Jumaat, 17 Jun 2011

Nama-Nama Malaikat

Berikut adalah 10 nama Malaikat yang kita WAJIB tahu tapi ramai yang dah lupakannya. Mungkin kalau kita bertanya pada sesiapa, mungkin mereka akan ingat sebahagian sahaja daripada nama-nama malaikat tersebut. Semoga kita semua akan ingat nama-nama 10 malaikat ini…

1. Jibrail - tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah. Kita akan ingat tentang Jibrail yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’.
2. Mikail – menurun rezeki dan menurunkan hujan. Jadi, sekarang kita tahu malaikat mana yang menjalankan tugas menurunkan rezeki dan hujan.
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai orang. Bila malaikat Israfil meniup sangkakala, ini menandakan hari kiamat bakal tiba..
4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut). Malaikat inilah yang akan mengambil nyawa kita bila masa kita dah tiba untuk pergi dari dunia ini.
5. Munkar dan
6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja orang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu datanglah malaikat berdua ini.
7. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan).
8. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni. Jadi, jangan sesekali berbuat jahat dan buatlah amal yang baik selalu.
9. Ridhuan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai orang namakan anak mereka dengan nama riduan. Mungkin sebab teringat akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi seorang yang baik.
10. Malek - menjaga pintu neraka. Malaikat ni, kita takkan jumpa kalau kita tak masuk neraka. Dengar cerita, wajah malaikat Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan