Thursday, 30 June 2011

Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah

Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah berdasarkan 1) ILMU 2) IMAN 3) TAKWA 4) AMAL

Kenapa ilmu itu diletakkan nombor 1?

Dalil Naqli#1: ….(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui (Surah Yusof ayat 76)

Dalil Akli: Rasulullah SAW yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran iaitu ilmu yang tertinggi adalah manusia yang paling mulia dan paling dikasihi Allah SWT.

Asas ibadat itu sendiri adalah dengan ilmu. Sekiranya seseorang itu solat tanpa ilmu iaitu tanpa menyempurnakan rukun-rukunnya, solatnya tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dalil Naqli#2: Maksud hadis Rasulullah SAW “Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat”

Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Juga berfikir tentang hari akhirat. Ini akan menambahkan ilmu dan meningkatkan iman.

Ilmu itu sendiri terbahagi kepada 2 iaitu 1) Ilmu Akli 2) Ilmu Laduni

Ilmu Akli boleh dipelajari dengan menggunakan akal. Ilmu ini boleh didapati oleh semua manusia yang rajin. Cara-cara agar ilmu Akli bertambah seperti berikut:
1.       Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun iaitu Iqra’ atau 
          maksudnya bacalah.
2.       Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3.       Mengamalkan apa yang kita tahu
4.       Mengajar apa yang kita tahu
5.       Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6.       Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Ilmu Laduni pula ialah ilmu yang bersifat seni (Kasyaf) yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang dikasihiNya. 

Dalil Naqli#3: hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Dalil Naqli#4: “Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu (ilmu Laduni)”. (Surah Al Kahfi ayat 65)

Cara mendapatkan ilmu Laduni ialah dengan membersihkan hati. Semakin bersih hati seseorang itu, semakin tinggi tingkatan Kasyafnya.

Kedua-dua ilmu Akli dan Ilmu Laduni itu hebat. Orang kafir dengan hanya menggunakan ilmu Akli dengan cara mengkaji hukum alam boleh menghantar roket ke bulan. Orang Islam sepatutnya lebih hebat dari orang kafir kerana orang Islam memiliki kedua-dua ilmu Akli dan ilmu Laduni.


Daripada ilmulah seseorang itu baru boleh pergi ke tingkat seterusnya iaitu beriman kepada Allah SWT. Bagaimana hendak percaya kepada Allah kalau tak kenal Allah? Sekurang-kurangnya kena tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah.


Saya bagi contoh lagi. Di zaman Nabi Musa AS, golongan manakah yang mula-mula beriman kepada dakwah Nabi Musa AS? Ini diterangkan oleh Allah SWT dalam surah TaHa:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (TaHa 20:70)


Golongan yang mula-mula sekali beriman kepada ajaran Nabi Musa AS ialah golongan ahli sihir Firaun kerana dengan ilmu sihir mereka, mereka mengetahui bahawa tongkat Nabi Musa yang menjadi ular itu bukanlah sihir tetapi adalah mukjizat dari Allah SWT. 


Ini menunjukkan dengan ilmulah seseorang itu akan dapat melihat kebenaran dan di zaman Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada golongan yang berilmu itu terlebih dahulu dari golongan yang lain walaupun ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang salah iaitu ilmu sihir. Apatah lagi jika ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang betul iaitu ilmu agama. 

Kenapa Iman diletak nombor 2?

Iman itu percara kepada perkara yang ghaib iaitu berdasarkan rukun iman 1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab 4) Rasul 5) Hari Kiamat 6) Qada’ dan Qadar

Dalil Naqli#1: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"

Ini menunjukkan iman itu dipandang tinggi oleh Allah, walau hanya sebesar biji sawi melayakkan seseorang itu masuk syurga setelah dibersihkan dosanya dengan api neraka.


Dalil Naqli#2: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)


Dalam ayat diatas, Allah menegaskan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak kiralah mereka itu Yahudi, Nasrani atau Saabiin akan diberi ganjaran pahala oleh Allah dan mereka termasuk dalam golongan yang bahagia.


Dalil Aqli: bukan senang nak percaya dekat benda yang kita tak nampak. Makin tinggi kepercayaan kita, makin tinggilah iman kita.

Kenapa takwa nombor 3?

Takwa itu bermaksud takut kepada Allah. Setelah adanya Iman iaitu kepercayaan kepada Allah dan perkara-perkara yang ghaib barulah kita boleh mendidik hati kita untuk takut kepada Allah. Apabila hati kita takut kepada Allah, barulah kita akan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalil Naqli:
Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)

Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslim yang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.

Dalil Akli: Hanya orang yang takut dengan Allah dan percaya bahawa seluruh amalannya samaada baik atau buruk akan dihisab pada hari akhirat kelak akan menjadi seorang yang sangat baik.

Akhir sekali amal.

Amal itu apabila kita melakukan kebaikan dan beribadat semata-mata untuk mengharapkan keredhaanNya. Yang paling utama ialah rukun Islam itu sendiri iaitu 1) mengucap dua kalimah syahadah 2)solat 5 waktu 3) berpuasa bulan Ramadhan 4) mengeluarkan zakat 5) menunaikan haji di Mekah jika mampu

Dalil Naqli:  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang alim (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Dalil Aqli: Ada orang di dunia ini yang beribadat dengan banyak tapi muflis di akhirat kelak kerana 1) tidak ikhlas beribadat kerana Allah 2) pahalanya terpaksa digunakan untuk membayar dosanya kepada orang lain. 3) amalannya tidak diterima oleh Allah kerana sebab-sebab tertentu (akidah tidak betul, amalan yang tidak mengikut sunnah, amalan tanpa ilmu dsb)


Contoh ibadat tanpa ilmu - Takbir Ultraman

Ini menunjukkan seorang yang banyak amalannya itu belum tentu akan selamat di akhirat. Masih perlu diperiksa keikhlasan ibadatnya, berapa banyak dosanya kepada orang lain dan sama ada amalannya itu dengan ilmu dan mengikut sunnah Rasulullah SAW atau sebaliknya.

Sunnatullah atau Hukum Allah

Sunnatullah itu ialah Peraturan Allah atau Hukum Allah yang telah ditetapkan sejak Azali dan tidak akan berubah.

Dalil Naqli: Sesungguhnya kamu tidak akan mendapati apa yang disunnahkan Allah itu berubah. Sekali-kali kamu tidak akan mendapati apa yang telah disunnahkan oleh Allah itu bertukar ganti. (Fatir: 43)

Dalil Aqli: Sunnatullah itu juga ialah hukum alam seperti air mendidih pada suhu 100 darjah celcius, membeku pada 0 darjah celcius etc. Hukum alam ini juga tidak pernah berubah kecuali pada ketika yang sangat istimewa (api menyejuk kerana firman Allah untuk Nabi Ibrahim AS)

Kenapa mengetahui Sunnatullah ini penting? Apabila kita mengetahui sesuatu peraturan itu, barulah kita boleh mengikut peraturan itu. Contohnya peraturan ciptaan manusia iaitu lampu merah tanda berhenti. Kalau tak tahu dan tak ikut akan kemalangan.

Sunnatullah#1Yang sukar itu tinggi nilainya. Apa maksud sunnatullah ini? Maksudnya ada 2. Maksud yang pertama ialah kalau kita nakkan sesuatu yang tinggi nilainya kita hendaklah membayarnya dengan harga yang mahal. Di dunia ini kita percaya rumah banglo itu harganya lebih mahal dari rumah pangsa. Kenapa kita tak mahu percaya istana di akhirat yang besarnya melebihi 7 petala langit dan 7 petala bumi dan tidak akan rosak itu mahal harganya dan perlu di bayar untuk dimiliki?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah ( At-Taubah:111)

Maksud yang kedua ialah Allah akan menaikkan darjat mereka yang berjaya melakukan sesuatu yang sukar. Melakukan solat tahajud pada tiap-tiap malam adalah sesuatu yang sukar. Berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari yang afdal juga adalah sesuatu yang sukar. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berjaya melakukan dua perkara yang sukar ini, Insya Allah tuan-tuan dan puan-puan akan dikasihi oleh Allah. 


Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dituntut kerana:
1. Hari lahir Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin
2. Amalan kita dibawa mengadap Allah oleh malaikat selepas waktu Asar pada hari Isnin dan Khamis
3. Quran mula-mula diturunkan pada 17 Ramadhan iaitu pada hari Isnin

Sunnatullah#2


Allah itu Qun Fayaqun
Manusia itu Usaha, Doa, Ikhlas, Tawakal dan Istiqomah
  
Maksud Sunnatullah ini ialah Allah itu Maha berkuasa. Apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah itu, Allah sekadar berkata Qun (jadi) lalu Fayaqun (jadilah). Makhluk itu pula langsung tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan makhluk itu sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Hakikatnya makhluk yang ada kuasa itu sebenarnya tidak memiliki sebarang kekuasaan.


Maksudnya : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Kalimah Toyyibah yang indah
Dibaca saat hati merasa gundah
Menyedarkan diri kita
Bahawa sesungguhnya DIA lah Yang Maha Kuasa
Tiada Yang Lebih Berkuasa Selain DIA!!!

Sebenarnya Allah tidak memerlukan kita (umat Nabi Muhammad SAW) untuk memartabatkan agama Islam di muka bumi ini. Tetapi kenapa kita dipilih untuk menjalankan usaha dakwah ini? Jawapannya ialah untuk kebaikan kita. Allah ingin mengangkat darjat kita dan memberi kita pahala yang banyak. Manusia pula kerana bersifat lemah perlulah berusaha, berdoa, ikhlas (niat), bertawakal dan istiqomah sebelum sesuatu itu membuahkan hasil.

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (99) Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya) dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). (100)  (Yunus 10:99-100) 

Sudah menjadi Sunnatullah orang yang membuat kerja dakwah itulah yang mendapat paling banyak pahala dan mereka jugalah orang yang paling banyak diuji. Contohnya Nabi Ulul Azmi.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi ialah nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Muhammad SAW
2. Ibrahim AS
3. Musa AS
4. Isa AS
5. Nuh AS

Wednesday, 29 June 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Konsert Lawak Kimi

Dari dewan besar Atuk Labi membawakan
Kimex Sang Tuah. (Part 1)

Sambungan konsert hari itu yang tergendala
Hasil penangan orang gila. (Part 2)

Ini adalah satu konsert lawak yang mempersembahkan kesemua lagu yang dicipta secara bersama antara aku (lirik) dan Ghad (lagu). Enjoy!

video
Konsert Lawak Kimi Part 1

video
Konsert Lawak Kimi Part 2



Monday, 27 June 2011

Putra Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahadi

              Islam akan kembali Gemilang di Akhir Zaman Hari ini, bukan sahaja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.
            Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami perubahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.
             Sebelum kedatangan Rasulullah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan rasul. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang berkasih sayang, mudah saja mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang membawa dan memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.

            Satu kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamananan. Walaupun di dunia yang bangsa-bangsanya sudah memerlukan satu keadilan dan kasih sayang namun ia tetap memerlukan satu sistem alternatif. Maka pada kali ini adalah giliran Islam.
            Sila perhatikan 3 hadis berikut:

Sabda Nabi SAW,
1) "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." 

(Hadis riwayat At Tabrani) 

Ammar bin Yasir RA berkata,
2) “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

3) Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


            Sebenarnya hadis ke-3 dia atas merujuk kepada dua orang lelaki yang akan menjadi mujaddid bersama di akhir zaman ini iaitu Imam Mahadi dan Pemuda / Putera Bani Tamim (PBT) seperti berikut:


1. Seorang lelaki yang namanya seperti namaku = Imam Mahadi. Namanya Muhammad bin ********. Beliau adalah dari keturunan Saiyidina Hassan AS.
2. Seorang lelaki yang nama bapanya seperti nama bapaku = Pemuda Bani Tamim (PBT). Namanya ********** bin Abdullah. Beliau adalah dari keturunan Saiyidina Hussein AS.


             Menurut hadis yang ke-2, Pemuda Bani Tamim itu juga dikenali sebagai Syuaib bin Saleh. Perkataan bin ini jelas disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya dan bukannya perkataan lain seperti Ibnu. Katakunci untuk menentukan siapakah Pemuda Bani Tamim itu ialah melalui perkataan bin itu yang bermakna 'anak kepada'. Orang Arab sendiri suka menggunakan perkataan 'anak kepada' ini dan mereka tidak menggunakan bin tetapi menggunakan Ibnu contohnya Ibnu Sina. Orang Indonesia pula langsung tidak menggunakan bin. Contohnya Susilo Bambang Yudhoyono. Yang menariknya orang Melayu Malaysialah yang menggunakan perkataan bin sebagai tanda pengenalan diri. Jadi jelaslah bahwa ******* bin Abdullah yang datang dari Timur itu datangnya dari Malaysia atau nama lainnya Tanah Melayu (dieja dari huruf Ta dan huruf Mim = TaMim).


           Untuk mengetahui siapakah PBT itu, kita fokus kepada perkataan bin. Namanya bin Abdullah. Tetapi dalam hadis di atas, Rasulullah SAW tidak mengatakan bahawa PBT itu sama namanya dengan nama bapaku. Apa yang beliau katakan ialah seperti namanya dengan nama bapaku. Nama bapa Rasulullah SAW ialah Abdullah, gabungan 2 perkataan iaitu Abdul dan Allah. Oleh kerana Allah mempunyai 99 nama Asma Ul Husna, boleh jadi nama Allah perlu diganti dengan salah satu dari 99 nama tersebut. Oleh itu nama bapa PBT itu tak semestinya Abdullah tapi mungkin juga Abdul Raof atau Abdul Wahid dsb.


           Nama lain bagi Pemuda Bani Tamim ialah Syuaib bin Saleh. Sekali lagi kita fokus kepada perkataan bin itu. Ini bermakna Pemuda Bani Tamim itu juga adalah anak kepada Saleh. Oleh kerana ayah Pemuda Bani Tamim bernama Abdul ******. Maka saya berpendapat Saleh ini adalah nama datuknya, atau mungkin juga beliau adalah keturunan Nabi Saleh.


           Dalam hadis pertama, jelas disebutkan bahawa PBT itu ialah seorang pemuda. Saya berpendapat umur PBT itu ialah antara 30-40 tahun sewaktu beliau muncul kerana pada waktu inilah seseorang itu masih digelar pemuda tetapi pada masa yang sama mempunyai kematangan yang tinggi untuk dihormati oleh orang lain sebagai pemimpin.


                Di dalam surah TaHa ayat 25-30. Nabi Musa telah berdoa seperti berikut: Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28) Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) Iaitu Harun saudaraku. (30) TaHa adalah nama lain bagi PBT. Ini bermakna Imam Mahdi telah berdoa agar dia dikurniakan seorang pembantu dan itulah dia PBT.


            Dalam Surah Yasin ayat 13-14: Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), (13) Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu. (14) Diceritakan tentang kedatangan dua orang rasul (Imam Mahdi dan PBT), kemudian dua orang rasul ini dikuatkan oleh rasul yang ketiga (Nabi Isa AS). YaSin adalah nama lain bagi PBT.


            PBT adalah seorang yang sangat dimuliakan oleh Allah kerana besar sekali jasanya menyediakan sebuah tapak daulah Islamiah di Malaysia bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Imam Mahadi kerana dia sendiri langsung tiada keinginan untuk menjadi seorang khalifah / pemimpin / raja. Setiap hari Khamis malam Jumaat adalah hari yang istimewa bagi PBT kerana seluruh umat Islam akan membaca Surah YaSin iaitu surah yang ditujukan khas kepada PBT.  
            Kebangkitan yang bertaraf dunia itu akan dipimpin oleh Imam Mahadi dan dibantu oleh pemimpin kanannya iaitu Pemuda Bani Tamim dan ianya akan bermula dari Timur sebagaimana yang disebutkan dalam hadis rasulullah SAW :
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
            Tetapi bagi umat Islam, tidak dapat menjadi tapak kebangkitan itu walaupun berkeinginan ke arah itu. Walaupun inginkan perubahan tetapi mereka masih bingung dan tercari-cari. Tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Kalau dilakukan juga, kita sudah melihat hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang beku dan jumud, ada yang pergi ke pondok atau pesantren dan sebagainya. Kerajaan sudah mula bimbang kerana orang ramai hendak menghantar anak mereka ke institusi agama.
            Tetapi bagi satu kelompok yang sudah dipilih Tuhan, samada pemimpinnya ataupun pengikut-pengikutnya, mereka tidak susah lagi mencari-cari. Seolah-olah di hadapannya sudah nampak rekabentuknya (design) dan nampak gambarannya. Seolah-olah rangka rumah sudah nampak cuma hendak dibangunkan saja menjadi rumah. Apabila terjadi hal begitu kepada kelompok tersebut maka itulah kelompok pilihan Tuhan. Sebab itu, bagi orang lain yang sedang tercari-cari itu, tidak usahlah hendak melakukannya sendiri kalau tidak dianugerahkan Tuhan. Lebih baik dicari saja kelompok yang telah Rasulullah gambarkan yaitu yang menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupannya: dalam diri, keluarga, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, dakwah, perhubungan, sains dan teknologi dan sebagainya. Selain itu perjuangan mereka tidak dapat dimudaratkan atau dihancurkan oleh musuh-musuh kebenaran sekalipun musuh-musuh itu sangat berusaha menghancurkannya. Rasulullah SAW bersabda :
Senantiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).
            Sebenarnya, orang yang Tuhan janjikan bahawa di tangannyalah kebangkitan itu berlaku, perjuangannya menjadi sangat indah dan jelas walaupun berhadapan dengan ujian. Kaedahnya (Method) jelas. Mari kita gambarkan dengan lebih luas lagi tentang corak (patern) kebangkitan Islam di akhir zaman itu.
            Tuhan telah menyimpan 3 orang pemimpin, iaitu pemimpin besarnya: (Pemuda) Putra Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Dua orang disimpan oleh Tuhan iaitu Nabi Isa yang dinaikkan ke langit dan Imam Mahdi yang dighaibkan. Kita pun tidak tahu di mana mereka. Hanya Putra Bani Tamim tidak dighaibkan Yang disimpan itu cuma seolah-olah dighaibkan sebab payah hendak dikenali orang. Ini adalah hikmah dari Tuhan supaya musuh jangan cepat mengesan. Padahal mereka sedang bergelanggang dan berjuang. Kalau dapat dipastikan oleh musuh, mereka tetap diselamatkan kerana janji Tuhan tetapi anak buah tidak akan tahan kerana akan dibelasah teruk.

Sunday, 26 June 2011

Rahsia Angka 6,7,11 dan 13 (6+7)

Ketahuilah wahai Ahli Fi-Sabilillah Sekalian,

Mengapa Hari Jumaat 13 Haribulan Dan Angka 666 Difitnah Sebagai Perkara 'unlucky' oleh pendakyah Yahudi dan Nasrani.Mereka agak berjaya dalam menipu orang ramai. Eloklah saya petik artikel berjudul Why Friday the 13th Is Unlucky oleh David Emery. Paraskevidekatriaphobia:

Fear of Friday the 13thI just finished reading the abstract of a study published in the British Medical Journal in 1993 entitled "Is Friday the 13th Bad for Your Health?" With the aim of mapping "the relation between health, behaviour, and superstition surrounding Friday 13th in the United Kingdom," its authors compared the ratio of traffic volume to the number of automobile accidents on two different days, Friday the 6th and Friday the 13th, over a period of years. Incredibly, they found that in the region sampled, while consistently fewer people chose to drive their cars on Friday the 13th, the number of hospital admissions due to vehicular accidents was significantly higher than on "normal" Fridays.

Their conclusion: "Friday 13th is unlucky for some. The risk of hospital admission as a result of a transport accident may be increased by as much as 52 percent. Staying at home is recommended." Paraskevidekatriaphobics — people afflicted with a morbid, irrational fear of Friday the 13th — must be pricking up their ears just now, buoyed by seeming evidence that their terror may not be so irrational after all. But it's unwise to take solace in a single scientific study — the only one of its kind, so far as I know — especially one so peculiar. I suspect these statistics have more to teach us about human psychology than the ill-fatedness of any particular date on the calendar.

MANA BILIK HOTEL NOMBOR 13?
Satu artikel lagi, Superstition Has Kept Its Grip On Buyers oleh Ben Flanagan:You wouldn't think that people would let superstition put them off moving to 13 Smith Terrace, or even 666 Bloggs Boulevard. Many first-time buyers would consider it a lucky omen to be able to get a foot on the property ladder at all. But with a reported one in 10 people afflicted by triskaidekaphobia (the fear of the number 13), it seems that there is more than bricks and mortar at play when it comes to moving house.

Kepercayaan karut ini berleluasa hinggakan NASA yang kononnya amat canggih dari segi ilmu pengetahuan sains angkasa lepas pun terpengaruh:While most architects have the humility by bypass the thirteenth floor of most buildings, NASA seems reluctant to admit to any such 'unscientific' frailty. Maybe they should. In April 1970, NASA launched Apollo 13 at 1313 hours central time. Sure enough, on April 13th, an oxygen tank exploded and if you've seen the movie, you know the rest. Not one to learn from their mistakes, NASA was forced to abort a launch in November 1981 scheduled for Friday the 13th due to a glitch in the fuel cells.

UMAT ISLAM AMBIL PERHATIAN..
Jadi, bagaimana pula pendirian kita umat Islam dari segi ini? Saya akan cuba dedahkan kepada anda RENTETAN BUKTI bahawa sebenarnya dakyah ****-majal Friday 13th dan 666: Mark of The Beast sengaja disebarkan oleh musuh-musuh Islam kerana mereka SUDAH TAHU bahawa Al-Qur'an itu punya BUKTI FENOMENA BERULANG, dan kerana bukti tersebut AMAT KUAT, mereka mencari jalan agar manusia menjauhkan diri dari Al-Qur'an, agar manusia rasa benci pada ANGKA 6 (Hari Jumaat ialah hari ke 6 dalam seminggu)

ANGKA 13 dan ANGKA 666.ANGKA 6, 13 DAN 666 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM

Saudara, sebenarnya dari sudut BUKTI MATEMATIK, agama Islam adalah agama yang MESRA ALAM. Mengapa saya catat begitu? Tahukah anda bahawa sekiranya anda campurkan angka 1-10 anda akan dapat jawapan BERULANG 55? Jika anda campurkan angka 1-100 anda akan dapat jawapan BERULANG 5050? Dan jika kita campur angka 1 hingga 11 (ANGKA BERULANG pertama) akan dapat jawapan 66?Sedarkan anda bahawa jika kita campur angka 1-6 akan dapat 21 iaitu ANGKA 7 YANG BERULANG (7+7+7)? Tahukah anda bahawa Al-Fatihah (Surah 7 Yang Berulang) punya 21 jenis huruf? Dan 21 jenis huruf dalam Al-Fatihah itu terdiri dari 7+7 jenis Fawatih dan 7 bukan Fawatih? Tahukah anda bahawa ada 7 jenis huruf tiada dalam Al-Fatihah dan Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 77?

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MESRA ALAM
Nampakkah anda bahawa angka 6 dan 7 amat MESRA ALAM?

Allah jadikan langit dan bumi serta segala isinya dalam 6 PERIOD MASA. Apa dia isi langit dan bumi? Ianya adalah segala-gala yang ada di 7 petala langit dan 7 petala bumi. Mungkin sekarang anda nampak bagaimana angka 6 dan 7 itu MESRA ALAM.Sekarang perhatikan pula jumlah huruf Al-Fatihah. Ianya BERULANG 141. Campurkan mendatar 1+4+1 anda akan dapat ANGKA 6. Lihat pula jumlah surah dalam Al-Qur'an. Ianya 114. Lihat angka 114 dan 141. JENISNYA SERUPA! Dan bila campur mendatar, 1+1+4 juga dapat ANGKA 6. Sekarang anda nampak bahawa ANGKA 6 adalah signal untuk Al-Fatihah dan Al-Qur'an. Ia MESRA ALAM sebab Allah jadikan alam ini dalam 6 PERIOD MASA. Dan angka 7 pula, Allah jadikan 7 HARI selain 7 PETALA LANGIT DAN BUMI.Sekarang saya akan catat satu BUKTI yang mungkin hampir semua Muslim tidak menyedari. Sebelum itu, saya mahu anda lihat betapa FENOMENA BERULANG berlaku dalam alam ini. Bumi BERULANG berputar pada paksinya dan BERULANG mengelilingi matahari. Malah umat Islam BERULANG tawaf di sekeliling Kaabah bila musim haji. Malaikat BERULANG tawaf di Baitul Makmur (yang ini manusia tidak nampak). Darah manusia BERULANG memasuki jantung kemudian dipam agar menyusuri semua pembuluh darah.

FENOMENA BERULANG adalah MESRA ALAM. Kalau kita dapat lihat FENOMENA BERULANG dalam Al-Qur'an dan pada diri Rasulullah s.a.w. sendiri, ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Al-Qur'an adalah dari sisi Allah, Pencipta alam ini. Ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Rasulullah s.a.w. adalah Rasul yang sebenar diutus olehNya.

ANGKA 6 DAN 7, 6+7 DAN 67 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM
Apakah dia BUKTI yang saya mahu catat itu? Lihat bahawa Al-Fatihah ada 141 huruf. Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 2323. Sekarang kita akan lihat di manakah 2323 itu berada dalam 141 posisi. Ia saya panggil POSISI IMPLISIT (implicit position). Dalam erti kata lain, andainya 2323 itu tawaf dalam 141 posisi, ia akan berakhir di mana. Perkiraannya mudah. 2323 bahagi 141 dapat 16 BERBAKI 67. Maknanya, 2323 itu terletak di huruf ke 67 dalam Al-Fatihah. Ingat ANGKA 6 dan ANGKA 7? Lihatlah betapa cantiknya dan rapinya susunan huruf-huruf dalam Al-Fatihah itu. Anda mungkin nampak bila anda tahu bahawa sebenarnya ia jatuh pada HURUF DAL dalam ayat "Iyyaka na'bud", yang bermaksud "(Hanya) pada Engkaulah kami sembah." Dan bahagian kedua ayat itu menyambung "..dan (hanya) pada Engkaulah kami minta pertolongan." Kalau tidak sembah Allah, alangkah malunya jika kita tiba-tiba mahu minta pertolongan dariNya.

MEREKA SEBENARNYA MEMFITNAH RASULULLAH S.A.W.
Tapi apakah kaitan ini dengan Angka 13? Tahukah anda bahawa nama MUHAMMAD BIN ABDULLAH itu jika dieja dalam huruf Arab maka JUMLAH HURUFNYA 13? Dan mungkin anda pun sudah sedia tahu bahawa baginda adalah RASUL KE 313? Nampakkah anda mengapa musuh-musuh Islam beria-ia menyatakan bahawa angka 13 itu ****? Saya belum habis lagi. Bukankah 13 huruf yang mengeja nama Rasulullah itu BERULANG 191 dari segi Jumlah Mufrad? Adakah nama Rasulullah itu MESRA ALAM? Cuba anda campurkan angka 1-13. Berapa jawapannya? Ia adalah 91. Lihat semula 191. JENISNYA SERUPA, ia BUKTI bahawa nama Rasulullah itu MESRA ALAM, maksudnya Allah telah sediakan BUKTI dalam alam ini untuk menyatakan bahawa Rasulullah adalah Rasul yang diutus.Mengapakah orang-orang kafir DENGKI pada hari Jumaat? Jawapannya mudah. Ia adalah hari besar untuk umat Islam. Dan, untuk pengetahuan kita semua, Ayat ke 6 dalam Al-Fatihah itu ialah "Ihdinas siratal mustaqim" yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Inilah tujuan asas kita membaca Al-Fatihah. Bahagian pertama Al-Fatihah iaitu Ayat 1 hingga Ayat 5 adalah ayat-ayat puji-pujian. Ayat 6 adalah ayat permohonan. Ayat 7 adalah penjelasan kepada Ayat 6. Sebab itulah orang-orang kafir tidak suka pada angka 6, kerana ia melambangkan hari Juma'at di mana umat Islam berkumpul dan solat bersama-sama, dan dalam solat itu umat Islam membaca Al-Fatihah dengan tujuan

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".

MEREKA SUDAH TAHU FENOMENA BERULANG BUKTI KEBENARAN ISLAM

Tapi mengapa pula orang-orang kafir beria-ia menyatakan 666 itu MARK OF THE BEAST? Mereka takut bahawa pada satu hari nanti akan TERBONGKAR fakta bahawa Al-Qur'an itu punya RAHSIA BERULANG. Apa tidaknya, ia diturunkan dalam tempoh 22 tahun 22 bulan 22 hari. Diturunkan kepada Rasul ke 313 yang namanya punya 13 huruf, dan nama itu pula punya JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 191. Kalau mereka guna nama AHMAD BIN AMINAH pun (sebab Muhammad s.a.w. anak yatim ketika lahir - kalau mahu ambil sempena nama Isa bin Maryam yang tiada berbapa - dan Isa a.s. memberitakan kedatangan "Ahmad" sebagai Rasul terakhir selepasnya),

JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 171..
Tidak percaya? Buatlah perkiraan sendiri. Kalau tidak tahu ejaan Aminah dalam bahasa Arab, ianya ialah Alif, Mim, Ya, Nun, Ho. Maka kesemuanya akan jadi Alif, Ha, Mim, Dal, Ba, Nun, Alif, Mim, Ya, Nun, Ho dan dari sudut Angka Mufrad: 1+6+24+8+2+25+1+24+28+25+27 = BERULANG 171. Sebenarnya sama ada Friday (6) 13th ataupun 666 adalah BUKTI KEBENARAN ISLAM, bukan tanda ****-majal dan bukan tanda kedatangan Dajjal. Ketahuilah bahawa dalam Al-Qur'an, AYAT 666 itu terletak pada Surah An-Nisa' 4 Ayat 173, sebagaimana berikut:"Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan untuk mereka sebahagian dari kurniaNya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain daripada Allah."Ketahuilah juga bahawa bahawa AYAT 13 dalam Al-Qur'an berada dalam Surah Al-Baqarah 2 AYAT 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman". Dan eloklah saya terus catat maksud Ayat 7: "Allah telah memetraikan atas hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."Dan tentunya sebagai penutup tirai artikel ini, kita renungkan semula AYAT 6. Angka 6 'yang diambil oleh Islam sebagai BUKTI KEBENARAN' ini adalah AMAT MESRA ALAM, hinggakan alam ini pun dijadikan oleh Allah dalam 6 PERIOD MASA, dan HARI KE 6 dijadikan oleh Allah sebagai hari besar untuk umat Islam. Bersyukurlah kerana kita lahir dan menjadi umat Islam. Alhamdulillah:

"Tunjukkan kami jalan yang lurus."

Dan Allah menjawab secara terus kepada permohonan kita ini dengan firmanNya: "Haza li'abdi wali'abdi ma sa'al" yang bermaksud "Inilah hambaKu dan untuk hambaKu apa (saja) yang dia minta." Mintalah dengan ikhlas kepada Allah, Dia akan perkenankan permohonan anda, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, ayat jawapan dari Allah itu punya Jumlah Angka Mufrad BERULANG 282. Subhanallah. Bila kita kaji barulah kita tahu, dan Dialah yang mengajarkan kepada kita apa-apa yang tidak kita ketahui.

Wallahua'lam.

BERGURU KEPADA ALLAH - ILMU LADUNI

BERGURU KEPADA ALLAH-----------------------------------------------------------------------------------

APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU.

-----------------------------------------------------------------------------------
Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak.

Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Abu Hurairah r.a menceritakan yang beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.

Ustaz Azhar Idrus - Ilmu Laduni part 1

Ustaz Azhar Idrus - Ilmu Laduni part 2