1. WaniTA
Ingatkah anda tentang kisah Habil dan Qabil?
Ingatkah anda tentang kisah Habil dan Qabil?
Mereka adalah anak-anak dari pasangan
Nabi Adam AS dan Siti Hawa ketika sudah diturunkan ke muka bumi setelah diusir
dari syurga karena makan buah khuldi. Allah SWT menganugerahi anak keturunan kepada mereka. Hawa sentiasa melahirkan kembar lelaki dan perempuan.
Riwayat menyebut Hawa melahirkan anak-anak Adam dalam
seratus dua puluh kehamilan. Anak pertama adalah Qabil dan saudara kembarnya,
Qalima, dan yang terakhir adalah ‘Abd al-Mughith dan saudara kembarnya, Amat
al-Mughith. Setelah anak keturunannya mencapai dewasa, Allah SWT
mensyariatkan (membolehkan) kepada Nabi Adam AS untuk menikahkan salah
satu dari pasangan kembar.
Saudara kembar Qabil ialah Iqlimiya yang berparas cantik. Sedangkan, pasangan
kembar Habil ialah Layudha yang berparas kurang menarik. Ketika Nabi Adam AS hendak menikahkan mereka (Habil dengan
Iqlimiya dan Qabil dengan Layudha) proteslah Qabil dan membangkang karena
saudara kembar Habil hodoh dan saudara kembarnya sendiri cantik. Sehingga Qabil menginginkan saudara kembarnya tersebut untuk dia
sendiri lantaran merasa lebih berhak atas saudara kembarnya.
Berdasarkan wahyu dari Allah SWT, Nabi Adam AS memerintahkan
keduanya untuk berkorban. Siapa yang diterima korbannya maka dialah yang berhak
atas keutamaan (menikahi saudara kembarnya Qabil yang cantik).
Qabil adalah seorang petani. Ketika diperintahkan berkorban
maka dia berkorban dengan seikat gandum. Dia pilih gandum yang teruk dari
tanamannya. Dia tidak peduli apakah korbannya diterima atau tidak kerana rasa
sombong dan dengki sudah menguasainya.
Sedangkan Habil seorang peternak kambing, dia memilih kambing yang muda
lagi gemuk untuk berkorban. Dia berkeinginan agar korbannya diterima di sisi
Allah Ta’ala. Setelah korban keduanya dipersembahkan, Allah Ta’ala menurunkan
api berwarna putih dan dengan izin Allah api itu membawa korban Habil (sebagai
tanda bahawa korbannya diterima) dan meninggalkan korban Qabil.
Kerana dengki dengan Habil yang akan berkahwin dengan Iqlimiya yang berparas cantik, Qabil berkeinginan
kuat untuk membunuh saudaranya, Habil, sekalipun sudah diberikan nasihat dan
peringatan oleh Habil sendiri.
Pada suatu hari ketika Habil sedang menggembala kambing lantas
tertidur lelap, tiba-tiba datanglah Qabil dengan membawa batu lalu dengan batu itu dihempap kepala Habil hingga memecahkannya.
Setelah Habil meninggal, tanpa rasa belas kasihan Qabil
meninggalkan jenazahnya di tempat terbuka. Dia tidak tahu apa yang mesti
dilakukan kepada jenazah saudaranya sebab jenazah Habil adalah yang pertama
kali di muka bumi.
Perbuatan Qabil ini membuahkan malapetaka yang besar bagi dia
sendiri. Dia akan menanggung dosa dari pembunuhannya tersebut dan dosa orang yang menirunya yakni melakukan pembunuhan dengan
jalan yang tidak benar.
Dalam keadaan yang demikian, Allah Ta’ala mendatangkan dua
burung gagak yang sedang bertarung, salah satunya mati. Maka yang hidup
mengais-ngais tanah dengan paruhnya membuat lubang untuk menanam burung gagak
yang mati. Qabil mengambil pelajaran dari peristiwa itu tentang cara mengubur jenazah saudaranya itu.
Al-Qurtubhi mengatakan, “Hasad (dengki) adalah dosa yang pertama
kali dilakukan di langit dan di bumi, di langit adalah dengkinya iblis kepada
Nabi Adam AS dan di bumi adalah dengkinya Qabil kepada Habil.”
Hanya kerana seorang waniTA, telah berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Pembunuhan adalah dosa besar yang mengancam pelakunya masuk
neraka.
2. TakhTA
Cuba perhatikan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku kerana perebutan takhTA? Kalau di zaman dahulu, perebutan takhTA boleh mengakibatkan peperangan di antara dua negara yang boleh mengorbankan jutaan manusia. Pada zaman sekarang ini, takhTA bolehlah disamakan dengan pangkat dan kedudukan.
Perhatikanlah politik negara. Berapa ramaikan ahli politik yang telah difitnah kerana ingin menjatuhkannya? Perhatikanlah politik syarikat. Berapa ramaikah pekerja yang ditikam belakangnya oleh rakan sekerjanya sendiri kerana berebutkan jawatan?
Sedangkan dalam Islam sendiri, jawatan itu adalah satu amanah. Amanah itu adalah sesuatu beban yang berat yang boleh membawa pemikulnya ke neraka sekiranya dia gagal menunaikan amanah yang dipikulnya dengan baik.
Suatu waktu Abu Dzar
al-Ghifari bertanya kepada Nabi. "Ya Rasulullah, mengapa kau tak memberi
jawatan apa-apa kepadaku?" Sambil menepuk bahu sahabatnya yang zuhud itu,
Nabi SAW menjawab, "Hai Abu Dzar, kau seorang yang lemah, sedangkan jawatan itu
adalah amanah." Jawatan kelak pada hari kiamat hanya akan menjadi
penyesalan dan kehinaan, kecuali bagi orang yang dapat menunaikan kewajiban dan
tanggung jawabnya (HR Muslim)
3. HarTA
Kerana harta, seorang perompak sanggup membunuh untuk merampas hartanya. Kerana harta, seorang abang sanggup memutuskan persaudaraan dengan adik-beradiknya dengan merampas harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Kerana harta, seorang kawan sanggup memutuskan persahabatan dengan kawannya kerana melarikan diri dari hutang yang dipinjam dari kawannya. Kerana harta, seorang kawan sanggup menipu rakan perniagaannya.
Sejak dahulu hingga sekarang, WaniTA, TakhTA dan HarTA menjadi kegilaan manusia,
Siapa yang berjaya mengislahkan dan menidakkannya,
Akhirnya agung di arena dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan