhkan Banyak Penyakit

Sebenarnya ibadat puasa yang difardhukan kepada umat Nabi Muhammad SAW itu mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Antara kebaikan puasa ialah menyembuhkan banyak penyakit, termasuklah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Oleh itu lazimkanlah berpuasa sunat, terutamanya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Sekiranya anda tidak percaya anda boleh google 'benefit of intermittent fasting' iaitu hasil kajian orang Barat tentang manfaat puasa kepada tubuh manusia.

Yoga Perut/Kapalbhati
Penyakit kencing manis/diabetes itu adalah berpunca dari organ pankreas yang tidak aktif. Ada banyak sebab kenapa ini berlaku antaranya chemical/additives yang terlampau banyak di akhir zaman ini, lemak yang berlebihan di bahagian pankreas, gaya hidup yang tidak aktif , makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak gula dsb.
Oleh yang demikian, untuk mengaktifkan kembali organ pankreas yang "tidur" tersebut, anda boleh mengamalkan yoga perut seperti berikut:
Semasa membuat yoga Kapalbhati, sebutlah zikir Hu semasa menghembuskan nafas agar anda dapat pahala berzikir sambil mengubati diri anda.

Rabu, 18 April 2012

Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit-Penyakit Kronik

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat ada dari bentuk yang dimakan, atau diminum, atau disapu. Ada juga ubat dalam bentuk zikir-zikir. 




Dikongsikan disini zikir-zikir amalan untuk hindari dari penyakit-penyakit kronik:-
1. Kencing Manis - Baca zikir tersebut 41 kali setiap hari
2. Darah tinggi - Baca zikir 41 kali setiap hari
3. Sakit Jantung - Baca zikir 41 kali setiap hari dan 18 kali ketika hendak tidur
4. Resdung - Baca 72 kali selepas solat fardu


InsyaAllah, Allah s.w.t. akan sembuhkan penyakit-penyakit itu.
Berdasarkan kitab-kitab lama. Dikongsikan oleh Ustaz Haji Daud Bin Tahir dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 79 tahun pada tahun 2009.


Beliau ialah seorang bekas guru ugama dan kini aktif memberikan kuliah agama di sekitar kawasan berdekatan. Juga mengajar ilmu tajwid di Mussalla Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas tajwid diadakan setiap hari dari jam 3 petang - solat Asar. Semua dipersilakan.

Rabu, 6 Julai 2011

Ubatan Hakiki

Allahu Ya Allah hu Ya Allah Ya Allah


Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah


Wahai hamba yang mukminin 2x
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd



Sabtu, 18 Jun 2011

Ubat Hati

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang telah terluka hatinya, carilah ubatnya di dalam Al-Quran dan solat:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)

Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang sabar seperti maksud hadis nabi berikut:

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang bersabar ketika ditimpa musibah akan memiliki 7 kelebihan :

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
2. Musibah itu adalah ujian dari Allah SWT. Orang yang sabar apabila ditimpa musibah akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Sabar adalah sifat para Rasul, Nabi dan Awlia. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara fadhilat sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati

Akhir kata, renungilah lagu Ubat Hati berikut dan janganlah berputus asa. Insya Allah rahmat Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya itu sangatlah luas.

Ubat Hati ada lima perkaranya:
1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
4. Perbanyaklah berpuasa
5. Zikir malam berpanjanglah