Khamis, 9 Julai 2020

Ubat Alami Penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Perhatikan tiga hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
Di akhir zaman ini, kita telah ditanam di fikiran kita bahawa penyakit kencing manis dan darah tinggi itu tidak akan sembuh. Kenyataan ini adalah hasil kajian doktor-doktor perubatan di negara barat. Sekarang anda fikir, anda nak percaya kepada kenyataan doktor barat yang kafir atau anda nak percaya kepada kenyataan Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah SWT?
Petunjuk Ubat Kencing Manis dan Darah Tinggi
Sudah menjadi sunnatullah bahawa Allah SWT menjadikan sesuatu itu ada petunjuknya. Contohnya petunjuk bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Rasulullah ialah pada Khatamun Nubuwah (cop kenabian) yang berada di belakang badannya antara dua bahu. Berkenaan penyakit kencing manis dan darah tinggi ini, petunjuk kepada ubat penyakit ini ialah pada perkataan "manis" itu.
Perhatikan ayat Quran berikut:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl 16:68-69)
Allah SWT jelas menyatakan bahawa madu itu adalah ubat di dalam Al-Quran. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang menjadikan makan madu ini sebagai makanan harian?
Perhatikan hadis berikut:
Dalam hadis Abu Hurairah ra, diriwayatkan beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, "Al-Habbatus Sauda itu penawar bagi segala penyakit kecuali maut."
Jelas Habbatus Sauda itu adalah penawar segala penyakit. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang menjadikan makan habbatus sauda ini sebagai makanan harian?
Sebenarnya ilmu kedoktoran dari Barat itu juga ilmu yang benar kerana ianya adalah berdasarkan kajian doktor Barat ke atas tubuh manusia. Al Quran dan hadis itu juga benar kerana ianya adalah wahyu dari Allah SWT. Amalkanlah kedua-dua ilmu kedoktoran dan ilmu dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dan carilah jalan berubat menggunakan kedua-dua ilmu tersebut. Maksudnya amalkanlah kedua-dua ubat perubatan modern dan ubatan alami dan beransur-ansurlah untuk melebihkan perubatan alami itu sehingga anda sembuh.
Cara pemakanan sunnah untuk berubat dari penyakit kencing manis dan darah tinggi:
1. Makan madu tiga sudu sehari - pagi, petang dan malam
Saya cadangkan madu Thibbun Nabawi Ustaz Ahmad Dusuki kerana madu ini telah diruqyah oleh hafiz-hafiz sekolah pondok beliau.
2. Makan habbatus sauda tiga kali sehari - pagi, petang dan malam
Habbatus sauda juga boleh dibeli di Thibbun Nabawi. Saya biasa amalkan botol 3in1: Habbatus Sauda, madu dan minyak zaitun.
3. Amalkan makan buah tin dan minyak zaitun
Allah SWT telah bersumpah dengan buah tin dan buah zaitun dalam surah At-tin. Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu itu, sesuatu itu adalah istimewa/mempunyai khasiat yang tinggi.
4. Amalkan makan kurma Ajwa
Kurma adalah makanan sunnah Rasulullah SAW dan kurma yang terbaik ialah kurma Ajwa. Amalkan makan kurma Ajwa setiap hari dalam bilangan ganjil 3,5,7 atau 9.
Ibadat Yang Boleh Menyembuhkan Banyak Penyakit

Sebenarnya ibadat puasa yang difardhukan kepada umat Nabi Muhammad SAW itu mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Antara kebaikan puasa ialah menyembuhkan banyak penyakit, termasuklah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Oleh itu lazimkanlah berpuasa sunat, terutamanya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Sekiranya anda tidak percaya anda boleh google 'benefit of intermittent fasting' iaitu hasil kajian orang Barat tentang manfaat puasa kepada tubuh manusia.

Yoga Perut/Kapalbhati
Penyakit kencing manis/diabetes itu adalah berpunca dari organ pankreas yang tidak aktif. Ada banyak sebab kenapa ini berlaku antaranya chemical/additives yang terlampau banyak di akhir zaman ini, lemak yang berlebihan di bahagian pankreas, gaya hidup yang tidak aktif , makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak gula dsb.
Oleh yang demikian, untuk mengaktifkan kembali organ pankreas yang "tidur" tersebut, anda boleh mengamalkan yoga perut seperti berikut:
Semasa membuat yoga Kapalbhati, sebutlah zikir Hu semasa menghembuskan nafas agar anda dapat pahala berzikir sambil mengubati diri anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan