Rabu, 20 Julai 2011

The Arrivals Part 03 (Penguasaan Minda Kanak-Kanak) - Malay Sub

Dalam episod ke tiga ini, diceritakan tentang golongan freemason ini menggunakan media agar golongan kanak-kanak dikuasai mindanya (di brainwash) kepada perkara yang rendah moralnya seperti seks bebas melalui cerita-cerita kartun.


Mereka menggunakan cara yang amat licik. Mereka tidak menggunakan cara terbuka tapi menggunakan cara yang tersembunyi melalui imej-imej seks yang disembunyikan agar imej-imej ini tertanam di dalam minda bawah sedar (subconsious mind) golongan muslim sejak dari kanak-kanak lagi.


Apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa, imej yang telah tertanam dalam minda bawah sedar ini akan menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan seks bebas.


Cara untuk mengatasi proses brainwash ini adalah seperti berikut:
1. Minimumkan masa anak2 anda tengok tv dari barat. Gantikannya dengan kartun dari negara Arab seperti My Little Einstein dsb.
2. Ajarkanlah anak-anak anda membaca Al-Quran agar kalimah-kalimah Allah itu yang tertanam di minda bawah sedar anak anda menggantikan imej-imej seks tersebut.
3. Ajarkanlah anak-anak anda (termasuk anda sendiri) berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis kerana berpuasa itu boleh melemahkan nafsu.


Sesungguhnya syaitan-syaitan dari jin dan manusia pandai sekali membisikkan kepada orang ramai perkataan yang lemah-lembut dan manis untuk memperdayakan mereka, menarik hati orang-orang yang tiada teguh imannya, supaya mereka suka mengerjakan perkara-perkara yang keji.


Firman Allah:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-Anaam 6:112)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan