Khamis, 23 Jun 2011

Lagu Cinta#3 Putera Puteri (Lagu ala Joget Kelate)

Ini lagu ciptaan#3 bertajuk Putera Puteri.

Sungguhlah cantik 3x tuan puteri,
Raut bak purnama 3x putih berseri,
Sungguhlah kacak 3x tuan putera,
Baiknya hati 3x dan bijaksana,
Hasrat di hati 3x ingin ku kenal,
Kalau dah jodoh 3x mungkin serasi,
Rezeki dan jodoh 3x ditentukan Nya,
Kalau dah jodoh 3x takkan ke mana,

Chorus:
Lenggae lenggok rancoknyo taghi,
Joget kelate namo dibeghi,
Pusing kanae dae pusing kighi,
Ghama lah ghama kito menaghi.

Putera dan puteri 3x telah bertemu,
Inginlah bina 3x istana kalbu,
Hasrat di hati 3x kekal selalu,
Moga diberkati 3x Tuhan yang Satu.

Chorus 2x:
Lenggae lenggok rancoknyo taghi,
Joget kelate namo dibeghi,
Pusing kanae dae pusing kighi,
Ghama lah ghama kito menaghi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan