Memaparkan catatan dengan label Ibrahim AS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibrahim AS. Papar semua catatan

Khamis, 16 Julai 2020

Bani Jawi Dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir

Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah (dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki martabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang -gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ku serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.

Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat martabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.

Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.

Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memartabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan memuliakan Bani Jawi.

Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimartabatkan dengan agama ini seperti firman Allah SWT:
  
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
  
النور: ٥٥
  
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55
  
Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu ! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.

Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu adalah seorang pemimpin, kerana Rasulullah s.a.w. melantik sebagai ketua di kalangan mereka yang memahami surah Al-Baqarah. Di dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka.

Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.

Bangunlah Wahai Bangsaku Bani JaWi / Bani TaMim
Janganlah Tidur Lagi Kerana Musuh Sudah Datang


Isnin, 6 Julai 2020

Bangsa Mim Era Nabi Ibrahim AS

Nabi ibrahim AS adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal Uzair. Nabi Ibrahim AS datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.
Pada zaman itu, ada suatu golongan di gelar “patriarchs” atau pun golongan “bangsawan" yang membina keluarga dan mempunyai negara kota sendiri. Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim AS memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan oleh Firaun kerana Firaun ingin melaksanakan niat jahatnya terhadap Sarah. Sarah adalah seorang wanita yang sangat cantik tidak terbanding di zamannya.
Sarah kemudian mengadu kepada Allah SWT. Ia beribadah dan bersujud, kemudian mengadukan kesedihannya. Ia memohon perlindungan kepada Allah SWT. "Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu, mengetahui bahawa aku menjaga kehormatanku untuk suamiku, maka janganlah kau jadikan raja kafir itu berkuasa atasku," kata Sarah sambil menangis. Allah SWT dengan rahmatNya telah mengabulkan doa Sarah lalu mentajallikan kalimah "La Haulawala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim" kepada Sarah. 
Firaun kemudian datang kepada Sarah. Melihat kecantikannya, timbul nafsu dalam diri Firaun. Berkali-kali sang raja ingin menyentuh Sarah, namun tangannya terasa lumpuh. Firaun tak mampu bergerak. Tangannya terpaku di dada. Ia kemudian berkata pada Sarah, "Aku berjanji tak akan mengganggumu. Mohonlah kepada Tuhanmu agar melepaskan tanganku. Sungguh, aku tidak akan menyakitimu." Sarah kembali berdoa, "Ya Allah, jika benar yang ia katakan, lepaskanlah tangannya."

Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan ‘puterinya’ sendiri untuk di nikahi oleh Ibrahim AS. Wanita itu adalah HAJAR.
Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf. Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. 
Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di tempuhinya termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. 
Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI. Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai ‘the lost tribe’ oleh para yahudi. ‘The lost tribe’ ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.
Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah ‘ahli rumah’ mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. 
Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama ‘ARAB’, bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan ‘ahli rumah’ Bahtera Nuh.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAH + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.
Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. 
ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.