Memaparkan catatan dengan label Religion - Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Religion - Iman. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2011

kelebihan orang berlimu, Tipudaya syaitan dan Manusia yang hebat


Kelebihan orang berilmu

Beza orang ada ilmu dan orang takde ilmu ialah 500 tahun perjalanan darjatnya. Allah meletakkan ulama (orang yang berlimu) itu selepas malaikat kedudukannya. Jika ingin menghafal Quran, dengar dan bacalah Quran setiap hari selama berpuluh-puluh tahun. Apabila Allah meninggikan darjat kita dengan memberikan ilmu dan iman kepada kita, perangai kita akan menjadi lebih baik. Menurut Ibnu Abbas orang yang berilmu mempunyai darjat 700 kali ganda berbanding dengan orang yang tiada ilmu. Beza antara satu darjat ialah 500 tahun perjalanan.

Tipudaya syaitan

1.       Dari depan – syaitan jadikan kita tak takut dengan neraka
2.       Dari kanan – syaitan datang dari anak/isteri/suami
3.       Dari belakang – syaitan datang dari dunia
4.       Dari kiri – syaitan datang dari harta

Doa untuk elak gangguan syaitan sebelum sembahyang:

Allahumma inni a’u zubika minassyaita nirrajim min hamzihi wa naf sihi wa naf qihi.

Manusia yang hebat dan akan masuk syurga Insya Allah:

1.       Orang yang mengawal nafsu ketika suka
2.       Orang yang berjaya mengawal diri ketika marah
3.       Orang yang mengawal syahwat ketika bernafsu
4.       Orang yang yakin pada Allah

Kalau ada kemampuan – kewangan dan nafkah batin sila kahwin. Kalau kita miskin Allah akan bagi kaya lepas kahwin, Insya Allah.


Selasa, 13 September 2011

Maksud Qada' dan Qadar

Percaya kepada Qada' dan Qadar / takdir ialah salah satu dari rukun iman. Iman seseorang itu tidak sempurna jika dia tidak percaya kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang memahami maksud Qada' dan Qadar tersebut?

Percaya kepada Qada' dan Qadar bermaksud percaya bahawa segala perkara yang terjadi kepada kita telah ditetapkan sebelum terjadi oleh Allah SWT dalam Lauhul Mahfuz sebelum terjadi. Adakah ini bermakna kita langsung tiada daya dan usaha untuk mengubah takdir kita? Sebenarnya kita masih diberikan usaha dan ikhtiar berkenaan takdir ini. Bahkan Allah SWT telah menunjukkan jalan yang baik dan jalan yang buruk kepada kita dan kitalah yang memilih jalan mana yang ingin kita tempuh. Allah SWT dengan ilmuNya hanya sekadar mengizinkan sahaja kita memilih jalan tersebut dan inilah yang telah tertulis dalam kitab Lauhul Mahfuz sebelum terjadi.

Terdapat dua jenis takdir iaitu takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan Mubram / Qada' dan Qadar Qubra (QQQ) dan takdir yang boleh berubah dikenali dengan Mu'allaq / Qada' dan Qadar Shughra (QQS).

Contoh QQQ ialah ketetapan tarikh lahir kita, lahir dalam keluarga mana, jantina kita dsb.

Contoh QQS ialah sekiranya kita rajin belajar akan jadi pandai, sekiranya kita rajin bekerja akan mendapat rezeki lebih dsb.

Oleh kerana kita tidak tahu takdir kita termasuk dalam takdir yang tidak boleh diubah (QQQ) atau takdir yang boleh diubah (QQS), sebab itulah kita kena berusaha dan berdoa. Semoga dengan usaha dan doa kita itu, Allah SWT berkenan mengubah takdir kita yang kurang baik (sekiranya ada) kepada takdir yang lebih baik.

Bukti bahawa takdir itu boleh berubah berdasarkan ayat berikut:
..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... (Al-Rad 13:11)

Bukti lain bahawa takdir itu boleh berubah adalah berdasarkan hadis berikut:
Rasulullah sallahu alaihi wa alihi wassalam bersabda: "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebaikan. Seringkali seseorang tidak mendapatkan rezeki kerana berbuat dosa." (HR. Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa takdir itu boleh diubah dengan berdoa dan umur itu boleh dipanjangkan dengan usaha kita iaitu dengan membuat amal kebaikan seperti bersedekah dan menghubungkan silaturrahim.

Saya bagi contoh: 

Ramai yang menganggap bahwa takdir sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Takdir bukanlah ditentukan sebegini :

Ali akan lahir -  Zaman kanak-kanaknya agak susah -  Dia akan belajar sampai tingkatan tiga –  Pada usia 18 tahun dia akan mula berkerja – Dia akan berkerja sebagai tukang besi – Dia akan berkawin dengan Ani  pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.

Tetapi , Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa Contohnya :

Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma lamanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar – ( Ada pilihan ) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Kia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -( Ada pilihan )– kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – ( Ada pilihan )- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika system makanannya tidak dijaga- ( Ada pilihan )- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri- ( Ada pilihan )- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia  pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – ( Ada pilihan )- kalau kesihatannya dijaga dia akan meniggal dunia pada usia 75 tahun dirumahnya –( Ada pilihan )- kalau kesihatannya tidak dijaga diaklan meninggal dunia dihospital pada usia 65 tahun.

Baca lagi : Adakah takdir sudah ditentukan sepenuhnya | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com

Janganlah kita menyalahkan Allah SWT sekiranya kita melakukan maksiat. Maksiat itu sebenarnya datang dari keinginan kita sendiri. Allah sekadar mengizinkannya. Perkara ini telah diketahui Allah sejak azali lalu ditulis dalam Lauhul Mahfuz sebelum terjadi. Hal ini mudah sahaja bagi Allah. Ini bertepatan dalam firmanNya seperti berikut:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al-Hadid 57:22)


Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An'am 6:160)  

Oleh itu, sesiapa yang telah melakukan dosa lalu menganiaya dirinya sendiri, mohonlah ampun kepada Allah SWT kerana Dia maha pengampun seperti firmanNya:

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa 4:110)

Sabtu, 27 Ogos 2011

BEZANYA ANTARA MUKJIZAT DENGAN KARAMAH

Mukjizat


Mukjizat ialah hal-hal atau kejadian-kejadian yang berlaku yang Allah kurniakan pada rasul-rasul atau nabi-nabi yang menyalahi adat kebiasaan - khawariqul ‘adah (atau ia berlaku di luar logik akal). Tujuannya untuk kemuliaan dan kebenaran di pihak para rasul dan nabi dan juga untuk melemahkan musuh-musuhnya.
Mukjizat itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
1. Mukjizat lahir
2. Mukjizat batin (maknawiah)
MUKJIZAT LAHIR
Ia adalah perkara yang mencarik adat yang berlaku pada seseorang rasul dan nabi, yang dapat dilihat dengan mata lahir. Antara contohnya, tongkat dicampak bertukar menjadi ular, manusia atau binatang mati dihidupkan, penyakit kusta dan sopak dapat disembuhkan, mata buta dapat dicelikkan, air yang sedikit dapat diminum oleh ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkat dipukul ke batu menghasilkan pancutan air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautan dan sebagainya.
MUKJIZAT BATIN (MAKNAWIAH)
Mukjizat ini hanya pada makna sahaja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan boleh dinilai oleh mata hati (basyirah) sahaja. Tidak dapat dilihat oleh mata lahir. Antara contohnya ialah wahyu-wahyu yang disampaikan kepada rasul dan nabi yang mengandungi bermacam-macam ilmu pengetahuan dan hukum-hakam tanpa mereka belajar seperti manusia biasa. Umpamanya Al Quran, Injil, Taurat, Zabur dan Suhuf-Suhuf, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kepala kecuali setelah ditulis.
Mukjizat batiniah yang lain ialah:
.             dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah
.             Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesalahan
.             hati tidak terpaut dengan dunia dan kelazatan serta keindahannya
.             mendapat ilmu dan tarbiah terus dari Allah atau mendapat wahyu
.             manusia jatuh hati dan cinta luar biasa padanya
.             musuh merasa gerun dengan kehebatannya
.             sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya
.             azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan lain-lain lagi.
Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi dan rasul bukan diberi mengikut kehendak para rasul dan nabi itu sendiri. Tetapi dicatu sesuai dengan hal semasa dan keperluan seseorang nabi dan rasul itu. Dan ia tidak boleh dipelajari tetapi hadiah atau mauhibbah atau wahbiah dari Allah. Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada mereka tidak sama di antara satu sama lain. Kebiasaannya mereka diberi mukjizat di kedua-dua peringkat. Kalau dia seorang nabi; ertinya dia bukan seorang pemimpin yakni bukan untuk masyarakat; maka Allah berikan mukjizat yang sesuai dengan wataknya sebagai seorang abid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang diberikan itu sesuai dengan keperluannya sebagai abid.
Tetapi pada seorang Rasul yang dia adalah pemimpin umatnya, maka Allah kurniakan mukjizat lahir dan batin (maknawiah), sesuai dengan keperluannya berdepan dengan umat yang dipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat ialah rasul-rasul yang mendapat pangkat Ulul Azmi kerana mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan dengan ujian-ujian berat daripada kerenah kaumnya. Pemberian mukjizat pada nabi-nabi dan rasul-rasul ini tidak sama kerana keperluan mereka juga berbeza antara satu sama lain. Adakalanya mereka tidak boleh ikut-mengikut di antara satu sama lain.
Mukjizat Nabi Musa a.s. tidak sama dengan mukjizat Nabi Khaidir a.s. Padahal Nabi Musa a.s. itu lebih besar darjat dan keutamaannya dari Nabi Khaidir a.s. Nabi Musa salah seorang Ulul Azmi sedangkan Nabi Khaidir a.s. hanya nabi, bukan rasul. Bahkan sesetengah ulama masih mempertikaikan tentang kenabian Nabi Khaidir. Ada yang menganggap beliau hanya orang soleh yang bertaraf wali sahaja. Tetapi antara mereka berdua di suatu ketika, Nabi Khaidir diberi mukjizat maknawiah (batin). Walhal di waktu itu tidak diberi kepada Nabi Musa. Tiga hari saja mereka dapat berkawan. Sedangkan sebelum itu Nabi Khaidir sudah ingatkan Nabi Musa, “Kau takkan sanggup ikut aku, kau takkan tahan sabar.” Ini kerana peranan antara nabi dengan rasul itu berbeza. Nabi bukan pemimpin sedangkan rasul adalah pemimpin. Nabi mengikut takrifnya ialah seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu tetapi hanya untuk dirinya sendiri dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain. Bila tidak wajib menyampaikan, maknanya dia bukan seorang pemimpin.
Sedangkan rasul, seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu dan dia wajib mengamalkannya dan wajib menyampaikan kepada umatnya. Maknanya, dia pemimpin dan pendidik. Nabi Musa a.s. seorang rasul, dia memimpin dan mendidik kaumnya. Antara mukjizat maknawiyah yang ada pada Nabi Musa a.s. ialah tahan sabar, kuat azam, kuat jiwa berhadapan dengan Firaun. Sangat sabar bila disusah-susahkan oleh kerenah pengikutnya serta tahan berpindah-randah di tanah gurun panas yang mencengkam itu atau bila sejuk terlalu dingin. Ketabahan hatinya itu Allah nilai. Akhirnya Allah marah kepada Bani Israil dengan disesatkan mereka selama 40 tahun dan dibiarkan terumbang-ambing di Padang Teh. Nabi Musa juga turut sama teruji bersama-sama pengikutnya itu. Walhal kesalahan itu bukan dibuat olehya. Tetapi kerana Allah hendak menghukum orang lain, dia juga turut sama terhukum. Walau bagaimanapun dia tetap tahan menderita dan sabar dengan ujian yang sangat menyeksakan itu. Tahan jiwa, tahan sabar, kuat azam, teguh hati dan tabahnya dengan ujian yang berat yang datang dari perangai jahat umatnya. Ini mukjizat maknawiyah yang berlaku padanya. Tetapi pada kebanyakan orang, bentuk-bentuk ini tidak dianggapnya sebagai mukjizat kerana tidak dapat dilihat dengan mata kepala.
Manakala mukjizat maknawiah (batin) yang berlaku pada Nabi Khaidir lain pula bentuknya yakni dikasyafkan. Dia nampak apa yang bakal berlaku iaitu kapal akan dimusnahkan oleh perompak. Langsung kapal itu ditenggelamkannya. Cuba bayangkan kalau Nabi Musa pun dapat mukjizat maknawiah begitu? Dia juga kemudiannya akan tenggelamkan kapal itu. Walhal dia pemimpin umatnya. Tentulah pengikutnya lebih sulit hendak mengikut kepimpinannya dan akan mempertikaikan perbuatannya. Dia dianggap pula sebagai perosak dan penzalim.
Macamlah pemimpin sekarang ini, kalau Allah kurniakan dia keramat maknawiah, katalah dia membakar Mercedes atau bunuh orang. Sebab dia nampak batin orang itu akan merompak dengan menggunakan Mercedes itu. Apa yang akan terjadi? Bolehkah orang ramai terima kepimpinan begitu? Tentu orang akan tolak bahkan boleh jadi orang akan tuduh dia sebagai pembunuh! Jadi Nabi Khaidir diberi mukjizat bentuk itu kerana dia tidak memimpin ummah.
Manakala Nabi Musa a.s. tidak diberikan mukjizat maknawiah seperti Nabi Khaidir a.s. di waktu itu. Kalaulah Nabi Musa diberi kasyaf, nampak apa yang akan terjadi sepertimana Nabi Khaidir, tentulah haru-biru masyarakat. Ada yang akan marah dan mengamuk kerana harta benda mereka dijahanamkan. Walhal mengenai strategi perang atau berkait dengan halhal keselamatan ummah, Allah kurniakan mukjizat lahir pada Nabi Musa a.s. Bukan untuk dirinya tetapi untuk keselamatan umum. Buktinya, sewaktu tali-tali ahli-ahli sihir Firaun bertukar menjadi ular, tongkat Nabi Musalah yang berperanan menjadi ular besar yang menelan habis kesemua ular-ular Firaun itu.
Bukankah ini di luar logik, di luar kebiasaan. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan sihir itu tidak memberi kesan langsung dan tongkat mampu menjadi ular besar yang menelan seluruh ular-ular itu. Ini menunjukkan mukjizat bentuk itu amat perlu di waktu itu untuk meyakinkan orang ramai yang menyaksikan tentang keagungan Allah dan demi menyelamatkan keyakinan umat. Di atas kejadian-kejadian inilah akhirnya ahli-ahli sihir itu turut beriman kepada Allah dan kepada Nabi Musa. Firman Allah SWT: “Lalu ahli-ahli sihir itu bersujud seraya berkata: ‘Kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa’.”(At Taha: 70)
Begitu juga mukjizat tongkat Nabi Musa dapat membelah laut sewaktu dikejar Firaun dan tentera-tenteranya. Ini perlu di waktu itu untuk keselamatan Nabi Musa dan kaumnya. Sekali-gus membunuh mati penentang-penentang Allah itu. Ini juga luar biasa dan di luar logik. Mana mungkin hanya sebatang tongkat bisa membelah lautan? Mustahil. Tetapi itulah yang terjadi dan telah berlaku. Inilah mukjizat lahir Nabi Musa yang berlaku yang sangat diperlukan oleh Nabi Musa demi untuk menyelamatkan umatnya. Allah lakukan ini semua untuk keselamatan kekasih-Nya dan meyakinkan lagi kaumnya.
Contoh mukjizat Nabi Ibrahim pula, Raja Namrud dan rakyatnya kerana terlalu marah dengan pegangan dan perjuangan Nabi Ibrahim lantas menangkap dan mahu membunuhnya. Dicampakkan ke dalam api yang menjulang tinggi laksana gunung. Api mengikut kebiasaan adatnya membakar. Tetapi aneh! Api di waktu itu tidak pun membakar Nabi Ibrahim. Bahkan berlaku sebaliknya. Nabi Ibrahim terasa sejuk. Ini berlaku di luar kebiasaan atau di luar logik. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan api sebesar itu tidak menjadi sebab membakar Nabi Ibrahim. Hal ini amat perlu di waktu itu. Kalau tidak, tentunya Nabi Ibrahim sudah terbakar hangus.
Pada Rasulullah SAW pula, antara mukjizat yang berlaku padanya ialah diberi ilmu tanpa belajar. Pernah musuh-musuh baginda di kalangan orang-orang Yahudi telah menghantar pendita-penditanya untuk menguji Baginda. Mereka menyoal baginda dengan tujuan memberi malu, menjatuhkan maruah dan kewibawaan Baginda.
Biasanya seorang yang tidak pernah belajar di mana-mana sekolah, yang tidak tahu membaca dan menulis pula, tentulah tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tetapi yang anehnya, semua soalan yang diajukan walau apa bentuk masalah atau persoalannya, semuanya dapat dijawab oleh Rasulullah SAW dengan baik dan tepat. Dan ini sangat memeranjatkan musuh. Bahkan mereka pula yang malu dan akur dengan jawapan-jawapan Baginda itu. Akhirnya mereka pulang dengan hampanya kerana ketua pendita mereka sendiri telah memeluk Islam, setelah mendapati kebenaran Rasulullah SAW. Ini berlaku di luar logik.
Inilah yang dikatakan mukjizat maknawiah. Allah kurniakan mukjizat ini menunjukkan perlu di waktu itu dan sesuai pula dengan hal-hal semasa kerana yang datang itu semuanya cerdik pandai yang hendak menguji keilmuan Rasulullah SAW. Kalau tidak tentulah kebenaran Allah dan Rasul-Nya akan ditolak oleh musuh buat selama-lamanya.
Daripada huraian-huraian di atas, nyatalah Allah kurniakan mukjizat pada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya bukan sesuka hati, tetapi dicatu mengikut keperluan semasa. Untuk tujuan kemudahan, keindahan dan keselamatan ummah. Kebanyakan nabi-nabi dan rasul-rasul diberikan mukjizat maknawiah lebih daripada mukjizat lahiriah. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat lahiriah dan maknawiah ialah di kalangan lima orang yang berpangkat Ulul Azmi sahaja. Iaitu Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Nuh a.s. Mereka ini semuanya terlalu kuat azam, hati teguh, hati terlalu kuat bergantung dengan Allah, sabar dan tabah dalam meng-hadapi ujian-ujian dan kedegilan kaum-kaum mereka. Demi-kianlah huraian secara ringkas tentang mukjizat. Moga-moga kita sama-sama memahaminya.
KARAMAH
Karamah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kemurahan iaitu kemuliaan atau kemurahan yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. Umpamanya dapat rezeki tanpa diduga atau tanpa logik, dapat ilmu tanpa berguru, dapat bantuan-bantuan yang tidak terduga, dapat kasyaf, hatif dan firasat. Ini semua dikatakan karamah.
Apa yang kita sebut tadi semuanya adalah kemuliaan atau kemurahan yang datangnya dari Allah. Siapa yang mahu menafikan bahawa itu semua adalah satu kemuliaan? Memiliki karamah maknanya memiliki beberapa kemuliaan yang Allah kurniakan tanpa diduga, tanpa usaha, tanpa logik dan di luar kebiasaan atau menyalahi adat.
Karamah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
1. Karamah zahir
2. Karamah maknawiah (batiniah)
KARAMAH ZAHIR (KARAMAH LAHIR)
Ia boleh dilihat oleh mata kepala kerana mata mudah melihat dan menilainya. Antara contohnya, dapat berjalan di atas air, dapat terbang di udara, ditikam atau ditembak tidak lut, racun diminum tidak membawa maut, daun dipegang bertukar men-jadi duit, digenggam buah keluar darah, binatang ganas seperti harimau jadi jinak dan jadi khadamnya, boleh melompat ke atas gunung dan ribuan macam bentuk lagi. Untuk mengetahui secara luas, saya cadangkan pada para pembaca membaca buku
Jami’u Karamatil Auliya’
KARAMAH MAKNAWIAH (KARAMAH BATINIAH)
Karamah ini hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Karamah ini tidak dapat dilihat oleh mata lahir tetapi boleh dirasa adanya dan dinilai oleh mata hati sahaja. Ia lebih baik dari karamah lahir dan lebih berkesan. Contohnya, mudah memerangi hawa nafsu tanpa mujahadah yang bersungguh-sungguh, hati tidak terpaut dengan dunia, mendapat ilmu tanpa belajar (ilmu laduni), lidah masin yakni cakap atau nasihat mudah terkesan di hati orang hingga boleh mengubah jiwa dan sikap seseorang dengan cepat, kasyaf, hatif dan rasa hatinya tepat. Itulah yang dikatakan ilmu firasat. Dalam Hadis, sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah.” (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani)
Karamah maknawiah itu juga termasuklah seseorang itu mendapat kasyaf atau dapat melihat alam ghaib, orang lain memberi kasih sayang yang luar biasa padanya, musuh terasa gerun dan memandangnya hebat tanpa dia mengetahuinya, dia istiqamah beramal sama ada amalan fardhu ataupun sunat. Jiwanya juga tenang kerana hatinya kuat dengan Allah dan terlalu sabar waktu diuji. Sama ada dipuji atau dikeji, dia tidak terasa apa-apa. Tanpa mujahadah, baginya tidak ada perbezaan antara pujian dan kejian. Jiwanya teguh serta mempunyai azam yang kuat dalam menegakkan kebenaran. Walau apa pun bentuk ujian yang ditimpakan padanya, ia tidak menggoncangkan sikap dan jiwanya.
Karamah ini diberi mengikut keperluan seseorang, sesuai dengan keadaan semasa dan kepentingannya. Kalau dia seorang abid, ertinya dia bukan seorang pemimpin masyarakat, Allah berikan karamah batin yang bersesuaian dengan watak abidnya itu. Manakala pada seorang pemimpin yang diperlukan oleh umatnya, selalunya Allah kurniakan karamah zahir atau batin sesuai dengan keperluannya pula. Sayidina Abu Huzaifah r.a. adalah seorang ahli abid, bukan pemimpin. Karamah maknawiah yang Allah kurniakan padanya ialah dapat mengetahui sama ada seseorang itu munafik atau tidak. Sebab itu sekiranya ada orang yang meninggal dunia, Sayidina Umar akan melihat sikap Abu Huzaifah terlebih dahulu. Kalau Abu Huzaifah menyembahyangkan jenazah tersebut, maka dia pun akan turut serta.
Begitulah sebaliknya. Ertinya, Sayidina Umar tidak diberi karamah batin sepertimana karamah Abu Huzaifah yang mengetahui orang munafik. Padahal dari segi ilmu lahirnya, siapa yang lebih tinggi darjat dan kemuliaannya antara mereka berdua? Tentulah kelebihannya ada pada Sayidina Umar. Beliau termasuk antara sepuluh Sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah, tergolong antara Sahabat yang rapat dengan Rasulullah, yang terawal memeluk Islam, mertua Rasulullah, ahli Badar serta khalifah yang kedua selepas Rasulullah. Kelebihannya juga pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya: “Kalaulah ada nabi selepas aku, tentulah dia Umar bin Al Khattab.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Hakim) Kuatnya iman Sayidina Umar sehingga Rasulullah pernah berkata sekiranya suatu lorong itu pernah dilalui oleh Sayidina Umar, maka syaitan selama-lamanya tidak akan menempuh jalan tersebut. Jika syaitan tempuh jalan itu, ia terasa sakit, menderita dan terseksa. Betapa pulalah kalau ia berjumpa dengan Sayidina Umar. Tentulah lagi dahsyat kesannya.
Itulah antara kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Tetapi pelik, mengapa Sayidina Umar tidak dapat kenal siapa orang yang munafik? Mengapa Abu Huzaifah pula yang dapat karamah itu? Ini kerana Abu Huzaifah lebih kepada watak abid daripada watak pemimpin. Karamah Sayidina Abu Huzaifah kebanyakan untuk dirinya tetapi karamah Sayidina Umar untuk keselamatan masyarakat dan umat yang dipimpinnya. Kalau karamah itu diberi kepada Sayidina Umar, tentu sukar baginya untuk memimpin umat dan meratakan kasih sayang terhadap rakyat yang sedang dididiknya. Akibatnya, tentulah haru-biru masyarakat.
Karamah Sayidina Umar bukan untuk dirinya sahaja tetapi ia ada hubungkait dengan kepentingan masyarakat umum. Pernah berlaku, sewaktu Sayidina Umar berada di Madinah, dia dapat memberikan arahan kepada ketua tenteranya bernama Sariyah di Palestin. Waktu itu Sayidina Umar sedang menyampaikan khutbah dan Tuhan telah perlihatkan kepadanya secara kasyaf tentang keadaan tenteranya yang di dalam bahaya.
Anehnya, Sayidina Umar dapat memberitahu ketua tenteranya, “Hai Sariyah, tolong betulkan kedudukan tentera kamu. Naik di atas bukit kerana di belakang bukit itu ada satu pasukan tentera musuh akan memukul kamu.” Ketua tentera tersebut pula dapat mendengar dengan jelas kata-kata Sayidina Umar itu dan terus membetulkan kedudukan tenteranya. Sedangkan di waktu itu tidak ada telefon, faks atau internet dan lain-lain alat-alat perhubungan teknologi canggih. Tetapi begitulah canggihnya karamah Sayidina Umar ini. Suara taqwanya sudah cukup untuk didengar oleh ketua tenteranya dari jarak 1000 batu tanpa menggunakan apa-apa alat pun. Untuk menyelamatkan umat, Allah beri karamah kepada Sayidina Umar sesuai dengan peranannya sebagai seorang pemimpin yang tugasnya menyelamatkan umat. Allah berikan karamah kepada seorang pemimpin tidak sama dengan karamah yang diberi kepada orang soleh yang membawa dirinya sahaja. Apakah hikmahnya? Karamah itu tujuannya untuk keindahan, bantuan dan keselamatan tetapi kalau menimbulkan kesulitan, ia bukan lagi satu karamah atau kemuliaan. Bahkan dianggap satu penghinaan pula.
Sebagai contoh, katalah ada seorang pemimpin yang berdakwah ke kawasan pedalaman. Dengan izin Allah, dia dikurniakan karamah boleh berjalan atas air. Bila dia sampai di sungai, dia terus meluncur berjalan di atas air. Sedangkan pengikut-pengikutnya tidak. Cuba gambarkan bagaimana dengan keadaan pengikut-pengikutnya yang ikut sama. Tentulah mereka tertinggal di belakang sedangkan pemimpinnya sudah sampai ke seberang. Ini tentulah menjadi bala kepada mereka, bala ditinggal pemimpin. Pengikut tertinggal 3 jam, pemimpin pula terpaksa menunggu 3 jam. Sebab itulah Allah tidak berikan karamah bentuk itu kepada para pemimpin. Contoh lain, katakanlah seorang ketua panglima perang yang membawa bersama-samanya tentera yang terpaksa menempuh gurun, padang pasir dan bukit-bukit serta gunung-ganang. Pemimpin tersebut dapat melompat ke sebelah bukit atau gunung itu tetapi pengikut-pengikutnya tidak. Terpinga-pingalah pengikut-pengikutnya mencari jalan untuk sampai kepada pemimpinnya. Tentulah susah, payah dan makan masa yang lama.
Pemimpin juga dapat bala. Bala menunggu pengikut. Akhirnya sama-sama susah. Walaupun pemimpin tersebut dapat melompat, sampai dulu dalam sekelip mata tetapi terpaksa menunggu anak buah, itu pun satu penyeksaan juga. Adakalanya Allah berikan karamah pada seseorang itu tanpa disedarinya. Kebanyakan mereka itu bukan dikurniakan karamah lahir tetapi karamah maknawiah. Sebab itu sesetengah orang tidak menganggap itu karamah.
Contohnya:
1. Lidah masin
Biasanya dikurniakan kepada seorang pemimpin. Di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat.
2. Kasyaf Karamah ini menjadikan Sayidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam itu. Ertinya menyelamatkan umatnya. Banyak lagi karamah-karamah yang dikurniakan pada pemimpin-pemimpin selain daripada Sayidina Umar yang semuanya untuk keindahan, kemudahan dan keselamatan umat.
3. Firasat
Sayidina Umar pernah berkata, “Akan ada nanti dari sulbiku se-orang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan bertanda di dahinya.” Itulah dia Sayidina Umar Abdul Aziz, cicit Sayidina Umar yang menjadi khalifah dan mujaddid di kurun pertama yang terkenal taqwa dan warak dalam sejarah itu. Pemimpinpemimpin yang mendapat karamah-karamah ini tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya pada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka.
4. Ilmu laduni
Iaitu ilmu yang Allah kurniakan pada seseorang yang terus jatuh ke hatinya, tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Ianya terus jatuh ke hati dan akhirnya jadi ilmu. Ini biasanya diberikan pada pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dan yang warak. Orang yang sayang kepadanya, terlalu sayang hingga hilang pertimbangan. Sebaliknya orang yang benci kepadanya juga terlalu benci sehingga hilang pertimbangan. Hikmahnya, orang yang kasihkannya itulah yang akan jadi kawan untuk membantu perjuangannya. Manakala terhadap orang yang membencinya, dia dapat bersabar dengan mereka. Maka dia akan dapat pahala sabar dari-Nya.
5. Hatif
Iaitu mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliyullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira atau berita yang negatif. Tujuannya Allah hendak menghiburkannya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya kalau berita itu duka, juga akan menggembirakannya kerana ia telah tahu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dia boleh bersiap sedia menghadapi ujian itu. Atau agar dia dapat mengelak daripada bahaya itu sebagai rahmat dari Allah.

Selasa, 19 Julai 2011

Permata Terahsia Yang Hilang

Keseluruhan blog ini akan memperbincangkan tentang Teknologi Membina Insan seperti mana yang telah terkalam didalam Kitab Duril Mazlum yang telah dilenyapkan oleh penjajah dan kini berada di Muzium Lisbon dan Eropah. (Rujukan : Kitab Sejarah Melayu).Hasil Rahsia Kitab tersebut telah melahirkan kecemerlangan dan kegemilangan insan di zaman Madinah & Melaka. Bagaimana Ianya telah hilang, lenyap dari diri dan masyarakat kita yang dulunya begitu hebat?Apa yang hebat? Dimana ilmu nya? Mana "KUNCI" nya?

Memang sukar untuk membina satu kegemilangan Ummah? Namun pasti lebih sukar untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah dibina. Apatah lagi untuk mengembalikan kecemerlangan dan kebenaran yang telah lenyap?

Sejarah perang salib yang tidak pernah dimenangi oleh musuh menyebabkan mereka tidak henti dan jemu mengkaji bagaimana untuk menghancurkan Islam. Akhirnya, mereka menemui jawapan dan menjalankan satu konspirasi besar untuk menjatuhkan Ketuanan Melayu, itu pun kerana Raja Melayu sendiri sudah Lupa diri, asyik dan mabuk dengan Kemegahan yang dimiliki, sibuk dengan Kuasa dan bertuhankan HAWA NAFSU. Semua wanita nak dijadikan bini?

Pemerintahan dan Orang-orang besar istana pun ikut sibuk dengan bertuhankan hawa nafsu,gaji, elaun, harta, wanita, kereta baru, langsir, banglo-besar, saham, projek kerajaan, saling bercakaran kerana bisnes anak menantu, itu sebab lah musuh dengan mudah menjalankan tugas dan misi mereka, apa yang mereka telah lakukan?

Hapuskan Kitab yang berkaitan dengan ilmu mengenal diri.

Hapuskan segala kitab pati rahsia termasuk ilmu tajul muluk, ilmu yang berkaitan dengan ilmu kasyaf, ilmu rasa hati, ilmu nafas, ilmu firasat.dll. kerana itu ilmu tersebut payah ditemui.

Hilangkan yakin manusia pada ilmu-ilmu tersebut dan wujudkan ilmu akal dan teknologi yang menghapuskan keyakinan mereka pada ilmu asal yang dibawa oleh Nabi dan Wali Allah.

Hilang kan segala bukti agar kita tidak kembali mencari ilmu tersebut kerana sekiranya kita kembali mengamal kan nya mereka bakal tewas dan tidak akan mampu mengatasi kita.

Hapuskan dan bunuh orang-orang yang pakar tentang ilmu tersebut. Agar yang tinggal hanya ilmu syariat sahaja.

Dalam tempoh penjajahan, hanya bersekongkol dan lantik orang-orang tidak bermaruah, boleh disogok dengan wang ringgit dan sanggup menjual maruah diri, bangsa dan ugama kerana tamak haloba dan gila pangkat. sanggup menjadi tali-barut dan anjing suruhan mereka.

Hanya melantik dan bekerjasama dengan orang yang sanggup mengikut telunjuk penjajah agar mereka dapat mengangkut hasil mahsul negara, dan tinggalkan sistem perlembagaan yang bakal memerangkap diri kita agar menjadi semakin tertekan dan buntu.Sediakan sistem pendidikan yang konon nya canggih agar kita tidak kembali mencari Sistem asal sepertimana yang telah berjaya dijalankan oleh Penguasa Madinah dan Melaka.

Faktor diatas tidak kita sedari secara langsung atau tidak langsung. Hanya kesan nya satu persatu kita lihat berlaku pada hari ini? Itulah sebab nya semakin hari manusia kian hilang ketenangan dan kebahagiaan.Masalah dadah. sosial dan segala gejala negatif, masalah penyakit berjangkit yang semakin kompleks dan menular.malapetaka, gempa bumi, rompakan, pembunuhan, turun salji kat tempat yang tak sepatutnya.panas melampau, puting beliung, ribut taufan.dan berbagai lagi senario sepertimana berlakunya pada zaman jahiliyah sebelum datang nya Nabi Muhammad s.a.w. dulu.

Tidak kah kita lihat bahawa pada hari ini yang di katakan zaman moden dan tinggi teknologi sains nya, semakin banyak doktor pakar, semakin kronik pula penyakitnya, semakin banyak pusat pengajian tinggi dan graduan, sebaliknya rendah pula nilai diri dan kemanusiaan nya? Zaman Nabi s.a.w. takda pulak banyak kitab dan Universiti, Nabi pun tak tau membaca dan menulis tapi boleh ubah semua umat manusia?

Lalu, bagaimana untuk kembali mendapat restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keredhaan, kasihsayang dan perlindungan Allah?



Sumber: http://scripters.ning.com/forum/topics/permata-terahsia-yang-hilang

Ahad, 10 Julai 2011

Wasiat untuk pemuda pemudi muslim

Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)
Serta selawat dan salam semoga senantiasa tercurah rahmat kepada hamba dan rasul-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, serta agar kalian mendengar dan patuh.” Takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du: 
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda pemudi muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya, dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah iaitu sebaik-baik tempat bergantung. 

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahawa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerimu. Dan ketahuilah bahawa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang tersirat dalam hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat serta qada' qadar yang baik ataupun yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid (mengekori) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak), dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punyai pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohimu dalam mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.
10. Jagalah selalu wudukmu dan perbaharuilah, dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadas dan najis.
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjemaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (Subuh).
12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah, dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.
13. Jagalah selalu solat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada solat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat untuk solat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah azan kedua karena engkau akan berdosa.
16. Berpuasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa kerananya.
18. Tegakkanlah solat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.
19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan memahami maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi Rabmu dan menjadi penolongmu di hari kiamat.
21. Senantiasalah memperbanyakkan zikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring, dan berhati-hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majlis-majlis ilmu karena majlis ilmu termasuk taman surga.
23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan berhati-hatilah engkau dari menghalakan pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.
25. (Untuk pemuda) Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.
26. (Untuk pemuda) Janganlah engkau menyerupai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.
27. (Untuk pemuda) Biarkanlah janggutmu kerana Rasulullah bersabda: “Cukurlah misai dan panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)
28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu dimakbulkan Allah.
29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.
30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat kezaliman karena kezaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan redha dan memilihkan makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari rasuah (korupsi), baik yang memberi rasuah, menerima rasuah ataupun orang tengahnya, karena ketiga-tiganya dilaknat Allah.
34. Janganlah engkau mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Taatilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan beramar ma’ruf nahi munkarlah serta bersabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah sekeji dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan berhati-hatilah dari menderhakainya.
41. Wajib bagimu untuk bersilaturahim dan berhati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya, dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang saleh dan saudaramu di jalan Allah.
44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk bersama dengan orang saleh dan berhati-hatilah dari bermajlis dengan orang-orang yang jelek.
46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan lemah-lembut, sabar dan teliti. Berhatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.
49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun yang tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.
51. Janganlah mencela seorangpun dan mengutuknya dengan kejelekan.
52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk haiwan dan benda mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan orang lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.
54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerosakan di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
56. Janganlah engkau menakuti dan menyakiti sesama muslim.
57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.
58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mendekati kepada dosa dan dosa akan mendekati kepada neraka.
60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.
64. Janganlah menggambar-gambar manusia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras azabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.
65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamkallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .
70. Takutlah kepada azab Allah dan janganlah merasa aman darinya.
71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikmatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan amal saleh yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarkan ilmu.
73. Mohonlah syurga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.
74. Perbanyakkanlah mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah.
Selawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.
(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

Sumber: http://islamicbarakah.blogspot.com/2011/05/74-wasiat-untuk-pemuda.html

Jumaat, 1 Julai 2011

Penciptaan Langit dan Bumi

Tentang penciptaan langit dan bumi dalam waktu enam hari ini telah diinformasikan Allah swt didalam beberapa ayatnya, seperti :

وَهُوَ الَّذِي خَلَق السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
Artinya : “Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.” (QS. Huud : 7)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
Artinya : “dan Sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa.” (QS. Qaff : 38)

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
Artinya : “Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa.” (QS. Sajdah : 4)

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ ﴿٩﴾
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاء لِّلسَّائِلِينَ ﴿١٠﴾
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ ﴿١١﴾
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا
Artinya : “Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam”. dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa”. keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” (QS. Fushilat : 9 – 12)

Sayyid Qutb mengatakan,”.. Hari-hari apa itu : dua hari untuk menciptakan bumi dan dua hari untuk menciptakan gunung-gunung yang kokoh, menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dan memberkahinya sehingga seluruhnya sempurna dalam empat hari. (Fii Zhilalil Qur’an juz V hal 3110)

Imam Al Qurthubi mengatakan bahwa makna “dalam dua hari” adalah ahad dan senin… Qatadah dan Mujahid mengatakan bahwa Dia swt menciptakan di bumi, sungai-sungai, pepohonan dan binatang melata pada hari selasa dan rabu.

Sedangkan makna “dalam empat hari” adalah sempurna dalam empat hari, seperti seorang yang mengatakan,”Aku pergi dari kota Basrah ke Bagdad dalam sepuluh hari kemudian ke Kufah dalam lima hari. Jadi itu sempurna dalam lima belas hari.” (Al Jami’ Li Ahkamil Qur’an jilid VIII hal 290)
Imam Ath Thabari mengatakan bahwa makna firman-Nya “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari” adalah hari ahad dan hari senin, sebagaimana berita dari Rasulullah saw dan perkataan para ulama. (Tafsir Ath Thabari juz XXI hal 432)

Didalam sunnah disebutkan bahwa bumi diciptakan dalam tujuh hari, sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw memegang tanganku dan bersabda,’”Allah swt telah menciptakan tanah pada hari sabtu, menciptakan di bumi gunung-gunung pada hari ahad, menciptakan pepohonan pada hari senin, menciptakan yang tidak disukai pada hari selasa, menciptakan cahaya pada hari rabu, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari kamis, menciptakan Adam pada hari jum’at setelah ashar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari jum’at yaitu antara ashar hingga malam.”

Para ulama berbeda pendapat tentang hadits ini, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman bin Mahdiy, Bukhori dan yang lainnya mengatakan bahwa hadits itu keliru dan ia bukanlah dari perkataan Nabi saw, bahkan Bukhori menjelaskan didalam “at Tarikh al Kabir” bahwa itu adalah perkataan Ka’ab seorang alim.
Diantara yang berpendapat seperti itu juga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qoyyim. Syeikhul Islam mengatakan bahwa dalil terhadap mereka adalah telah jelas disebutkan didalam Al Qur’an, Sunnah dan Ijma bahwa Allah swt telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari dan yang terakhir diciptakan adalah Adam pada hari jum’at. Terdapat perbedaan terhadap hadits ini yang menyebutkan bahwa Allah menciptakan itu semua dalam tujuh hari, dan terdapat riwayat dengan sanad yang lebih shahih dari itu bahwa awal penciptaan adalah pada hari ahad. (Majmu’ al Fatawa juz I hal 256)

Ada kalangan ulama yang menshahihkan hadits ini dan mengatakan bahwa tidak ada pertentangan antara hadits itu dengan al Qur’an. Al Qur’an menyebutkan bahwa penciptaan langit dan bumi dalam enam hari sementara hadits ini menyebutkan penciptaan segala yang ada di bumi berupa tanah, gunung-gunung dan yang lainnya, dan tujuh hari itu bukanlah enam hari yang disebutkan didalam Al Qur’an.

Asy Syeikh Al Albani dalam catatannya terhadap “Misykat al Mashobih” (3/1598) mengatakan bahwa hadits itu tidaklah bertentangan dengan Al Qur’an dari sisi manapun, berbeda dengan anggapan sebagian orang. Sesungguhnya hadits itu menjelaskan tentang keadaan penciptaan bumi saja dan itu berlangsung dalam tujuh hari sedangkan nash Al Qur’an menyebutkan bahwa penciptaan langit dan bumi dalam enam hari dan bumi dalam dua hari yang tidak bertentangan dengan hadits diatas karena adanya kemungkinan bahwa enam hari ini berbeda dengan tujuh hari yang disebutkan didalam hadits.

Bahwa hadits tersebut menceritakan tentang satu tahapan dari tahapan-tahapan perkembangan penciptaan bumi sehingga layak untuk dihuni yang dikuatkan oleh Al Qur’an yang menyebutkan sebagian hari disisi Allah sama dengan seribu tahun dan sebagiannya setara dengan lima puluh ribu tahun. Maka apakah ada halangan bahwa enam hari itu seperti demikian? Dan yang tujuh hari seperti hari-hari kita? sebagaimana dijelaskan hadits, dengan demikian tidak ada pertentangan antara hadits dengan al Qur’an.

Hal itu juga dikuatkan oleh yang diriwayatkan oleh al Hakim dan al Baihaqi dengan sanad yang shahih dari Said bin Jabir berkata,”Telah datang seorang laki-laki kepada Ibnu Abbas dan berkata,”Aku menyaksikan berbagai pertentangan didalam Al Qur’an.’ Ibnu Abbas berkata,’Berikan apa yang menurutmu bertentangan.’

Orang itu berkata,’aku mendengar firman Allah swt, “Katakanlah: ” Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari.” Hingga firman-Nya “dengan suka hati”. Dia swt memulai penciptaan bumi didalam ayat ini sebelum penciptaan langit, kemudian firman-Nya swt didalam ayat lain”Apakah kamu lebih sulit penciptaanya ataukah langit? Allah Telah membinanya” kemudian Dia berfirman “Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” Allah swt menyebutkan penciptaan langit sebelum penciptaan bumi. Ibnu Abbas menjawab,’Adapun penciptaan bumi dalam dua hari. Sesungguhnya bumi diciptakan sebelum langit, langit dahulunya adalah asap kemudian Allah jadikan tujuh langit dalam dua hari setelah penciptaan bumi. Adapun firman-Nya,” “Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” dia berkata,’Dia menjadikan di bumi gunung, sungai, pohon dan lautan.
Ini menunjukkan adanya dua penciptaan : penciptaan bumi pada awalnya dan penciptaan apa-apa yang ada diatasnya, seperti gunung-gunung dan sungai-sungai. (www.islamweb.net)

Tentang hari-hari yang ada didalam ayat itu, Sayyid Qutb mengatakan bahwa tidak disangsikan lagi hari-hari itu adalah hari-hari yang batasannya hanya Allah saja yang mengetahuinya. Ia bukanlah hari-hari di bumi. Hari-hari di bumi hanyalah qiyas waktu yang ada setelah kelahiran bumi.

Dan sebagaimana di bumi terdapat hari-hari yaitu waktu perputarannya mengelilingi matahari, begitu juga dengan planet-planet yang memiliki hari-harinya dan bintang memiliki hari-hari yang berbeda dengan hari-hari bumi, sebagiannya lebih pendek dari hari-hari bumi dan sebagian lainnya lebih panjang.

Hari-hari yang diciptakan didalamnya bumi pertama kali kemudian mencakup diatasnya gunung-gunung, menentukan kadar-kadar makanannya adalah hari-hari yang diqiyaskan dengan ukuran yang lain yang tidak kita ketahui akan tetapi kita mengetahui bahwa hal itu jauh lebih panjang dari hari-hari bumi yang kita kenal.

Dan yang paling dekat bisa kita renungkan sesuai dengan pengetahuan kita sebagai manusia adalah bahwa hari-hari itu adalah zaman yang telah dilalui bumi masa demi masa sehingga bumi kokoh dan padat permukaannya sehingga menjadi layak untuk dihuni. Dan hal itu seperti yang telah disebutkan oleh berbagai teori yang ada dihadapan kita yaitu sekitar dua ribu juta tahun dari tahun-tahun bumi!
Ini hanya sebatas perkiraan ilmiyah yang bersandar pada riset bebatuan dan perkiraan usia bumi dengan perantaraannya. Kita didalam dirosah Al Qur’an tidaklah mengatakan bahwa perkiraan-perkiraan itu adalah realita akhir padahal asalnya bukanlah demikian. Dan tidaklah perkiraan itu kecuali sebatas teori-teori yang memungkinkan adanya perbaikan.

Kita tidak menempatkan Al Qur’an untuk hal yang demikian akan tetapi kita mendapati bahwa terkadang teori-teori itu benar dan kita melihat adanya kedekatan antara teori-teori itu dengan nash Al Qur’an dan kita mendapati bahwa teori itu bisa menjadi penjelasan bagi nash Al Qur’an tanpa adanya upaya tipu daya. Dari sini kita dapati bahwa teori ini yang paling dekat dengan kebenaran karena ia paling dekat dengan kandungan nash Al Qur’an. (Fii Zhilalil Qur’an juz V hal 3110)
Wallahu A’lam

Sumber: http://islami.tumblr.com/post/99896408/penciptaan-langit-dan-bumi

Khamis, 30 Jun 2011

Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah

Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah berdasarkan 1) ILMU 2) IMAN 3) TAKWA 4) AMAL

Kenapa ilmu itu diletakkan nombor 1?

Dalil Naqli#1: ….(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui (Surah Yusof ayat 76)

Dalil Akli: Rasulullah SAW yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran iaitu ilmu yang tertinggi adalah manusia yang paling mulia dan paling dikasihi Allah SWT.

Asas ibadat itu sendiri adalah dengan ilmu. Sekiranya seseorang itu solat tanpa ilmu iaitu tanpa menyempurnakan rukun-rukunnya, solatnya tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dalil Naqli#2: Maksud hadis Rasulullah SAW “Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat”

Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Juga berfikir tentang hari akhirat. Ini akan menambahkan ilmu dan meningkatkan iman.

Ilmu itu sendiri terbahagi kepada 2 iaitu 1) Ilmu Akli 2) Ilmu Laduni

Ilmu Akli boleh dipelajari dengan menggunakan akal. Ilmu ini boleh didapati oleh semua manusia yang rajin. Cara-cara agar ilmu Akli bertambah seperti berikut:
1.       Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun iaitu Iqra’ atau 
          maksudnya bacalah.
2.       Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3.       Mengamalkan apa yang kita tahu
4.       Mengajar apa yang kita tahu
5.       Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6.       Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Ilmu Laduni pula ialah ilmu yang bersifat seni (Kasyaf) yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang dikasihiNya. 

Dalil Naqli#3: hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Dalil Naqli#4: “Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu (ilmu Laduni)”. (Surah Al Kahfi ayat 65)

Cara mendapatkan ilmu Laduni ialah dengan membersihkan hati. Semakin bersih hati seseorang itu, semakin tinggi tingkatan Kasyafnya.

Kedua-dua ilmu Akli dan Ilmu Laduni itu hebat. Orang kafir dengan hanya menggunakan ilmu Akli dengan cara mengkaji hukum alam boleh menghantar roket ke bulan. Orang Islam sepatutnya lebih hebat dari orang kafir kerana orang Islam memiliki kedua-dua ilmu Akli dan ilmu Laduni.


Daripada ilmulah seseorang itu baru boleh pergi ke tingkat seterusnya iaitu beriman kepada Allah SWT. Bagaimana hendak percaya kepada Allah kalau tak kenal Allah? Sekurang-kurangnya kena tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah.


Saya bagi contoh lagi. Di zaman Nabi Musa AS, golongan manakah yang mula-mula beriman kepada dakwah Nabi Musa AS? Ini diterangkan oleh Allah SWT dalam surah TaHa:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (TaHa 20:70)


Golongan yang mula-mula sekali beriman kepada ajaran Nabi Musa AS ialah golongan ahli sihir Firaun kerana dengan ilmu sihir mereka, mereka mengetahui bahawa tongkat Nabi Musa yang menjadi ular itu bukanlah sihir tetapi adalah mukjizat dari Allah SWT. 


Ini menunjukkan dengan ilmulah seseorang itu akan dapat melihat kebenaran dan di zaman Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada golongan yang berilmu itu terlebih dahulu dari golongan yang lain walaupun ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang salah iaitu ilmu sihir. Apatah lagi jika ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang betul iaitu ilmu agama. 

Kenapa Iman diletak nombor 2?

Iman itu percara kepada perkara yang ghaib iaitu berdasarkan rukun iman 1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab 4) Rasul 5) Hari Kiamat 6) Qada’ dan Qadar

Dalil Naqli#1: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"

Ini menunjukkan iman itu dipandang tinggi oleh Allah, walau hanya sebesar biji sawi melayakkan seseorang itu masuk syurga setelah dibersihkan dosanya dengan api neraka.


Dalil Naqli#2: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)


Dalam ayat diatas, Allah menegaskan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak kiralah mereka itu Yahudi, Nasrani atau Saabiin akan diberi ganjaran pahala oleh Allah dan mereka termasuk dalam golongan yang bahagia.


Dalil Aqli: bukan senang nak percaya dekat benda yang kita tak nampak. Makin tinggi kepercayaan kita, makin tinggilah iman kita.

Kenapa takwa nombor 3?

Takwa itu bermaksud takut kepada Allah. Setelah adanya Iman iaitu kepercayaan kepada Allah dan perkara-perkara yang ghaib barulah kita boleh mendidik hati kita untuk takut kepada Allah. Apabila hati kita takut kepada Allah, barulah kita akan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalil Naqli:
Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)

Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslim yang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.

Dalil Akli: Hanya orang yang takut dengan Allah dan percaya bahawa seluruh amalannya samaada baik atau buruk akan dihisab pada hari akhirat kelak akan menjadi seorang yang sangat baik.

Akhir sekali amal.

Amal itu apabila kita melakukan kebaikan dan beribadat semata-mata untuk mengharapkan keredhaanNya. Yang paling utama ialah rukun Islam itu sendiri iaitu 1) mengucap dua kalimah syahadah 2)solat 5 waktu 3) berpuasa bulan Ramadhan 4) mengeluarkan zakat 5) menunaikan haji di Mekah jika mampu

Dalil Naqli:  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang alim (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Dalil Aqli: Ada orang di dunia ini yang beribadat dengan banyak tapi muflis di akhirat kelak kerana 1) tidak ikhlas beribadat kerana Allah 2) pahalanya terpaksa digunakan untuk membayar dosanya kepada orang lain. 3) amalannya tidak diterima oleh Allah kerana sebab-sebab tertentu (akidah tidak betul, amalan yang tidak mengikut sunnah, amalan tanpa ilmu dsb)


Contoh ibadat tanpa ilmu - Takbir Ultraman

Ini menunjukkan seorang yang banyak amalannya itu belum tentu akan selamat di akhirat. Masih perlu diperiksa keikhlasan ibadatnya, berapa banyak dosanya kepada orang lain dan sama ada amalannya itu dengan ilmu dan mengikut sunnah Rasulullah SAW atau sebaliknya.