Memaparkan catatan dengan label Religion - Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Religion - Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Oktober 2011

Amalan Zahir vs Amalan Batin

Assalamualaikum semua,


Pada tulisan kali ni, aku nak huraikan tentang amalan ataupun ibadat kita kepada Allah SWT. Cara untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT itu ada berbagai, antaranya dengan kita melakukan ibadat yang banyak kepada Allah SWT. Tapi pernahkah kita berhenti sejenak dan berfikir apakah maksud ibadat kepada Allah SWT itu dan bagaimanakah tingkatan ibadat itu di sisi Allah SWT?


Cuba kita lihat 5 ibadat yang paling utama dalam Islam iaitu rukun Islam itu sendiri:
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu
3. Puasa bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan Haji jika mampu


Cuba kita perhatikan. Kesemua ibadat tersebut berbentuk fizikal. Maksudnya kita kena gunakan kekuatan fizikal kita untuk melaksanakan ibadah tersebut. Mengucap 2 kalimah syahadah walau nampak ringan masih memerlukan aktiviti fizikal iaitu bercakap. Telah jelas bahawa solat, puasa, zakat dan haji juga memerlukan aktiviti fizikal untuk melaksanakannya. Walaupun zakat nampak seperti bukan fizikal, bekerja untuk mendapatkan wang sehingga layak mengeluarkan zakat juga adalah aktiviti fizikal.


Ini bermakna secara tidak langsung Islam menyuruh kita menjaga kesihatan fizikal kita agar kuat dan sihat. Bagaimana kita hendak beribadat dengan berkesan sekiranya tubuh badan kita lemah? Susah untuk solat kalau berdiripun tidak mampu. Islam itu sendiri diturunkan untuk menjaga 5 perkara iaitu 1) AGAMA 2) AKAL 3) HARTA 4) KETURUNAN 5) NYAWA. Menjaga nyawa itu termasuklah menjaga kesihatan. Sebab itu perbuatan yang berkaitan 5 perkara tersebut adalah perbuatan dosa besar. Contohnya murtad kerana merosakkan agama, minum arak dan menagih dadah merosakkan akal, mencuri dan merompak merosakkan harta, berzina merosakkan keturunan dan membunuh merosakkan nyawa.


Sebab itu dalam Islam, tubuh badan kita ini dianggap amanah oleh Allah SWT dan adalah WAJIB untuk kita menjaga tubuh badan kita ini dengan baik. Segala perkara yang boleh memudaratkan badan kita adalah haram dilakukan oleh kita. Berhati-hati dengan apa yang kita makan, jangan sampai makanan itu memudaratkan. Sekiranya kita sakit, WAJIB untuk kita berubat. Berubat itu adalah hak kita manakala kesembuhan itu pula adalah hak Allah semata-mata.


Ingatlah  Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian". Sementara kita masih muda dan sihat ini, buatlah amal ibadat sebanyak-banyaknya sebelum kita tua, sakit atau tidak berdaya lagi.


Walaupun asas ibadat itu berbentuk fizikal atau zahir, masih ada ibadat lain yang berbentuk tersembunyi atau batin. Sebenarnya ibadat batin ini ada tersembunyi di dalam ibadat zahir itu. Kita hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja untuk mengetahui rahsia di sebalik ibadat zahir itu. Saya akan huraikan satu persatu.


Mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya selain kita meyakini apa yang kita ucapkan, kita hendaklah berusaha mengenali sifat-sifat Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kita boleh mengenali sifat Allah SWT dengan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya dan juga mempelajari dari orang yang lebih alim dari kita. Mengenali sifat-sifat Allah SWT tidak dilarang, yang dilarang dalam Islam ialah memikirkan zat Allah SWT kerana ianya tidak dapat dicapai oleh akal kita. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: "berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat" Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang kejadian alam ini: matahari, bulan, bintang, siang dan malam. Berfikir tentang hari kiamat: alam kubur, padang mahsyar, mizan, titian sirat, syurga dan neraka. Berfikir tentang sifat-sifat Allah SWT: 99 nama Asma Ul Husna, 20 sifat wajib bagi Allah, sifat penyayang, sifat pengampun dsb.


Solat 5 waktu adalah ibadat zahir. Ibadat batinnya hendaklah kita mengingati Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kita boleh tambah waktu kita mengingatiNya dengan solat sunat. Malah kita boleh tambah lagi dengan berzikir kepadaNya. Kita tambah lagi dengan sentiasa mengingatiNya diwaktu senang atau diwaktu susah.


Puasa bulan Ramadhan ialah ibadat zahir dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Ibadat batinnya hendaklah kita menahan dari apa yang kita hendak semata-mata keranaNya. Bolehkah kita menahan marah kita apabila ada orang menyakitkan hati kita malah kita berdoa agar orang itu diampunkan olehNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari mendengki orang lain yang mendapat nikmat dariNya? Bolehkah kita menahan diri kita dari perasaan sombong apabila ada orang memuji kita? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dan bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal untuk diberikan nafkah kepada keluarganya? Bolehkah seorang ayah itu bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang bermacam ragam?


Membayar zakat ialah ibadat zahir iaitu mengeluarkan lebihan harta kita apabila cukup syaratnya. Ibadat batinnya ialah meletakkan sesuatu pada haknya walaupun kita suka terhadap sesuatu itu. Bolehkah seorang suami berlaku adil terhadap 4 isterinya walaupun dia amat menyukai isteri bongsunya? Bolehkah seorang bos berlaku adil terhadap semua anak buahnya walaupun dia amat menyukai seorang anak buahnya? Bolehkah seorang ayah berlaku adil terhadap kesemua anak-anaknya walaupun dia paling menyukai anak no.3 nya? Dalam Islam adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau anak lelaki diberikan songkok, anak perempuan diberikan tudung.


Menunaikan Haji ialah ibadat zahir. Ibadat batinnya sanggupkah kita berkorban harta, masa dan tenaga kita semata-mata kerana Allah SWT? Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan nyawa anaknya Ismail sekalipun semata-mata kerana mengikut perintah Allah SWT. Saiyidina Abu Bakar As Siddiq sanggup mengorbankan keseluruhan hartanya untuk kepentingan Islam. Sedekahlah harta anda untuk anak-anak yatim atau untuk membina masjid. Luangkanlah masa anda untuk mencari ilmu dan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Sumbangkanlah sedikit tenaga anda untuk kepentingan Islam.


Ibadat zahir dan ibadat batin itu kedua-duanya disukai oleh Allah SWT. Ibadat batin itulah yang lebih tinggi nilainya disisiNya. Ibadat zahir itu boleh dinampak olah manusia sedangkan ibadat batin itu ada di dalam hati. Orang yang solat tetapi tidak ikhlas tidak akan diterima solatnya. Tetapi orang yang ikhlas ingin bersolat tetapi terhalang kerana sebab tertentu (terlupa, tersilap atau tertidur) tetap akan diberikan pahala solatnya oleh Allah SWT (wajib dia mengqada' apabila teringat dan terjaga). Disamping kita melakukan ibadat zahir, sama-samalah kita juga membersihkan hati kita dengan sifat-sifat Mahmudah (kasih sayang, baik hati, adil, tiada dengki, tiada sombong dsb) kerana Dia amat mengetahui rahsia di dalam hati kita. 


Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa-rupa kamu,
Tetapi Dia memandang kepada hati-hati kamu.

Selasa, 20 September 2011

AMALAN-AMALAN YANG BERLIPAT GANDA


Oleh: Sulaiman bin Shalih al Kharasyi
Penerjemah: Farid bin Muhammad al-Bathothy

Setiap orang muslim diantara kita tentu menginginkan berumur panjang supaya bertambah kebaikannya. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tatkala beliau ditanya: Siapakah orang yang paling baik itu? Beliau menjawab:
“Yaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad).

Kehidupan di dunia ini merupakan tempat untuk menambah dan memperbanyak amalan-amalan yang baik agar manusia senang setelah kematian serta rela dengan apa yang ia kerjakan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan bahwa umur umatnya ini antara enam puluh sampai tujuh puluh tahun, mereka tidak seperti umur-umur umat sebelumnya. Akan tetapi Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menunjukkan mereka kepada perbuatan maupun ucapan yang dapat mengumpulkan pahala yang banyak dengan amalan yang sedikit lagi mudah, yang dapat menggantikan manusia dari tahun-tahun yang berlalu kalau dibandingkan dengan umat-umat sebelumnya. Dan inilah yang dinamakan dengan “Al-A’maal Al-Mudha’afah” (amalan-amalan yang berlipat ganda) yang tidak semua orang mengetahuinya.

Oleh karena itu saya hendak menyebutkan sebagian besar dari padanya pada tulisan yang singkat ini. Dengan harapan agar setiap orang diantara kita menambah umurnya (dengan amalan) yang produktif dalam kehidupan dunia ini. Agar tergolong dari orang-orang yang mengerti (untuk mengambil) selanya. (Kata pepatah): “Darimanakah bahu itu di makan”. Maka mereka memilih dari amalan-amalan tersebut mana yang paling ringan (dikerjakan) oleh jiwa dan paling besar pahalanya. Orang seperti ini bagaikan orang yang mengumpulkan permata-permata yang berharga dari dasar laut sementara manusia yang lain (hanya) mendapatkan ombaknya saja.

Berikut ini akan kami sebutkan amalan-amalan maupun ucapan-ucapan secara berurutan dan singkat, dengan disertai dalil dari setiap ucapan atau amalan yaitu dalil-dalil dari Kitabullah atau dari hadits-hadits yang shahih dan hasan. Allah-lah Yang Maha Pemberi taufiq untuk setiap kebaikan.

1. Silaturrahim
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya: “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaknya menyambung (tali) silaturrahimnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Berakhlaq yang mulia
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya: “Silaturrahim, berbudi mulia dan ramah pada tetangga (dapat) mendirikan kabilah dan menambah umur.” (HR. Ahmad dan Baihaqi).
3. Memperbanyak shalat di Haramain Syarifain
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Shalat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik dari seribu (shalat) daripada yang lain kecuali Masjidil Haram, dan shalat di Masjid haram itu lebih baik dari seratus ribu (shalat) daripada yang lain.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

4. Shalat berjama’ah bersama imam
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Shalat berjama’ah itu lebih baik daripada shalat sendiri dengan dua puluh tujuh derajat.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Adapun perempuan shalat di rumah, dan hal itu lebih baik daripada mereka shalat di masjid, walaupun di Masjid nabawi. Berdasarkan sabda Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ummu Humaid-salah satu dari shahabiyat- yang artinya: “Aku tahu bahwa kamu senang shalat bersamaku, tapi shalatmu di rumahmu itu lebih baik bagimu daripada shalatmu di kamarmu. Dan shalatmu di kamarmu itu lebih baik bagimu daripada shalatmu di tempat tinggalmu. Dan shalatmu di tempat tinggalmu lebih baik bagimu daripada shalatmu di Masjidku.” (HR. Ahmad).
Lalu setelah ini beliau Radhiyallahu ‘anha shalat di penghujung rumahnya di tempat yang gelap sampai beliau menemui ajalnya.

5. Melaksanakan shalat nafilah (sunnah) di rumah
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Keutamaan shalat seorang laki-laki di rumahnya dengan shalat yang dilihat oleh orang banyak seperti halnya keutamaan shalat fardhu atas shalat sunnah.” (HR. Baihaqi dan dishahihkan olah Albani). Bukti yang menguatkan hal itu juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam shahih: “Sebaik-baik shalat seseorang adalah di rumahnya kecuali shalat wajib.” (HR. Bukhari dan Muslim).

6. Berhias dengan beberapa adab pada hari Jum’at
Yaitu yang terdapat pada sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa yang mandi (janabat) pada hari Jum’at kemudian berangkat di awal waktu, mendapatkan khutbah pertama, berjalan kaki tidak naik kendaraan, mendekat dari imam, mendengarkan khutbah dan tidak berbicara maka baginya setiap langkahnya adalah (bagaikan) amalan setahun dari pahala puasa dan shalat (taraweh)nya.” (HR. Ahlus Sunan).
Arti: “Ghassala” adalah membasuh kepalanya, dan ada yang mengartikan: “Menggaulinya isterinya agar matanya tidak melihat yang haram pada hari itu. Sedang arti: “Bakkara” adalah berangkat (ke masjid) di awal waktu. Dan “Ibtikara” adalah mendapatkan khutbah pertama.

7. Shalat Dhuha
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Bila masuk waktu pagi maka setiap jari-jari tangan kamu ada kewajiban shadaqah, lalu setiap (bacaan) tasbih adalah shadaqah, tahmid adalah shadaqah, tahlil adalah shadaqah, takbir adalah shadaqah, amar ma’ruf adalah shadaqah, nahi mungkar adalah shadaqah, dan cukup dari itu semuanya dengan shalat dua raka’at waktu Dhuha.” (HR. Muslim).

Makna: “Sulamaa” adalah lipatan-lipatan organ tubuh seseorang yang berjumlah 360 lipatan/engsel. Dan sebaik-baik waktu shalat Dhuha itu tatkala matahari sangat panas, berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Shalat orang-orang yang bertaubat itu ketika anak unta itu terasa sangat panas.” HR. Muslim).
Maksudnya: tatkala anak unta itu berdiri dari tempatnya karena terik matahari yang sangat panas.

8. Menghajikan orang lain atas biayanya setiap setahun
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Kerjakanlah haji dan umrah itu berturut-turut, karena sesungguhnya ia (dapat) menghilangkan kefaqiran dan dosa seperti ubupan (alat peniup api) tukang besi yang menghilangkan karat besi, emas dan perak.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Albani).

Dan kadang-kadang seseorang tidak bisa melakukan haji setiap tahun, oleh karena itu hendaknya ia menghajikan orang –atas biayanya- yang mampu badannya (dalam mengadakan perjalanan ke Baitullah).

9. Shalat setelah terbitnya matahari
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa shalat subuh dengan berjama’ah kemudian ia duduk sambil berdzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari lalu shalat dua raka’at maka baginya seperti ibadah haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Albani).

10. Menghadiri halaqah-halaqah ilmu di masjid
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa yang berangkat ke masjid dia tidak menginginkan kecuali untuk belajar sesuatu kebaikan atau mengajarinya maka baginya adalah seperti pahala orang yang beribadah haji dengan sempurna.” (HR. Ath-Thabrani dan dishahihkan oleh Albani).

11. Melaksanakan umrah pada Bulan Ramadhan
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Umrah di Bulan Ramadhan sama dengan haji bersamaku.” (HR. Bukhari).

12. Melaksanakan shalat lima waktu di masjid
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk shalat fardhu maka pahalanya seperti haji.” (HR. Abu Daud dan dishahihkan olah Albani).

Dan yang lebih utama agar keluar dari rumahnya sudah dalam keadaan suci, bukan bersuci di toilet masjid kecuali dalam keadaan terpaksa dan darurat.

13. Hendaknya berada di shaf yang pertama
Berdasarkan ucapan “irbadh bin sariyah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memintakan ampunan (kepada Allah) bagi orang yang berada di shaf yang pertama tiga kali, dan shaf yang kedua satu kali. (HR. an-Nasai dan Ibnu Majah).
Dan berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam juga yang artinya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya membacakan shalawat kepada orang-orang yang ada di shaf pertama.” (HR. Ahmad dengan sanad yang baik).

14. Shalat di Masjid Quba
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa yang bersuci dari rumahnya kemudian ia datang ke Masjid Quba lalu shalat di dalamnya maka baginya seperti pahala umrah.” (HR. an-Nasai dan Ibnu Majah).

15. Menjadi Tukang Adzan
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Tukang adzan itu akan diampuni (dosanya) sepanjang suaranya (terdengar), dan dibenarkan oleh orang yang mendengarkannya baik basah maupun kering dan juga baginya pahala orang yang shalat bersamanya.” (HR. Ahmad dan an-Nasai).

Apabila anda tidak dapat menjadi tukang adzan itu maka paling tidak anda harus mendapatkan pahala yang setimpal dengannya, yaitu:

16. Untuk mengucapkan seperti yang dikatakan oleh tukang adzan itu
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Katakanlah seperti yang dikatakan oleh muadzin, bila kamu sudah selesai maka mohonlah (kepada Allah) niscaya dia akan memberimu.” (HR. Abu Daud dan an-Nasai).

Maksudnya: memohonlah setelah kamu selesai menjawab muadzin itu.

17. Puasa Ramadhan dan enam hari di Bulan Syawwal setelahnya
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa Puasa Ramadhan kemudian diikuti enam hari di Bulan Syawwal maka (pahalanya) seperti puasa setahun.” (HR. Muslim).

18. Puasa tiga hari setiap bulan (tanggal: 13, 14 dan 15 Bulan Qomariyah)
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa puasa tiga hari dari setiap bulan maka itulah (pahalanya seperti) puasa setahun.” Kemudian Allah menurunkan firman-Nya sebagai pembenaran dalam kitab-Nya yang artinya: “Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya.” (QS. Al An’am:160). Satu hari sama dengan sepuluh hari (HR. at-Tirmidzi).

19. Memberi makanan untuk berbuka puasa bagi orang-orang yang berpuasa
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa yang memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang yang berpuasa maka baginya seperti pahalaya tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

20. Shalat pada malam Lailatul Qadr
Berdasarkan firman Allah Ta’ala yang artinya: “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadr:3). Maksudnya: lebih baik daripada ibadah selama 83 tahun kira-kira.

21. Jihad
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Kedudukan seseorang dalam shaf (jihad) fi sabilillah lebih baik daripada ibadah enam puluh tahun.” (HR. Hakim dan dishahihkan oleh Albani).

Dan ini merupakan keutamaan kedudukan/posisi dalam shaf (jihad), lalu bagaimana dengan orang yang berjihad fi sabilillah dalam tempo berhari-hari, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun?

22. Ar Ribath (bersiap siaga di perbatasan musuh)
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa yang tetap bersiap siaga (diperbatasan musuh) fi sabilillah dalam satu hari satu malam maka baginya pahala seperti puasa satu bulan penuh dengan shalat malamnya. Dan barang siapa yang meninggal dalam keadaan bersiap siaga maka baginya seperti itu juga pahalanya, dan ia diberikan rezeki serta diamankan dari fitnah.” (HR. Muslim).
Yang dimaksud dengan “fitnah” disini adalah siksa kubur.

23. Amal shalih pada sepuluh Dzulhijjah
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Tidak ada hari dimana amal shalih dalam sepuluh (Dzulhijjah) lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari lainnya.” Para shahabat bertanya: Wahai Rasulullah, juga tidak jihad di jalan Allah? Beliau menjawab: Juga tidak jihad di jalan Allah, kecuali orang yang mengeluarkan dengan harta dan jiwanya sementara ia tidak kembali sedkitpun.” (HR. Bukhari).

24.Mengulang-ulangi beberapa surat Al-Qur’an
Berdasarkan sabdanya Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Surat al-Ikhlash sama dengan sepertiga al-qur’an dan surat al-Falaq sama dengan seperempat al-Qur’an.” (HR. ath-Thabarani dan dishahihkan olah Albani).

25. Berdzikir yang pahalanya berlipat ganda dan hal ini banyak (macamnya)
Diantaranya bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika keluar dari (rumah isterinya) Juwairiyah Ummul Mu’minin Radhiyallahu ‘anha disaat pagi hari ketika beliau shalat subuh sedang dia berada di tempat shalatnya. Kemudian Rasulullah pulang setelah shalat dhuha sementara Ummul mu’minin sedang duduk (di tempat shalatnya), seraya beliau bertanya: “Masihkah engkau dalam keadaan yang tatkala aku tinggalkan?” Ummul mu’minin menjawab: Ya, benar. Lalu beliau bersabda: “Aku telah mengucapkan empat kalimat tiga kali setelahmu seandainya kalimat-kalimat itu ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan mulai hari ini pasti (kalimat-kalimat itu) akan lebih berat, yaitu: “Subhaanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi waridhaanafsihi wazinata’arsihi wamidaada kalimaatihi: maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Yang menghitung ciptaan-Nya, Yang ridha dengan Dzat-Nya, berat ‘arsi-Nya dan tinta kalimat-kalimat-Nya.” (HR. Muslim).

Dari Abu Umamah Radhiyallahu ‘anhu berkata: nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melihatku dan aku sedang menggerakkan bibirku lalu beliau bertanya: “Apa yang kamu ucapkan wahai Abu Umamah? Saya menjawab: Saya berdzikir dan menyebut Allah. Kemudian (beliau mengajariku) lalu bersabda: “Maukah kamu aku tunjukkan kepada yang lebih banyak (pahalanya) dalam berdzikir kepada Allah di siang hari dan malam hari? Maka ucapkanlah:
“Walhamdulillahi mil amaa ahshaa kitaabahu, walhamdulillahi ‘adada kulla syay in, walhamdulillahi mil a kulla syay in: segala puji bagi Allah Yang Menghitung apa yang diciptakan-Nya, segala puji bagi-Nya sepenuh apa yang diciptakan-Nya, segala puji bagi-Nya yang Menghitung apa yang (terdapat) dalam langit dan bumi, segala puji bagi-Nya Yang menghitung apa yang (termaktub) dalam kitab-Nya, segala puji bagi-Nya sepenuh apa yang (termaktub) dalam kitab-Nya, segala puji bagi-Nya Yang Menghitung segala sesuatu, dan segala puji bagi-Nya sepenuh segala sesuatu.”

“Dan hendaklah kamu bertasbih kepada Allah seperti itu” Lalu beliau meneruskan sabdanya: “Pelajarilah (do’a-do’a ini) dan ajarilah orang-orang setelahmu.” (HR. ath-Thabarani dan dishahihkan oleh Albani).

26. Istighfar yang berlipat ganda
Berdasarkan sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Barangsiapa yang memintakan ampunan bagi orang-orang mu’minin maupun mu’minah Allah akan menulis dari seperti mu’minin maupun mu’minah sebagai satu kebajikan.” (HR. ath-Thabarani dan dishahihkan oleh Albani).

27. Melaksanakan kepentingan manusia
Berdasarkan sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Sesungguhnya bila aku berjalan dengan saudaraku muslim untuk memenuhi suatu hajatnya lebih saya cintai daripada saya beri’tikaf di masjid selama satu bulan.” (HR. Ibnu Abi Dun-yaa dan dihasankan oleh Albani).

28. Perbuatan-perbuatan yang pahalanya senantiasa mengalir sampai setelah mati
Yaitu yang dijelaskan dalam hadits Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Ada empat macam pahala yang selalu mengucur (walaupun) setelah meninggal: “Seseorang yang selalu siap siaga (di perbatasan musuh) di jalan Allah, seseorang yang mengajarkan suatu ilmu maka pahalanya akan selalu mengucur selama ilmu itu diamalkan, seseorang yang memberi shadaqah maka pahalanya akan selalu mengucur (kepadanya) selama (shadaqah tersebut) dipergunakan dan seorang ayah yang meninggalkan anak yang shalih yang mendo’akan kepadanya.” (HR. Ahmad dan Thabrani).

29. Mempergunakan waktu
Hendaknya seorang muslim menggunakan waktunya dengan ketaatan (kepada Allah). Seperti membaca al-Qur’an, berdzikir, ibadah, mendengarkan kaset-kaset yang bermanfaat agar waktunya tidak sia-sia belaka agar ia tidak dilalaikan dimana saat itu tidak bermanfaat lagi kelalaian, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Dua nikmat yang (sering) dilupakan oleh kebanyakan orang, yaitu: kesehatan dan kekosongan (waktu).” (HR. Bukhari).

Allah-lah yang Maha Memberikan taufiq kepada kita semua agar umur kita dipanjangkan oleh-Nya dalam kebaikan. Dan dapat mempergunakan kesempatan-kesempatan yang berlipat ganda (pahalanya) dimana kebanyakan orang melalaikannya.

Kelebihan Orang Bertakwa Menurut Al-Quran



Sebenarnya, janji Allah kepada orang-orang yang bertaqwa sudah tertera dengan begitu jelas di dalam kitabNya, iaitu kitab suci Al-Qur'an Al Karim. Bahkan Allah SWT telah memberikan janjiNya kepada orang yang bertaqwa dengan begitu banyak dan begitu terperinci

1. Orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia pada hari kiamat
QS. Al-Baqarah (2) : 212
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

2. Orang bertaqwa mendapat balasan Syurga
QS. Ali Imran (3) : 15
Katakanlah: "Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

3. Orang bertaqwa mendapat keuntungan
QS. Al-Maidah (5) : 100
Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keuntungan."

4. Orang bertaqwa tidak merasa bimbang
QS. Al-A'raaf (7) : 35
Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa yang bertakwa dan mebuat kebaikan, tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

5. Orang bertaqwa mendapatkan berkat dari langit dan bumi
QS. Al-A'raaf (7) : 96
Jikalau sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

6. Orang bertaqwa selalu ingat kepada Allah
QS. Al-A'raaf (7) : 201
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

7. Mendapat kehormatan di sisi Allah
Al-Hujurat (49) : 13
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

8. Diberi kemudahan dalam urusannya
QS. At-Talaq (65) : 4
Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

9. Diberi jalan keluar dari berbagai kesulitan, dan diberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka
QS. At-Talaq (65) : 2-3
Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

10. Mendapatkan rahmat dan cahaya

QS. Al-Hadiid (57) : 28
Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Khamis, 8 September 2011

19 Cara Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Berikut adalah 19 cara kita boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.



Dari Syuraih --iaitu Ibnu Haris-- dia berkata: Aku mendengar seorang lelaki dari sahabat Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, bangunlah kepada-Ku nescaya aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada-Ku nescaya Aku datang kepadamu dengan berlari". Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih. (Dan al Haisami berkata: Diriwayatkan oleh Ahmad dan para perawinya adalah sahih, kecuali Syuraih bin Haris, ia adalah tsiqat) 
1. Tawwabun (Orang-Orang yang Bertaubat)


"Adapun orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang saleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung" (Al Qasas 28:67)


Berikut adalah hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan taubat kepada Allah SWT.

"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah SWT, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah SWT dalam satu hari sebanyak seratus kali". (Hadits diriwayatkan oleh Muslim dari Al Aghar al Muzni.)
Dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi Saw bersabda:

"Demi Dzat Yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, jika kalian tidak berbuat dosa niscaya Allah SWT akan membinasakan kalian dan mendatangkan suatu makhluk lain yang berbuat dosa, sehingga mereka kemudian meminta ampun kepada Allah SWT dan Allah SWT mengampuni mereka". (Karena di antara nama Allah SWT adalah "Al Ghaffaar" --Maha Pemberi ampunan. Maka siapa yang akan memberikan ampunan jika seluruh hamba-Nya adalah orang-orang yang tidak pernah melakukan dosa?!! Maka orang yang telah melakukan dosa hendaknya tidak menjadi putus asa, selama dosa yang ia lakukan itu adalah bukan dosa besar. Karena ampunan Allah SWT lebih besar dari dosanya itu. Dan Allah SWT berfirman: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS. Az-Zumar: 53).). Hadits diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya.
Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah Saw bersabda:

"Allah SWT berfirman: " Aku sesuai dengan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku akan bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia dari pada seorang yang menemukan kembali perbekalannya di padang yang tandus. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan menemuinya dengan berlari". Hadits diriwayatkan oleh Muslim, dan lafazhnya darinya, juga Bukhari dengan lafazh yang sama.
Dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: bahwa seorang laki-laki mencium seorang wanita, dalam riwayat lain disebutkan: seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Saw dan berkata: Wahai Rasulullah Saw, aku mengobati seorang wanita di ujung kota, dan aku menyentuh bagian dari tubuh yang seharusnya tidak perlu aku sentuh [dalam pengobatan] (Perkataannya: "menyentuh bagian dari tubuh yang seharusnya tidak perlu aku sentuh (dalam pengobatan)" maksudnya adalah melakukan perbuatan selain bersetubuh.), saya mengakui perbuatan saya, maka berikanlah hukuman kepada saya sesuai kehendak Rasulullah Saw". Umar berkata: Allah SWT akan menutupi perbuatanmu jika kamu menutupinya. Ia berkata: Dan Nabi Saw tidak mengatakan apa-apa kepadanya. Kemudian orang itu bangkit dan berjalan. Dan kemudian Rasulullah Saw mengutus seseorang untuk memanggilnya kembali dan membacakan ayat ini:

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat" (QS. Hud: 114.).
Seorang laki-laki dari yang hadir berkata: Wahai Nabi Allah, apakah itu hanya khusus baginya? Rasulullah Saw bersabda: "Namun bagi seluruh manusia". Hadits diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya.

Barangsiapa ingin mengejar syurga dan ingin menjauhkan diri dari neraka, sekaranglah saatnya. Saat taubat masih diterima, saat dosa masih diampuni, sebelum ajal menjelma, sebelum amal terputus, sebelum Allah menghitung dan menghisab perbuatan manusia di tempat yang tidak diterima lagi harta dan tidak berguna lagi alasan dan yang tersembunyi menjadi nampak.


2. Mutawakkilun (Orang-Orang yang Bertawakkal)



....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq 65:2-3)



Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta bertawakallah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan. (Hud 11:123) 

Diceritakan Umar "saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi kosong perutnya dan petang penuh" (H.R. Tirmidzi)

Dalam pandangan syariat, salah satu ciri sikap tawakal ialah adanya usaha (ikhtiar) terlebih dahulu, kemudian menyerahkan segala usaha hanya kepada Allah, baik gagal ataupun berhasil. Menurut seorang mufassir, Ali al Qari, tawakal adalah mengetahui dan meyakini bahawa tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah. Makhluk, rezeki, nikmat dan musibah, manfaat dan mudharat, kekayaan dan kemiskinan, sihat dan sakit, hidup dan mati, dan sebagainya berasal dari Allah.

Seseorang yang merasa telah bertawakal tanpa berusaha, tidaklah dinamakan tawakal tetapi bodoh. Nabi Musa AS, sewaktu menghadapi tentera Firaun dan akan mengharungi Laut Merah, diperintahkan Allah untuk berikhtiar, iaitu memukul Laut dengan tongkatnya sehingga Laut Merah terbelah, barulah umatnya (Bani Israel) berjaya menyeberang Laut Merah dengan selamat. Sabda Nabi SAW "Ikatlah untamu dahulu, selepas itu bertawakallah kepada Allah" (H.R. Ibnu Hibban).



Yusof Al Qardhawi dalam Ath Thariq Ilallah; At Tawakal mengungkap keistimewaan hamba Allah yang bertawakal kepadaNya seperti berikut:
i. Timbul ketenteraman jiwa dan ketenangan hati.
ii. Meningkatkan kekuatan jiwa dan kekuatan rohani. Hal-hal material seperti kuasa, harta dan jasmani menjadi kecil dihadapannya dan tidak bererti sama sekali.
iii. Meningkatkan kewibawaan. Orang yang bertawakal akan memiliki kewibawaan sekalipun dia tidak memiliki kekuasaan, merasa kaya sekalipun tanpa harta dan merasa gagah berani sekalipun tanpa tentera.
iv. Keredhaan. Tawakal mengakibatkan seorang hamba menjadi redha dan lapang dada menerima apa yang diputuskan Allah SWT.
v. Optimis. Tawakal menimbulkan perasaan percaya diri yang tinggi dalam mencapai apa yang menjadi cita-cita dan keinginannya.

3. Mujahidun (Orang-Orang yang Berjihad)



Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), tidak ada permusuhan lagi bagi orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:193)


Yang dimaksud jihad dalam teks umum ialah berjuang demi tegaknya agama Allah dimuka bumi. al-jihad pula bermaksud 'mengeluarkan segenap daya dan upaya untuk mencapai jalan kebenaran'. Dari segi bahasa, jihad bermakna 'kesulitan', 'kesukaran' dan 'kepayahan'. Secara terminologi, jihad bermakna 'mengerahkan segenap kemampuan di jalan Allah untuk meninggikan kalimat-Nya, membela agama-Nya, memerangi musuh-musuh-Nya, dan mencegah kezaliman, kejahatan dan pelanggaran.' 


Rasulullah SAW telah mengalami banyak kesukaran sewaktu berdakwah untuk menegakkan agama Islam di bumi Mekah dan Madinah. Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW perlulah meneruskan usaha dakwah baginda untuk menegakkan agama Islam di seluruh dunia. Inilah yang dikatakan jihad, apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Islam. Kita mesti sanggup mengorbankan barang berharga yang kita ada iaitu masa, tenaga dan wang untuk berjihad kepada Allah SWT. Para sahabat Rasulullah SAW sanggup mengorbankan nyawa sekalipun untuk mempertahankan agama Islam.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah 9:111) 

4. Khasyi'un (Orang-Orang yang Khusyuk dalam Solat)


Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka  khusyuk. (Al-Isra' 17:109)



Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (TaHa 20:14)  

Solat yang dilakukan lima kali sehari semalam itu akan menghapuskan dosa sebagaimana air yang dipakai mandi dapat menghapuskan daki yang ada di badan (H.R. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Abu Hurairah)

Sesuatu yang pertama kali dihisab pada hamba ialah solatnya. Jika tidak (sempurna), Allah yang Maha mulia dan Maha Besar berfirman, "Lihatlah adakah hambaKu membuat solat sunat?" Jika dia ada bersolat sunat, Allah berfirman "Sempurnakanlah fardhu itu dengannya." (H.R. Ibnu Majah)

Solat adalah perintah dari Allah SWT sewaktu peristiwa Israk Mikraj. Ia diwajibkan untuk muslim yang berakal dan baligh. Di dalam solat terdapat banyak kebaikan seperti zikir, doa, selawat dan meditasi. Solat juga adalah tiang agama. Barangsiapa menegakkan solat, dia telah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkan agama. Solat juga adalah amalan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah SWT.


Dengan mengingati Allah SWT melalui solat, hati seseorang itu akan menjadi tenang. Solat yang khusyuk akan menimbulkan perasaan bahaw dirinya adalah sentiasa diawasi oleh Allah SWT. Perasaan diawasi inilah yang akan membimbing seorang manusia itu kejalan yang benar dan lurus. Seseorang tidak mungkin mencuri sekiranya di kiri, kanan, depan dan belakangnya selalu diawasi orang sekitar. Apalagi sekiranya ada di dalam hatinya yang sedang mengawasinya adaalah Zat yang Maha Segalanya, Maha Melihat dan Maha Mendengar.


Firman Allah: ...Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar... (Al Ankabut 29:45) Sekiranya solat seseorang itu masih belum dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar, nyatalah dia masih belum khusyuk dalam solatnya.


Cara untuk mencapai khusyuk dalam solat adalah seperti berikut:
i. Menyingkirkan segala sesuatu yang mengganggu tumpuan dalam solat
ii. Berlaku Ihsan, iaiatu seakan-akan kita melihat Allah, sekurang-kurangnya Allah akan melihat kita.
iii. Mengetahui makna bacaan solat
iv. Sebahagian ulama menganjurkan untuk melihat tempat sujud
v. Tuma'ninah, iaitu tenang dan tidak terburu-buru.



5. Munfiqun (Orang-Orang yang Gemar Bersedekah)


Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah 2:274)



Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (syurga). (Saba' 34:37)  



(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran 3:134)


Sedekah bererti memberikan sebahagian harta kepada orang lain atau institusi yang berhak untuk kepentingan sosial atau agama dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Ada sedekah wajib dipanggil zakat sebanyak 2.5% setahun apabila cukup syaratnya. Pahala sedekah itu bergantung bukan sahaja kepada nilai sedekah tetapi bergantung juga kepada keikhlasan dan tujuan seseorang itu bersedekah.


Segala harta yang kita ada, semuanya adalah milik Allah SWT. Kita hanyalah pemegang amanah terhadap harta tersebut dan kita akan ditanya oleh Allah SWT bagaimana dan untuk apa kita gunakan harta tersebut. Ada manusia di dunia ini bertuhankan harta dengan melakukan rasuah, korupsi, eksploitasi sumber alam, menipu, mencuri dsb. Mereka ini termasuk dalam golongan yang rugi kerana mereka telah melakukan dosa besar.


Akhir kata, Ingatlah kata-kata Saiyidina Abu Bakar AS "Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi di akhirat orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara"


Dan juga ayat Quran berikut: Apa yang (ada) di sisimu akan lenyap (hilang-musnah-hancur), sedangkan apa yang ada di sisi Allah itulah yang kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl 16:96)


6. Zakirunallah (Para Ahli Zikir)


Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak (berzikir) supaya kamu beruntung (Al Jum'ah 62:10)



...dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.  (Al Ahzab 33:35) 




Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Al Araf 7:205) 



Zikir bermaksud mengingati Allah. Zikir tidak hanya dilakukan didalam solat atau ketika berada di dalam majlis ilmu, bahkan zikir itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja baik secara terang-terangan (melalui lidah) atau secara tersembunyi (melalui hati). Menurut Ibnu Qayyum, indahnya zikir kerana ianya tidak dibatasi waktu sama ada ketika berdiri, duduk dan berbaring.


Berikut adalah fadhilat berzikir:
1. Menjadikan jiwa merasa tenang
2. Menjadikan hati bersih
3. Mendapatkan keampunan dan pahala disisinya.
4. Menghindari kesesatan
5. Termasuk dalam golongan yang beruntung

7. Sabirun (Orang-Orang yang Bersabar)

Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar (Hud 11:11)



Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Al-Imran 3:142)  



Sabar itu adalah sebahagian dari iman (H.R. Abu Na'im)


“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al Mulk  67:2)"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Al-Kahfi 18:7)


Dalam dua ayat di atas, jelas Allah telah menyebut tujuan kita dihidupkan di dunia ini adalah untuk diuji. Seperti ujian di dunia, tentu ada markahnya. Allah SWT yang akan menilai dan menghisab lalu memberikan markah (pahala) kepada kita di hari akhirat. Beruntunglah orang yang lulus ujian Allah didunia ini kerana ganjarannya adalah syurga yang penuh dengan segala kenikmatan.


Hidup ini adalah satu ujian. Ujian ada yang positif berbentuk nikmat dan ada juga yang negatif berbentuk musibah. Allah SWT telah memberikan segala alat untuk manusia mengharungi ujian di dunia ini iaitu dengan akal, kitab (Quran, Injil dsb) dan pembimbing (rasul, ulama, ustaz dsb). Ujian itulah yang mengukuhkan iman, menambahkan pahala dan meninggikan darjat. Allah SWT sangat mengasihi mereka yang bersyukur apabila mendapat nikmat dan mereka yang bersabar apabila ditimpa musibah.


Jumhur ulama mambahagikan sabar dalam beberapa kategori seperti berikut:
i. Sabar dalam meninggalkan maksiat
ii. Sabar dalam menjalankan perintah agama
iii. Sabar apabila ditimpa bencana


Untuk menjadi hamba yang sabar, ada dua jalan yang perlu ditempuh iaitu dengan mencari ilmu dan berdoa.


8. Amal Anbiya' wal Mursalun (Amalan para Nabi dan Rasul)



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al Ahzab 33:21)


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. (Al-Anbiya' 21:25)  


Nabi dan Rasul adalah manusia pilihan Allah SWT yang telah diberikan tugas untuk menyampaikan risalah dakwah Islamiah kepada kaumnya. Dalam dakwahnya, nabi dan rasul lebih banyak menjelaskan tentang peraturan berkenaan akidah dan akhlak. Allah SWT berfirman: Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Al-Qalam 68:4). Nabi dan Rasul mempunyai tugas untuk membetulkan kembali akidah manusia yang telah menyeleweng dari menyembah Tuhan yang satu.


Nabi dan Rasul mempunyai sifat-sifat mulia seperti berikut:
1. Terhindar dari perbuatan dosa (maksum)
2. Layak menjadi contoh teladan kepada umatnya kerana mempunyai sifat yang mulia seperti berbudi pekerti, kekukuhan akidah, baik hati, sabar dsb.
3. Mendapat rahmat kesejahteraan dari Allah.
4. Mereka diutus untuk amar makruf dan nahi mungkar maksudnya untuk memberi khabar gembira untuk amalan baik dan peringatan untuk amalan yang buruk.
5. Memiliki 4 sifat wajib iaitu: i. siddiq / jujur ii. amanah / dapat dipercayai iii. tabligh /menyampaikan iv. fatanah / bijaksana 


Sama-sama kita beramal dengan amalan para nabi dan rasul dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW dan cuba mengikuti sifat-sifat Nabi dan Rasul di atas.


9. Mukhlisun (Orang-Orang yang Ikhlas Beramal)


Bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia (ikhlas) berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah 2:112)


Ikhlas itu adalah urusan hati. Hanya Allah SWT yang tahu sama ada seorang hambaNya itu ikhlas apabila berbuat kebaikan bahkan malaikatpun tidak tahu. Hati selalu berkata benar, seperti cermin. Setiap orang yang berdiri di depan cermin tidak mungkin dibohongi cermin bahawa dia cantik sedangkan kenyataannya tidak begitu. Cermin (hati) akan mengungkapkan apa adanya.


Sebanyak manapun amal yang dilakukan oleh seseorang, tidak bererti sekiranya tidak dilakukan dengan ikhlas. Sabda Rasulullah SAW "Allah tidak menerima amal, kecuali amal yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah" (H.R. Ibnu Majah). Junaid Al Baghdadi menyebut ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dalam setiap tindakan. Sementara sebahagian fuqaha berpendapat bahawa orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan perbuatan baiknya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya, tidak dihebah atau dipamerkan.


Mencapai ikhlas harus diawali dengan niat. Seorang yang ikhlas bukan beramal untuk mendapatkan pujian atau keuntungan dunia, bahkan hanya beramal untuk mendapatkan keredhaan Allah samata-mata. Sifat yang bertentangan denga ikhlas ialah riya'. Riya' ialah jalan mendapat manfaat duniawi dengan melakukan amal akhirat. Contohnya banyak bersedekah agar disebut dermawan atau banyak membincangkan masalah agama agar disebut ahlinya. Berhati-hatilah dengan Riya' kerana Riya' disebut sebagai syirik kecil. 


Salah satu sahabat bertanya, "Apakah jalan keselamatan itu?" Nabi menjawab, "Jangan sekali-kali engkau menipu Allah" Sahabat bertanya, "Bagaimana kita bisa menipu Allah?" Nabi berkata, "Engkau melakukan amalan sesuai yang diperintah  Allah dan RasulNya, tapi engkau tidak berniat kerana Allah, maka hendaklah kamu takut perbuatan riya' sebab riya' itu termasuk syirik kecil. Dan orang yang berlaku riya' di kemudian hari akan dipanggil dengan empat macam panggilan, iaitu 'Hai orang riya', 'Hai orang khianat', 'Hai orang yang berdosa', 'Hai orang yang merugi, tersesatlah perbuatanmu, hilanglah amalmu, kamu sekali-kali tidak mendapatkan pahala disisiKu, sekarang pergilah kamu dan ambillah pahalamu kepada orang yang kamu maksudkan, hai penipu'," (Mutafaq 'Alaih)


10. Amal Waliyullah (Amalan Para Kekasih Allah)


Ingatlah, sesungguhnya terhadap wali-wali Allah itu tidak ada kebimbangan dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yunus 10:62)


Waliyullah adalah orang-orang yang dikasihi Allah. Kata wali mengandungi banyak maksud, antaranya 'teman', 'kekasih' atau 'pengikut'. Sebahagian ulama' berpendapat bahawa apabila Allah berkenan menjadikan seseorang sebagai wali-Nya, dibukalah pintu hijab sehingga dia selalu berzikir kepada Allah dan merasakan kenikmatan dalam beribadat kepadaNya. Telah terbuka tirai hijab menuju makrifat sehingga benar-benar mengetahui Allah dengan segenap kemuliaan dan keagunganNya.


Di antara tanda-tanda para wali Allah adalah adanya anugerah berupa kemampuan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat orang awam, merasakan sesuatu yang tidak dirasakan orang kebanyakan, dan memahami banyak hal yang tidak dapat dijelaskan akal yang disebut dengan karamah. Namun, tidak setiap wali itu harus memiliki karamah.


Sebahagian pendapat berkata bahawa darjat wali dapat dicapai dengan mujahadah disertai bimbingan guru yang Rabbani. Menurut Sayid Ahmad Al Badawy r.a., syarat yang harus dilakukan oleh seorang hamba yang ingin mencapai darjat wali adalah seperti berikut:


i. Benar-benar mengenal Allah (tauhidnya teguh dan mantap kepada Allah)
ii. Benar-benar menjaga perintah Allah
iii. Berpegang teguh pada sunnah Nabi
iv. Sentiasa menyucikan diri (menjaga wudhuk)
v. Redha terhadap Qada' yang menimpanya, baik dalam kelapangan (senang) mahupun kesusahan (duka)
vi. Meyakini apa yang telah dijanjikan Allah
vii. Memutuskan keinginan (harapan) selain Allah
viii. Sabar pada saat mendapat ujian dalam hidupnya serta gangguan orang lain
ix. Mentaati perintah Allah
x. Kasih sayang terhadap semua makhluk ciptaan Allah
xi. Tawaduk atau rendah diri
xii. Tidak angkuh dan sombong
xiii. Mengenali syaitan dan tipu dayanya
xiv. Menyedari syaitan itu adalah musuh yang nyata dan harus diwaspadai

Akhir kata, berikut adalah 3 sifat waliyullah:


i. Para wali Allah selalu merasa gembira dalam hidupnya, tidak risau dan tidak bersedih dengan ujian yang menimpanya kerana mereka sangat hampir dengan Allah SWT. Hanya Allahlah tempat mereka mengadu dan mereka sudah tiada keinginan apa-apa terhadap makhluk. 
ii. Mereka sentiasa beriman dan bertakwa. Keimanan mereka kepada Allah sudah mencapai tahap Ainul Yakin / Ihsan yang maksudnya seolah-olah mereka telah melihat Allah atau Allah selalu melihat mereka. Bahkan keimanan mereka boleh mencapai tahap Haqqul Yakin iaitu mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Mereka juga amat takut dengan azab Allah dan amat cinta dengan rahmat Allah.
iii. Mereka dicintai Allah. Siapa sahaja yang memusuhinya, maka dia ternyata telah memusuhi Allah.


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar telah berfirman, "Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. Hamba-Ku tidak mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling aku sukai daripada sesuatu yang aku fardhukan atasnya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi telinga untuk menjadi pendengarannya, mata untuk menjadi penglihatannya, tangan untuk menjadi pemegangnya, dan kaki untuk berjalannya. Jika dia memohon kepadaKu, nescaya aku akan memberinya. Jika dia memohon perlindungan dariKu, nescaya Aku akan melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku lakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya". (H.R. Bukhari)

11. Ashabul Maimanah (Golongan Kanan)


Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? Iaitu memerdekakan hamba abdi; Atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim dari kaum kerabat; Atau kepada orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka adalah golongan kanan. (Al-Balad 90:12-18) 



Di dalam ayat ini, Allah telah menerangkan bahawa jalan untuk mencapai taraf Ashabul Maimanah (golongan kanan) adalah jalan mendaki lagi sukar. Maksud jalan mendaki ialah jalan kebaikan yang dapat dicapai dengan kesungguhan dalam mentaati Rab-Nya. Antara perbuatan terpuji yang dilakukan oleh Ashabul Maimanah adalah seperti berikut:


i. Memerdekakan hamba abdi. Zaman sekarang, pembebasan hamba ini boleh diertikan menyelamatkan seseorang dari seorang yang kuat terhadap yang lemah. Pada zaman sahabat, pembebasan hamba dipelopori oleh Abu Bakar As Siddiq yang membebaskan Bilal bin Rabah dari majikannya yang kejam iaitu Umayyah bin Khalaf Jamhi al Quraisy. Selain itu, beliau juga membebaskan hamba lain iaitu Zinnirah, Labibah, Amir bin Fuhairiah, serta An-Nahdiyyah.
ii. Memberi makan kepada anak yatim. Bagi mereka yang kaya, hal ini adalah sebuah peluang dari Allah SWT untuk mencapai tahap Ashabul Maimanah. Walaubagaimanapun ini sukar untuk dilakukan kerana orang kaya itu sibuk menguruskan hartanya: contohnya kereta, rumah dan perniagaannya daripada memikirkan nasib anak-anak yatim.
iii. Menolong si miskin yang fakir. Memberi sedekah kepada mereka yang kelaparan atau memberikan biasiswa / elaun kepada anak-anak miskin untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang tinggi.
iv. Saling berpesan terhadap kesabaran dan kasih sayang. Maksudnya mereka menasihati mereka yang ditimpa ujian agar bersabar dengan rasa kasih sayang sesama makhluk.


12. Hafizun (Orang-Orang yang Amanah)

Amanah secara bahasa bermakna al wafa' (memenuhi) dan wadi'ah (diserahkan). Secara definisi bererti memenuhi apa yang diserahkan yang berupa segala kewajipan yang sudah diberikan seseorang, baik yang berhubungan dengan Allah (hablumminallah) atau terhadap manusia (habluminannas). Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menyampaikan amanah adan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji (H.R. Ahmad).



Contoh amanah dengan Allah (habluminallah) ialah memenuhi, menjaga dan melaksanakan hukum-hukumNya, baik mengikut suruhanNya mahupun meninggalkan laranganNya. Contoh amanah dengan manusia ialah memenuhi kewajipan terhadap kepimpinannya, menepati janji, jujur, tidak menyelewang dsb.


Beberapa sikat amanah yang utama adalah seperti berikut:
i. Memelihara solat. Solat adalah amanah kepada setiap muslima yang berakal dan baligh.
ii. Memelihara hukum-hukum Allah.
iii. Memelihara kemaluan.
iv. Memelihara sumpah. 
v. Menjaga harta anak yatim.
vi. Menjaga hak suami/isteri
vii. Melunaskan hutang


Memelihara amanah/janji adalah urusan paling berat dalam agama seperti hadis dan ayat Quran berikut:


Pernah diceritakan oleh Ali r.a. ketika duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang warga A'liyah bertanya kepada Nabi, "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang kewajipan yang paling berat dan paling mudah dalam agama ini." Rasulullah menjawab, "Yang paling mudah adalah ikrar bahawa Tuhan hanya Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, sedangkan yang paling berat adalah menjadi orang yang amanah. Sesungguhnya, tiada beragama orang yang tidak amanah, juga tidak dianggap melakukan solat dan zakat. (H.R. Bazar)


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzab 33:72)


13. Syakirun (Orang-Orang yang Bersyukur)



Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim 14:7)  



Dari Amar bin Syu'aib dari ayahnya, Nabi bersabda, "Ada dua sifat yang apabila keduanya berada dalam diri seseorang, Allah mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Pertama, hendaklah dia melihat kepada orang yang berada di atasnya dalam urusan agama sehingga dia mengikutinya. Dan yang kedua, hendaknya dia melihat orang yang berada di bawahnya dalam masalah dunia, lalu dia bersyukur (dengan memuji) kepada Allah."



Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (An-Nahl ayat 16:18).“ Cuba kita fikirkan, dari kita kecil hingga besar berapa pinggan nasikah yang sudah kita makan? Kiralah 2 kali sehari x 365 hari x umur kita mula makan nasi. Berapa banyak pakaian yang sudah kita pakai? Berapa gelas air yang sudah kita minum? Itu belum dikira nikmat yang ada pada diri kita seperti mata, mulut, tangan, kaki dsb. Itu belum dikira nikmat kejadian alam ini seperti bumi, matahari, bulan, bintang, udara dsb. Bagaimana dengan nikmat keluarga, kawan, rumah, kenderaan dsb? Benarlah kata Allah SWT dalam surah Ar-Rahman: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Hakikat syukur itu sebenarnya dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya baik dalam keadaan senang, mahupun dalam keadaan susah. Ini termasuklah redha dengan segala ketetapan / takdir dan nikmatNya kepada kita tidak kira banyak atau sedikit. Itulah cara kita untuk berterima kasih kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Ucapan Alhamdulillah pula adalah zikir kepada Allah SWT untuk menunjukkan rasa syukur kita kepadaNya.


14. Muttaqun (Orang-Orang yang Bertakwa)

Sabda Rasulullah SAW pada Haji Wada' "Wahai manusia, sesungguhnya Tuhanmu satu dan bapamu satu, setiap kamu berasal dari Adam, sedang Adam dari tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu, tidak ada kelebihan orang Arab dan bukan Arab, kecuali takwa. (Mutafaq 'Alaih)



Dalam bahasa Arab, takwa berasal dari kata ittaqa yang bererti 'takut'. Ianya juga bermaksud 'waspada' atau 'menjaga diri'. Kalangan ulama' berpendapat bahawa takwa adalah gabungan antara rasa takut dan harapan. Apabila seseorang itu melaksanakan segala perintahNya, pada hakikatnya dia sedang mengharapkan kebaikan dalam kehidupannya di akhirat. Pada masa yang sama, dia juga menghadapi rasa takut untuk terjerumus ke dalam neraka. Kedua-dua perasaan mengharap dan takut inilah yang menimbulkan rasa takwa.


Menurut Imam Ibnu Rajab dalam Jama'ul ulum wal Hikam, takwa adalah keupayaan seseorang dalam melindungi diri dari hal yang ditakutinya dengan membuat benteng yang dapat menjaganya. Sementara menurut Imam Thalaq bin Hubaib, takwa adalah mentaati perintah Allah berdasarkan hidayah dariNya dengan mengharapkan pahala dariNya dan tidak bermaksiat padaNya dan takut azabnya.


Berikut adalah kelebihan orang yang bertakwa:
1. Dicintai Allah
Barangsiapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran 3:76)
2. Mendapatkan kemenangan.
Mereka yang bertakwa dan berjuang dijalannya, walau mati sekalipun tetap dikira menang kerana telah mati syahid.
3. Mendapat pahalaNya.
Setiap amal kebaikan orang yang bertakwa akan dibalas dengan pahala disisiNya sebanyak 10x / 100x bahkan sebanyak kemurahanNya.
4. Diberikan jalan keluar yang tidak terduga, mudah urusannya, ringan beban yang dipikulnya, dan dipenuhi keperluannya.
5. Mendapatkan rahmatNya
6. Allah mengampuni dosanya
7. Mendapat balasan syurga
Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa. (Maryam 19:63)


15. Ulama (Ahli ilmu Agama)


Rasulullah SAW menyampaikan bahawa jika Allah mencabut ilmu, Allah akan mewafatkan para ulama sehingga jika Allah tidak meninggalkan seorang ulamapun lalu orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, merekapun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan (H.R. Bukhari Muslim)

Ulama adalah orang-orang yang ahli dalam pengetahuan agama Islam. Mereka adalah pewaris para nabi. Dalam bahasa Arab, ulama merupakan bentuk jamak dari kata alim, iaitu orang yang memiliki ilmu yang luas serta mendalam. 



Para ulama memiliki kedudukan yang amat mulia di sisi Allah. Dalam satu riwayat, rapatnya seseorang dengan para ahli ilmu agama yang lurus dapat menyebabkan dia selamat dari siksa neraka. Sehinggakan ikan-ikan di laut, binatang-binatang buas di hutan dan binatang yang berbisa (seperti ular dan sebagainya) juga sentiasa memohon keampunan daripada Allah SAW untuk mereka. Ini semuanya ialah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. Melalui ilmu seseorang hamba boleh sampai ke tahap sebagai seorang yang terbaik di kalangan umat dan boleh mencapai kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

16. Al-Abrar (Pelaku Kebajikan)




Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: (Al-Mutaffifin 83:22)


Al Abrar asal katanya dari Al birru yang bererti 'ketaatan', amal saleh. Al Abrar ialah peribadi muslim yang gemar berbuat kebaikan tidak saja dalam urusan pengabdian kepada Allah, tetapi juga berbuat sesuatu yang bermanfaat terhadap semua manusia.


Dalam Surah Al Bagarah ayat 177, Allah SWT menceritakan ciri-ciri Al Abrar seperti berikut:
1. Beriman kepada Allah dan rukun iman
2. Memberikan harta yang dicintainya kepada sanak kerabat, anak yatim, orang miskin, para musafir, para peminta-peminta, dan memerdekakan hamba sahaya.
3. Mereka yang mendirikan solat
4. Mereka yang menunaikan zakat
5. Mereka yang menepati janji

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran 3:104) 

 17. Shadiqun (Orang-Orang yang Jujur)


Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (dalam segala perkara). (Al-Ahzab 33:70)

Jujur / Siddiq adalah salah satu sifat wajib bagi Rasul. Sebenarnya sunnah Rasulullah SAW itu tidak tertakluk kepada perkara yang bersifat fizikal sahaja seperti kahwin lebih dari satu, pakai serban, berjanggut dsb. Malah ianya juga mencakupi perkara yang bersifat rohani seperti sifat jujur, pemaaf, pemurah, baik hati, suka berdakwah / memberi nasihat dsb. Kebanyakan manusia suka menipu dalam perkara yang melibatkan wang dan perniagaan. Sebab itulah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, orang-orang soleh dan para syuhada” ( Hadith Hasan – Tirmizi)

Lawan bagi sifat jujur ialah sifat dusta. Dusta sebenarnya ialah satu sifat yang dibenci oleh semua orang. Tiada siapapun di dunia ini suka dirinya ditipu oleh orang lain. Walaubagaimanapun sayangnya sifat dusta sudah menjadi satu trend di akhir zaman ini sehinggakan orang yang jujur dimusuhi, dianggap kolot dan tidak mengikut peredaran zaman manakala seorang pendusta kerap dijadikan kawan karib. Hampir di setiap liku kehidupan, penyakit yang bernama dusta ini telah berakar umbi dan sebahagian masyarakat menganggapnya sebagai budaya. 

Sesungguhnya jujur itu akan menunjukkan jalan kebaikan dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga. Dan berhati-hatilah kamu dengan berbohong kerana berbohong itu menunjukkan jalan kepada perbuatan jahat dan sesungguhnya perbuatan jahat itu menunjukkan jalan ke neraka.

18. Mukminun (Orang-Orang yang Beriman)

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (Al Mukminun 23:1)


Iman asalnya dari kata amana, satu akar kata dengan aman dan amanah. Iman terdiri dari rukun berikut: percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasul, hari kebangkitan, dan qadha & qadarNya (H.R. Bukhari). Iman amat berkait rapat dengan Islam iaitu: bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bukan Ramadhan, dan melaksanakan ibadah haji. Iman itu perlu dikatakan melalui lisan, diyakini dengan hati dan diamalkan dengan perbuatan.

Iman seseorang itu dapat bertambah dan berkurang. Agar iman kita bertambah perlulah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah-ibadah fardhu dan sunat dan perlulah bermujahadah melawan nafsu yang mengajak kepada kemalasan dan dosa. Proses mendekatkan diri kepada Allah itu perlulah dilakukan secara istiqamah iaitu dengan secara terus-menerus. Menurut Ibnu Taimiyah, satu istiqamah adalah lebih baik dari seratus karamah.

Iman itu adalah sesuatu yang sangat berharga dan boleh membawa seseorang itu ke syurga dengan izin dari Allah walaupun imannya hanyalah sebesar biji sawi.  Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!" 


19. Ulil Albab (Ahli Fikir)

Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (Al Baqarah 2:269)

Ulil Albab adalah hamba yang menggunakan daya akalnya dengan optimum mulai dari berfikir (takfir), mengingat (tadzkir), menghafal (tahfidz), berimaginasi (tahyil) dan memahami (tahfim) kehidupan melalui ayat-ayat Allah baik yang tersurat (Al-Quran) ataupun yang tersirat (penciptaan alam) dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran 3:190-191)

Akal haruslah digunakan untuk merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah. Akal juga haruslah digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Manusia yang tidak menggunakan akalnya untuk tujuan kebaikan ini akan menjadi rosak dan mengakibatkan turunnya taraf manusia itu sehingga menjadi lebih rendah dan lebih hina dari binatang.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Berikut adalah 5 sifat Ulul Albab:
1. Ulul Albab melihat gerak alam sebagai kehendak Allah. Siang dan malam, terbit dan terbenam matahari, hembusan angin, cuaca yang panas dan dingin; semuanya adalah kehendak Allah. Dengan pemahamam seperti itu, mereka selalu mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan baring.
2. Gemar bermunajat pada tengah malam. 
3. Bertakwa kepada Allah, iaitu dengan bersunguh-sungguh dalam ketaatan dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
4. Pandai mengambil iktibar. Mereka mengambil pengajaran dari kisah-kisah umat terdahulu. Mereka bimbang akan mengalami nasib seperti umat terdahulu yang ditimpa azab akibat keingkarannya.
5. Ulil Albab diberi pengetahuan hikmah dari Allah kerana mereka mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya.


Sumber: Buku 'Para kekasih Allah' karya Abdillah F. Hasan