Sabtu, 4 Julai 2020

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang KETIGA bernama Keturah/Qanturah.  Siti Qanturah yang berkulit sawo matang, cantik rupa paras dan berbudi pekerti. Bagi anak-anak dari keturunan Qanturah ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil di Makkah, Nabi Ibrahim Khalilullah meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu tempat yang bernama Kembayat atau Kemboja (hari ini dikenali sebagai Kampuchea) dan berkahwin di sana. Di Kembayat, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah atau Qanturah dan mendapat enam orang anak. Kemudian Nabi Ibrahim pulang ke Kanaan, tapi Keturah dan enam anaknya tidak ikut serta. Keturunan Nabi Ibrahim AS bersama isterinya Keturah ini berkembang biak di Kemboja dan sekitar Nusantara dan akhirnya bergelar Bani Jawi. Menurut lidah Arab, Jawi itu bermakna jauh, iaitu jauh dari tanah Arab (Timur Tengah). Di sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah ‘Jawa’ itu sendiri berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah asalnya ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ ertinya jauh.




Qanturah ada disebutkan dalam Bible (Book of Genesis, chpt 25 vers 1-2) , dalam edisi Bible terjemahan bahasa Arab (al-Kutub al-Muqaddas. Cetakan ketiga, tahun 1994. Dar al-Masyriq, Beirut), menyebutkan:

وعاد إبراهيم فأخذ زوجة اسمها قطورة؛ فولدت له زمران ويقشات ومدان ومدين ويشباق وشوحا.

"Setelah Ibrahim pulang, beliau mengahwini seorang isteri yang bernama Qathurah/Qanturah. Lalu, Qathurah/Qanturah melahirkan untuk Ibrahim (anak yang bernama) Zimran, Yuqsyan, Madani, Midyan, Yisybaq, dan Syuha".

Selain hal ini disebut dalam kitab perjanjian lama,  Ibnu Katsir   rhm.  Dalam kitab  'al Bidayah wa al Nihayah' juga menukilkan tentang Nabi Ibrahim a.s mengahwini Qantura. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu).


Dalam doa Nabi Ibrahim:” Wahai tuhan kami, utuskan dikalangan mereka seorang rasul yg membacakan ayat-ayat Engkau dan mengajar kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mulia lagi Bijaksana. Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah daripada isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin daripada orang-orang bertaqwa”.
Doa itu diperkenan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dilahirkan daripada keturunan Siti Hajar. Kemudian Nabi Ibrahim memerintahkan anak-anaknya daripada zuriat Siti Qanturah untuk menetap di Timur Asia Tenggara. Para Ulama Yaman menyatakan Timur yang dimaksudkan itu ialah kepulauan Melayu yang merangkumi Pattani, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Kampuchea dan seterusnya berhijarah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Nusantara . 

Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat. Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya. 

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qanturah. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari’at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, dan akhirnya Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul sesetengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan sebelum kedatangan Islam.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu ke Sufian bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik hitam bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk-habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik.

Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara kesufian dan kerohanian dikaitkan dengan Wali Sembilan. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan Ajaran Islam dan budaya Arab, dan Khurasan.

Satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Cuba baca kata-kata Nabi ini:
    “Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. “Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama”.
    
Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang). Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.


Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?

ASAL-USUL KETURAH/QANTURAH


Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (kini Iraq) tamadun Mesopotamia (di antara Iraq, Kuwait dan Syiria) pada 2334-2279 SM. Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat Dunia.
Anda boleh tonton filem 10,000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid di tengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.
Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.
Ini adalah di antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.
Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit.
Kini susur galur cucu cicit bangsa agung ini sudah tidak kenal lagi siapa diri mereka. Sehinggalah suatu masa nanti, akan datang pembawa berita yang akan mengingatkan mereka semula. Ya… masa itu sudah pun dekat. Masa itu sudah teramat dekat.

BUMI PENUH LAGENDA DAN MISTERI

Assalamualaikum Wahai Umat Islam, Bani Jawi dan Bangsa Melayu Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti ……… 

Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini merupakan jantung dan nadi kepada bumi dan dari bumi ini lah Jibrail A.S mengambil tanahnya untuk di jadikan jantung Bapa kita Nabi Adam A.S …..



Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas (Golden Chersonese) sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang terbaik di dunia


Ketahilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi (Secret Hidden Place) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S

Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia. Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa …… air mata nya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta….. dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya ….



Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat.



Ketahulah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keamanan.

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain yang empunya 2 Tanduk bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir. 

Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh Kekuatan Kerohanian dan Semangat Perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan Risalahnya Agamanya Suci iaitu ISLAM sampai ke hari Kiamat ……



Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut …. 

Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan …….. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan Dakwah yang mana Agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya …….



Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W . 

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri nya yang 5 orang itu adalah dari Keturunan Ahlul Bait ……….. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu Kekasihnya … Habibullah Rasul ALLAH S.A.W.  



Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara Keagungan dan Kedaulat Islam …… kenapa … ?



Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini …….. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ………



Oleh itu Wahai Umat Islam Wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau ………….. teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam ………. Jangan takut dan ragu-ragu ….. selagi kamu memikul Agama Islam dan Risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu…



Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia ……… sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu …….. kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai ….


1 ulasan: