RAJA FIRAUN WAKTU ITU MEMPUNYAI PENGARUH YANG SANGAT BESAR. PENGARUH YANG BESAR ITU TIDAK MENJADIKAN IA BERSYUKUR KEPADA TUHAN, TETAPI SEBALIKNYA BAHKAN IA SEMAKIN SOMBONG, LALU MENGANGGAP DIRINYA SEBAGAI TUHAN.
KEMUDIAN ALLAH MEMANGGIL NABI MUSA UNTUK MENDATANGI FIRAUN DAN KAUMNYA, MEMBERI PELAJARAN KEPADA MEREKA, AGAR MEREKA MENYEMBAH ALLAH DAN MENINGGALKAN SEGALA MAKSIAT & KEJAHATAN DAN TUNDUK KEPADA PERINTAH- PERINTAH ALLAH.
SETELAH MUSA BERADA DI MESIR DAN MENJALANKAN APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH DIKHABARKAN KEPADA FIRAUN, MAKA BUKAN MAIN MARAHNYA FIRAUN KEPADA MUSA.
FIRAUN BERKATA BAHAWA MUSA ADALAH TUKANG SIHIR DAN JIKA SIHIR ITULAH YANG DIBANGGAKAN OLEH MUSA, MAKA IA PUN MEMPUNYAI TUKANG-TUKANG SIHIR JUGA.
LALU FIRAUN MENGUMPULKAN TUKANG-TUKANG SIHIRNYA, UNTUK BERTANDING MELAWAN MUSA DI SUATU GELANGGANG YANG TELAH DITENTUKAN WAKTU DAN TEMPATNYA.
DI ANTARA MEREKA ADA YANG MELEMPARKAN TALI, TONGKAT, MAKA BERUBAHLAH TONGKAT DAN TALI ITU MENJADI ULAR YANG MENJALAR. LALU MUSA MERASA TAKUT, KERANA TELAH DIKELILINGI ULAR-ULAR YANG BERBISA.
LALU TUHAN MEMERINTAHKAN KEPADA MUSA DENGAN FIRMANNYA BERMAKSUD:"LEMPARKANLAH TONGKAT YANG DITANGAN KANANMU, NANTI BERUBAH MENJADI ULAR BESAR YANG AKAN MENELAN SEGALA PERBUATAN MEREKA ITU, SESUNGGUHNYA KERJA MEREKA ITU ADALAH TIPU DAYA TUKANG SIHIR SAHAJA DAN SEKALI-KALI TIDAKLAH AKAN MENANG TUKANG SIHIR ITU, MESKIPUN BAGAIMANAPUN JUGA"
KEMUDIAN SEMUA AHLI SIHIR ITU TUNDUK SUJUD KEPADA MUSA, SEBAGAIMANA DITERANGKAN DALAM AL-QURAN BERMAKSUD:
"KEMUDIAN SEGALA TUKANG SIHIR ITU SUJUDLAH TUNDUK KEPADA ALLAH, SERAYA KATANYA,"TELAH PERCAYALAH KAMI KEPADA TUHAN HARUN DAN MUSA (ALLAH)."
KERANA MELIHAT TUKANG SIHIRNYA TELAH BERIMAN KEPADA NABI MUSA AS. DEMIKIANLAH PULA ISTERINYA (SITI ASIAH), MAKA FIRAUN BERTAMBAH-TAMBAH MARAHNYA, SEHINGGA ISTERINYA KENA SEKSA SAMPAI MATI, DEMIKIAN JUGA ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA JUGA DISEKSA YANG SANGAT BERAT.
AKHIRNYA NABI MUSA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN LARI KELUAR DARI MESIR, SETELAH MEREKA TIDAK BERDAYA LAGI DI NEGERI MESIR, MAKA DIKEJARNYA MEREKA ITU SAMPAI KE PANTAI LAUTAN MERAH, DAN LAUT PUN MENJADI JALAN BESAR DAN MEMBELAH MENJADI DUA UNTUK DILALUI MUSA DENGAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA.
SEWAKTU FIRAUN DENGAN BALA TENTERANYA MENGEJAR DARI BELAKANG DAN KETIKA MEREKA SAMPAI DI PERTENGAHAN LAUT, MAKA AIR LAUT PUN BERCANTUM KEMBALI MENJADI LAUTAN,KEMUDIAN MEREKA TENGGELAM KESEMUANYA, SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH BERMAKSUD:
"FIRAUN DAN BALA TENTERANYA MENGEJAR NABI MUSA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SAMPAI KE TENGAH LAUT,KEMUDIAN LAUT PUN BERTEMU KEMBALI, LALU TENGGELAMLAH MEREKA SEMUANYA"
DEMIKIANLAH KETERANGAN TENTANG BERAKHIRNYA FIRAUN BERSAMA BALA TENTERANYA TENGGELAM DILAUT MERAH.
Source: http://ms.shvoong.com/books/dictionary/1845593-nabi-musa-menghadapi-firaun/#ixzz1RCdPiYvc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan