Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang
berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.
Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu
Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti
Qanturah/Keturah (dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan
perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan
kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh
daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi
Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di
kalangan mereka."
Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak
menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang
digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan
begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan
tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki martabat Rasul
Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang
Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan
bangsanya yang dimuliakan.
Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan
anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah
di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau
dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau
Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri
kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami
pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."
Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang
dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini
kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di
sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan
sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat
menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti
cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."
Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan
wajahnya yang bercahaya gilang -gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari
Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak
Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah
bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan
pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa
diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan
untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah
dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ku serahkan tugasku
ini."
Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah
ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail
bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali
kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9
tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan
orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s.
Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan
telaga Zamzam.
Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir
Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani
Jawi telah mengangkat martabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di
syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.
Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul
keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana
Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali
tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.
Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka
diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum
sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memartabatkan
mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim
dan memuliakan Bani Jawi.
Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa
agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang
diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan
kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid
menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan
dan dimartabatkan dengan agama ini seperti firman Allah SWT:
وَعَدَ
اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا
اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ
لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ
أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي
شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ
ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
النور:
٥٥
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang
beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia
sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia
benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan
sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji)
itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55
Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu
! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh
Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum
Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang
sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan
mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.
Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu adalah seorang pemimpin, kerana
Rasulullah s.a.w. melantik sebagai ketua di kalangan mereka yang memahami surah Al-Baqarah. Di
dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah
terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka.
Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani
Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew),
anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan
anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa
saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan
DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani
Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar
Zulkarnain.
Bangunlah Wahai Bangsaku Bani JaWi / Bani TaMim
Janganlah Tidur Lagi Kerana Musuh Sudah Datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan