Jumlah para nabi, rasul dan sahabat
Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadis nabi
iaitu ada seramai 124,000 orang.
Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang
wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita
dan ada yang tidak pernah diceritakan.
“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul
sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara
mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”
[Surah Ghafir : Ayat 78]
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu)
adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul
di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits
Riwayat At-Tirmizi]
1 + 2 + 4 = 7
manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,
3 + 1 + 3 = 7
dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,
2 + 5 = 7
Jumlah keseluruhan sahabat nabi SAW ialah 124,000 orang.
Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama
dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad SAW ialah seramai 313 orang.
Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13,
maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.
"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu
pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang
pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang
kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah)
dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang
dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian
itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai
mata hati." [Surah Aali Imran 3:13]
Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa
kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang. [1]
Sebahagian ulama Salaf berkata; "Iman itu mengandungi
313 akhlak, sesuai dengan jumlah bilangan para Rasul yang diutus......
" [3]
Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai
25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran
iaitu 25 kali.
Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah
para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya
7. Sebagaimana kita ketahui, nombor 7
juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.
Rasulullah SAW berkahwin dengan Khadijah r.a ketika
berumur 25 tahun, dan hidup bersama Khadijah r.a selama 25 tahun juga.
Rahsia nombor 7
Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja,
tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.
- 7 lapis langit, 7 lapis bumi.
"Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala
(langit) yang kuat kukuh." [Surah
An-Naba' : Ayat 12]
"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia
menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara
alam langit dan bumi. supaya kamu
mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan
bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap
sesuatu." [Surah At-Thalaq : Ayat
12]
- 7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi
dengan hari-hari tersebut iaitu;
1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu
2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad
3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin
4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa
5) Nabi Ya'akob a.s dengan hari Rabu
6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis
7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat
- Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh
ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung." [Surah Al-Hijr :
87]
Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam Al-Quran.
Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan
dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya' 4 = 17).
- Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika
solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud; " Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu
dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta
menyingkap pakaian dan rambut "
[Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
- Kalimah Tauhid yang agung ada 7 kalimah (perkataan)
لا اله الا الله محمد رسول الله
Laa ilaaha illa Allah
Muhammadur Rasul Allah
Tiada Tuhan selain Allah , Muhammad Utusan Allah
Tentang kalimah Tauhid ini boleh dilanjutkan lagi bacaan
pada tajuk Rahsia kalimah Tauhid dan
keseimbangan
- Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah,
ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.
Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada
topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah
- Larian Sa'ie sebanyak 7 pusingan.
- Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah
Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan 7 biji batu.
- Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.
1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami
oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s.
2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.
3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.
4) Datang bunyi seperti loceng.
5) Datang bunyi seperti lebah.
6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.
7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi
Muhammad S.a.w. Seperti dalam Peristiwa
Isra' Mi'raj, ketika nabi Mi'raj ke langit.
- Anak Nabi Muhammad SAW ialah 7 orang, iaitu 3 lelaki dan
4 perempuan.
- Nabi SAW galakkan makan Kurma 'Ajwah sehari 7 biji.
"Siapa yang sarapan dengan 7 biji kurma 'Ajwah (boleh
didapati di Madinah), maka pada hari itu dia boleh terhindar dari kesan racun
dan sihir." [HR Bukhari dan Muslim]
- Ada 7 tahap penciptaan manusia. Ibnu Abbas r.a berkata;
"Anak Adam diciptakan melalui tujuh tahapan." Lalu dia membacakan
ayat;
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
suatu saripati (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air
mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu
Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal
daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang
belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang
(berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik."
[Surah al-Mukminun : ayat 12-14]
- Allah ciptakan ada 7 lubang di kepala kita iaitu 2 lubang
mata, 2 lubang telinga, 2 lubang hidung dan 1 lubang mulut. Sains juga telah menyatakan bahawa manusia
normal dewasa mempunyai 206 tulang.
Surah yang ke 7 iaitu Surah al-A'raaf , mempunyai 206 ayat.
Di dalam Surah al-A'raaf juga ada diceritakan tentang
penciptaan manusia. "Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami
berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka
sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud." [Surah al-A'raaf : Ayat 11]
Nombor 2
- Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan
nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.
- Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia
nyata dan dunia ghaib.
- Rasulullah SAW dilahirkan pada hari KEDUA iaitu hari
Isnin (12 Rabi'ul Awwal), dilantik sebagai Rasul pada hari Isnin (21 Ramadhan), sampai di Madinah sewaktu Hijrah pada Isnin 12 Rabi'ul Awwal, dan wafat pada
hari Isnin juga (12 Rabi'ul Awwal).
Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Musa ibnu
Daud, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai'ah. dari Khalid ibnu Abu Imran,
dari Hanasy As-San'ani, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar
meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah pada hari Isnin, dan tiba di Madinah
pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin, dan Hajar Aswad diletakkan pada hari
Isnin. Demikianlah lafaz riwayat Imam Ahmad. [2]
- Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat. Boleh lanjutkan lagi pada tajuk Rahsia
kalimah Tauhid dan keseimbangan
Nombor 9
Rasulullah SAW wafat pada usia 63 tahun.
Abu Bakar r.a meninggal dunia
= 63 tahun.
Umar r.a meninggal dunia = 63 tahun
Utsman r.a meninggal dunia = 81 tahun
Ali r.a meninggal dunia = 63 tahun
6 + 3 = 9
8 + 1 = 9
Nombor 9 ialah nombor yang mempunyai nilai terbesar dalam
kitaran nombor. Nombor 1 ialah nombor permulaan dan nombor 9 ialah nombor
akhir. Sinonim dengan Allah Yang Awal dan juga Yang Akhir. Juga Allah Yang Esa
dan Allah Maha Besar.
Ikuti penjelasan lanjut tentang Nombor 19 pada tajuk Keajaiban nombor 19 dalam Al-Quran
Nombor 9 mempunyai beberapa keistimewaan dalam kaedah
Matematik. Antaranya;
- Nombor yang didarabkan dengan 9, apabila dicampurkan
antara nombor-nombor jawapannya akan menghasilkan nombor 9 juga, melainkan
nombor yang sama seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Dan nombor itu pula lebih
kecil dari 51, contoh;
3 X 9 = 27. Maka 2 + 7 = 9
5 X 9 = 45. Maka 4 + 5 = 9
7 X 9 = 63. Maka 6 + 3 = 9
12 X 9 = 108. Maka 1 + 0 + 8 = 9
16 X 9 = 144. Maka 1 + 4 + 4 = 9
23 X 9 = 207. Maka 2 + 0 + 7 = 9
- Untuk melihat beberapa kaedah lagi yang bersangkut-paut
dengan nombor 9, boleh ke tajuk Rahsia nombor 9
Rahsia nombor di sebalik solat - pada ruku' dan sujud
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari
semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor,
Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca
Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1
X duduk di antaranya.
Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya,
beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat,
sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali
ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi
berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135°
dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua
sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan
penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan
awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.
Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat
itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran
jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN.
Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap
putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh
(BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika
dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu
1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu
titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu
berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA
PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a.
berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana
matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah
mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4
kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)
Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi,
pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4
sujud itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS.
Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan
bulan membentuk satu garis lurus.
Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang
tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA
PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi
ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan
penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini
menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si
mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa
yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan
doa selepas takbir ketiga iaitu:
“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan
sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia
dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana
kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang
lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya
dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah
(hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami
dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah
kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan
iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang
yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.” [3]
Pernomboran di sebalik bangunan yang dibina oleh Nabi
Sulaiman AS.
Sila tonton video di bawah dan baca juga di tajuk Kemajuan
teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman AS.
Penutup
Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk
kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya
menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat
dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar
manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha
Bijaksana. Allahu akbar .......
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]
”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu
berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat
Allah) yang sebenarnya,” [Hadits Riwayat
Abu Nu'aim]
Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang
makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat
pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang dari berfikir tentang zat Allah, kerana
akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita
teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan
membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah
Azza wa Jalla.
Wallahu a'lam .......
Rujukan
1 - Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir
2 - Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah Al-Maidah,
ayat 3.
3 - Qut al-Qulub - Syeikh Abu Thalib al-Makki
4 - islamictazkirah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan