Memaparkan catatan dengan label bani tamim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bani tamim. Papar semua catatan

Khamis, 16 Julai 2020

Bani Jawi Dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir

Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah (dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki martabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang -gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ku serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.

Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat martabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.

Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.

Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memartabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan memuliakan Bani Jawi.

Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimartabatkan dengan agama ini seperti firman Allah SWT:
  
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
  
النور: ٥٥
  
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55
  
Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu ! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.

Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu adalah seorang pemimpin, kerana Rasulullah s.a.w. melantik sebagai ketua di kalangan mereka yang memahami surah Al-Baqarah. Di dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka.

Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.

Bangunlah Wahai Bangsaku Bani JaWi / Bani TaMim
Janganlah Tidur Lagi Kerana Musuh Sudah Datang


Isnin, 6 Julai 2020

Bangsa Mim Era Nabi Ibrahim AS

Nabi ibrahim AS adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal Uzair. Nabi Ibrahim AS datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.
Pada zaman itu, ada suatu golongan di gelar “patriarchs” atau pun golongan “bangsawan" yang membina keluarga dan mempunyai negara kota sendiri. Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim AS memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan oleh Firaun kerana Firaun ingin melaksanakan niat jahatnya terhadap Sarah. Sarah adalah seorang wanita yang sangat cantik tidak terbanding di zamannya.
Sarah kemudian mengadu kepada Allah SWT. Ia beribadah dan bersujud, kemudian mengadukan kesedihannya. Ia memohon perlindungan kepada Allah SWT. "Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu, mengetahui bahawa aku menjaga kehormatanku untuk suamiku, maka janganlah kau jadikan raja kafir itu berkuasa atasku," kata Sarah sambil menangis. Allah SWT dengan rahmatNya telah mengabulkan doa Sarah lalu mentajallikan kalimah "La Haulawala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim" kepada Sarah. 
Firaun kemudian datang kepada Sarah. Melihat kecantikannya, timbul nafsu dalam diri Firaun. Berkali-kali sang raja ingin menyentuh Sarah, namun tangannya terasa lumpuh. Firaun tak mampu bergerak. Tangannya terpaku di dada. Ia kemudian berkata pada Sarah, "Aku berjanji tak akan mengganggumu. Mohonlah kepada Tuhanmu agar melepaskan tanganku. Sungguh, aku tidak akan menyakitimu." Sarah kembali berdoa, "Ya Allah, jika benar yang ia katakan, lepaskanlah tangannya."

Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan ‘puterinya’ sendiri untuk di nikahi oleh Ibrahim AS. Wanita itu adalah HAJAR.
Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf. Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. 
Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di tempuhinya termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. 
Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI. Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai ‘the lost tribe’ oleh para yahudi. ‘The lost tribe’ ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.
Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah ‘ahli rumah’ mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. 
Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama ‘ARAB’, bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan ‘ahli rumah’ Bahtera Nuh.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAH + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.
Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. 
ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.


Ahad, 5 Julai 2020

Rahsia disebalik nama Keturah (wangi-wangian)

Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan, perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu. 'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'. 'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur; dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu. Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur, menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.

Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini, ketika di sebelah Parsi-Sumeria, bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala, tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur, ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India. Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.

Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu. 'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya, pemikiran seterusnya kaum itu sendiri. Gadis yang bernama Mala, Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.

Dari sukukata 'Mala', bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.

Bunga, haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri. Jika kita ingin mengenali bangsa ini, kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu. Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan, mistik atau mengawet sesuatu. Bangsa misteri selain menggunakan bunga-bungaan, sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.

Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan rempah. Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh, sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan. Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu. Mengapa? Pada zaman dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab, mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak. Ini membuatkan mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.

Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno. Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan; membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka. Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno, selain kerajaan Samaria) kerapkali membakar kemenyan; salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.

Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu. Sebab itu para Firaun secara rahsia mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu. Di Kuil Hatshepshut, ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara, dan terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati, Keruing atau Merapoh. Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.

Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga, tetapi terdapat tiga kemungkinan,

1. Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan, menuju ke Himalaya, merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu. Rujuk Teori Ibrahim-Keturah

2. Atau dari Tanah Kanaan, mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu. Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.

3. Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau. Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.

Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan, sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah, atau 'kemenyan/wangi-wangian' dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah 'Melur', 'Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan Nusantara.

Sabtu, 4 Julai 2020

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang KETIGA bernama Keturah/Qanturah.  Siti Qanturah yang berkulit sawo matang, cantik rupa paras dan berbudi pekerti. Bagi anak-anak dari keturunan Qanturah ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil di Makkah, Nabi Ibrahim Khalilullah meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu tempat yang bernama Kembayat atau Kemboja (hari ini dikenali sebagai Kampuchea) dan berkahwin di sana. Di Kembayat, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah atau Qanturah dan mendapat enam orang anak. Kemudian Nabi Ibrahim pulang ke Kanaan, tapi Keturah dan enam anaknya tidak ikut serta. Keturunan Nabi Ibrahim AS bersama isterinya Keturah ini berkembang biak di Kemboja dan sekitar Nusantara dan akhirnya bergelar Bani Jawi. Menurut lidah Arab, Jawi itu bermakna jauh, iaitu jauh dari tanah Arab (Timur Tengah). Di sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah ‘Jawa’ itu sendiri berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah asalnya ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ ertinya jauh.




Qanturah ada disebutkan dalam Bible (Book of Genesis, chpt 25 vers 1-2) , dalam edisi Bible terjemahan bahasa Arab (al-Kutub al-Muqaddas. Cetakan ketiga, tahun 1994. Dar al-Masyriq, Beirut), menyebutkan:

وعاد إبراهيم فأخذ زوجة اسمها قطورة؛ فولدت له زمران ويقشات ومدان ومدين ويشباق وشوحا.

"Setelah Ibrahim pulang, beliau mengahwini seorang isteri yang bernama Qathurah/Qanturah. Lalu, Qathurah/Qanturah melahirkan untuk Ibrahim (anak yang bernama) Zimran, Yuqsyan, Madani, Midyan, Yisybaq, dan Syuha".

Selain hal ini disebut dalam kitab perjanjian lama,  Ibnu Katsir   rhm.  Dalam kitab  'al Bidayah wa al Nihayah' juga menukilkan tentang Nabi Ibrahim a.s mengahwini Qantura. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu).


Dalam doa Nabi Ibrahim:” Wahai tuhan kami, utuskan dikalangan mereka seorang rasul yg membacakan ayat-ayat Engkau dan mengajar kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mulia lagi Bijaksana. Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah daripada isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin daripada orang-orang bertaqwa”.
Doa itu diperkenan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dilahirkan daripada keturunan Siti Hajar. Kemudian Nabi Ibrahim memerintahkan anak-anaknya daripada zuriat Siti Qanturah untuk menetap di Timur Asia Tenggara. Para Ulama Yaman menyatakan Timur yang dimaksudkan itu ialah kepulauan Melayu yang merangkumi Pattani, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Kampuchea dan seterusnya berhijarah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Nusantara . 

Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat. Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya. 

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qanturah. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari’at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, dan akhirnya Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul sesetengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan sebelum kedatangan Islam.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu ke Sufian bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik hitam bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk-habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik.

Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara kesufian dan kerohanian dikaitkan dengan Wali Sembilan. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan Ajaran Islam dan budaya Arab, dan Khurasan.

Satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Cuba baca kata-kata Nabi ini:
    “Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. “Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama”.
    
Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang). Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.


Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?

ASAL-USUL KETURAH/QANTURAH


Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (kini Iraq) tamadun Mesopotamia (di antara Iraq, Kuwait dan Syiria) pada 2334-2279 SM. Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat Dunia.
Anda boleh tonton filem 10,000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid di tengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.
Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.
Ini adalah di antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.
Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit.
Kini susur galur cucu cicit bangsa agung ini sudah tidak kenal lagi siapa diri mereka. Sehinggalah suatu masa nanti, akan datang pembawa berita yang akan mengingatkan mereka semula. Ya… masa itu sudah pun dekat. Masa itu sudah teramat dekat.

BUMI PENUH LAGENDA DAN MISTERI

Assalamualaikum Wahai Umat Islam, Bani Jawi dan Bangsa Melayu Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti ……… 

Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini merupakan jantung dan nadi kepada bumi dan dari bumi ini lah Jibrail A.S mengambil tanahnya untuk di jadikan jantung Bapa kita Nabi Adam A.S …..



Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas (Golden Chersonese) sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang terbaik di dunia


Ketahilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi (Secret Hidden Place) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S

Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia. Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa …… air mata nya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta….. dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya ….



Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat.



Ketahulah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keamanan.

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain yang empunya 2 Tanduk bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir. 

Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh Kekuatan Kerohanian dan Semangat Perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan Risalahnya Agamanya Suci iaitu ISLAM sampai ke hari Kiamat ……



Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut …. 

Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan …….. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan Dakwah yang mana Agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya …….



Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W . 

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri nya yang 5 orang itu adalah dari Keturunan Ahlul Bait ……….. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu Kekasihnya … Habibullah Rasul ALLAH S.A.W.  



Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara Keagungan dan Kedaulat Islam …… kenapa … ?



Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini …….. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ………



Oleh itu Wahai Umat Islam Wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau ………….. teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam ………. Jangan takut dan ragu-ragu ….. selagi kamu memikul Agama Islam dan Risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu…



Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia ……… sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu …….. kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai ….