Rabu, 1 Julai 2020

Mereka Yang Terdahulu - Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram

Sebenarnya Al-Hin bukanlah makhluk yang paling awal tinggal di bumi ini. Ada lagi makhluk lain yang lebih tua dari Al-Hin iaitu Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram adalah makhluk yang mendiami bumi sekitar 1000-2000 juta tahun yang lalu. Makhluk berempat ini iaitu Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram ialah satu bangsa iaitu bangsa Polippa. Walaubagaimanapun, dimensi mereka berbeza. Al-Hin adalah makhluk 5-dimensi, Al-Bin 6-dimensi manakala Al-Tam dan Al-Ram adalah makhluk 7-dimensi. Ini bermakna Al-Tam dan Al-Ram adalah makhluk yang lebih halus dari Al-Bin dan Al-Hin.

Bangsa Polippa berbentuk menyerupai manusia dan bersayap. Beza antara keempat-empat bangsa tersebut ialah warna sayapnya. Al-Hin bersayap putih, Al-Bin bersayap merah putih, Al-Tam bersayap hitam dan Al-Ram bersayap ungu. Mereka adalah bangsa yang suka berperang. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah SWT kerana kemungkaran mereka melakukan kerosakan dibumi. Hukumannya ialah mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Populasi mereka yang tinggal sekarang ialah sekitar 7,000 orang.

Berikut adalah ayat Al-Quran yang menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini:

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (6:6)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan