Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan

Rabu, 6 Julai 2011

Ubatan Hakiki

Allahu Ya Allah hu Ya Allah Ya Allah


Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah


Wahai hamba yang mukminin 2x
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd



Jumaat, 1 Julai 2011

Sistem Multi Level Marketing (MLM)

Sistem MLM sebenarnya bukan sistem ciptaan manusia tapi sebenarnya sistem yang ditiru dari Sunnatullah atau hukum Allah.


Dalil Naqli#1: Berdasarkan hadis Nabi SAW - Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka (Hadis riwayat Abu Hurairah). Ini bermakna downline tetap mendapat pahala tetapi pada masa yang sama 100% daripada pahala downline juga akan diperolehi oleh upline.

Tetapi sistem MLM manusia tidak mampu untuk meniru secara 100% sistem MLM Allah. Sistem MLM manusia hanya memberi sedikit % dari bonus downline kepada upline. Dengan % bonus yang sedikit ini telah menyebabkan ramai leaders di dalam MLM di Malaysia yang menjadi millionaire. Ternyatalah sistem MLM Allah itu jauh lebih hebat dari sistem MLM manusia, kerana Allah memberi 100% pahala downline kepada upline sekiranya seorang upline itu berjaya mendidik downlinenya menjadi seorang yang diredhai Allah.

Oleh yang demikian, antara amalan yang paling disukai oleh Allah dan paling banyak pahalanya ialah berdakwah. Malah pahala dari ilmu yang bermanfaat itu akan berterusan walaupun orang yang mengajar itu sudah tiada lagi di dunia ini selagi anak dan cucu cicit muridnya berterusan mengamalkan apa yang diajar oleh gurunya itu.

Tetapi sebenarnya amalan yang PALING disukai oleh Allah ialah berjihad di jalannya. Jihad bermakna anda mengorbankan barang berharga yang anda ada semata-mata keranaNya. Contoh barang berharga yang anda ada ialah MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT. Kenapa bersama dengan HPA dikatakan satu  jihad? Ini kerana anda berusaha dan memperjuangkan makanan halalan dan toyyiban yang diusahakan oleh umat Islam untuk kepentingan umat Islam kerana Allah SWT.

Dalil Akli#1: Kita percaya berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat. Maksudnya sekiranya kita korbankan wang, masa dan tenaga di dunia ini kita mengharapkan Allah membalas dengan wang, masa dan tenaga di akhirat kelak. Keajaiban sistem MLM ialah wang, masa dan tenaga yang dikorbankan akan mendapat balasan wang, masa dan tenaga di dunia ini lagi. Adalah biasa untuk leaders yang berkecimpung lama dalam MLM untuk mendapat income 10k / 20k / 30k setiap bulan tanpa perlu bekerja lagi. Bermakna mereka sudah dapat kembali wang, masa dan tenaga yang dikorbankan dulu di dunia ini lagi, apatah lagi di akhirat kelak.

Dalil Naqli#2: Berdasarkan ayat Al-Quran: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjihad untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff ayat 3)
Dalil Aqli#2: Dalam ayat di atas, disebut 2 katakunci iaitu bangunan dan tersusun kukuh. Bangunan apakah yang paling kukuh di dunia ini? Jawapannya ialah pyramid yang masih tidak rosak walaupun sudah dimakan usia beribu-ribu tahun. Jadi, untuk membina jemaah yang kukuh perlulah ditiru bentuk pyramid dan bentuk inilah yang digunakan oleh sistem MLM.
Sistem MLM juga adalah jalan paling pintas untuk membina jemaah kerana ianya berdasarkan gandaan. Saya bagi contoh:

Bulan                  Formula                                               Bilangan ahli
pertama             permulaan                                           1
kedua                 1+1x13                                                 13+1
ketiga                 1+1x13+13x23                                    313

Ini adalah satu formula yang hebat kerana dalam masa 3 bulan sahaja sudah berjaya mengumpul seramai 313 ahli.

Oleh itu saya ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli di bawah saya dalam syarikat MLM HPA. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarikat MLM HPA ini, sila klik di bawah:

Khamis, 23 Jun 2011

MLM ikut syariah bukan taja downline

Oleh Najahudin Lateh

SATU isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan melalui neraca muamalat Islam ialah berkaitan perniagaan jualan langsung (MLM). Reka bentuk MLM yang pada asalnya selari dengan syariah sering kali dilencongkan hingga menjadikannya haram.

Ironinya, peserta MLM sama ada syarikat atau ejen pengedar yang membentuk dan memandu sistem pengedaran menjadi tidak menepati hukum Islam. Hal ini boleh dikesan melalui pelan pemasaran, produk, harga, komisyen dan pelbagai elemen lain yang tidak memenuhi kontrak muamalat.
Hakikat yang perlu diakui, MLM ialah instrumen pemasaran terbaik untuk mengedar sesuatu produk atau perkhidmatan kerana pengedar yang dilantik oleh syarikat akan membentuk rangkaian pengedar lain di bawahnya.

Seterusnya mereka akan mendapat bonus, komisen atau insentif hasil daripada jualan peribadi dan rangkaian masing-masing. Daripada aspek kontrak muamalat, MLM biasanya membabitkan kontrak al-Bai (jual-beli) dan al-Ju’alah (upah).

Oleh itu, sistem pemasaran ini sewajarnya menepati semua syarat kontrak seperti produk jualan hendaklah halal, wujud ketika akad dan boleh diserah kepada pembeli. Selain itu, bonus atau komisyen hendaklah diketahui nisbahnya, dimiliki oleh syarikat dan bukan diambil daripada yuran keahlian rantaian yang ditaja pengedar.

Justeru, MLM yang patuh syariah bukannya menjalankan transaksi secara skim piramid yang menghendaki peserta baru membayar yuran dan kemudian bayaran itu diagihkan kepada pemilik skim dan upline.

Objektif utama MLM mengikut syariah adalah menjual produk dan bukannya menaja downline. Keuntungannya daripada keuntungan jualan produk bukan kutipan yuran keahlian.
Ada kala wujud dalam sistem MLM, produk hanyalah replika duplikasi laman web yang boleh menempatkan downline yang ditaja secara automatik. Sasaran sistem itu adalah menaja dan menempatkan rangkaian, bukannya untuk jualan produk.

Walaupun kebanyakan sistem sebegini mempunyai produk dalam laman tetapi ia hanya helah dan tempelan untuk mengesahkan transaksi. Ini boleh dikesan melalui jenama produk yang tidak dikenali, tetapi harganya sangat melampau berbanding produk hampir sama di pasaran.

Pemasaran secara MLM juga jauh daripada syariah apabila wujud elemen pengharaman dalam muamalat Islam seperti riba, judi, gharar (ketidakpastian) dan penipuan serta pemalsuan.
Unsur penipuan boleh dilihat melalui promosi serta gambaran melampau terhadap sesuatu produk sedangkan hakikat kualitinya tidak begitu dan harganya juga jauh lebih tinggi dengan produk setaranya di pasaran.

Kadang-kadang tipu membabitkan pengedar yang ditonjolkan dengan gambar berkereta mewah seolah-oleh syarikat yang menghadiahkan sedangkan syarikat hanya membayar deposit dan bulanannya dibayar pengedar itu sendiri.

Begitu juga gharar boleh berlaku apabila ‘upline’ memperoleh keuntungan daripada jualan ‘downline’ dengan hanya duduk goyang-kaki. Segala usaha jualan dilakukan oleh ‘downline’ tetapi ‘upline’ memperoleh habuan kerana terbabit sebagai penaja.

Justeru, semua perkara itu hendaklah dielakkan bagi menjamin rezeki yang diperoleh halal dan berkat. Sikap berhati-hati dan memilih menurut piawai syarat perlu diutamakan daripada impian dan nafsu kekayaan melimpah ruah.

Penulis ialah Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MLMikutsyariahbukantajadownline/Article (2011/06/13)

Sumber: http://ahmadzaki.wordpress.com/2011/06/13/mlm-ikut-syariah-bukan-taja-downline/