Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini?


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.


Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. -BH

Ahad, 21 Ogos 2011

76 karakter yahudi dalam Al-Quran



1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41). 


2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42). 


3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48). 


4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49). 


5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51). 


6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54). 


7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56). 


8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57). 


9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61). 


10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65). 


11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71). 


12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74). 


13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75). 


14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76). 


15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79). 


16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81). 


17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83). 


18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85). 


19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91). 


20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96). 


21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98). 


22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100). 


23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102). 


24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105) 


25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110). 


26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113). 


27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116). 


28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180). 


29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133). 


30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175). 


31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140). 


32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).


 33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145). 


34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146). 


35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159). 


36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170). 


37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275). 


38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24). 


39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28). 


40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).


 41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73). 


42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75). 


43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78). 


44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).


 45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85). 


46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87). 


47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99). 


48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105). 


49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120). 


50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181). 


51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183). 


52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188). 


53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).


 54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53). 


55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54). 


56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).


57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89). 


58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153). 


59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157). 


60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160). 


61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18). 


62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22). 


63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22). 


64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41). 


65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41). 


66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42). 


67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44). 


68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58). 


69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64). 


70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64). 


71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70). 


72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).


73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78). 



74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79). 


75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80). 


76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).

Sabtu, 30 Julai 2011

Siapakah Tamingsari?



Senopati terhandal Majapahit panglima sakti Tamingsari adalah salah seorang panglima yang berwibawa dan keras pendiriannya. Ada yang membenci  beliau termasuk orang besar istana Mahapatih Gajah Mada.

Bentara Majapahit ini telah mengadakan permuafakatan rahsia bersama rombongan kerajaan Melaka untuk melenyapkan Tamingsari dari istana kerana dikhuatiri mampu menggulingkan raja dan pemerintahan sedia ada. Jadi sempena kunjungan istimewa Sultan Mahmud bersama pengiringnya yang handal Laksamana Hang Tuah telah diambil kesempatan untuk menyempurnakan cita cita jahat mereka.

Setelah majlis mereka selesai melalui Patih Gajah Mada, pesanan telah disampaikan kepada Laksamana Hang Tuah kononnya Tamingsari mahu menderhaka kepada raja kemudian hari. Hang Tuah mendapat perintah dari sultannya untuk mengadakan sayembara perang tanding olok olok , tetapi  hendaklah berakhir dengan kematian  Tamingsari sebenar. Hang Tuah diperintah membunuh Tamingsari dengan apa cara sekalipun. Hang Tuah yang dianggap sebagai pahlawan yang taat setia kepada raja ini pun menjalankan tugasnya tanpa menyedari dirinya sedang diperalatkan oleh kerajaan Majapahit.

Majapahit yang dikenal sebagai kerajaan penyembah berhala sebenarnya turut tidak menyenangi Tamingsari yang bertuhankan Allah dan agama para wali yang telah mereka dengar sebelum itu. Majapahit sendiri beberapa kali gagal dalam cubaan mengusir dan membunuh Tamingsari yang pada mulanya disangka seagama dan seadat dengan mereka. Setelah dilihat kejayaan demi kejayaan diraih oleh mereka dalam percubaan menguasai wilayah lain akhirnya Tamingsari dilihat sebagai orang yang berpotensi merampas kerajaan mereka sehingga datang fitnah dan aduan kepada raja dengan cerita yang bukan bukan mengenai Tamingsari.

Hang Tuah yang terkenal dengan kelicikannya memperdaya musuh perang tanding walau di mana saja beliau bersayembara ternyata turut gagal melukakan daging isi perut Tamingsari walaupun telah beberapa kali beliau berjaya menusukkan kerisnya ke tubuh sasa Tamingsari. Akhirnya seperti yang disangkakan orang ramai yang menyaksikan adu tanding itu, perlawanan pun ditamatkan .

Majapahit amat kecewa dengan keadaan itu, datanglah anggapan mengenai keperkasaan  Hang Tuah yang di war warkan ternyata turut gagal membunuh Tamingsari yang amat dikehendakki supaya terbunuh di dalam perang tanding tersebut. 

Sebenarnya Hang Tuah mula menusukkan jarum putar belitnya yang sememangnya diketahui oleh rakan rakannya dengan berdamai olok olok. Sehinggalah Tamingsari menyerahkan kerisnya untuk dibelek oleh Hang Tuah dengan segala pujian menggunung. Hang Tuah telah mendapat ilham firasat dari gurunya Sang Adi Putra yang telah meninggal dunia melalui isyarat kerohanian. Beliau akhirnya mendapat tahu bahawa tubuh Tamingsari yang kebal senjata seperti dirinya itu rupa rupanya berpunca dari keris yang digenggam oleh pemiliknya. Jika dapat memisahkan keris itu maka tiada apa lagi yang dapat melindungi diri Tamingsari. 

Dengan cara perdamaian yang jujur pada pandangan Tamingsari beliau tidak ragu ragu menyerahkan kerisnya kepada Hang Tuah yang sekonyong konyong terus menikam Tamingsari ditengah pusat dadanya. Penulis mendapat tahu titik tikaman ini melalui perkhabaran ghaib. Titik ini amat dikenal oleh para ilmuan ahli hikmah sebagai titik kelemahan bergelar akhfa yang bererti pusat segala rahsia tubuh. Titik ini juga dikenal oleh para ahli tasawuf dengan panggilan yang sama. Di titik ini juga Sunan Kudus yang diperintah oleh Sunan Demak menamatkan riwayat Ki Ageng Pengging atau Ki Kebo Kenanga. Ki Ageng Pengging ini adalah anakanda pewaris tahta majapahit Handayaningrat @ Andayaningrat. Ki Ageng adalah salah seorang murid Syeikh Siti Jenar yang mengamalkan tarikat Naqsyabandiah sehingga beliau terfana' mengeluarkan kata kata syutuh wahdatul wujud. 

Kita kembali ke kisah Hang Tuah yang telah menikam curi Tamingsari. Sewaktu Tamingsari tersungkur kerana tikaman curi itu beliau telah meninggalkan satu kata kata yang menyebabkan Hang Tuah merana tertanya tanya, "Kalau benar tuan hamba adalah sahabat hamba, kenapa tuan hamba melakukan ini, alangkah ruginya tuan hamba , mentaati perintah raja tetapi tidak kena pada tempatnya," Kata kata yang hampir sama juga telah disampaikan oleh Hang Jebat sewaktu tewas kepada Hang Tuah beberapa ketika selepas peristiwa pembunuhan Tamingsari ini.

Di dalam hal ini Hang Tuah telah dijadikan mangsa keadaan dimana beliau sendiri tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Wallahua'alam bissawab, penulis tidak dapat memastikan kebenaran segala peristiwa ini , hanya kepada Allah penulis berserah bagaimana hal yang sebenarnya terjadi.

Tamingsari rahimahullah alaihi, adalah seorang pendekar handalan di seluruh wilayah penguasaan kerajaan Majapahit. Beliau sebenarnya jika mengikut pengakuannya yang dirakamkan mempunyai dua orang guru. Salah seorang gurunya itu adalah seorang Empu keris yang tak sempat penulis menanyakan kepada beliau  siapakah gerangannya dahulu. Beliau menajamkan ilmunya dengan bimbingan Empu itu melalui beberapa siri pertapaan yang memakan masa di salah sebuah gunung tertinggi di pulau Jawa. Beliau pernah menidakkan pertanyaan saya kalau kalau dia pernah berguru dengan Sang Adi Putra, guru persilatan kepada Laksamana Hang Tuah.

Tamingsari pernah menjelaskan bahawa beliau tidak memilikki ilmu kebal seperti Laksamana Hang Tuah tetapi tubuh beliau kebal kerana khadam keris Tamingsarinya. Keris itu adalah hasil dari karya teragung gurunya yang memang seorang tukang keris. Senjata itu telah diamanahkan kepadanya supaya dijaga dan  dipelihara sebagai barang hadiah yang tidak ternilai.

Akhirnya keris Tamingsari telah dijadikan sebagai barang hadiah sebagai tanda terimakasih yang teramat sangat oleh Bentara Majapahit dan kerajaannya kerana akhirnya Hang Tuah telah berjaya menamatkan riwayat hidup si Tamingsari yang kononnya bakal menderhaka kepada raja. Berakhirlah riwayat hidup seorang ahli pertapaan muslim yang mengabdikan diri kepada kerajaan Majapahit yang mensyirikkan Allah itu. Kerajaan ini akhirnya dihancurkan oleh Allah beserta sumpah palapanya oleh tentera Allah dari pesantrenan Demak Bintara. Dipimpin sepenuhnya oleh Raden Fatah anakanda raja Majapahit itu sendiri yang mengabdi sepenuhnya kepada Allah Rabbul Alamin.