Thursday, 30 June 2011

Sunnatullah atau Hukum Allah

Sunnatullah itu ialah Peraturan Allah atau Hukum Allah yang telah ditetapkan sejak Azali dan tidak akan berubah.

Dalil Naqli: Sesungguhnya kamu tidak akan mendapati apa yang disunnahkan Allah itu berubah. Sekali-kali kamu tidak akan mendapati apa yang telah disunnahkan oleh Allah itu bertukar ganti. (Fatir: 43)

Dalil Aqli: Sunnatullah itu juga ialah hukum alam seperti air mendidih pada suhu 100 darjah celcius, membeku pada 0 darjah celcius etc. Hukum alam ini juga tidak pernah berubah kecuali pada ketika yang sangat istimewa (api menyejuk kerana firman Allah untuk Nabi Ibrahim AS)

Kenapa mengetahui Sunnatullah ini penting? Apabila kita mengetahui sesuatu peraturan itu, barulah kita boleh mengikut peraturan itu. Contohnya peraturan ciptaan manusia iaitu lampu merah tanda berhenti. Kalau tak tahu dan tak ikut akan kemalangan.

Sunnatullah#1Yang sukar itu tinggi nilainya. Apa maksud sunnatullah ini? Maksudnya ada 2. Maksud yang pertama ialah kalau kita nakkan sesuatu yang tinggi nilainya kita hendaklah membayarnya dengan harga yang mahal. Di dunia ini kita percaya rumah banglo itu harganya lebih mahal dari rumah pangsa. Kenapa kita tak mahu percaya istana di akhirat yang besarnya melebihi 7 petala langit dan 7 petala bumi dan tidak akan rosak itu mahal harganya dan perlu di bayar untuk dimiliki?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah ( At-Taubah:111)

Maksud yang kedua ialah Allah akan menaikkan darjat mereka yang berjaya melakukan sesuatu yang sukar. Melakukan solat tahajud pada tiap-tiap malam adalah sesuatu yang sukar. Berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari yang afdal juga adalah sesuatu yang sukar. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berjaya melakukan dua perkara yang sukar ini, Insya Allah tuan-tuan dan puan-puan akan dikasihi oleh Allah. 


Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dituntut kerana:
1. Hari lahir Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin
2. Amalan kita dibawa mengadap Allah oleh malaikat selepas waktu Asar pada hari Isnin dan Khamis
3. Quran mula-mula diturunkan pada 17 Ramadhan iaitu pada hari Isnin

Sunnatullah#2


Allah itu Qun Fayaqun
Manusia itu Usaha, Doa, Ikhlas, Tawakal dan Istiqomah
  
Maksud Sunnatullah ini ialah Allah itu Maha berkuasa. Apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah itu, Allah sekadar berkata Qun (jadi) lalu Fayaqun (jadilah). Makhluk itu pula langsung tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan makhluk itu sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Hakikatnya makhluk yang ada kuasa itu sebenarnya tidak memiliki sebarang kekuasaan.


Maksudnya : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Kalimah Toyyibah yang indah
Dibaca saat hati merasa gundah
Menyedarkan diri kita
Bahawa sesungguhnya DIA lah Yang Maha Kuasa
Tiada Yang Lebih Berkuasa Selain DIA!!!

Sebenarnya Allah tidak memerlukan kita (umat Nabi Muhammad SAW) untuk memartabatkan agama Islam di muka bumi ini. Tetapi kenapa kita dipilih untuk menjalankan usaha dakwah ini? Jawapannya ialah untuk kebaikan kita. Allah ingin mengangkat darjat kita dan memberi kita pahala yang banyak. Manusia pula kerana bersifat lemah perlulah berusaha, berdoa, ikhlas (niat), bertawakal dan istiqomah sebelum sesuatu itu membuahkan hasil.

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (99) Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya) dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). (100)  (Yunus 10:99-100) 

Sudah menjadi Sunnatullah orang yang membuat kerja dakwah itulah yang mendapat paling banyak pahala dan mereka jugalah orang yang paling banyak diuji. Contohnya Nabi Ulul Azmi.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi ialah nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Muhammad SAW
2. Ibrahim AS
3. Musa AS
4. Isa AS
5. Nuh AS

No comments:

Post a Comment