Allaahumma inna nas'aluka lisaanan rootiban bidzikrik. Wa
qolban maf'uman bisyukrik. Wa badanan hayyinan layyinan bithoo'atik. Allahumma inna nas-aluka iimaanan
kaamila. Wanas'aluka qolban khosyi'a.Wa nas-aluka
'ilman naafi'a. Wa nas-aluka yaqiinan
shoodiqo. Wa nas-aluka diinan qoyyima. Wa nas-alukal 'aafiyata min kulli
baliyyah. Wa nas-aluka tamaama-lghinaa
'anin-nnaas wahab lanaa haqiiqotal iimaani bik.
Hatta laa nakhoofa wa laa narjuu ghoiroka wa laa na'buda syai'an
siwaak. Waj'al yadaka mabsuuthotan
'alainaa wa 'alaa ahlinaa wa aulaadinaa wamam-ma'ana birohmatik. Wa laa takkilnaa
ilaa anfusinaa thorfata 'aini wa laa aqolla min dzaalika ya ni'mal mujiibu. Wa
sholli 'alaa sayyidinaa Muhammadin-nnabiyyi-lkariim wa 'alaa aalihi wa shohbihi
ajma'iin.
Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah
mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah
kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami diin (cara
hidup) yang jitu dan unggul selamat dari segala bahaya dan malapetaka, kami
mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang
lain. Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung
rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang
bersama-sama kami. Ya Allah jangan Engkau biarkan nasib kami di tentukan oleh
diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih
pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan
permohonan, (perkenankanlah). Selawat yang mulia kepada keluarga baginda dan
para sahabatnya.
Dalam menghadapi kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim, musuh kita yang paling utama adalah nafsu dan syaitan. Untuk menghadapi kedua-dua musuh utama ini, kita perlulah ada senjatanya. Empat senjata utama seorang Muslim yang boleh digunakan untuk mengalahkan syaitan ialah ilmu, ikhlas, doa dan zikir. Nafsu pula boleh dikalahkan dengan puasa.
1. Melawan tipudaya syaitan dengan ilmu Seorang yang berlimu itu seribu kali lebih ditakuti oleh syaitan berdasarkan hadis berikut:
Daripada Abdullah bin Abbas radhiallahu'anhuma berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.:"Seorang yang berilmu (alim) itu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu abid (ahli ibadah) yang tidak berilmu (alim)". H.R Tirmizi dan Ibnu Majah.
Ini adalah kerana si alim itu tahu caranya untuk melawan godaan syaitan dan dapat pula si alim itu memberi bimbingan kepada orang lain supaya ia selamat dari godaan syaitan, bahkan si alim itu dapat pula menyelamatkan orang-orang yang telah disesatkan oleh syaitan. Jadi syaitan sangat takut kepada si alim kerana dia dapat memelihara dirinya dan memberikan bimbingan kepada orang lain.
Contohnya semasa Wali Allah Syeikh Abdul Kadir Jilani cuba ditipu oleh Iblis dengan cara berikut:
Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Sheikh seraya berkata:
“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”
Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”
Sheikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.
Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”
Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Sheikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.
Pelajaran yang boleh kita teladani dari kisah tersebut ialah seseorang itu perlukan ilmu untuk melawan tipudaya syaitan. Walaubagaimanapun, pergantungan kita untuk melawan tipudaya syaitan tersebut mestilah hanya kepada Allah SWT dan ilmu tersebut hanyalah sebagai asbab sahaja.
Ilmu yang paling asas yang diperlukan seorang Muslim ialah ilmu tauhid, iaitu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.
Kemudian, seorang Muslim itu juga perlu mengetahui ilmu syariat iaitu ilmu berkaitan hukum-hukum dalam Islam dan juga berkaitan cara melakukan ibadat. Ilmu syariat ini perlulah mengikuti Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu syariat Rasulullah SAW.
Akhirnya seorang Muslim itu perlu menguasai ilmu Tasawuf iaitu ilmu membersihkan hati, bermujahadah melawan hawa nafsu, mendekati sifat-sifat hati yang baik (Mahmudah) dan menjauhi sifat-sifat hati yang buruk (Mazmumah).
2. Melawan tipudaya syaitan dengan ikhlas
Iblis telah mengaku kepada Allah SWT bahawa dia tidak berkuasa menyesatkan mereka yang ikhlas seperti ayat Quran berikut:
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan
daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis
maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya, (39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik). (15:40)
Cara untuk mendapatkan keikhlasan itu ialah dengan sentiasa membetulkan niat berbuat ibadah itu hanya kerana Allah SWT, bukan untuk tujuan yang lain seperti mendapatkan pujian manusia, menunjukkan yang kita ini baik di hadapan isteri/suami/anak, bukan kerana mengikut-ikut kawan, bukan kerana ingin mendapatkan habuan dunia dsb.
Cara lain untuk mendapatkan keihlasan ialah dengan membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu Ahad) yang menegaskan tentang keesaan Allah SWT secara berulang-ulang.
3. Melawan tipudaya syaitan dengan doa
Walaupun kita mempunyai ilmu yang banyak sekalipun, pergantungan kita untuk mengalahkan tipudaya syaitan itu mesti hanyalah kepada Allah SWT. Doa itu adalah cara kita untuk menguatkan pergantungan kita kepada Allah SWT kerana kita hanya akan selamat dari tipudaya syaitan itu dengan rahmatNya.
Antara doa yang boleh diamalkan sebagai pergantungan kita kepada Allah SWT untuk mengalahkan syaitan ialah:
Dengan membaca 'Au zubillahi minassyaito nirrajim dan bismillahirrahmanirrahim sebelum memulakan sesuatu aktiviti.
Dengan membaca doa sebelum masuk tandas:
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada
syaitan jantan dan syaitan betina. Dengan membaca doa mengelakkan gangguan syaitan sebelum solat:
Allahumma inni a’u zubika minassyaita nirrajim min hamzihi wa naf sihi wa naf qihi.
Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan yang direjam, dari bisikannya, dari nafasnya dan dari hembusannya.
Dengan berdoa khusus kepada Allah SWT untuk melindungi kita dari gangguan dan godaan makhluk-makhluk yang jahat termasuk syaitan.
4. Melawan tipudaya syaitan dengan zikir
Zikir yang paling utama untuk mengelakkan gangguan syaitan ialah dengan membaca ayat Kursi pada waktu pagi, waktu petang, setiap kali selepas solat dan sebelum tidur berdasarkan hadis-hadis berikut:
Dari Ubay bin Ka'ab, Nabi SAW bersabda: "Siapa yang membaca ayat Kursi saat pagi, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami (jin) hingga petang. Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami (jin) sehingga pagi." (HR. Al Hakim 1:562)
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan gangguan syaitan.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
Zikir seterusnya adalah ayat 97&98 Surah Al-Mukminun seperti berikut:
Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (23:97-98)
Zikir terakhir yang boleh diamalkan untuk mengelakkan gangguan syaitan ialah dengan membaca 3 Qul, dihembuskan ke tapak tangan dan disapu ke muka dan seluruh badan dan anggota sebanyak 3 kali sebelum tidur.
Dari Aisyah radhiallahu anhu berkata: "Rasulullah SAW apabila hendak beranjak ketempat tidurnya setiap malam, Beliau menyatukan kedua telapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana saja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya serta bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali." (HR. Muslim).
Dalam Al Quran, Allah SWT berjanji untuk mengabulkan doa hamba-hambanya seperti ayat-ayat berikut:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)
Jadi mengapakah ada di antara kita yang berdoa tetapi masih belum dimakbulkan doanya oleh Allah SWT?
Sebenarnya banyak perkara yang menjadi asbab kepada terhalangnya doa dimakbulkan. Kebanyakannya berpunca daripada diri sendiri sama ada sedar atau tidak. Salah satunya ialah tidak mengambil berat soal halal dan haram terutamanya dalam urusan makanan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW bercerita tentang seorang pemuda yang bermusafir jauh di padang pasir hingga menyebabkan rambutnya menjadi kusut-masai dan dipenuhi dengan debu kerana perjalanannya yang jauh itu.
“Seorang lelaki yang telah lama berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh,sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Dia menadahkan tangannya ke langit laluberdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal, makanannya dari sumber yang haram,minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram.Maka bagaimana mungkin Allah SWT akan memperkenankan doanya?"(Riwayat Muslim)
Antara sebab lain ialah dosa yang ada pada diri seseorang itu juga boleh menjadi penghalang kepada makbulnya doa. Oleh itu, perbanyakkanlah solat taubat dan istighfar agar dosa seseorang diampunkan lalu menghilangkan penghalang untuk dimakbulkan doanya.
Sebenarnya apabila seseorang hamba itu berdoa, Allah SWT pasti akan mengurniakan salah satu dari tiga perkara kepada hambanya tersebut:
1. Dimakbulkan doanya pada masa itu atau pada masa terdekat
2. Ditangguhkan makbulnya doa itu pada masa akan datang
3. Diganti doanya itu dengan sesuatu yang sama nilai atau sesuatu yang lebih baik Untuk perkara no. 3 di atas, contoh yang mudah ialah adakalanya kita berdoa apa yang kita inginkan, tapi Allah SWT memberikan kepada kita apa yang kita perlukan. Apabila ini berlaku, berbaik sangkalah dengan Allah SWT bahawa Allah SWT telah memberikan yang terbaik untuk kita seperti ayat berikut: ...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)
Apabila kita membaca kisah-kisah nabi, mereka sendiri ada yang ditangguhkan doanya sehingga bertahun-tahun lamanya. Contohnya seperti berikut:
1. Nabi Muhammad SAW yang berdoa agar kiblat dipindahkan dari masjidil Aqsa ke Mekah. Doa Nabi Muhammad SAW ini dimakbulkan Allah SWT setelah 2 tahun.
2. Nabi Ayub AS yang mendapat sakit yang teruk. Nabi Ayub AS hanya berdoa setelah 18 tahun lalu dimakbulkan oleh Allah SWT dan disembuhkan penyakitnya.
3. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Zakaria AS berterusan berdoa selama lebih 80 tahun untuk mendapat anak sebelum dimakbulkan Allah SWT.
Apabila kita berdoa, jagalah adab-adab dalam berdoa kerana memakbulkan doa itu adalah hak mutlak Allah SWT pada suatu waktu yang ditentukanNya. Antara adab-adab dalam berdoa adalah seperti berikut:
1. Berdoalah sebagai seorang hamba yang merendah diri, yang mengharapkan kurnia dari Rajanya, bukan sebagai seorang pekerja yang mengharapkan upah dari majikannya.
2. Pujilah Allah SWT sebelum berdoa. Surah Al Fatihah itu adalah surah yang mengandungi doa dan surah ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah SWT.
3. Berdoalah dengan suara yang lembut, penuh keyakinan terhadap Allah SWT, menghadap kiblat, berwuduk, berdoa pada waktu mustajab dengan merendah diri dan mengharapkan hanya kepada Allah SWT.
4. Tutuplah doa tersebut dengan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU,
PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA,
MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU,
TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKANNYA,
Syurga adalah tempat mereka yang dekat dengan Allah SWT. Antara sifat ahli syurga ialah sabar apabila mendapat ujian dan antara ujian daripada Allah SWT kepada manusia di dunia ini ialah dengan ditimpakan penyakit. Ahli syurga adalah mereka yang bersabar apabila mendapat ujian seperti ujian mendapat penyakit.
Al-Quran menceritakan kisah Nabi Ayub a.s. yang digambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Al-Quran Surah. Sod: 44)
Didalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang boleh dijadikan zikir dan doa untuk disembuhkan penyakit oleh Allah SWT. Jangan jemu untuk terus berdoa kepada Allah SWT kerana Allah SWT amat menyukai mereka yang terus-menerus berdoa dan merayu kepadaNya. Nabi Ayub sendiri telah diuji dengan musibah penyakit selama 18 tahun sebelum beliau berdoa kepada Allah SWT dan doanya dimakbulkan Allah SWT dan beliau disembuhkan dari penyakitnya.
Apabila berzikir dan berdoa dengan ayat Quran ini, niatkanlah agar kesembuhan yang diminta tersebut bertujuan agar kita mendapat kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah SWT. Insya Allah niat untuk sembuh dengan tujuan agar bertambah ibadah kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Zikir dari Al-Quran untuk mendapat kesembuhan dari penyakit adalah ayat-ayat berikut:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra 17:82)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa
merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit,
sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang
mengasihani. (83) Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan
penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan
seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat
balasan baik). (84) (Al Anbiya 21:83-84)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan
waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke
dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu
yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)
Surah Ali Imran ayat 26 dan 27 diketahui sebagai ayat yang
dapat memulihkan rasa putus asa ketika menghadapi masalah ekonomi. Dengan
sering membaca ayat ini berulang-ulang mengikut kemampuan, dipercayai dapat
menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Tapi harus melakukannya
dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah.
Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz bin Jabal r.a. bagi melunaskan
hutang-hutang yang ditanggungnya. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh
al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu
kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas
mengajarnya membaca ayat ini.
Amalkan membaca kedua-dua ayat ini sebelum tidur.
Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam
Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin.
Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila", dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah." Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”
BACA LAH DOA INI SELALU DAN POHONLAH HAJAT YANG DI KEHENDAKI SETIAP MASA TERUTAMA SELEPAS SOLAT FARDU.
Dan Allah SWT berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina" (Ghafir 40:60) "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" (Al-Baqarah 2:186)
Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.
Di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang.
Rasulullah SAW bersabda, ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja/menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.
(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.
(8 ) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh.
(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.
(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.
(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.
(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tungganglanggang ketika bertemu dengan anda.
(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.
(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh.
(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ula, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh.
(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik sucibadan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.
(18 ) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluhkali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.
(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.
(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.
(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.
(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.
(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.
(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.
(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.
(28 ) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah seharian malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.
(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunyit (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Semua atas kehendakNya.
“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”
Keterangan:
Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.
Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Kelebihan Solat Sunat Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Doa Solat Sunat Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah jika dibumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh