Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakanlah, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.
Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya:
- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
- Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau “infections”. Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.
- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa’, Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma’idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa’ dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma’idah, Al-A’raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu’aara, Al-Furqaan, Ar-Ra’d, Toha, Al-Mu’minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau “spiritual illness”.
- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.
- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik kepada pelbagai penyakit.
- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system).
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser:
- Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A’raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
- Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A’raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati
Sumber : http://www.syifa-alhidayah.com/
- Surah Al-Imran ayat 200 untuk mengelakkan anak-anak merayau keluar rumah sehingga lewat malam
- Surah Al-Araf ayat 154 untuk memudahkan temuduga, minta kerja atau perbicaraan di mahkamah
- Surah Asy-Syura ayat 15 untuk orang pemarah, meredakan kemarahan orang dan menghentikan perbalahan dan pertikaian
- Surah Al-Hadid ayat 13 untuk mengembalikan fitnah dan kejahatan orang kepada kita dan supaya kebenaran ditegakkan
Sumber: Ceramah Ustaz Kazim Elias bertajuk ‘Meninggalkan Solat Punca Kejahatan’ pada 20.11.10
Ayat untuk menghalau Iblis dan Syaitan
- Surah Al-Araf ayat 13
Sumber: Ceramah Ustaz Kazim Elias
Untuk dipermudahkan jodoh dan agar mendapat jodoh yang baik:
- Surah Al-Qasas ayat 24, Al-Anbiya ayat 89, Toha ayat 131 & 132, Al-Furqan 74, Al-Anfal 63, Al-Room 21, Yusof 4, Yassin dan Al-Fatihah.
Untuk mengelakkan sihir
- Surah Hud ayat 56
Untuk mengelakkan diri dari ancaman musuh
- Surah Al-Syu’ara ayat 15
Note: You can recite and listen to Quran recitation online at the following link:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan