Rabu, 6 Julai 2011

6. MENENTUKAN MUJADDID

WALAUPUN Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama- ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu. Terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua : Imam Syafie, mujaddid kurun kelima : Imam Ghazali. 

Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.

Sejak Rasulullah sudah tiga belas kurun berlalu, bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakin sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah saw. Jadi ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.

Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun. Di antara mereka adalah ;

Mujaddid kurun 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Mujaddid kurun 2 : Imam Syafie
Mujaddid kurun 3 : Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi
Mujaddid kurun 4 : Imam Al Baihaqi, SyeikhAbu Hamid Isfaraini As Shafie
Mujaddid kurun 5 : Imam Al Ghazali
Mujaddid kurun 6 : Imam Fakhrurrazi
Mujaddid kurun 7 : Ibnu Daqiqi’Id
Mujaddid kurun 8 : Albalqini
Mujaddid kurun 9 : Imam As Sayuti
Mujaddid kurun 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
Mujaddid kurun 11 : Abdullah Salim Al Basri
Mujaddid kurun 12 : Ad Dardiri
Mujaddid kurun 13 : Al-Syarqawi

Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu buku ini  ditulis.

Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya. Memandangkan dia mempunyai kelebihan kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya. Sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan kepada masyarakat.

Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya  sebagai mujaddid. Diantaranya ada dua orang yaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti. Imam Sayuti pemah memberitahu, “Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya.”Imam Ghazali juga pernah mengaku. Apakah mereka ini salah? Tidak salah! Kalau realitinya memang begitu. 
Kalau ALLAH sudah mengilhamkan mereka dan mereka juga sudah diberitahu oleh Rasulullah. Rasulullah yang menetapkan mereka itu sebagai mujaddid. Kemudian mereka mengisytiharkannya.


Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri  mujaddid di zamannya. Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri. Bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dengan mereka, mereka rasa ALLAH telah memberi mereka kelebihan dari orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya. Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah. Rasulullah sudah memberitahu kepada mereka bahwa merekalah mujaddid di kurun tersebut.


Ini tidak hairan, sebab Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah selalu berada di samping kanannya. Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab masih tidak berlawanan dengan Sunnah Rasulullah. 


Hujahnya, Rasulullah pernah satu ketika berkata “Sayalah orang yang paling takut dengan ALLAH” atau “Saya orang yang paling bertaqwa” atau “Saya orang yang pertama masuk syurga” atau “Saya orang yang fasih sekali menyebut dhat” atau “Saya orang yang paling mulia dikalangan orang Arab ataupun dikalangan orang Ajam.”


Inilah yang dikatakan “At Thaddus binikmatillah. ” Menyebut nikmat yang realitinya memang berlaku pada seseorang itu. Kalau tidak boleh sukarlah kita nanti.


Kita sekarang ini berada di kurun ke-15. Mengapakah tiada mujaddid yang muncul pada kurun ke-14? Bukankah ini satu petunjuk tentang mujaddid yang akan muncul pada kurun ke-15 ini? Petunjuknya ialah akan muncul mujaddid secara berkembar pada kurun ke-15 ini. Perkara ini telah berlaku pada masa dahulu sewaktu zaman Nabi Musa. Beliau telah muncul bersama Nabi Harun. Kisah Nabi Musa ini diceritakan dalam Al-Quran dalam surah TaHa.


Persoalannya siapakah mujaddid berkembar yang akan muncul pada kurun ke-15 ini? Kedua-dua orang mujaddid ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya 1400 tahun dahulu. Mereka ialah:
1. Imam Mahdi
2. Putera Bani Tamim


Buktinya adalah hadis Rasulullah SAW di sini: http://lautan-biru.blogspot.com/2011/06/putra-bani-tamim-perintis-jalan-imam.html

Lagi artikel tentang mujaddid di sini: http://aboutmiracle.wordpress.com/2009/01/24/umat-islam-perlu-mujaddid-untuk-menghadapi-israel/

Dan di sini: http://aboutmiracle.wordpress.com/2007/09/22/mujaddid-pemimpin-kebenaran-pewaris-rasul-khazanah-yang-sudah-lama-dilupakan-umat-islam/

5 ulasan:

  1. mujaddid abad ini adalah Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfuri al-Hasani

    beliau telah mentajdidikan banyak hal :

    Madrasah Rabbaniyyah
    wasathiyah
    takamul fil Islam
    ddll
    ia mencakup kepada syariat tariqat dan hakikat .
    wallahu a`lam

    BalasPadam
  2. Prof. Dr. Muhammad abdul latif shalih al-Furfuri al-Hasani adalah mujaddid abad sekarang

    BalasPadam
  3. Global ikhwan tau siapa mujaddid

    BalasPadam
  4. "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, IKUTILAH AKU, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Apakah anda merasa ragu dan bimbang...??? Allah itu dekat, lho... tanyakan aja..!

    BalasPadam
  5. MUJADID ABAD KE 14 ADALAH HAZRAT AS SAHIBUS SAMAHAH AL IMAM MAULANA ILYAS BIN MAULANA ISMAIL AT TAMIMI,, PENGASAS GERAKAN TERBAIK DIDUNIA SAAT INI IAITU GERAKAN TABLIGH!!! IMAM HASAN AL BANA ada sezaman dengan maulana ilyas,, tetapi gerakan ikhwan selalu disekat dan IMAM HASAN telah di bunuh sebagai syuhuda. Berbeza dengan Tabligh yg dilindungi oleh ALLAH

    BalasPadam