Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah berdasarkan 1) ILMU 2) IMAN 3) TAKWA 4) AMAL
Kenapa ilmu itu diletakkan nombor 1?
Dalil Naqli#1: ….(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui (Surah Yusof ayat 76)
Dalil Akli: Rasulullah SAW yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran iaitu ilmu yang tertinggi adalah manusia yang paling mulia dan paling dikasihi Allah SWT.
Asas ibadat itu sendiri adalah dengan ilmu. Sekiranya seseorang itu solat tanpa ilmu iaitu tanpa menyempurnakan rukun-rukunnya, solatnya tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.
Dalil Naqli#2: Maksud hadis Rasulullah SAW “Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat”
Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Juga berfikir tentang hari akhirat. Ini akan menambahkan ilmu dan meningkatkan iman.
Ilmu itu sendiri terbahagi kepada 2 iaitu 1) Ilmu Akli 2) Ilmu Laduni
Ilmu Akli boleh dipelajari dengan menggunakan akal. Ilmu ini boleh didapati oleh semua manusia yang rajin. Cara-cara agar ilmu Akli bertambah seperti berikut:
1. Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun iaitu Iqra’ atau
maksudnya bacalah.
2. Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3. Mengamalkan apa yang kita tahu
4. Mengajar apa yang kita tahu
5. Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6. Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Ilmu Laduni pula ialah ilmu yang bersifat seni (Kasyaf) yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang dikasihiNya.
Dalil Naqli#3: hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.
Dalil Naqli#4: “Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu (ilmu Laduni)”. (Surah Al Kahfi ayat 65)
Cara mendapatkan ilmu Laduni ialah dengan membersihkan hati. Semakin bersih hati seseorang itu, semakin tinggi tingkatan Kasyafnya.
Kedua-dua ilmu Akli dan Ilmu Laduni itu hebat. Orang kafir dengan hanya menggunakan ilmu Akli dengan cara mengkaji hukum alam boleh menghantar roket ke bulan. Orang Islam sepatutnya lebih hebat dari orang kafir kerana orang Islam memiliki kedua-dua ilmu Akli dan ilmu Laduni.
Daripada ilmulah seseorang itu baru boleh pergi ke tingkat seterusnya iaitu beriman kepada Allah SWT. Bagaimana hendak percaya kepada Allah kalau tak kenal Allah? Sekurang-kurangnya kena tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah.
Saya bagi contoh lagi. Di zaman Nabi Musa AS, golongan manakah yang mula-mula beriman kepada dakwah Nabi Musa AS? Ini diterangkan oleh Allah SWT dalam surah TaHa:
(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (TaHa 20:70)
Golongan yang mula-mula sekali beriman kepada ajaran Nabi Musa AS ialah golongan ahli sihir Firaun kerana dengan ilmu sihir mereka, mereka mengetahui bahawa tongkat Nabi Musa yang menjadi ular itu bukanlah sihir tetapi adalah mukjizat dari Allah SWT.
Ini menunjukkan dengan ilmulah seseorang itu akan dapat melihat kebenaran dan di zaman Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada golongan yang berilmu itu terlebih dahulu dari golongan yang lain walaupun ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang salah iaitu ilmu sihir. Apatah lagi jika ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang betul iaitu ilmu agama.

Kenapa Iman diletak nombor 2?
Iman itu percara kepada perkara yang ghaib iaitu berdasarkan rukun iman 1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab 4) Rasul 5) Hari Kiamat 6) Qada’ dan Qadar
Dalil Naqli#1: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"
Ini menunjukkan iman itu dipandang tinggi oleh Allah, walau hanya sebesar biji sawi melayakkan seseorang itu masuk syurga setelah dibersihkan dosanya dengan api neraka.
Dalil Naqli#2: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)
Dalam ayat diatas, Allah menegaskan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak kiralah mereka itu Yahudi, Nasrani atau Saabiin akan diberi ganjaran pahala oleh Allah dan mereka termasuk dalam golongan yang bahagia.

Dalil Aqli: bukan senang nak percaya dekat benda yang kita tak nampak. Makin tinggi kepercayaan kita, makin tinggilah iman kita.
Kenapa takwa nombor 3?
Takwa itu bermaksud takut kepada Allah. Setelah adanya Iman iaitu kepercayaan kepada Allah dan perkara-perkara yang ghaib barulah kita boleh mendidik hati kita untuk takut kepada Allah. Apabila hati kita takut kepada Allah, barulah kita akan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Dalil Naqli:
Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)
Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslim yang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.

Dalil Akli: Hanya orang yang takut dengan Allah dan percaya bahawa seluruh amalannya samaada baik atau buruk akan dihisab pada hari akhirat kelak akan menjadi seorang yang sangat baik.
Akhir sekali amal.
Amal itu apabila kita melakukan kebaikan dan beribadat semata-mata untuk mengharapkan keredhaanNya. Yang paling utama ialah rukun Islam itu sendiri iaitu 1) mengucap dua kalimah syahadah 2)solat 5 waktu 3) berpuasa bulan Ramadhan 4) mengeluarkan zakat 5) menunaikan haji di Mekah jika mampu
Dalil Naqli: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang alim (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)
Dalil Aqli: Ada orang di dunia ini yang beribadat dengan banyak tapi muflis di akhirat kelak kerana 1) tidak ikhlas beribadat kerana Allah 2) pahalanya terpaksa digunakan untuk membayar dosanya kepada orang lain. 3) amalannya tidak diterima oleh Allah kerana sebab-sebab tertentu (akidah tidak betul, amalan yang tidak mengikut sunnah, amalan tanpa ilmu dsb)
Contoh ibadat tanpa ilmu - Takbir Ultraman
Ini menunjukkan seorang yang banyak amalannya itu belum tentu akan selamat di akhirat. Masih perlu diperiksa keikhlasan ibadatnya, berapa banyak dosanya kepada orang lain dan sama ada amalannya itu dengan ilmu dan mengikut sunnah Rasulullah SAW atau sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan