Saturday, 19 May 2012

Kisah Ashabul Kahfi part 4

Sambungan dari Kisah Ashabul Kahfi part 3

Saiyidina Ali a.s. menyambung: "Pada saat raja bengis yang bernama Diqyanus itu mengetahui enam orang pembantu setianya sudah melarikan diri entah kemana, dia marah. Kemudian, dia memerintahkan 80,000 orang tentera berkuda mencari mereka. Dalam masa yang singkat, tentera itu berjaya menemui mereka. Ternyata mereka sedang tidur berbaring di dalam gua. Tentera itu yakin mereka tertidur.

Lalu Raja Diqyanus ingin menghukum mereka dengan memerangkap mereka hidup-hidup di dalam gua tersebut lalu beliau memerintahkan tukang-tukang batu menutup pintu gua dengan batu-batu yang disusun rapat. Tahun demi tahun berlalu sehingga 309 tahun mereka tinggal di dalam gua. Allah mengembalikan nyawa mereka. Pada saat matahari mula memancarkan sinar, mereka seperti baru sahaja terjaga daripada tidur. Salah seorang di antara mereka berkata, 'Kami tidur terlalu nyenyak, sehingga lupa beribadah kepada Allah semalam. Mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian kita. Mari kita keluar dan pergi ke mata air. Di hadapan pintu gua ini ada mata air yang airnya jernih!"

Namun ketika mereka berada di luar pintu gua, didapati mata air itu sudah kering dan pepohonan yang merimbunpun sudah tidak ada. Malah, mereka tidak tahu pintu gua itu pernah ditutup rapat dengan batu-batu. Kini, batu itu sudah runtuh. Kemudian, Allah menjadikan mereka berasa lapar. Tamlikha berangkat menuju ke kota untuk membeli makanan. Spanjang perjalanan, dia berasa hairan kerana dia tidak dapat mengenali semua tempat yang dilaluinya. Setelah berada hampir di pintu gerbang kota, Tamlikha melihat bendera hijau yang bertulis: Tiada Tuhan selain Allah dan Isa adalah roh Allah. Dia berkata, "Apakah aku sedang bermimpi?" Setelah memasuki kota, dia bertambah hairan kerana kebanyakan orang yang ditemuinya sedang membaca kitab suci. Tamlikha tidak dapat mengecam seorangpun daripada mereka.

Setibanya di pasar, dia menemui penjual roti yang kebetulan berada tidak jauh daripadanya. Dia bertanya, "Encik, apa nama kota ini?" Penjual roti itu menjawab, "Aphesus." Tamlikha bertanya lagi, "Siapa nama rajanya?" Penjual roti menjawab, "Abdurrahman." Tamlikha benar-benar bingung. "Oh ya, saya mahu beli roti." Tamlikha mengeluarkan wang daripada saku bajunya dan memberikan wang itu kepada penjual roti. Penjual roti itu terkejut kerana wang yang diberikan oleh Tamlikha itu adalah wang yang digunakan pada ratusan tahun yang lalu.

bersambung

Surah Ali Imran ayat 26&27, doa untuk murah rezeki & selesaikan hutang




Surah Ali Imran ayat 26 dan 27 diketahui sebagai ayat yang dapat memulihkan rasa putus asa ketika menghadapi masalah ekonomi. Dengan sering membaca ayat ini berulang-ulang mengikut kemampuan, dipercayai dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Tapi harus melakukannya dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah.

Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini.

Amalkan membaca kedua-dua ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)

Zikir Hasbi Rabbi dan Asma Ul Husna

Mari kita menghayati zikir Hasbi Rabbi dan Asma Ul Husna ini.


Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Thursday, 3 May 2012

Fadhilat Surah Yasin part 2


Untuk Keselamatan Diri & agar Yang Susah Menjadi Senang..
• Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
• Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
• Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
• Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
• Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
• Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
• Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. • Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
• Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba • Tiupan ke-dua – Hancur • Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
• Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
• Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
• Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
• Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang
bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79)
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
• Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
• Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud
(3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
Elok dibaca
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
• Yasin is the jantung of Al-Quran
• Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Wednesday, 2 May 2012

Fadhilat Surah Yasin

Apabila tiba malam Jumaat, biasanya akan berkumandanglah masjid-masjid dan surau-surau dengan bacaan Yasin. Surah Yasin adalah surah yang mempunyai begitu banyak kelebihan seperti berikut:


Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Adalah diriwayatkan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah SWT akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah SWT membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar ( tidak beriman). 

Menurut satu riwayat Rasulullah SAW bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Umatku" 

Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. 

Diriwayatkan pada hadith yang lain, "Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Maqri Rahmatullah 'Alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seseorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "

Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. 

(Kebanyakan daripada hadith diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah-setengah ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)

Wednesday, 18 April 2012

Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit-Penyakit Kronik

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat ada dari bentuk yang dimakan, atau diminum, atau disapu. Ada juga ubat dalam bentuk zikir-zikir. 




Dikongsikan disini zikir-zikir amalan untuk hindari dari penyakit-penyakit kronik:-
1. Kencing Manis - Baca zikir tersebut 41 kali setiap hari
2. Darah tinggi - Baca zikir 41 kali setiap hari
3. Sakit Jantung - Baca zikir 41 kali setiap hari dan 18 kali ketika hendak tidur
4. Resdung - Baca 72 kali selepas solat fardu


InsyaAllah, Allah s.w.t. akan sembuhkan penyakit-penyakit itu.
Berdasarkan kitab-kitab lama. Dikongsikan oleh Ustaz Haji Daud Bin Tahir dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 79 tahun pada tahun 2009.


Beliau ialah seorang bekas guru ugama dan kini aktif memberikan kuliah agama di sekitar kawasan berdekatan. Juga mengajar ilmu tajwid di Mussalla Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas tajwid diadakan setiap hari dari jam 3 petang - solat Asar. Semua dipersilakan.

Saturday, 14 January 2012

Bacalah surah Al-Insyirah apabila ditimpa kesusahan


Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.

Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.

Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.


Terjemahan Surah Al-Insyirah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

FADILATNYA:-

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.