Friday, 17 June 2011

Pantun Asma Ul Husna

Dialah tuhan, wajib disembah,
Tuhan yang Satu, Dialah Allah,



Berputus asa, silalah jangan,
Sesungguhnya Allah, bersifat Ar-Rahman (Maha Pemurah),



Sayang menyayangi pesanan, Ustaz Abdul Rahim,
Hanyalah Dialah tuhan, yang paling Ar-Rahim (Maha Penyayang),



Kuasa dan pangkat, jangan didabik
Kerana hanyaNya yang, bersifat Al-Malik (Maha Merajai/Pemerintah),



Kebersihan diri, amalan yang bagus
Kerana Dia, bersifat Al-Quddus (Maha Suci),



Berjumpa sahabat, berilah salam,
Moga di akhirat, Diakan As-Salam (Maha Penyelamat),



Aman sentosa, komuniti muslim,
Kerana berkatnya, dengan sifat Al-Mu’min (Maha Pengaman),



Kupohon selamat, doa di amin,
Kepadanya kuberserah, wahai Al-Muhaymin (Maha Pelindung/Penjaga),



Contohilah akhlak, khalifah Umar Abdul Aziz,
Moga diberkati, oleh tuhan Al-^Aziz (Maha Mulia/Perkasa),



Solat 5 kali sehari, ditunaikan dengan Sabar,
Kerana perintahnya, tuhan Al-Jabbar (Maha Pemaksa),



Bangunlah Subuh, bila azan ditakbir,
Semata menyembah, tuhan Al-Mutakabbir (Maha Besar),



Pandanglah alam, yang sangat cantik,
Dicipta tuhan, yang Al-Khaliq (Maha Pencipta),



Untuk berjaya, perlu perancangan yang rapi,
Jangan lupa berdoa, kepada tuhan Al-Bari’ (Maha Perancang),



Berjalanlah dibumi ini, sebagai seorang musafir,
Lihatlah keindahan alam, diciptakan Al-Musawwir (Maha Menjadikan Rupa Bentuk),



Jika berdosa, bertaubatlah dan sedar,
Agar diampuni, tuhan Al-Ghaffar (Maha Pengampun),



Janganlah takut, si jahat bak Abu Jahal,
Minta perlindungan dari, tuhan Al-Qahhar (Maha Menundukkan),



Selalulah bersedekah, walaupun sepinggan kebab (dah takde idea laaa),
Semoga dimurah rezeki, oleh Al-Wahhab (Maha Pemberi),



Sekiranya miskin, janganlah sebak,
Mintalah rezeki, dari Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki),



Sekiranya ada masalah, janganlah melatah,
Mintalah jalan penyelesaian, dari tuhan Al-Fattah (Maha Pembuka),



Selalulah begaul, dengan orang alim,
Agar ilmu meningkat, diberkati Al-^Alim (Maha Mengetahui),



Selalu beribadat, amalan Si Abid,
Rezeki di tanganNya, dialah Al-Qabid (Maha Penyempit Hidup),



Carilah ketenangan, di tepi tasik,
Pujilah tasik ciptaanNya, oleh Al-Basit (Maha Pelapang Hidup),



Jangan mengeji, sebab ianya tak “fit”,
Kelak dimurkai, oleh Al-Khafid (Maha Penghina),



Tinggi-tinggi, awan di langit,
Tinggi lagi, tuhan yang Ar-Rafi’ (Maha Tinggi),



Hafallah Al-Quran, jadilah Al-Hafiz,
Agar dimuliakan, oleh tuhan Al-Mu’iz (Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan),



Jangan gelar si pendek, orang yang kecil,
Kelak dimurkai, oleh Al-Muthil (Maha Merendahkan),



Jangan mengumpat, secara berbisik,
Kerana Dia tuhan, yang As-Sami’ (Maha Mendengar),



Jangan berbuat dosa, dibalik tabir,
Kerana dia tuhan, yang Al-Basir (Maha Melihat),



Jangan berbuat, amalan yang haram,
Kelak di akhirat, dihukum Al-Hakam (Maha Menghukum),



Ingatkah anda, cerita kaum ‘Ad?,
Dihukum Allah, tuhan yang Al-‘Adl (Maha Adil),



Berhati-hati, mengira pitis,
Jangan menipu, kerana Dia Al-Latif (Maha Halusi),



Jangan belajar, ilmu sihir,
Kelak dimurkai, tuhan Al-Khabir (Maha Waspada),



Janganlah anda, berlaku zalim,
Agar dikasihi, tuhan Al-Halim (Maha Penyantun),



Sungguh sejuk di Jepun, negara bermusim,
Kerana kehendakNya, tuhan Al-^Azim (Maha Agong),



Janganlah anda, bersifat kufur,
Agar diampuni, tuhan Al-Ghafur (Maha Pengampun),



Bila mendapat nikmat, sentiasalah bersyukur,
Agar disenangi, tuhan Ash-Shakur (Maha Menghargai),



Cubalah teladani, akhlak Saiyidina Ali,
Agar diberkati, tuhan Al-^Aliyy (Maha Tinggi Martabat-Nya),



Diperlihat kebesarannya, silalah bertakbir,
Hanya Dia, tuhan Al-Kabir (Maha Besar),



Selalulah baca Al-Quran, agar menjadi seorang Hafiz,
Moga dilindungi di akhirat, oleh tuhan Al-Hafiz (Maha Pelindung),



Jangan berkeluh kesah, sekiranya rezeki sedikit,
Rezeki ditentukanNya, tuhan Al-Muqit (Maha Pemberi Keperluan),



Sekiranya gagal, jangan menyalahkan nasib,
Redhalah dengan takdir, oleh tuhan Al-Hasib (Maha Mencukupi),



Jadilah seorang, pemimpin yang adil,
Itu ajarannya, tuhan Aj-Jalil (Maha Luhur),



Selalulah membaca, Quran Al-Qarim,
Agar dimuliakan, tuhan Al-Karim (Maha Mulia),



Dengarlah khutbah Jumaat, diberi Pak Nakib,
Jangan ponteng semayang Jumaat, kerana Dia Ar-Raqib (Maha Pengawas),



Sekiranya berhajat, berdoalah di masjid,
Moga dikabulkan, tuhan Al-Mujib (Maha Mengabulkan),



Sekiranya lapar, makanlah nasi,
Rezeki pemberianNya, tuhan Al-Wasi’ (Maha Luas Pemberian-Nya),



Belajarlah rajin-rajin, cita-cita nak jadi hakim,
Kerjalah dengan ikhlas, agar diberkati Al-Hakim (Maha Bijaksana),



Kekasih dicintai, Janganlah jiwang karat, “dude”,
Jodoh ditentukanNya, tuhan Al-Wadud (Maha Pencinta),



Selalulah rajin, pergi ke masjid,
Moga diberkati, tuhan Al-Majid (Maha Mulia),



Ingatlah hari akhirat, yang sangat jerih,
Kita bakal dihidupkan kembali, oleh tuhan Al-Ba’ith (Maha Membangkitkan),



Sungguh beruntung, pejuang yang Syahid,
Berjihadlah melawan nafsu, agar disayangai Ash-Shahid (Maha Menyaksikan),



Jangan mengambil, yang bukan hak,
Moga diberkati, oleh Al-Haqq (Maha Benar),



Bersedialah dikubur, disoal Mungkar dan Nakir,
Semoga dipermudahkan, oleh Al-Wakil (Maha Berserah),



Janganlah sombong, kekuatan dan kekayaan duniawi,
Kerana Dia, tuhan yang Al-Qawiyy (Maha Memiliki Kekuatan),



Janganlah kerek, kalau body macam Ricky Martin,
Itu pemberianNya, tuhan Al-Matin (Maha Sempurna Kekuatan-Nya),



Di zaman ini, siapakah Wali?,
Hanya Dia yang tahu, tuhan Al-Waliyy (Maha Melindungi),



Kalau dipuji, terasa melayang ke langit,
Ucaplah Alhamdulillah, kerana kurniaan Al-Hamid (Maha Terpuji),



Perempuan berpakaian, janganlah seksi,
Itu ajaranNya, tuhan Al-Muhsi (Maha Menghitung),



Kita bukannya merdeka, hanyalah hamba abdi,
Hamba Allah yang satu, tuhan Al-Mubdi’ (Maha Memulai/Pemula),



Bersabarlah selalu, sekiranya Sakit,
Mohonlah kesembuhan, tuhan Al-Mu’id (Maha Mengembalikan),



Sekiranya ke kubur, janganlah ngeri,
Di akhirat dihidupkan, tuhan Al-Muhyi (Maha Menghidupkan),



Yassin dibaca, mulut terkumat-kamit,
Dibacakan orang yang Nazak, semoga diampuni Al-Mumit (Maha Mematikan),



Berjumpa kawan, diberi salam atau disapa Hai!,
Bersyukurlah dihidupkan, tuhan Al-Hayy (Maha Hidup),



Sekiranya tiada air, bolehlah bertayammum,
Tentulah dimaafkan, tuhan Al-Qayyum (Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya),



Bercinta dengan kekasih, sangatlah asyik,
Bersukurlah dipertemukan, oleh tuhan Al-Wajid (Maha Menemukan),



Sebelum Subuh, sudah ke Masjid,
Mengharapkan keredhaanNya, tuhan Al-Majid (Maha Mulia),



Pemuda/pemudi yang hatinya, sentiasa terikat dengan Masjid,
Mendapat naungan di Padang Mahsyar, oleh Al-Wahid (Maha Esa),



Sekiranya diminta sesuatu, janganlah “mad”,
Dia tak pernah jemu dipinta, tuhan As-Samad (Maha Diminta),



Sentiasalah menerima, suratan takdir,
Itu ketentuanNya, tuhan Al-Qadir (Maha Kuasa),



Tuhan yang Satu, bijak mentadbir,
Dialah Allah, tuhan Al-Muqtadir (Maha Menentukan),



Sembahyang tahajud, di malam yang “dim”,
Semoga diampuni, tuhan Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan),



Beribadatlah sekarang, jangan tunggu di saat-saat akhir,
Takut tak sempat, dimurkai tuhan Al-Mu’akhkhir (Maha Melambat-lambatkan),


Kalau nak dapat saf pertama, ke masjid pergilah awal,
Banyak pahalanya, disayangi tuhan Al-’Awwal (Maha Pemulaan),



Kalau nak solat, jangan tangguh sampai saat akhir,
Kelak terlepas waktu, berdosa kepada Al-’Akhir (Maha Penghabisan),



Amal yang baik, disembunyikan mahupun dizahir,
Tentu diketahui, tuhan Az-Zahir (Maha Menyatakan),



Kalau nak belajar, ilmu silat batin,
Ceklah dulu ilmunya, jangan menyeleweng ajaran Al-Batin (Maha Tersembunyi),



Sungguh beruntung, manusia bertaraf wali,
Disayangi Allah, tuhan Al-Wali (Maha Menguasai Urusan),



Sekiranya akhlak tak sebagus Saiyidina Ali,
Janganlah mengharapkan isteri sebagus Siti Fatimah, redhalah ketentuan Al-Muta’ali (Maha Suci/Tinggi),



Sifat yang mulia, sentiasa bersabar,
Moga disayangi, tuhan Al-Barr (Maha Bagus [Sumber Segala Kelebihan])



Sekiranya berdosa, cepat-cepatlah bertaubat,
Sesungguhnya Dia, tuhan At-Tawwab (Maha Penerima Taubat),



Janganlah buat maksiat, kelak ditangkap Jakim,
Di akhirat nanti, disiksa Al-Muntaqim (Maha Penyiksa),



Sekiranya dikeji, tariklah nafas “Fuh! Fuh!”,
Sudilah memaafkan, SepertiNya Al-‘Afuww (Maha Pemaaf),



Jangan bergaduh, pesanan pengetuaku Tuan Haji Abdul Raof,
Tak baik bergaduh, tak disukai Ar-Ra’uf (Maha Mengasihi),



Selalulah baca, surah Al-Mulk,
Agar dapat ketenangan dan pahala, kurniaan Malik Al-Mulk (Maha Pemilik Kekuasaan),



Ajaran Islam, sentiasalah berikram,
Moga diberkatiNya, oleh tuhan Thul-Jalali wal-Ikram (Maha Pemilik Keagungan dan  Kemuliaan),



Kepala pening tak bermaya, dah demam atau dah “sick”,
Minta disembuhkan, tuhan Al-Muqsit (Maha Mengadili),



Perut dah lapar, makanlah Mee,
Bersyukurlah rezekinya, tuhan Aj-Jami’ (Maha Mengumpulkan),



Si kaya dan si miskin, di sana sini,
Itulah ketentuanNya, tuhan Al-Ghaniyy (Maha Kaya Raya),



Kalau duit dah berguni-guni,
Semuanya pemberianNya, tuhan Al-Mughni (Maha Penberi Kekayaan),



Sentiasalah berzikir, dengan tasbih manik,
Moga diredhai, tuhan Al-Mani’ (Maha Membela/Menolak),



Orang yang jahat, adakah tak sedar-sedar?,
Kelak disiksa diakhirat, tuhan Ad-Darr (Maha Pembuat Bahaya),



Hasrat dihati, nak jadi ahli Sufi,
Moga dikabulkan, tuhan An-Nafi’ (Maha Pemberi Manfaat),



Nurul Izzah, namanya ada Nur,
Mukanya cantik bercahaya, pemberian tuhan An-Nur (Maha Pemberi Cahaya),



Mintalah nasihat, Ustaz Abdul Hadi,
Moga lembut hati, diberkati tuhan Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk),



Sentiasalah bersih, keraplah mandi,
Tentu disukai, tuhan Al-Badi’ (Maha Indah/Tiada Bandingan ),



Sentiasalah ingat, tentang mati,
Hanyalah Dia, tuhan Al-Baqi (Maha Kekal),



Sentiasalah membaca, buku Al-Hadith,
Ikutlah sunnah nabi, agar disayangi Al-Warith (Maha Membahagi/Mewarisi),



Namanya terkenal, Khalifah Harun Ar-Rashid,
Jadikan teladan, moga diberkati tuhan Ar-Rashid (Maha Pandai/Bijaksana),



Sekiranya anda, asyik disabo, (sabo= apabila perbuatan org menyebabkan anda berkata sabo jerlah)
Bersabarlah selalu, moga diredhai As-Sabur (Maha Penyabar).



Sila download mp3 Asma Ul Husna di sini:


http://www.mediafire.com/?z2wo3xj3gzj

No comments:

Post a Comment