Jumaat, 7 Oktober 2011

Kisah Ashabul Kahfi part 2

Sambungan kisah lalu, 3 orang pendeta berjumpa dengan Khalifah Umar Al Khatab a.s lalu bertanyakan 7 soalan kepada khalifah. Khalifah Umar Al Khatab a.s tidak dapat menjawab soalan tersebut lalu meminta Saiyidina Ali a.s menjawabnya. Setelah Saiyidina Ali menjawab 4 dari 7 soalan tersebut, 2 orang pendeta tersebut memeluk agama Islam. Lalu pendeta yang ketiga meminta Saiyidina Ali a.s menceritakan kisah Ashabul Kahfi.

Lalu Saiyidina Ali a.s.pun bercerita kepada pendeta tersebut seperti berikut:

"Sejarah berkaitan kisah itu terjadi di negeri Romawi pada zaman dahulu iaitu di kota yang bernama Aphesus atau Ephesus. Namun selepas Islam datang, nama kota itu berubah dan diganti dengan nama Tarsus atau Tarse. Kini kota itu terletak di wilayah Turki.

Ketika itu penduduk negeri itu iaitu bangsa Aphesus mempunyai seorang raja yang baik. Masyarakatnya hidup aman dan sejahtera. Namun selepas raja yang baik itu meninggal dunia, Raja Persia yang bernama Diqyanus menyerbu negeri itu bersama pasukan yang besar dan kuat demi menguasainya. Dia seorang raja yang kafir, zalim dan bongkak. Tidak lama kemudian, akhirnya raja dan bala tenteranya berjaya mengusai Kota Aphesus. Dia telah merampas kota itu dan kemudian membina istana yang megah di situ."

Lalu pendeta ketiga tersebut meminta Saiyidina Ali a.s menceritakan perihal bentuk istana yang dibina oleh raja itu.

Saiyidina Ali a.s menyambung:

"Bangunan istana yang dibuat atas perintah raja itu berukuran 1 x 1 farsakh (satu farsakh berukuran 4.8 kilometer persegi, maka lebar istana itu lebih kurang 4.8 x 4.8 kilometer persegi). Tiang-tiang istana itu berjumlah 1000 buah dan semuanya diperbuat daripada emas. Begitu juga lampu-lampu istana berjumlah 1000 buah, semuanya dihasilkan daripada emas. Semua lampu itu tergantung pada rantai-rantai yang diperbuat daripada perak. Pada tiap-tiap malam, apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang mengeluarkan bau harum. Di sebelah timur serambi istana terdapat 100 buah lubang-lubang cahaya, demikian juga di sebelah baratnya. Hal ini bertujuan supaya matahari selalu menyinari ruangan itu.

Raja itu membuat sebuah singgahsana daripada emas. Singgahsana itu berukuran 80 x 40 hasta dan dilengkapi 80 buah kerusi yang diperbuat daripada emas. Di situlah orang bawahan kerajaan duduk dan bermesyuarat. Di sebelah kirinya juga disediakan 80 buah kerusi yang diperbuat daripada emas. Di situ tempat duduk para penguasa tinggi yang lain. Raja bersemayam di atas singgahsana dengan mengenakan mahkota kebesaran di atas kepalanya.

Mahkota raja itu diperbuat daripada kepingan-kepingan emas, mempunyai sembilan bucu, dan tiap-tiap bucunya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang-bintang menerangi kegelapan malam. Raja itu mempunyai 50 orang pelayan yang terdiri daripada anak-anak hulubalang. Semua hulubalang yang dipilih oleh raja memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Seluar mereka diperbuat daripada sutera yang berwarna hijau. Mereka dihiasi dengan gelang-gelang kaki yang indah begemerlapan. Setiap hulubalang memegang tongkat yang diperbuat daripada emas. Atas perintah raja, mereka berdiri di belakang raja selagi raja itu duduk di atas singgahsananya.

Selain hulubalang, raja juga melantik enam orang kepercayaannya sebagai menteri kerajaan. Mereka terdiri daripada anak-anak cendekiawan. Semua urusan kerajaan dipertanggungjawabkan kepada para menteri. Oleh itu, raja tidak membuat sebarang keputusan yang berkaitan peraturan kerajaan tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu. Maka, enam orang kepercayaan raja itu selalu berada di kiri dan kanan raja. Tiga orang berdiri di sebelah kanan dan tiga orang lagi berdiri di sebelah kiri raja.

Mereka yang berdiri di sebelah kanan raja ialah Tamlikha, Miksalmina dan Mikhaslamina. Manakala yang berdiri di sebelah kiri bernama Martelius, Casitius dan Sidemius.

bersambung: https://lautan-biru.blogspot.com/2011/10/kisah-ashabul-kahfi-part-3.html

Khamis, 6 Oktober 2011

Perihal Dejavu, Sabar dan Cabaran dalam kehidupan

Salam semua.

Korang pernah dengar pasal Deja Vu tak? Deja Vu tu bila korang mengalami sesuatu peristiwa, lepas tu korang seolah-oleh teringat yang korang pernah mengalami peristiwa tersebut pada suatu masa dahulu. Hari ni aku mengalami perasaan Deja Vu ini. Aku pergi ke ofis dengan beranggapan hari ni ialah hari Rabu. Tiba-tiba bila ku tengok calendar baru aku perasan rupa-rupanya hari ni ialah hari Khamis. Adakah aku telah 'travel back to the future?' Haha, rupa-rupanya perasaan aku sahaja. Walaubagaimanapun aku tetap seronok sebab aku sudah skip sehari dalam hidup aku dan aku makin menghampiri cuti hujung minggu walaupun ianya cuma perasaan semata-mata. Err, akupun tak sure adakah ini contoh yang terbaik untuk perasaan Deja Vu ini. Ha, mungkin contoh yang baik ada dalam filem Matrix ni:


Lepas tu aku nak cerita pasal sifat sabar. Korang perasan tak, dalam ramai-ramai orang dekat ofis korang mesti ada orang yang tak suka dengan korang. Ala, kalau perangai korang baik macam malaikatpun belum tentu semua orang suka kat korang. Buktinya Rasulullah SAW sendiri sebagai manusia yang paling baik dalam duniapun tetap ada orang tak suka kat dia. Abu Jahal, Abu Lahab dan orang kafir Quraisy adalah antara mereka yang tak suka dekat beliau. Kalau Rasulullah SAWpun pernah dipanggil orang gila oleh orang kafir, setakat ada orang yang nak kutuk-kutuk korang tu baik korang buat dunno ajer. Nanti dekat akhirat korang tuntut la pahala dari mamat yang suka kutuk korang tu.

Dalam kehidupan kita ni memang banyak cabaran yang mendatang. Hidup ini umpama roda. Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Janganlah kita sombong sangat bila kita kat atas. Tak lama lagi mungkin kita kat bawah pulak dan orang kat bawah naik kat atas pulak. Walaubagaimanapun semua masalah yang kita hadapi tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita telah diberikan sistem yang terbaik oleh Allah SWT untuk menyelesaikan semua masalah kita di dunia ini. Masalah duit, awek, kerja semuanya dunia semata-mata yang bersifat materialistik. Kita tak mungkin akan puas dengan material ni. Buktinya orang yang dah ada duit sejuta, tentu dia nak cari duit 10 juta. Yang ada duit 10 juta nak cari duit 100 juta. Tak pernah cukup bro. Ingatlah tujuan kehidupan kita sebenarnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Hanya Allah SWT boleh memberi nikmat yang kita cari-cari itu di syurga kelak.

Sifat Sabar itu adalah salah satu sifat Allah iaitu As-Sabur = Yang Maha Sabar. Cuba kita tengok berapa ramai orang yang kafir dan buat jahat kat dunia ini. Allah tetap memberi mereka nikmat kehidupan dan memberi mereka tempoh sehingga ajal mereka. Kalau Allah boleh bersabar dengan kerenah-kerenah manusia yang tidak bersyukur kepadaNya itu, kitapun kenalah bersabar dengan kerenah-kerenah manusia dalam kehidupan kita. Dunia ini hanyalah sementara, kita tengok siapa dia yang lebih bahagia di akhirat kelak.

SUNGGUH KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH SATU KESENANGAN PALSU

KEHIDUPAN SEBENAR KITA IALAH DI AKHIRAT

OLEH ITU KENAPA MANUSIA TERLALU MENGEJAR DUNIA YANG SEMENTARA INI?

THIS LIFE IS JUST AN ILLUSION

OUR REAL LIFE IS IN THE HEREAFTER

WHY IS IT THEN THAT PEOPLE ARE SO ATTACHED TO THIS TEMPORARY WORLD?

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113) Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) (Al-Mukminun 23:112-115)

Ahad, 2 Oktober 2011

Wafak Khotamun Nubuwwah



Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)

Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail( Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..

Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,


” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”


Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:


“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)

AMALAN

Dari ayahandaku.Bahawasanya ketika beliau mengambil Ijazah Selempang Merah dari KIYAI SALLEH @ Panglima Salleh,Muar. Beliau telah diijazahkan juga sekali amalan zikir Khatamun Nubuwwah ini.Kemudian selepas berjumpa guru-Nya yg lain,yg Hafiz lg Alim. Guru tersebut telah menambah BISMILLAHIL AZIZIL QAHHAR untuk dibacakan sebelum memulai zikir ini. Amalan zikir ini jika diamalkan ia,seseorang itu boleh menjadi kebal dengan izin Allah. Dan boleh juga digunakan untuk merawat diri sendiri dari segala penyakit dengan menukarkan zikir ini kepada JURUS KHATAMUN NUBUWWAH...


Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah

Menurut Mafhum Hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tirmidzi ra. katanya:

“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;
1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Annas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya.

Kisah Ashabul Kahfi part 1



Rasulullah SAW bersabda "Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan disinari cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat Nasai)


Dalam riwayat lain,  Rasulullah SAW bersabda "Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dirinya dan antara Kaabah." (Riwayat Nasai)


Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11) Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12) (Al-Kahfi 18:9-12)




Asbabun Nuzul Surah Al-Kahfi


Asbabun Nuzul bermakna sebab turunnya surah Al-Kahfi ini. Asbabun Nuzul surah Al-Kahfi menjelaskan perihal kaum Quraisy pada waktu itu yang mengutus Nadhar bin Al-Harits dan Uqbah bin Abi Mu'ith bagi menanyakan perihal kenabian Muhammad bin Abdullah. Mereka telah pergi ke Madinah dan bertanyakan pendeta di sana soalan apakah yang perlu mereka tanya Muhammad bin Abdullah tersebut. Lalu para pendeta di Madinah berkata "tanyakan 3 perkara. Apabila dia dapat menjawabnya maka dia benar-benar Nabi yang diutus oleh Allah. Sebaliknya, jika dia tidak dapat menjawabnya, maka Muhammad bin Abdullah adalah nabi palsu."


Tiga perkara tersebut adalah:
1. perihal para pemuda pada zaman dahulu yang meninggalkan kota dalam tempoh yang lama dan perkara yang terjadi sesudahnya.
2. perihal pengembara yang sampai ke masyriq dan maghrib (timur dan barat) serta persitiwa yang berlaku
3. tanyakan perihal roh


Lalu mereka bertanyakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berjanji akan menjawab 3 soalan tersebut pada keesokan harinya. Namun dalam janjinya beliau lupa mengatakan Insya Allah sehingga Allah memberi peringatan agar jangan tergesa-gesa mengatakan sesuatu yang belum jelas dan apabila kita berjanji perlu disertai dengan ucapan Insya Allah. Ini diterangkan dalam ayat 23 hingga 24 dalam surah Al-Kahfi.  Setelah 15 malam beliau menunggu, lalu turunlah Surah Al-Kahfi bagi menjawab 3 soalan orang Quraisy tersebut. Ayat 9-26 sebagai jawapan perihal pemuda-pemuda zaman dahulu. Ayat 83-101 menjawab hal pengembara yang mereka tanyakan. Seterusnya pertanyaan ketiga berkaitan roh dijawab dalam ayat 85.




Pengajaran penting Surah Al-Kahfi


Sebelum kita pergi kepada kisah Ashabul Kahfi, mari kita tengok pengajaran yang dapat diambil dari Surah Al-Kahfi. Pengajarannya adalah seperti berikut:


1. Ancaman kepada mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak
2. Ketegasan perihal Ashabul Kahfi
3. Petunjuk-petunjuk ketika berdakwah iaitu teguran kepada Nabi Muhammad supaya tidak mementingkan orang-orang yang terkemuka sahaja dalam berdakwah.
4. Contoh kehidupan dunia dan orang-orang yang tertipu dengannya.
5. Beberapa kejadian pada hari kiamat dan kederhakaan iblis
6. Kesan tidak mengendahkan peringatan-peringatan Allah
7. Kisah Nabi Musa yang sedang mencari guru bagi menimba ilmu pengetahuan
8. Kisah kesolehan pemimpin cerdas iaitu Zulkarnain dengan Yakjuj dan Makjuj
9. Azab untuk orang-orang musyrik dan pahala untuk orang-orang beriman
10. Luasnya ilmu Allah tidak terhingga




Pertanyaan perihal Ashabul Kahfi pada Zaman Khalifah Umar


Ketika Umar bin Khatab a.s menjadi khalifah, 3 pendeta Yahudi datang menemui Khalifah Umar bin Khatab a.s lalu mereka mengemukakan beberapa pertanyaan seperti berikut:
1. Jelaskan berkaitan induk kunci yang dapat mengunci langit
2. Jelaskan perihal sebuah kubur yang dapat bergerak bersama penghuni di dalamnya
3. Berikan penjelasan berkaitan makhluk yang dapat memberikan peringatan kepada kaum bangsanya tetapi makhluk itu bukan manusia mahupun jin
4. Jelaskan berkaitan 5 jenis makhluk yang dapat hidup di dunia. Tetapi makhluk-makhluk itu tidak berasal dari kandungan ibunya.
5. Jelaskan perihal kicauan burung pada saat sedang berdendang di angkasa.
6. Apa makna kokok ayam jantan ketika sedang berkokok?
7. Apa makna ringkikan kuda? Apa makna suara katak? Apa makna kicauan burung pipit?


Khalifah Umar tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut lalu memanggil Saiyidina Ali a.s untuk menjawab kesemua pertanyaan tersebut. Jawapannya adalah seperti berikut.


1. Kunci induk yang dapat mengunci pintu-pintu langit ialah perbuatan syirik dan anak kuncinya ialah bertaubat Nasuha.
2. Kuburan yang dapat bergerak bersama penghuninya ialah kubur bernama ikan hiu (kod) yang menelan Nabi Yunus putera Matta.
3. Makhluk yang bukan manusia dan jin tapi dapat memberikan perintah kepada bangsanya ialah semut.
4. Lima jenis makhluk yang hidup di permukaan bumi tanpa dilahirkan oleh ibunya ialah Adam dan Hawa, kibas Nabi Ibrahim, unta Nabi Saleh dan tongkat Nabi Musa yang menjelma menjadi seekor ular.


Setelah Saiyidina Ali a.s menjawab 4 soalan tersebut, 2 orang pendeta Yahudi terus berdiri lalu memeluk Islam. Namun pendeta yang ketiga masih tidak berpuas hati lalu bertanyakan Saiyidina Ali sejarah orang-orang zaman dahulu yang sudah mati selama 309 tahun kemudian dihidupkan kembali oleh Tuhan. Pendeta tersebut meminta Saiyidina Ali a.s menjawab dengan terperinci dengan menceritakan nama-nama mereka, nama ayah-ayah mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, nama anjing mereka dan nama gunung dan gua mereka.


Bersambung: https://lautan-biru.blogspot.com/2011/10/kisah-ashabul-kahfi-part-2.html


Sumber: Buku Mukjizat Surah Al-Kahfi karya Muhammad Mkahdlori

Sabtu, 1 Oktober 2011

Amalan Zahir vs Amalan Batin

Assalamualaikum semua,


Pada tulisan kali ni, aku nak huraikan tentang amalan ataupun ibadat kita kepada Allah SWT. Cara untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT itu ada berbagai, antaranya dengan kita melakukan ibadat yang banyak kepada Allah SWT. Tapi pernahkah kita berhenti sejenak dan berfikir apakah maksud ibadat kepada Allah SWT itu dan bagaimanakah tingkatan ibadat itu di sisi Allah SWT?


Cuba kita lihat 5 ibadat yang paling utama dalam Islam iaitu rukun Islam itu sendiri:
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu
3. Puasa bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan Haji jika mampu


Cuba kita perhatikan. Kesemua ibadat tersebut berbentuk fizikal. Maksudnya kita kena gunakan kekuatan fizikal kita untuk melaksanakan ibadah tersebut. Mengucap 2 kalimah syahadah walau nampak ringan masih memerlukan aktiviti fizikal iaitu bercakap. Telah jelas bahawa solat, puasa, zakat dan haji juga memerlukan aktiviti fizikal untuk melaksanakannya. Walaupun zakat nampak seperti bukan fizikal, bekerja untuk mendapatkan wang sehingga layak mengeluarkan zakat juga adalah aktiviti fizikal.


Ini bermakna secara tidak langsung Islam menyuruh kita menjaga kesihatan fizikal kita agar kuat dan sihat. Bagaimana kita hendak beribadat dengan berkesan sekiranya tubuh badan kita lemah? Susah untuk solat kalau berdiripun tidak mampu. Islam itu sendiri diturunkan untuk menjaga 5 perkara iaitu 1) AGAMA 2) AKAL 3) HARTA 4) KETURUNAN 5) NYAWA. Menjaga nyawa itu termasuklah menjaga kesihatan. Sebab itu perbuatan yang berkaitan 5 perkara tersebut adalah perbuatan dosa besar. Contohnya murtad kerana merosakkan agama, minum arak dan menagih dadah merosakkan akal, mencuri dan merompak merosakkan harta, berzina merosakkan keturunan dan membunuh merosakkan nyawa.


Sebab itu dalam Islam, tubuh badan kita ini dianggap amanah oleh Allah SWT dan adalah WAJIB untuk kita menjaga tubuh badan kita ini dengan baik. Segala perkara yang boleh memudaratkan badan kita adalah haram dilakukan oleh kita. Berhati-hati dengan apa yang kita makan, jangan sampai makanan itu memudaratkan. Sekiranya kita sakit, WAJIB untuk kita berubat. Berubat itu adalah hak kita manakala kesembuhan itu pula adalah hak Allah semata-mata.


Ingatlah  Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian". Sementara kita masih muda dan sihat ini, buatlah amal ibadat sebanyak-banyaknya sebelum kita tua, sakit atau tidak berdaya lagi.


Walaupun asas ibadat itu berbentuk fizikal atau zahir, masih ada ibadat lain yang berbentuk tersembunyi atau batin. Sebenarnya ibadat batin ini ada tersembunyi di dalam ibadat zahir itu. Kita hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja untuk mengetahui rahsia di sebalik ibadat zahir itu. Saya akan huraikan satu persatu.


Mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya selain kita meyakini apa yang kita ucapkan, kita hendaklah berusaha mengenali sifat-sifat Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kita boleh mengenali sifat Allah SWT dengan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya dan juga mempelajari dari orang yang lebih alim dari kita. Mengenali sifat-sifat Allah SWT tidak dilarang, yang dilarang dalam Islam ialah memikirkan zat Allah SWT kerana ianya tidak dapat dicapai oleh akal kita. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: "berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat" Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang kejadian alam ini: matahari, bulan, bintang, siang dan malam. Berfikir tentang hari kiamat: alam kubur, padang mahsyar, mizan, titian sirat, syurga dan neraka. Berfikir tentang sifat-sifat Allah SWT: 99 nama Asma Ul Husna, 20 sifat wajib bagi Allah, sifat penyayang, sifat pengampun dsb.


Solat 5 waktu adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya hendaklah kita mengingati Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kita boleh tambah waktu kita mengingatiNya dengan solat sunat. Malah kita boleh tambah lagi dengan berzikir kepadaNya. Kita tambah lagi dengan sentiasa mengingatiNya diwaktu senang atau diwaktu susah.


Puasa bulan Ramadhan ialah ibadat zahir dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Ibadat batinnya hendaklah kita menahan dari apa yang kita hendak semata-mata keranaNya. Bolehkah kita menahan marah kita apabila ada orang menyakitkan hati kita malah kita berdoa agar orang itu diampunkan olehNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari mendengki orang lain yang mendapat nikmat dariNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari perasaan sombong apabila ada orang memuji kita? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dan bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal untuk diberikan nafkah kepada keluarganya? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang bermacam ragam?


Membayar zakat ialah ibadat zahir iaitu mengeluarkan lebihan harta kita apabila cukup syaratnya. Ibadat batinnya ialah meletakkan sesuatu pada haknya walaupun kita suka terhadap sesuatu itu. Bolehkah seorang suami berlaku adil terhadap 4 isterinya walaupun dia amat menyukai isteri bongsunya? Bolehkah seorang bos berlaku adil terhadap semua anak buahnya walaupun dia amat menyukai seorang anak buahnya? Bolehkah seorang ayah berlaku adil terhadap kesemua anak-anaknya walaupun dia paling menyukai anak no.3 nya? Dalam Islam adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau anak lelaki diberikan songkok, anak perempuan diberikan tudung.


Menunaikan Haji ialah ibadat zahir. Ibadat batinnya sanggupkah kita berkorban harta, masa dan tenaga kita semata-mata kerana Allah SWT? Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan nyawa anaknya Ismail sekalipun semata-mata kerana mengikut perintah Allah SWT. Saiyidina Abu Bakar As Siddiq sanggup mengorbankan keseluruhan hartanya untuk kepentingan Islam. Sedekahlah harta anda untuk anak-anak yatim atau untuk membina masjid. Luangkanlah masa anda untuk mencari ilmu dan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Sumbangkanlah sedikit tenaga anda untuk kepentingan Islam.


Ibadat zahir dan ibadat batin itu kedua-duanya disukai oleh Allah SWT. Ibadat batin itulah yang lebih tinggi nilainya disisiNya. Ibadat zahir itu boleh dinampak olah manusia sedangkan ibadat batin itu ada di dalam hati. Orang yang solat tetapi tidak ikhlas tidak akan diterima solatnya. Tetapi orang yang ikhlas ingin bersolat tetapi terhalang kerana sebab tertentu (terlupa, tersilap atau tertidur) tetap akan diberikan pahala solatnya oleh Allah SWT (wajib dia mengqada' apabila teringat dan terjaga). Disamping kita melakukan ibadat zahir, sama-samalah kita juga membersihkan hati kita dengan sifat-sifat Mahmudah (kasih sayang, baik hati, adil, tiada dengki, tiada sombong dsb) kerana Dia amat mengetahui rahsia di dalam hati kita. 


Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa-rupa kamu,
Tetapi Dia memandang kepada hati-hati kamu.

Kita di tipu melalui pemakanan??


1) Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka - MY FEVERET...JOM MENGOPI

2) soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas - YANG NI AKU MEMEY X TAU.....




Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil "Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jgak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

-- 
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Source: http://www.facebook.com/notes/umi-hanie/kita-di-tipu-melalui-pemakanan/172741626141210

Sabtu, 24 September 2011

Tawakal seekor semut


Nabi Sulaiman pernah bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?