Ada suatu hari tu datang idea untuk aku tulis lirik lagu. Lagu yang aku nak tulis tu lagu cinta, bernada sedih yang menceritakan keraguan seorang lelaki terhadap cinta kekasihnya. Lirik lagu ni bermula dengan chorus dia untuk menunjukkan perasaan rindu lelaki itu terhadap kekasihnya:
Chorus:
Sayang, tahukah engkau rindu hati ini,
Menikam kalbu, bagaikan duri, tersiksa jiwa ini,
Terimalah,
Sayang,
Apabila dah ada lirik ni, aku perlu cari muzik untuk disesuaikan dengan liriknya. Nasib baik housemate aku Ghad kaki muzik. Apabila aku bagitahu Ghad, diapun cuba cari muzik yang sesuai untuk lagu ni. Kitaorang start daripada Chorus, kemudian baru tulis lirik untuk starting dia. Lepas tu kitaorangpun test la nyanyi lagu ni. Lepas beberapa kali try and error akhirnya terciptalah sebuah lagu cinta. Keseluruhan lirik lagu ni seperti berikut:
Sayang
Sayang,
Sejak hari itu,
Ku tertunggu-tunggu,
Jawapan dari mu,
Ku terdengar-dengar ,
Khabar angin lalu,
Yang kau dah berpunya,
Tapi tak kupercaya,
Kerna kau diam sahaja,
Bila ku tanya tentang dia,
Perit kurasakan,
Ku masih ragu-ragu,
Kau menyintaiku,
Chorus:
Sayang, tahukah engkau rindu hati ini,
Menikam kalbu, bagaikan duri, tersiksa jiwa ini,
Terimalah,
Sayang,
Sayang,
Janganlah engkau berdiam diri,
Berikanlah jawapan yang aku nanti-nanti,
Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan,
Sayang,
Kiranya engkau menyintai dirinya,
Akan ku pergi, membawa hati yang luka ini,
Moga kau bahagia,
Walau tanpa diriku di sisimu,
Pedih melepaskan,
Ku masih menyayangi,
Dan menyintaimu,
Chorus:
Sayang, tahukah engkau rindu hati ini,
Menikam kalbu, bagaikan duri, tersiksa jiwa ini,
Terimalah,
Sayang,
Sayang,
Walau seribu tahun kau berdiam diri,
Aku akan sentiasa berada di sini,
Menanti satu jawapan yang pasti.
Kat bawah ni aku sertakan draf ke-4 lagu sayang ni. Insya Allah satu hari nanti aku akan record lagu betul-betul menggunakan studio yang canggih :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan