Memaparkan catatan dengan label zikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zikir. Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2020

Melawan Tipudaya Syaitan Dengan Ilmu, Ikhlas, Doa dan Zikir

Dalam menghadapi kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim, musuh kita yang paling utama adalah nafsu dan syaitan. Untuk menghadapi kedua-dua musuh utama ini, kita perlulah ada senjatanya. Empat senjata utama seorang Muslim yang boleh digunakan untuk mengalahkan syaitan ialah ilmu, ikhlas, doa dan zikir. Nafsu pula boleh dikalahkan dengan puasa.

1. Melawan tipudaya syaitan dengan ilmu

Seorang yang berlimu itu seribu kali lebih ditakuti oleh syaitan berdasarkan hadis berikut:


Daripada Abdullah bin Abbas radhiallahu'anhuma berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.:"Seorang yang berilmu (alim) itu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu abid (ahli ibadah) yang tidak berilmu (alim)". H.R Tirmizi dan Ibnu Majah.

Ini adalah kerana si alim itu tahu caranya untuk melawan godaan syaitan dan dapat pula si alim itu memberi bimbingan kepada orang lain supaya ia selamat dari godaan syaitan, bahkan si alim itu dapat pula menyelamatkan orang-orang yang telah disesatkan oleh syaitan. Jadi syaitan sangat takut kepada si alim kerana dia dapat memelihara dirinya dan memberikan bimbingan kepada orang lain.


Contohnya semasa Wali Allah Syeikh Abdul Kadir Jilani cuba ditipu oleh Iblis dengan cara berikut: 


Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Sheikh seraya berkata:
“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”
Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”
Sheikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.
Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”

Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Sheikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.

Pelajaran yang boleh kita teladani dari kisah tersebut ialah seseorang itu perlukan ilmu untuk melawan tipudaya syaitan. Walaubagaimanapun, pergantungan kita untuk melawan tipudaya syaitan tersebut mestilah hanya kepada Allah SWT dan ilmu tersebut hanyalah sebagai asbab sahaja.

Ilmu yang paling asas yang diperlukan seorang Muslim ialah ilmu tauhid, iaitu ilmu  yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Kemudian, seorang Muslim itu juga perlu mengetahui ilmu syariat iaitu ilmu berkaitan hukum-hukum dalam Islam dan juga berkaitan cara melakukan ibadat. Ilmu syariat ini perlulah mengikuti Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu syariat Rasulullah SAW.

Akhirnya seorang Muslim itu perlu menguasai ilmu Tasawuf iaitu ilmu membersihkan hati, bermujahadah melawan hawa nafsu, mendekati sifat-sifat hati yang baik (Mahmudah) dan menjauhi sifat-sifat hati yang buruk (Mazmumah). 

2. Melawan tipudaya syaitan dengan ikhlas

Iblis telah mengaku kepada Allah SWT bahawa dia tidak berkuasa menyesatkan mereka yang ikhlas seperti ayat Quran berikut:

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik). (15:40)

Cara untuk mendapatkan keikhlasan itu ialah dengan sentiasa membetulkan niat berbuat ibadah itu hanya kerana Allah SWT, bukan untuk tujuan yang lain seperti mendapatkan pujian manusia, menunjukkan yang kita ini baik di hadapan isteri/suami/anak, bukan kerana mengikut-ikut kawan, bukan kerana ingin mendapatkan habuan dunia dsb.

Cara lain untuk mendapatkan keihlasan ialah dengan membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu Ahad) yang menegaskan tentang keesaan Allah SWT  secara berulang-ulang. 

3. Melawan tipudaya syaitan dengan doa

Walaupun kita mempunyai ilmu yang banyak sekalipun, pergantungan kita untuk mengalahkan tipudaya syaitan itu mesti hanyalah kepada Allah SWT. Doa itu adalah cara kita untuk menguatkan pergantungan kita kepada Allah SWT kerana kita hanya akan selamat dari tipudaya syaitan itu dengan rahmatNya.

Antara doa yang boleh diamalkan sebagai pergantungan kita kepada Allah SWT untuk mengalahkan syaitan ialah:

Dengan membaca 'Au zubillahi minassyaito nirrajim dan bismillahirrahmanirrahim  sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

Dengan membaca doa sebelum masuk tandas:
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Dengan membaca doa mengelakkan gangguan syaitan sebelum solat:


Allahumma inni a’u zubika minassyaita nirrajim min hamzihi wa naf sihi wa naf qihi.

Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan yang direjam, dari bisikannya, dari nafasnya dan dari hembusannya.

Dengan berdoa khusus kepada Allah SWT untuk melindungi kita dari gangguan dan godaan makhluk-makhluk yang jahat termasuk syaitan.

4. Melawan tipudaya syaitan dengan zikir

Zikir yang paling utama untuk mengelakkan gangguan syaitan ialah dengan membaca ayat Kursi pada waktu pagi, waktu petang, setiap kali selepas solat dan sebelum tidur berdasarkan hadis-hadis berikut:

Dari Ubay bin Ka'ab, Nabi SAW bersabda: "Siapa yang membaca ayat Kursi saat pagi, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami (jin) hingga petang. Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami (jin) sehingga pagi." (HR. Al Hakim 1:562) 

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan gangguan syaitan.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

Zikir seterusnya adalah ayat 97&98 Surah Al-Mukminun seperti berikut:

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٲتِ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٩٧) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ (٩٨    

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (23:97-98)

Zikir terakhir yang boleh diamalkan untuk mengelakkan gangguan syaitan ialah dengan membaca 3 Qul, dihembuskan ke tapak tangan dan disapu ke muka dan seluruh badan dan anggota sebanyak 3 kali sebelum tidur.

Dari Aisyah radhiallahu anhu berkata: "Rasulullah SAW apabila hendak beranjak ketempat tidurnya setiap malam, Beliau menyatukan kedua telapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana saja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya serta bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali." (HR. Muslim).

Jumaat, 29 Mei 2020

Zikir Menyembuhkan Penyakit dari Al Quran

Syurga adalah tempat mereka yang dekat dengan Allah SWT. Antara sifat ahli syurga ialah sabar apabila mendapat ujian dan antara ujian daripada Allah SWT kepada manusia di dunia ini ialah dengan ditimpakan penyakit. Ahli syurga adalah mereka yang bersabar apabila mendapat ujian seperti ujian mendapat penyakit.

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Ayub a.s. yang digambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Al-Quran Surah. Sod: 44)

Didalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang boleh dijadikan zikir dan doa untuk disembuhkan penyakit oleh Allah SWT. Jangan jemu untuk terus berdoa kepada Allah SWT kerana Allah SWT amat menyukai mereka yang terus-menerus berdoa dan merayu kepadaNya. Nabi Ayub sendiri telah diuji dengan musibah penyakit selama 18 tahun sebelum beliau berdoa kepada Allah SWT dan doanya dimakbulkan Allah SWT dan beliau disembuhkan dari penyakitnya.

Apabila berzikir dan berdoa dengan ayat Quran ini, niatkanlah agar kesembuhan yang diminta tersebut bertujuan agar kita mendapat kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah SWT. Insya Allah niat untuk sembuh dengan tujuan agar bertambah ibadah  kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Zikir dari Al-Quran untuk mendapat kesembuhan dari penyakit adalah ayat-ayat berikut:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra 17:82)

وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (٨٣) فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ أَهۡلَهُ ۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَذِڪۡرَىٰ لِلۡعَـٰبِدِينَ (٨٤
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (83) Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (84) (Al Anbiya 21:83-84)
Berikut adalah doa Nabi Ayub a.s:

Ahad, 17 Mei 2020

8 Amalan Pada Waktu Pagi dan Waktu Petang

1. Berselawat pada waktu pagi selepas Subuh 10 kali dan selepas Asar 10 kali. Jumhur ulama menyarankan selawat seperti berikut: Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Saiyidina Muhammad.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

2. Solat berjemaah Subuh dan Asar dan membaca zikir untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT 3x

Waktu Subuh dan waktu Asar adalah waktu pertukaran shift malaikat. Sewaktu pertukaran shift ini, Allah SWT akan bertanya kepada malaikat apakah yang sedang dibuat oleh hambaku? Malaikat akan menjawab sewaktu kami turun dia sedang solat Subuh dan sewaktu kami naik dia sedang solat Asar. Oleh itu ya Allah ampunkanlah dosanya di hari kiamat. Selepas solat bacalah zikir "Radhitu Billahi Rabba, Wa Bil islami Dina, Wabi muhammadiin Nabiya Wa Rasula" 3x untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Zikir ini boleh ditambah dengan "Wa Bil Qurani Imama, Wa Bil Kaabati Qiblata, Wabil Mukminina Ikhwana" yang bermaksud : Aku Redha Allah Subhanahu wata’ala sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai nabi dan rasulku, Quran sebagai imam (petunjuk), kaabah sebagai kiblat, mukmin sebagai saudara.

Kemudian diikuti dengan zikir berikut 3x : Subhanallahi Wabihamdihi 'Adadakhalqihi Waridhonafsihi Wazinata 'arshihi Wamida dakalimatih 3x.

Ertinya: Maha suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat 'ArasyNya, dan sebanyak hitungan kalimatNya. 

Diceritakan dari sahabat Tsauban Radhiyallahu`anhu Nabi SAW berkata : Barang siapa yang di pagi dan petang mengucapkan kalimat “Radhitu Billahi Rabba, Wa Bil islami Dina, Wabi muhammadiin Nabiya Wa Rasula” 3x. Maka wajib bagi Allah Subhanahu wata’ala untuk meredhainya”. (HR.At-Tirmidzi, Abu daud dan An-Nasa’i)


Daripada Juwairiyah binti al-Harith r.ha., isteri Nabi SAW bahawa pada suatu pagi setelah selesai menunaikan solat Subuh, Nabi SAW keluar dari sisinya, sementara dia masih berada di tempat solatnya (membaca zikir). Kemudian, Nabi SAW pulang pada waktu Dhuha, sementara dia masih duduk di tempatnya. Nabi lalu bertanya:
Maksudnya:

"Apakah engkau tetap seperti itu sejak aku meninggalkanmu?" Dia menjawab: "Ya." Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya sejak berpisah denganmu tadi, aku telah membaca sebanyak empat kalimat berikut sebanyak tiga kali yang jika ditimbang nilainya, tentu sama dengan banyaknya zikir yang engkau baca daripada tadi, iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

(Hadis Riwayat Muslim) Riyadhus Solihin, Imam Nawawi

3. Baca Saiyyidul Istighfar setiap pagi selepas Subuh dan setiap petang selepas Asar.


Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang mengucapkan Sayyidul Istighfar di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. - Hadis riwayat Bukhari

4. Baca Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali selepas Subuh dan 7 kali selepas Maghrib

Sabda Nabi SAW : Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah 'azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka." (Riwayat Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079)


5. Baca ‘Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyiy wa yumiytu wahuwa ‘ala kulli syay-in qadiir,’ sebanyak 10x selepas solat Maghrib dan Subuh dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan

Sabda Nabi SAW : Barangsiapa setelah solat Maghrib dan Subuh membaca ‘Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyiy wa yumiytu wahuwa ‘ala kulli syay-in qadiir,’ sebanyak 10x Allah SWT akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan, dihapus 10 keburukan (dosa), diangkat 10 darjat, Allah SWT lindungi dari setiap keburukan, dan Allah SWT lindungi dari godaan syaitan yang terkutuk. (HR. Ahmad IV/227, at-Tirmidzi no.3474).

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)

6. Melakukan 2 rakaat solat sunat Isyraq setelah Subuh dan berzikir kepada Allah SWT. Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk).

Sabda Nabi SAW: Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna. (Hadis riwayat al-Tirmidzi dan al-Tabrani RA : 586)


7. Sedekah Subuh. Caranya sediakan satu tabung. Kemudian pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK. Masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah Subuh itu. Semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga. Masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan. Setelah sebulan agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Contohnya wang dari tabung tersebut boleh disalurkan ke tabung masjid, rumah anak yatim atau maahad tahfiz. Waktu Subuh dan Asar adalah waktu pertukaran shift malaikat dan malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah Subuh ini. Biasakan sedekah subuh walaupun cuma seringgit atau dua ringgit, tetapi lakukanlah dengan istiqamah kerana disitu dapat doa malaikat dan doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary 5/270)

8. Membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 100 kali selepas Subuh dan Asar

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca ‘Subhanallah’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala sedekah) 100 unta. Barangsiapa membaca ‘Alhamdulillah’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala sedekah) 100 kuda yang dipersiapkan untuk jihad fisabilillah. Dan barangsiapa membaca ‘Allahu Akbar’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala) memerdekakan 100 hamba”. (Nasa’i dalam Kitab Sunan Kubra, dan di-hasan-kan oleh Albani)

Sabtu, 19 Mei 2012

Zikir Hasbi Rabbi dan Asma Ul Husna

Mari kita menghayati zikir Hasbi Rabbi dan Asma Ul Husna ini.


Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Rabu, 18 April 2012

Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit-Penyakit Kronik

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat ada dari bentuk yang dimakan, atau diminum, atau disapu. Ada juga ubat dalam bentuk zikir-zikir. 




Dikongsikan disini zikir-zikir amalan untuk hindari dari penyakit-penyakit kronik:-
1. Kencing Manis - Baca zikir tersebut 41 kali setiap hari
2. Darah tinggi - Baca zikir 41 kali setiap hari
3. Sakit Jantung - Baca zikir 41 kali setiap hari dan 18 kali ketika hendak tidur
4. Resdung - Baca 72 kali selepas solat fardu


InsyaAllah, Allah s.w.t. akan sembuhkan penyakit-penyakit itu.
Berdasarkan kitab-kitab lama. Dikongsikan oleh Ustaz Haji Daud Bin Tahir dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 79 tahun pada tahun 2009.


Beliau ialah seorang bekas guru ugama dan kini aktif memberikan kuliah agama di sekitar kawasan berdekatan. Juga mengajar ilmu tajwid di Mussalla Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas tajwid diadakan setiap hari dari jam 3 petang - solat Asar. Semua dipersilakan.

Selasa, 20 September 2011

Zikir dan Doa Nabi Khidir AS

Bacalah zikir seperti ini (yang maksudnya): 

Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan selain-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.
Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.
Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.



Dan doa ini:



بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَّى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
دُ عَاء الفرَج لِسَيِِّدِنَا الخِضِرْ عَلَيْة السَّلاَم

اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ اللّطَفَاءِ وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرِضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْقَ عَرْشِكَ ، وَكَا نَتِ وَسَاوسُ الصدورِ كَاْلعَلاَ نِيَّة عِنْدَكَ ، وَعَلاَ نَّيِةُ اْلقَوْلِ كَالسَّر فِى عِلْمِكَ ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْء لِعَظَمَتِكَ ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَانِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّنْيَا والاَخِرَةِ كُلُّه بِيَدِكَ . اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلَ هَمٍ أَصْبَحْتُ أَوْ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجَا وَمَخرَ جَا اللَّهُمَّ إِنَّ عَفَوَكَ عَنْ ذُنُوبِى ، وَتَجَاوَزَكَ عَنْ خَطِيئَتىِ ، وَسِتْركَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى ، أَطمِعْني أَنْ أَسْألَُكَ مَا لاَ أَسْتَوْجِبُهُ مِنْكَ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ ، أَدْعُوكَ اَمِنا وَأَسْأ لك مُسْتَأنِسَا . وَإِنَّكَ الْمحْسِنُ إِلَّى ، وَأَنَا الْمُسِى إلى نَفْسِى فِيِمَا بَيْنِى وَبَيْنَكَ ، تَتَوَدَدُ إِلىَّ بِنِعْمَتِكَ وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمعَاصِى وَلَكِنَّ الثَّقَةُ بِكَ حَمَلَتْنِى علَى الْجراءَةِ عَلَيْكَ فَعُدْ بِفَضْلِكَ وإحْسِانِكَ عَلَي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوِابُ الَّرَحِيم وَصَلَ الله ُعَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ وَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ




Allohumma kama lathofta fi ‘adhomatika dunal luthofa’i wa alauta bi ‘adhomatika ‘alal ‘udhoma’ wa ‘alimta ma tahta ardhika ka’ilmika bima fauqo ‘arsyika wa kanat wasawisusshuduri wa alaniyyatul qouli ‘indaka kassirri fi ‘ilmika wanqoda kullu syaiun li ‘adhomatika wakhodho’a kullu dzi sulthoni lisulthonika wa shoro amrud dunya wal akhiroti kulluhu biyadika ij’alli min kulli hammin wa ghommin “ashbachtu au amsaitu” fihi farrojan wa makhrojan. Allohumma inna ‘afwaka andzunubi wa tajawuzaka ‘an khothi-ati wa sitroka ‘ala qobichi ‘amali ath ‘amani ‘an as-alaka ma la astaujibuhu mimma qoshortu fihi ad-’uka amina wa as-alaka musta’nisaw wa innakal muchsinu ilayya wa anal musi-u ila nafsi fima baini wa bainaka tatawaddadu ilayya bi ni’amika wa atabaghodhu ilaika bil ma-ashi wa lakkinatsiqotu bika chamalatni ‘alal jaro-ati ‘alaika fajud bifadhlika wa ichsanika ‘alayya innaka antattawwaburrochim wa shollallohu ‘ala sayyidina Muchammad wa ‘ala alihi wa sochbihi wa sallam.


Wahai Allah, Sebagaimana Engkau telah berlemah lembut dalam Keagungan Mu melebih segenap kelembutan, dan Engkau Maha Luhur dan Keagungan Mu melebihi semua Keagungan, Dan Engkau Maha Mengetahui terhadap apa apa yg terjadi di Bumi sebagaimana Engkau Maha Mengetahui apa apa yg terjadi Arsy Mu, dan semua yg telah terpendam merisaukan hati adalah jelas terlihat dihadapan Mu, dan segala yg terang terangan diucapkan adalah Rahasia Yang terpendam dalam Pengetahuan Mu, dan patuhlah segala sesuatu pada Keagungan Mu, dan tunduk segala penguasa dibawah Kekuasaan Mu, maka jadilah segenap permasalahan dunia dan akhirat dalam Genggaman Mu, Maka jadikanlah segala permasalahanku dan kesulitanku segera terselesaikan dan termudahkan pada pagiku atau soreku ini, Wahai Allah kumohon maaf Mu atas dosa dosaku, dan kumohon pengampunan Mu atas kesalahan kesalahanku, dan kumohon tabir penutup Mu dari keburukan amal amalku, berilah aku dan puaskan aku dari permohonanku yg sebenarnya tidak pantas diberikan pada Ku karena kehinaanku, kumohon pada Mu keamanan, dan kumohon pada Mu Kedamaian bersama Mu, Sungguh selalu berbuat baik padaku, sedangkan aku selalu berbuat buruk terhadap diriku atas hubunganku dengan Mu, Kau Ulurkan Cinta kasih sayang lembut Mu padaku dengan kenikmatan kenikmatan Mu, sedangkan aku selalu memancing kemurkaan Mu dg perbuatan dosa, namun kuatnya kepercayaanku pada Mu membawaku untuk memberanikan diri lancang memohon pada Mu, maka kembalikanlah dengan Anugerah Mu dan Kebaikan Mu padaku, Sungguh Engkau Maha Menerima hamba hamba yg menyesal dan Engkau Maha Berkasih sayang,
Dan shalawat serta salam atas Sayyidina Muhammad serta keluarga dan limpahan salam, dan segala puji bagi Allah Pemilik Alam semesta.

Jumaat, 2 September 2011

Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah (Tasbih)
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah (Tahmid)
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

3. Lailahaillah (Tasdiq/Tauhid)
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-olah dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar (Takbir)
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim (Takdis)
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:

"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."

Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."


Hadis 2

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).



Keterangan

Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.


Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan La Ilaha Illallahu Wahdahu La Syarikalahu Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wahuwa 'Ala Kulli Syai-in Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. 

Kalimah 'Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar' juga dikenali sebagai Al-Baqiyat As-Salihat seperti disebut dalam Quran surah Al-Kahfi ayat ke-46. Di sana disebutkan suatu amalan yang ganjarannya lebih utama dibanding perhiasan dunia yang berupa anak dan harta. Maksud ayat : “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh (al-baqiyat as-salihat) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudry r.a., Telah bersabda Rasulullah saw : “Perbanyaklah oleh kalian dari bacaan “al baqiyat as-salihat”. Sahabat-sahabat lantas bertanya : Apakah “al baqiyat as-salihat” itu Ya Rasulullah saw ? Baginda bersabda : Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu Akbar wala haula wala quwwata illabillah."


Fadhilat menyebut Al-Baqiyat As-Salihat ini sangatlah banyak seperti berikut:
1. Menggugurkan dosa seperti menggugurkan daun-daun kering dari pokok
2. Subhanallah mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
3. Alhamdulillah mendapat 30 pahala dan dipadam 30 dosa
4. Lailahaillallah mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
5. Allahuakbar mendapat 20 pahala dan dipadam 20 dosa
6. Subhanallah dan Alhamdulillah akan mendapat pahala memenuhi ruang antara langit dan bumi
7. Merupakan tanaman syurga, orang yang mengucapkannya sekali akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga

Jumhur ulama menyarankan agar kita menyebut Al-Baqiyat As-Salihat ini seratus kali pada waktu pagi selepas Subuh dan pada waktu petang selepas Asar.

Sumber Al-Baqiyat As-Salihat: Ceramah Ustaz Jafri Abu Bakar 

Sabtu, 27 Ogos 2011

TAFAKUR, ZIKIR, GELOMBANG MINDA DAN TENAGA DALAM


  TAFAKUR  


Meditasi merupakan ‘Tafakur’ dan berzikir berserta olahan pernafasan.. Nafas memiliki hubungan antara Insan dengan Tuhan sebagai satu alat yang padanya 'Izin Allah' diletakkan, membawa 'Sifatullah' dari hati ke pusat badan, fikiran dan roh. Nafas juga membawa unsur kehidupan (Prana) ke dalam fizikal (cakra) untuk fungsi Jasmaniah yang menimbulkan keseimbangan dan harmoni kepada tubuh badan manusia.... Firman Allah swt: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Al-Asr:1-3)

Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta yang paling bernilai.  Nabi saw bersabda: “Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”


Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh. Nabi saw bersabda: “Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”.  Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kerosakan. Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)

Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan khazanah para ulama.

Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).


GELOMBANG MINDA
Kalau minda sedar mempunyai hanya potensi 10%  kekuatan otak tetapi minda bawah sedar mempunyai potensi 90% kekuatan akal  Minda bawah sedar ini boleh diaktifkan sepenuhnya melalui olahan pernafasan secara ‘Meditasi’ agar gelombang minda menjadi tenang. Ada empat jenis tahap gelombang minda akan berlaku semasa melakukan meditasi (tafakur)
·         Gelombang Beta
·         Gelombang Alfa
·         Gelombang Thetha
·         Gelombang Delta

OLAHAN NAFAS
·         Nafas Salur
·         Nafas Keras
·         Nafas Tahan

Firman Allah swt:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Al-Asr:1-3)

Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta yang paling bernilai.

Nabi saw bersabda:
Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”

Nabi saw bersabda:
“Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”

Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)

Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh.Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kerosakan.

Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan khazanah para ulama.

Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).
 




  TENAGA GHAIB
Tenaga ghaib didefinasi kan sebagai suatu tenaga yang tak tampak mata...maksudnya mata kasar tak dapat melihat tenaga ni.. sumber tenaga gaib semestinya daripada Allah swt jua...namun...ia terdiri kepada jenis tenaga yang murni dan tak murni....bertakluk dalam sifat Jalal dan Qohar Allah s.w.t...

Te
naga ini terbahagi kepada 4 alam iaitu:
  1. alam Lahut.
  2. alam jabarut.
  3. alam malukut.
  4. alam mulki.

Tenaga alam mulki merujuk kepada tenaga yang tersirat didalam tubuh manusia, seperti tenaga minda (psikik) dan tenaga dalam yang terhasil dari olah nafas dan latihan konsentrasi...IA DIKENALI JUGA SEBAGAI TENAGA NASMA..kajian dalam bidang aura, pukulan jarak jauh.



Tenaga alam malukut, merujuk kepada tenaga dari alamnya jin...tenaga ini tidak harmoni, biasanya diperolehi dari amalan ilmu kebatinan khadam pendamping, saka dll. Walaupun manusia terbabit mengamalkan zikir, wirid, namun bersahabat dengan jin adalah mengotorkan fitrahnya sendiri walaupun jin tersebut adalah jin islam sekalipun.segala fenomena luar biasa dengan pembabitan jin dikenali sebagai "Istidraj".tak dinafikan dengan amalan kebatinan ini,manusia itu akan dikurniakan pelbagai keajaipan seperti terbang,kebal,kekuatan cam badang...tapi rohani manusia akan terhambat didlam hubbun dunia dan mencintai nafsu semata-mata...


Tenaga alam jabarut, berasal dari alam malaikat...bagi seorang sufi...tenaga jenis ini juga akan melambatkan perjalanan rohani untuk memakrifat kpd Allah s.w.t.


Tenaga alam lahut, adalah tenaga termurni yang langsung datang daripada Allah s.w.t tanpa membabitkan perantaraan makhluk lain...Ia disebut sebagai tenaga Rohaniah...dimana kekuatan yang dikurniakan Tuhan ini mampu menundukkan seluruh isi langit dan bumi...kerana layaknya manusia itu sebagai khalifah...tenaga ini terhasil dari olah zikir darojat didalam tarekat tasauf dengan bimbingan guru yang mursyid..hasilnya mata basyirah akan terbuka...serta kemuncaknya manusia itu akan diberikan ilmu ladunni batin..makrifatullah, mukasyafah, mahabbah dan musyahadah...atas kurnia dan kasih sayang Allah s.w.t itu jua...wallahualam.
 
 




PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN TENAGA BATIN
Ilmu Tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda. Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik. Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata. Inilah yang disabdakan Nabi saw: ”Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi: “Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya. 
 
LATIHAN TENAGA ROHANI

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:
  1. Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
  2. Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
  3. Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
  4. Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada, Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada. Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah. Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja. Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)