Puteri Adruja Wijayamala Singa atau dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang digelar sebagai ‘dewi perang’ kerana
keberanian dan kehebatannya dalam medan
pertempuran. Puteri Adruja Wijayamala Singa merupakan perempuan melayu pertama
yang turun ke medan pertempuran dan
berjaya dalam pertempuran.
Adruja itu sendiri adalah sebutan dari perkataan "aadhi raja" yang membawa maksud raja yang besar, mulia, tinggi darjat, yang utama, terbaik malah membawa maksud pemuka pasukan perang. Wijayamala pula membawa maksud bunga seroja sakti yang berdasarkan mitologi konon mampu menghidupkan orang yang sudah mati. Singa pula sudah tentu kita mengetahui tentang haiwan ini: berani, gagah dan perkasa.
Kononnya Adruja amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan dengan wangian minyak wangi yang dibuat dari bunga melur.
1. Kehidupan awal
Adruja Wijayamala Singa berasal
dari Grahi iaitu sebuah negara kota
dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu.
Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau dikenali
sebagai Sultan Muhammad iaitu Maharaja Grahi yang ketiga.
Semuanya bermula apabila
peperangan telah tercetus apabila tentera Sukhothai ingin menakluki Grahi.
Tentera Sukhothai yang diketuai oleh Raja Rama Khamhaeng telah menyerang secara
berterusan di Kota Ghari yang ketika itu diketuai oleh Raja Sang Tawal.
Raja Sang Tawal telah mengarahkan
supaya membina sebuah kota yang
teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke dalam
Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota
tersebut diberi nama Kota Grahi.
Untuk pengetahuan anda, Adruja
sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan
perang dan baginda sering membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal
berperang dengan tentera Sukhothai.
Justeru itu, baginda yang sering
berada di medan perang dapat
membiasakan diri dengan melihat keganasan perang. Berikutan melihat keadaan
tentera Grahi yang kurang bersemangat dan keadaan perang seperti makin gentir,
maka Adruja tergerak hati untuk menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada
kaum wanita.
2. Penubuhan pasukan Seri
Wijayamala
Penubuhan pasukan Seri Wijayamala
ini terdiri daripada janda yang kehilangan suami ketika perang. Tujuan pasukan
khas wanita itu ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di
Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Sukhothai apabila mereka menyerang
kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi.
Malah, Adruja juga mahu
membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan
perang. Adruja boleh dikatakan bijak kerana memilih janda kerana psikologi
perempuan yang kehilangan suami di medan
perang dan seorang ibu memiliki satu kekuatan yang luar biasa dan sukar
digambarkan.
Selepas itu, pasukan tentera
perempuan telah ditubuhkan dari berkuda sehinggalah bersenjata. Lebih
mengejutkan, apabila pasukan khas perempuan ini memiliki kemahiran pertempuran
yang sama hebat dengan pasukan tentera sedia ada.
3. Jasa Adruja Wijayamala Singa
Ketika Kota Grahi hampir jatuh ke
tangan tentera Sukhothai, tentera-tentera perempuan Kota Grahi berjaya
mengejutkan pihak musuh dengan rempuhan dan kemahiran yang ditonjolkan.
Pada waktu tersebut, nama Puteri
Adruja Wijayamala Singa menjadi sebutan kerana baginda berjaya memenggal kepala
Raja Sukhothai yang zalim. Maka pihak musuh telah mengalami kekalahan. Kejayaan baginda dibantu
oleh panglima perempuannya iaitu Sundari, Cempaka, Melati dan Seroja. Kemudian,
kesemua askar Sukhotai dihukum pancung. Peristiwa ini berlaku pada 1317 M.
4. Gelaran Cik Siti Wan Kembang
Setelah itu, Raja Sang Tawal telah
menghadiahkan sebuah negeri Di Kisaran Payung (Kelantan) kepada Adruja
Wijayamala Singa. Dalam satu tempoh yang singkat, di bawah pemerintahan baginda,
Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah dan
baginda juga diberi gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang’ oleh rakyat tempatan.
Malah, gelaran tersebut telah
menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri
tersebut. Dipercayai bahawa Adruja Wijayamala Singa adalah penerima gelaran Cik
Siti Wan Kembang yang pertama.
Negeri Kelantan yang diperintah oleh Adruja menjadi semakin maju sehingga ia dikunjungi oleh pengembara Islam yang terkenal dalam sejarah iaitu Ibnu Battuta. Beliau telah singgah di Kuala Krai pada 1345 M dan ketika itu, beliau telah mengadap seorang raja perempuan yang beragama Islam merujuk kepada Adruja. Kejelitaan yang dimiliki oleh Adruja menyamai kejelitaan puteri Turki dan beliau sendiri bertutur dalam bahasa Turki ketika bercakap dengan Ibnu Battuta.
Hi, saya nak minta izin gunakan gambar tersebut utk tujuan printing dan cover boleh? Kalau tidak boleh, tidak mengapa. :)
BalasPadamsukati ko le..asalkan minta izin..ok le tu
BalasPadam