Selasa, 7 Julai 2020

Mengenal Alam Jin, Sihir dan Cara Mengelakkan Sihir

Alam Jin

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jiniy yang bermaksud "yang tersembunyi" atau " yang tak terlihat". Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api berdasarkan ayat berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. (Al-Hijr 15 26-27)

Jin juga ada yang akan masuk syurga atau masuk neraka kerana amalannya di dunia. Firman Allah SWT maksudnya : "Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh sebelumnya, oleh jin mahupun manusia." (Ar-Rahman 55:55-56)

Seperti yang saya ceritakan dalam artikel yang lepas, jin itu adalah makhluk halus 4-dimensi yang hidup di langit ke-2. Walaubagaimanapun jin itu banyak menjadikan bumi 3-dimensi sebagai tempat tinggal mereka. Antara tempat tinggal jin di bumi ialah: tanah perkuburan, gua, tempat kematian, laut, sungai, pokok, lubang, atas angin dan atas awan.

Jin itu boleh merubahkan rupanya kepada pelbagai bentuk. Hantu dalam masyarakat melayu seperti hantu raya, pocong, galah, gigi, susu sebenarnya adalah jin kafir. Jin kafir ini menjelma dalam bentuk menakutkan seperti hantu adalah kerana:
1. Mereka hendak menakutkan manusia. Mereka berharap agar manusia lebih takutkan hantu berbanding Allah SWT.
2. Mereka berhasrat agar manusia jauh dari Allah SWT. 

Kerajaan Jin

Jin juga mempunyai kerajaannya seperti berikut:

7 raja jin alam bawah (kafir)
1. Mazhab
2. Murroh
3. Syamhurash
4. Ahmar
5. Burkhan
6. Zubai'ah
7. Maimon

4 raja jin Ifrit (kafir)
1. Sumrith
2. Munaliq
3. Hadlabaajin
4. Shughal

7 raja jin alam atas (Islam)
1. Rukiya-ail
2. Jibriya-ail
3. Sam-sama-ail
4. Mikiya-ail
5. Sarifiya-ail
6. Ainya-ail
7. Kasfiya-ail

Ketua jin (Islam)
Tho-Thamghi Yam Ya Li

Malaikat ketua segala jin
Mai-thotorun/Qut-bul Jala-lah

Ilmu Hitam/Sihir

Definisi ilmu hitam/sihir ialah perhubungan/perjanjian dengan Iblis/jin/syaitan dengan jalan yang salah/jalan yang sesat.

8 Perjanjian Sihir
1. thori-qoh-tul iqh-sam : Perjanjian dengan jin/syaitan untuk mengetahui benda ghaib seperti menilik barang hilang, mengetahui rahsia seseorang dsb.
2. thori-qoh-tul zabh-hi : Melakukan penyembelihan untuk tujuan ritual/pemujaan.
3. thori-qoh-tul sul-fiyah : Melakukan sesuatu yang karut-marut dan tak masuk akal. Contoh: melumurkan najis di seluruh badan dan mandi sebulan sekali.
4. thori-qoh-tul an-naja-sah : Menggunakan najis untuk tulis ayat suci.
5. thori-qoh-tang-kiss : Tulis ayat Quran terbalik.
6. thori-qoh-tul-tan-jim : Kena sembah benda/berhala/syaitan.
7. thori-qoh-al khaa-fi : Membaca tapak tangan dengan mengamalkan mantera tertentu.
8. thori-qoh-al-assar : Sihir dengan menggunakan barang milik mangsa seperti rambut dsb.

8 Cara Mengelakkan Sihir
1. Memulakan sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim.
2. Makan tamar Ajwa dalam bilangan ganjil setiap hari.
3. Berwudhu sebelum tidur.
4. Baca ayat Qursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur.
5. Baca doa masuk tandas.
6. Baca 3 Qul sebelum tidur.
7. Solat tahajud.
8. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.


Sebenarnya cara yang paling mudah untuk mengelakkan gangguan syaitan/sihir ialah dengan memperbanyakkan zikir kerana mereka yang banyak berzikir itu adalah dekat dengan Allah SWT dan Allah SWT akan melindungi hamba-hambaNya yang dekat denganNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan