Sabtu, 18 Jun 2011

Bersolatlah dengan ilmu

Ilmu itu sangatlah penting bagi kita. Segala perkara yang ingin kita lakukan, mestilah dengan ilmu. Hanya solat yang dibuat dengan ilmu dan dilengkapi dengan rukun-rukunnya akan diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu, jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali juga mestilah dengan ilmu.”

Berikut adalah cara-cara agar ilmu anda bertambah:
1.       Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun kepada Rasulullah SAW iaitu IQRA’ atau maksudnya bacalah.
2.       Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3.       Mengamalkan apa yang kita tahu
4.       Mengajar apa yang kita tahu
5.       Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6.       Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Akhir kata, janganlah anda jadi seperti orang di dalam video ini yang menjadi imam bersolat Subuh tanpa ilmu:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan