Wafak adalah suatu cabang ilmu hikmah. Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Alloh ada dua macam :
1. Pertama : 'Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
2. Kedua : 'Mahmul' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa.
Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis 'Basmalah' pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).
Istilah Rajah berasal dari kata Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti Rajah menurut istilah yaitu Wafak berupa ayat Alquran atau Asma Alloh yang ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syetan, jin dan manusia yang zalim.
APA ITU WAFAK?
Wafak ialah tulisan yang menggunakan huruf abjad,sama ada hufur abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu atau dengan menggunakan rajah-rajah.
Menggunakan wafaq didalam ikhtiar menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan syarat yang utama di dalam keberhasilan. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq, selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu, adalah kerana keizinan Allah jua. Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui syarat,peraturan serta penguncinya.
WAKTU YANG SESUAI MENULIS WAFAK
HARI/ WAKTU
Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00
SYARAT MENULIS WAFAK
1) Berwuduk.
2) Menghadap qiblat.
3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam yang yakin sucinya.
6) Menulis sekali jalan
7) Setiap titik huruf mestilah jelas
8) Memilih waktu yang sesuai.
Tumpang tanya tuan kalau x ikut syarat tu x h ke
BalasPadamSyarat-syarat tersebut adalah adab-adab dalam menulis wafak. Sekiranya tidak diikut syarat-syarat tersebut, wafak tersebut tetap sah. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa walaubagaimanapun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq, selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu, adalah kerana keizinan Allah jua.
BalasPadam