Sabtu, 30 Julai 2011

Siapakah Tamingsari?



Senopati terhandal Majapahit panglima sakti Tamingsari adalah salah seorang panglima yang berwibawa dan keras pendiriannya. Ada yang membenci  beliau termasuk orang besar istana Mahapatih Gajah Mada.

Bentara Majapahit ini telah mengadakan permuafakatan rahsia bersama rombongan kerajaan Melaka untuk melenyapkan Tamingsari dari istana kerana dikhuatiri mampu menggulingkan raja dan pemerintahan sedia ada. Jadi sempena kunjungan istimewa Sultan Mahmud bersama pengiringnya yang handal Laksamana Hang Tuah telah diambil kesempatan untuk menyempurnakan cita cita jahat mereka.

Setelah majlis mereka selesai melalui Patih Gajah Mada, pesanan telah disampaikan kepada Laksamana Hang Tuah kononnya Tamingsari mahu menderhaka kepada raja kemudian hari. Hang Tuah mendapat perintah dari sultannya untuk mengadakan sayembara perang tanding olok olok , tetapi  hendaklah berakhir dengan kematian  Tamingsari sebenar. Hang Tuah diperintah membunuh Tamingsari dengan apa cara sekalipun. Hang Tuah yang dianggap sebagai pahlawan yang taat setia kepada raja ini pun menjalankan tugasnya tanpa menyedari dirinya sedang diperalatkan oleh kerajaan Majapahit.

Majapahit yang dikenal sebagai kerajaan penyembah berhala sebenarnya turut tidak menyenangi Tamingsari yang bertuhankan Allah dan agama para wali yang telah mereka dengar sebelum itu. Majapahit sendiri beberapa kali gagal dalam cubaan mengusir dan membunuh Tamingsari yang pada mulanya disangka seagama dan seadat dengan mereka. Setelah dilihat kejayaan demi kejayaan diraih oleh mereka dalam percubaan menguasai wilayah lain akhirnya Tamingsari dilihat sebagai orang yang berpotensi merampas kerajaan mereka sehingga datang fitnah dan aduan kepada raja dengan cerita yang bukan bukan mengenai Tamingsari.

Hang Tuah yang terkenal dengan kelicikannya memperdaya musuh perang tanding walau di mana saja beliau bersayembara ternyata turut gagal melukakan daging isi perut Tamingsari walaupun telah beberapa kali beliau berjaya menusukkan kerisnya ke tubuh sasa Tamingsari. Akhirnya seperti yang disangkakan orang ramai yang menyaksikan adu tanding itu, perlawanan pun ditamatkan .

Majapahit amat kecewa dengan keadaan itu, datanglah anggapan mengenai keperkasaan  Hang Tuah yang di war warkan ternyata turut gagal membunuh Tamingsari yang amat dikehendakki supaya terbunuh di dalam perang tanding tersebut. 

Sebenarnya Hang Tuah mula menusukkan jarum putar belitnya yang sememangnya diketahui oleh rakan rakannya dengan berdamai olok olok. Sehinggalah Tamingsari menyerahkan kerisnya untuk dibelek oleh Hang Tuah dengan segala pujian menggunung. Hang Tuah telah mendapat ilham firasat dari gurunya Sang Adi Putra yang telah meninggal dunia melalui isyarat kerohanian. Beliau akhirnya mendapat tahu bahawa tubuh Tamingsari yang kebal senjata seperti dirinya itu rupa rupanya berpunca dari keris yang digenggam oleh pemiliknya. Jika dapat memisahkan keris itu maka tiada apa lagi yang dapat melindungi diri Tamingsari. 

Dengan cara perdamaian yang jujur pada pandangan Tamingsari beliau tidak ragu ragu menyerahkan kerisnya kepada Hang Tuah yang sekonyong konyong terus menikam Tamingsari ditengah pusat dadanya. Penulis mendapat tahu titik tikaman ini melalui perkhabaran ghaib. Titik ini amat dikenal oleh para ilmuan ahli hikmah sebagai titik kelemahan bergelar akhfa yang bererti pusat segala rahsia tubuh. Titik ini juga dikenal oleh para ahli tasawuf dengan panggilan yang sama. Di titik ini juga Sunan Kudus yang diperintah oleh Sunan Demak menamatkan riwayat Ki Ageng Pengging atau Ki Kebo Kenanga. Ki Ageng Pengging ini adalah anakanda pewaris tahta majapahit Handayaningrat @ Andayaningrat. Ki Ageng adalah salah seorang murid Syeikh Siti Jenar yang mengamalkan tarikat Naqsyabandiah sehingga beliau terfana' mengeluarkan kata kata syutuh wahdatul wujud. 

Kita kembali ke kisah Hang Tuah yang telah menikam curi Tamingsari. Sewaktu Tamingsari tersungkur kerana tikaman curi itu beliau telah meninggalkan satu kata kata yang menyebabkan Hang Tuah merana tertanya tanya, "Kalau benar tuan hamba adalah sahabat hamba, kenapa tuan hamba melakukan ini, alangkah ruginya tuan hamba , mentaati perintah raja tetapi tidak kena pada tempatnya," Kata kata yang hampir sama juga telah disampaikan oleh Hang Jebat sewaktu tewas kepada Hang Tuah beberapa ketika selepas peristiwa pembunuhan Tamingsari ini.

Di dalam hal ini Hang Tuah telah dijadikan mangsa keadaan dimana beliau sendiri tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Wallahua'alam bissawab, penulis tidak dapat memastikan kebenaran segala peristiwa ini , hanya kepada Allah penulis berserah bagaimana hal yang sebenarnya terjadi.

Tamingsari rahimahullah alaihi, adalah seorang pendekar handalan di seluruh wilayah penguasaan kerajaan Majapahit. Beliau sebenarnya jika mengikut pengakuannya yang dirakamkan mempunyai dua orang guru. Salah seorang gurunya itu adalah seorang Empu keris yang tak sempat penulis menanyakan kepada beliau  siapakah gerangannya dahulu. Beliau menajamkan ilmunya dengan bimbingan Empu itu melalui beberapa siri pertapaan yang memakan masa di salah sebuah gunung tertinggi di pulau Jawa. Beliau pernah menidakkan pertanyaan saya kalau kalau dia pernah berguru dengan Sang Adi Putra, guru persilatan kepada Laksamana Hang Tuah.

Tamingsari pernah menjelaskan bahawa beliau tidak memilikki ilmu kebal seperti Laksamana Hang Tuah tetapi tubuh beliau kebal kerana khadam keris Tamingsarinya. Keris itu adalah hasil dari karya teragung gurunya yang memang seorang tukang keris. Senjata itu telah diamanahkan kepadanya supaya dijaga dan  dipelihara sebagai barang hadiah yang tidak ternilai.

Akhirnya keris Tamingsari telah dijadikan sebagai barang hadiah sebagai tanda terimakasih yang teramat sangat oleh Bentara Majapahit dan kerajaannya kerana akhirnya Hang Tuah telah berjaya menamatkan riwayat hidup si Tamingsari yang kononnya bakal menderhaka kepada raja. Berakhirlah riwayat hidup seorang ahli pertapaan muslim yang mengabdikan diri kepada kerajaan Majapahit yang mensyirikkan Allah itu. Kerajaan ini akhirnya dihancurkan oleh Allah beserta sumpah palapanya oleh tentera Allah dari pesantrenan Demak Bintara. Dipimpin sepenuhnya oleh Raden Fatah anakanda raja Majapahit itu sendiri yang mengabdi sepenuhnya kepada Allah Rabbul Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan