Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Julai 2011

10 kelebihan orang Jepun yang patut dicontohi - Part 2

5. Orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang number 1. Mereka amat mengambil berat terhadap sahabat masing2. Kalau ada sahabat diaorang yang takder duit, diaorang bagi hutang. Kalau ada sahabat diaorang yang kelaparan, diberinya makan. Kalau ada sahabat diaorang yang memerlukan bantuan, diberinya bantuan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memerlukan sahabat yang sentiasa menolongnya dalam perjuangan dakwah Islamiah, apatah lagi kita. Orang Jepun mempunyai panggilan khas untuk sahabat yang bersama ketika susah dan senang ini, dipanggil Nakama. Sedangkan kawan dipanggil Tomodachi. Aku ingin mencari Rakan Seperjuangan, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku. Semoga Allah menunjukkan kepadaku: Rakan Seperjuanganku, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku.

6. Orang Jepun sangat cute / comel / kawaii. Ini tak boleh disangkal lagi. Kupandang ke depan, kiri, kanan, depan, belakang semuanya comel. Kiranya kalau ku baling gumpalan kertas (yang mengandungi ayat-ayat cinta) tu di Tokyo, 9/10 akan terkena awek comel. Kalau baling kat Malaysia, 1/10 jer akan terkena awek comel. Silap haribulan terkena mak nyah. Lariiiii..

7. Orang Jepun sangat kemas. Ini kerana mereka mengamalkan 5S. 5S tu ialah seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. Kalau dalam bahasa omputehnya: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining. Nak tahu lebih lanjut pasal 5S sila klik kat sini. 5S ni kalau dalam bahasa melayu: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Yang ni pulak aku cipta: Sila Susun Selepas (engkau buat) Semak dan (engkau buat) Sampah.

8. Orang Jepun suka bangun pada awal pagi. Ini yang aku pelik bin ajaib. Sepatutnya rakyat Malaysialah yang suka bangun awal pagi, sebab rakyat Malaysia kena sembahyang Subuh. Ini terbalik pulak. Aku dah tanya orang Jepun ni, rata-rata diaorang akan bangun sekitar pukul 5-6 pagi. Huh, kalau rakyat Malaysia, waktu tu la paling sedap nak berdengkur. Cuba la bawak bangun awal sikit, sebelum Subuh ke. Lepas tu buat Tahajud 2-3 round ker, baru la cantik amalan. Betul tak?

9. Orang Jepun suka mandi air panas. Ha, ini adalah salah satu rahsia kenapa kulit awek Jepun sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu, dalam air panas semulajadi tu ada Sulphur. Air panas semulajadi ni bersifat Asid. Ianya amat sesuai untuk kulit. Ini terbalik dengan air yang kita minum. Air yang paling baik untuk diminum ialah air yang bersifat alkali. Cepat la awek2 malaysia pergi mandi air panas kat Malaysia, tak kira la kat kolam air panas bemban ke, Sg. Serai ke, Selayang ke, Labis ke, barulah kulit korang jadi putih berseri macam awek Jepun.

10. Orang Jepun sangat sukakan matahari. Hah, ini tak dapat disangkal lagi. Cuba tengok flag Jepun camner. Mungkin kerana kedudukan geografi negara Jepun yang terletak paling Timur menyebabkan negara ini juga digelar sebagai negara matahari terbit dan menjadikan salah satu sebab mengapa rakyat Jepun suka berpagi-pagi. Kita juga boleh mencontohi sifat orang Jepun yang berpagi-pagi ini kerana dalam Islam terdapat keberkatan untuk mereka yang berpagi-pagi mencari rezeki.

Dah penat dah aku tulis pasal kelebihan orang Jepun. Tapi orang Malaysia nipun ada jugak kelebihannya. Kelebihan orang Malaysia ni diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Al-Imran 3:110)

Tahniah rakyat Malaysia sebab dengan satu sifat ini sahaja iaitu Amar Maruf Nahi Mungkar disertai Iman, Allah telah mengiktiraf anda sebagai umat yang terbaik. Itulah sebabnya Allah menyukai para bloggers yang menceritakan tentang Al-Quran /Hadis dalam blognya. Rasulullah SAW bersabda "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari dan at-Tirmidzi). Tapi kalau anda ada 10 sifat orang Jepun yang aku katakan itu, lagilah bertambah bagus kan....

Salam Sayang dari Jepun,
Irwan Hakimi  
Gambar kenangan sewaktu di Otsuki, Yamanashi

10 kelebihan orang Jepun yang patut dicontohi - Part 1

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia dariNya, aku ditakdirkan oleh Allah untuk melawat negara Jepun pada bulan Julai ini. Aku sebenarnya sangat kagum dengan negara matahari terbit ini kerana 10 perkara. Aku amat berharap agar orang Malaysia dapat mengambil pengajaran dari 10 perkara yang aku rasa sangat baik untuk diamalkan tapi sayangnya 10 perkara ini tidak diamalkan di Malaysia. 10 perkara tersebut adalah:

1. Orang Jepun sangat menepati waktu dan janji. Ini perkara yang paling ketara waktu aku ada kat Jepun. Kalau orang Jepun dah berjanji jumpa pukul 7 pagi tu, memang tepat pukul 7 pagi dia ada duduk 'cokoh' tunggu diriku dekat lobi hotel. Kalau kat Malaysia senang jer. Kalau janji pukul 7 pagi, ko tambah jer 30 minit atau sejam, tentu tak lari jauh. Padahal menghargai waktu itu adalah ajaran Islam. Demi MASA! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) (Al-ASr 103:1-3) Allah telah bersumpah dengan masa. Kalau Allah dah bersumpah tu, menunjukkan masa itu satu perkara yang besar / hebat / penting samalah dengan 'demi MATAHARI', 'demi BULAN', 'demi BINTANG' dsb.

2. Orang Jepun sangat pembersih. Inipun ajaran Islam. Maksud hadis: ”Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”. (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi). Pelik ya kenapa orang Jepun lebih 'Islamik' daripada orang Malaysia. Kalau kat Tokyo tu nak cari 1 sampahpun susah. Dekat KL jangan cakap la. Tengok kira, kanan, depan, belakang semuanya nampak sampah. Lagi satu pasal tandas. Kenapa orang Jepun boleh bersihkan tandas dia sampai berkilat sampai ku rasa nak tidur dalam tandas tu? Kat Malaysia, asal masuk tandas jer rasa nak muntah, wek!

3. Orang Jepun selalu kata Hai. Aku bagi contoh, kalau ditanya 'Ogengkideska (apa khabar)?' Mereka akan menjawab 'Hai (ya) Watashiwa gengkides (saya sihat)' Jadi perkataan Hai (ya) ni dah jadi sebati dengan mulut diaorang. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi orang Jepun. Sekiranya anda berjumpa kawan, sapalah Hai. Contohnya Hai Fatin Liyana. Hai Fatin Suhana. Hai Annas Easkey.

4. Orang Jepun sangat menghormati orang lain. Sebenarnya cara asal orang Jepun menyapa kawannya ialah dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Ini memang aku SUSPECT! Bukan senang nak hormatkan orang sampai begitu sekali. Boss-boss kat Malaysia boleh tak buat begitu tanda hormat? Tak kiralah besar manapun pangkat kau kat dunia ni, semuanya adalah kurniaan dari ALLAH. So janganlah sombong sangat ok. Bila-bila masa aje ALLAH boleh tarik pangkat kau tu tahu tak. Kalaulah aku ditakdirkan untuk menjadi seorang RAJA, aku tetap akan hormatkan semua orang tak kira la muslim ke kafir ke. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

5. Orang Jepun sangat berdisiplin. Ini satu perkara yang aku perasan. Tak kira kerja apa yang diaorang buat diaorang sangat teliti, ada sistem, tersusun, teratur, berjadual, rapi dsb. Tak hairanlah diaorang mampu bangunkan negara diaorang dalam masa yang sangat singkat setelah perang dunia kedua. Mungkin sebab adanya kesusahan perang itu menjadikan rakyat Jepun lebih kuat dan hebat. Rakyat Malaysia pulak manja sebab tak pernah berperang. Yang ada rakyat Malaysia berperang cuma dalam Playstation 3 atau X-boX jer, main game Prince of Persia, Superman, Batman dan macam2 man lagilah.

Bersambung ke Part 2